Thursday, December 25, 2008

CeriTa sEram : hanTu taNpa kEpaLa

* gambar hiasan

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi, jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul, mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat awek tu " saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?"

awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?"

"errrr... bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror dia..alamak !!! mana pegi awek ni... " aaaaaaaaahhhhhhhh... tak kepala!!! hantu tak de kepala!!!!

aaaaahhhhhhhhhhh!!!!" mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia "naper abang pecut, sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah saya", rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna hitam, memanglah tak nampak kepala... .hahahahaha

1 comment:

buzz said...

hahaha..takut nyeeeeeeeee............

wahahahaha...weeeee...