Wednesday, December 24, 2008

Perjalanan Hidupku

cuti hari 2, aku banyak luangkan masa dengan laptop kesayangan aku. aku edit gambar, tengok citer korea, maen game dan berkarya...huhu. apa boleh buat, nasib aku tetibe malang masa cuti 2. aku balik umah, esok kan tue terus tV kat umah aku rosak. adeyh. bosan tahap cipan aku kat umah. nak kuar g umah kawan lak, cuaca x best. asyik ujan...huhu. ni aku share sikit karya yang aku buat time cuti. x sangka lak, aku pandai tulis sajak...hik3. tapi sebest A. Samad Said la...hu3.


Kisah hidupku umpama telenovela,
Dimulai dengan sebuah kelahiran,
Dan diakhiri dengan kematian,
Namun di antaranya terselit 1001 cerita,
Kadang sedih, kadang gembira dan kadang penuh konflik
Dan aku tak punya kuasa
Untuk memilih siapa watak dalam ceritaku,
tak punya kuasa untuk menetapkan nasib hidupku
aku hanya mengikut tetapan penciptaku cuma
mungkin dalam kisahku,
aku lah watak utama
namun dalam kisah orang lain,
aku hanya watak sampingan dan tak memberi kesan apa-apa
PERJALANAN HIDUPKU masih jauh,
masih banyak yang perlu aku capai
masih banyak yang perlu aku pelajari
masih banyak yang perlu aku perbaiki diri
dan apa yang aku harapkan
kisah hidupku ini berakhir dengan
Happy Ending dan bukanlah Sad Ending
Namun segalanya di tangan penciptaku
Dan aku terima segala ketentuanNya untukku..
Amin….


1 comment:

Naji Mahat said...

satu karya naratif yang baik, dipenuhi oleh mesej manusiawi, kepasrahan kepada penciptaNya dan bisa menggetar jiwa yang hanyut!