Sunday, November 16, 2008

Kisah RumpUt

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


comey je pasangan kucing ni...whee~~~

10 comments:

DarkArtz said...

ishhh, bukan senang analogi ni nak di adaptasi dalam dunia betul..........

lea said...

memang bukan senang..
tapi 2 hakikatnya
kite kena bersyukur dgn apa yg ade
xyah tamak
tgk pelajar tue..
punye memilih rumput yg paling cantik
last2 die xdpt pape pun...

DarkArtz said...

maksud aku bukan bahagian memilih, tapi bahagian yang dia kata "jangan toleh ke belakang kerana yang berlaku tetap dah berlaku"........
bukan semua manusia jenis straight dalam memaaf.......
apa pandangan cik lea???

lea said...

hurm...
ntah la actually aku pelik gak ngan pelajar 2, nape die xamek je mana2 rumput yg ade..at least di hujung pdg 2 mesti die akan jupe rumput yg cantik..nape la die straight sgt..
adekah aku menajwab soklan anda..darkartz??

Anonymous said...

Assalamualakum...
Hm...aku rasa kan...kita perlu toleh ke belakang skali skala... bkn apa...kadang2 peristiwa yg lalu blh bg pengajaran kat kita...
hehehe...sorryla lea..tp aku setuju dgn pendapat darkartz tu...
ada sesetengah tu mmg sukar utk maafkan kesilapan....maklumlah... manusia ni pelbagai...kadang2 kita sbg manusia pn x phm dgn kerenah manusia tu sendiri...hm....hehehe..
lea.. kau mengajar kami utk x ikut ckp cikgu eh???isy...isy....hehehe.

lea said...

anonymous: huhu...xdelah aku suh xpayah dgr cakap cikgu..jaz fikir logik la..hurm memang la x dinafikan kite perlu pandang ke belakang..itu aku setuju coz kadang2 perkara yg berlalu byk mengajar kite kan...

menit said...

lia2...
ingat xape aku ckp??
hahahahahaha....
mmg tepat sangkaan aku
xleh disangkal lg
kuang3x

lea said...

huhu...
apa ek sangkaan ko..
aku dh lupa r..
ahaks=P

lea said...
This comment has been removed by the author.
lea said...

tapi kan, setelah aku baca citer ni berulang2 kali, apa yg aku faham, citer ni suruh kite sayangi orang yang ade disamping kita dan hargai die. dan yang paling penting, xperlu menilai sesorg dr paras rupa tapi melalui sifatnya. sume manusia x sempurna dan x salah kalo kita maafkan dia. yelah sedangkan nabi ampunkan umatnya. tapi kalo rasa hubungan tu memang xdapat diteruskan atau diselamatkan lagi, so boleh la kalo nak cari yang lebih baik. jadikan perkara lalu sebagai pengajaran dan baiki diri kita utk jadi lebih baik.