Thursday, June 18, 2015

Bermulanya Ramadhan.

 
Salam Satu Ramadhan.

Alhamdulillah dapat juga bertemu Ramadhan sekali lagi tahun ni. Tahun lepas sambut Ramadhan sebagai tunang orang, kemudian seminggu selepas Syawal selamat menjadi isteri orang. Tahun ni pulak sambut Ramadhan sebagai isteri orang dan dalam beberapa minggu lagi sebagai ibu orang. hihihi. Syukur atas nikmat yang Allah bagi :)

Berdebar-debar je nak tunggu si kecik keluar melihat dunia. Kadang tak sabar, kadang rasa takut nak bersalin. Sampai satu tahap terfikir, aci tak kalo tak bersalin tapi tiba-tiba dah ada baby. hehehe. Punyalah risau dan takut. Tapi  itu semua kena lalui juga kalo nak jadi seorang ibu dalam erti kata yang sebenar kan...heee. 

Puasa kali ini agak mencabar sedikit sebabnya aku WAJIB bangun sahur dan WAJIB makan nasi time sahur. Kalau tidak, lembik badan dan kesian kat baby. Biasanya dulu, aku sahur makan roti je pun takpun minum air je. Tapi sekarang kena fikir baby la pulak. Nak makan apa-apa kena fikir pasal baby. Itu belum masuk bila dah menyusu baby nanti. Tapi takpe, janji baby sehat dan maintain comel nanti. eh?! hihihi. 

Disebabkan aku dah sahur makan nasi, jadinya waktu berbuka aku cuba nak elak makan nasi. Makan mee atau karbohidrat lain yang sedap dan mengenyangkan. Nampaknya jenuhlah nak meng-google resepi mee-mee yang sedap untuk juadah berbuka. Gigih dan rajin je kan nak masak sendiri. Takpe, untuk seminggu je pun sebabnya minggu depan dah start cuti panjang dah. 

So, aku dah plan nak masak mee rebus terengganu untuk berbuka hari ni. korang pulak plan nak beli/masak apa untuk berbuka hari ni?

 

 

Wednesday, June 17, 2015

Jelajah Makan Sedap #1 - Sara Boat Noodle Kuantan.



Biasa tengok kengkawan yang berada di area Kuala Lumpur/Selangor seronok menikmati Boat Noodle bermangkuk-mangkuk di Empire Damansara. Tahap mampu buat air liuh meleleh jugak. Tambah-tambah aku ni jenis suka makan pelbagai jenis mee yang berkuah. 

Tapi siapa sangka, rupanya kat Kuantan ni pun hadoo. Nasiblah junior KMJ post kat facebook pasal Restoran Boat Noodle di Kuantan. Kalo tidak sampai beranak pun aku taktahu kot. >.<

Jadi, bagi mereka yang berada di Pantai Timur terutama Kuantan dan Kemaman yang teringin sangat ingin mencuba Boat Noodle, bolehlah terjah Restoran Sara Boat Noodle, betul betul bersebelahan dengan Restoran Sara Thai, Jalan Gambut. Aku agak Restoran Sara Boat Noodle ni adik beradik dengan Restoran Sara Thai (ada 3 cawangan di Kuantan) dan satu lagi Restoran Sara Suki & BBQ (menawarkan makanan jenis steambot). 


Ini dia - Restoran Sara Boat Noodle bersebelahan dengan Kedai Makan Sara Thai Cawangan di Jalan Gambut tau, jangan tersalah cawangan pulak. 


Satu mangkuk mee, hanyalah RM1.90 semangkuk. Murah amat kan. Ada dua jenis mee - Dried Noodle dan Soup Noodle. Untuk kedua-dua mee ni, ada pilihan sama ada nak ayam atau daging. Patutlah aku dengar, at least kena makan 4 mangkuk seorang. Kena try satu satu iaitu Beef Dried Noodle, Chicken Dried Noodle, Beef Soup Noodle dan Chicken Soup Noodle. 


Beef Soup Noodle. - Meatball dia sedap. Daging pun lembut je. Aku lagi suka Beef Soup Noodle ni. Lepas ni kalo datang lagi, nak order menu ni sahaja bermangkuk-mangkuk. 


Chicken Soup Noodle - Bagi yang takmakan beef, boleh cuba yang ni. 

Untuk Dried Noodle, lebih kurang Soup Noodle je. Cumanya kuah asing dan ditabur kacang. Gambar takde. Ampun.

Okay, ini satu lagi menu yang terbaik di Sara Boat Noodle - Pulut Durian. 


 RM10 semangkuk. Pulut lemak penuh berkrim. Durian pun segar. 

Semalam mula-mula sampai kami order, dua mangkuk mee untuk setiap seorang. Seorang pilih satu jenis dried noodle dan satu jenis soup noodle. So, total noodles - 6 mangkuk plus satu mangkuk pulut durian. 


Tapi last-last, total noodles bertambah menjadi 9 mangkuk kecil dan 1 mangkuk besar. Bertambah-tambah seorang makan. Maka jadilah mangkuk bertingkat-tingkat. Aku agak kalo duduk lama, lagi bertambah-tambah. adeh =.='.


Blurppp! Kenyang sudah. Boleh angkat kaki, punggung badan semua. 

Oh ya! Lupa nak bagitahu air kat sini pun sedap-sedap. Aku order air Green Tea. Green tea tu dicampur dengan susu dan ditambah ais. Rasa lebih kurang macam Teh Ais. Cuma yang best, warna airnya hijau. Macam air honey dew blended je. Err, gambar lupa nak snap. 

Total makan semalam = 9 mangkuk kecik mee + 1 mangkuk mee special + 1 mangkuk pulut durian + 2 air Green tea = RM 38.20 sahaja. 

Murah kan? Sangat puas hati dan kenyang amat. 

So, highly recommended for those yang suka mee dan soup. heee. Bagi yang berminat boleh terjah ke sini. Sangat berbaloi-baloi hokeh! 


Restoran Sara Boat Noodle
A7 Jalan Gambut 3, 
Kampung Kuantan, Pahang
Waktu operasi dari pukul 12.30 tengah hari hingga 11.30 malam. 
Facebook Restoran Sara Boat Noodle : KLIK SINI!





Monday, June 15, 2015

Period? No worries.


Lagi dua hari, Ramadhan al-Mubarak bakal menjelang tiba. Harapnya kaum seangkatan dengan aku sudah berjaya melunaskan hutang tahun lepas ye. Tutup buku hutang lama dan get ready dengan buku hutang baru. eheee. Apa buleh buat, sudah nasib kita. Apa-apa pun Allah SWT tetap sayang kita. :)




So, kat sini nak share panduan dan aktiviti yang buleh dilakukan kaum hawa sekiranya datang period atau nifas. At least, walaupun tak mampu untuk kumpul pahala berpuasa, solat berjemaah atau solat sunat teraweh, ada lagi aktitivit yang mampu kita buat sepanjang bulan Ramadhan ni. Yang penting, jangan malas-malas, jangan lupa Allah dan jangan sia-sia keberkatan Ramadhan yang hanya datang sekali setahun. InshaAllah. 

1. Rajin bersedekah dan bila bersedekah, diamkan saja tak perlu diheboh-hebohkan. Aku pernah terbaca dulu, ada baiknya kita bagi duit raya pada bulan Ramadhan. Bagi duit raya semasa Ramadhan lagi berlipat ganda pahala berbanding bagi di pagi hari Raya. So, untuk keluarga dan saudara terdekat seeloknya cuba kita bagi duit raya sebelum menjelang raya. InshaAllah dapat pahala lebih tetapi harapnya penerima duit raya tu tidak tuntut lagi di pagi Raya ye. 


2. Banyakkan mendengar bacaan surah al-Quran, memandangkan membaca Quran juga haram kita berhadas besar. Dengar sahaja pun dapat pahala. Untuk bulan puasa nanti, kita cuba pasang bacaan surah-surah al-Quran instead of dengar lagu-lagu jiwang melayu/omputih yang melalaikan. 


3. Cuba refresh balik bacaan surah-surah hafazan. 


4. Banyakkan membaca buku yang berfaedah, bukan buku yang melalaikan contohnya majalah Mangga. =.='


5. Basahkan bibir dengan zikir. Kurang bersembang,. bergosip. 


6. Hadiri usrah atau kuliah agama. 


 7. Memasak untuk mereka yang berpuasa. Kalo tak sempat atau tak rajen, tolong belikan juadah kat bazar Ramadhan pun oke. 



8. Habiskan masa dengan mereka yang sentiasa ingatkan Allah. 


9. Banyakkan berdoa. Berdoa untuk perkara yang baik-baik sahaja. 



Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. 
Banyakkan pahala, kurangkan dosa. 



nota kecil: Tahun ni entah berapa hari je mampu berpuasa sebab segalanya bergantung kepada baby. Entah bila dia nak keluar ni.