Monday, December 22, 2008

Adakah anda seorang cemburu?

Waktu cuti hari tu, aku ada terbaca sebuah buku, tajuknya “1001 Wasiat Wanita Solehaha“ dan aku begitu tertarik dengan satu topik iaitu Cemburu Yang Diredhai. Setelah baca tentang topik ini, barulah aku sedar yang cemburu bukanlah sesuatu yang buruk tapi turut digalakkan dalam Islam. Namun kena berpada-padalah dan jangan terlalu ikut emosi.


Hampir semua orang mempunyai perasaan ini. Cemburu sebenarnya bermaksud perasaan takut kehilangan seseorangan yang dikasihi, jatuh ke tanagn orang lain. Dan sebenarnya perasaan cemburu sangat penting dalam sesebuah hubungan. Kata orang , cemburu itu tandanya sayang. Oleh itu, tak salah sekiranya kita mempunyai perasaan cemburu, kerana ini menunjukkan bahawa kita sayang sangat kat orang itu. Dan rasanya orang lain pun tidak boleh salahkan kita kerana cemburu. Betul tak?


Sedangkan dalam keluarga Rasulullah s.a.w pun wujud perasaan cemburu. Apatah lagi kita orang biasa ini. Sabda Rasulullah s.a.w “ Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman, dan midzak (memasukkan orang lelaki lain ke rumah isterinya kemudian dibiarkan) itu termasuk sifat munafik.” (HR.Bazar dan Baihaqi).


Sebenarnya pada dasarnya kecemburuan itu adalah satu tanggungjawab seseorang terhadap orang yang dicintai kerana wujudnya perasaan takut atau khuatir sekiranya suami atau isteri melakukan sesuatu yang dilarang oleh Islam. Namun perlu diingatkan bahawa kecemburuan juga boleh menyebabkan akibat yang tidak baik. Cemburu seperti itu dianggap sebagai cemburu buta dalam masyarakat kita hari ini. Iaitu cemburu tanpa bukti yang benar. Maksudnya di sini, sebelum bertindak kita perlulah mencari bukti yang benar. Kita kena pandai bezakan antara cemburu berdasarkan rasa cinta dengan cemburu buta. Cemburu buta itu timbul dari rasa takut dan bukanlah sebuah alat untuk mengukur kedalaman cinta. Ia hanyalah akan memberi kecemasan atau mungkin membuatkan orang yang kita cintai itu berasa rimas. Oleh itu, kawallah perasaan cemburu anda. Agar tidak cemburu buta.

No comments: