Friday, November 21, 2008

happy holiday



yes..!! exam dh abes. dah boleh balik umah...lalala~~
so dikesempatan yg ade ni, aku nak wish :

+ happy holiday kepada sume yang sedang bercuti especially my coursemate +

+ hope u all can enjoy with ur holiday +



p/s: i'm going home today, doakan aku moga
selamat sapai umah n moga selamat kembali ke USM 20.12.2008
(x sapai sebulan pun..huhu)


Tuesday, November 18, 2008

+ frEnz fOrever +

rasenye dah lama benor aku x share lagu yang best2 ngan korang semua kan. so, untuk entry kali ni, aku nak share beberapa buah lagu yang best n boleh tahan sedap dan enak untuk didengari. since entry sebelum ni aku duk citer pasal kawan baek aku, so tema lagu yang aku share kali ni adalah tentang SAHABAT ataupun ada orang panggil KAWAN..tapi kalo nak dramatis lagi panggil TEMAN. (sebenarnya maksud lebih kurang sama jer cume ejaan jer yang lain..ngeh3). lupa..kalo rase berminat atau teringin sangat nak dengar lagu tu, just klik kat tajuk lagu untuk men'download'. semoga terhibur =)








+ NadZieLea +

jom berkenalan dengan mybesfren=)

NadZieLea adalah kombinasi nama kami bertiga - Nadeea, Zierah n Lea. orang cakap x elok combine nama. tapi yang aku taw tu untuk pasangan kapel coz dipercayai boleh membawa kepada perzinaan, betul ker? tapi kalo kami men'combine'kan nama kami, boleh ker?..hurm

Nadeea
+ orang kluang. banyak cakap tapi masa mula-mula nampak macam sombong. tapi kalo dh kamceng ngan die, best la. otak giler2 sama cam aku. tapi kitorang sering gadoh. kadang2 pasal mende simple jer. tapi x dalah sapai tarik-tarik rambut or tarik-tarik tudung, tu zaman kanak-kanak jer..huhu. besenye yang selesaikan pergadohan kami..Zierah..






Zierah
+ orang kajang. suke makan mcD. tulah makanan yang die wajib makan kalo kuar g KB. aku ngan nadeea dh masak dh..hehe. orangnya caring. tapi kadang2 dh macam mak orang dah. suke berleter n panggil aku cOmot. padahal die pun comot gak. hehe. nadeea pun sama..haha.




kami selalu bertiga. dan bila salah sorg xde, mesti orang akan tanya. caring jugak diorg kat kami ek..hehe. tapi aku sayang diorg coz diorg memang kawan yang baik n caring. kadang2 buat aku terharu. thanks nadee n zierah coz being my fren.


created by nadeea..

nice picture =)


Sunday, November 16, 2008

Kisah RumpUt

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


comey je pasangan kucing ni...whee~~~

Friday, November 14, 2008

Mengimbau Sejarah

Pagi ni aku bangun awal sikit dr kebiasaan..bese la ari ni ade exam lagi..huhu..tapi utk pagi ni aku x study cam hari2 len kalo ade exam..aku duduk je kat desk sambil tu melihat panorama pagi yang indah dan penuh kehijauan di luar tingkap...org cakap kalo kite tgk mende hijau pagi-pagi..dapat menjaga kesihatan mata..bagus la..boleh aku kurangkan kerabunan mata aku yg makin bertambah ni..tapi kalo satu hari je wat..mujarat ke..haha..

tengah asyik tgk org jogging..aku teringat kat diari lama aku masa zaman sekolah. diari tue aku jupe masa kemas bilik 2 hari lepas. Tak sangka seh aku boleh terbawak diari tu ke usm ni.Punye la aku sayang giler kat buku tu sapai aku bawak je pegi mana2..hehe Sebenarnya nak kata diari tu xde la diari sgt, kira macam buku catatan la. ceh kalo aku simpan lagi seratus tahun, buku 2 boleh jadi tinggalan sejarah untuk anak cucu aku nanti..haha..Tapi kan seronok gak bace kisah lama pagi-pagi ni..lagipun aku memang malas nak study pagi ni...nanti kang tak pasal2 aku ngantok balik..huhu

Pastu aku belek la diari tue...sehelai demi sehelai..kadang2 aku tergelak sendiri membaca citer2 lucu yang ade aku catatkan dalam buku tu..macam-macam perkara yang berlaku kat aku...ade yang memalukan aku..menggembirakan pun ade..dan tetibe aku terpandang satu tarikh keramat...

14 Nov - 3 Disember 2005 - Spm..

secara kebetulan jer, hari ni 14 November 2008..bermakna hari ni genap la 3 tahun aku melalui detik yang mencemaskan dlm hidup..yelah dalam byk2 exam kat sekolah..spm la paling mencabar dan exam penentu masa depan kite..kalo gagal upsr..boleh tebus kat pmr..kalo gagal kat pmr..boleh tebus kat spm..tapi kalo gagal spm..nak tebus kat mana lagi? stpm? x best r..xkan lah nak bersekolah lagi...cukup la 11 tahun dok pakai baju uniform sekolah..dah x jemu dah..

haa berbalik kat tarikh keramat tu, teringat lak aku time nak spm tue..fuh punya lah kelam kabut aku study time tu..yelah before spm 2, org muslim sibok beraya dan aku pun x ketinggalan la nak beraya sama..haha nak exam tue tapi sempat je nak beraya..tapi kan kenangan yang paling aku x boleh lupe time spm tue ialah bile aku dan beberapa kawan pompuan aku terkantoi dengan budak lelaki coz kitrg panjat tingkap kelas..huhu

sebenarya kisahnye macam ni, aku dan kawan pompuan aku..aku x igt la nama die ( bukan aku x igt kawan2 aku..cume aku lupa aku dengan sapa time tue..kang kalo aku sebut nama salah kang x pasal2 kena marah lak nanti..huhu). ok..kitorang ni suke study malam2 kat kelas coz suasana lagi aman..kalo kat bilik faham-faham jela, tgk katil cam best terus tido..huhu So bile malam kitrg (pompuan jer) lebih prefer panjat tingkap kelas utk cepat sapai hostel daripada jalan jauh dan terpaksa melalui hostel lelaki..lagipun bahaya la pompuan jalan dalam gelap. (ceh padahal nak bela diri..hahaha).

Pada malam kejadian tu, kitrg pun panjat la tingkap coz nak balik cepat, dah lewat dah time tu. Aku rase adala dalam kul 11 malam. Dan x disangka rupenya budak-budak laki malam tu plan nak kantoikan kitrg. diorg dh siap2 duduk kat tangga menghadap tingkap yang kami nak panjat. Betul-betul bertentangan dengan tingkap yang kitrg nak panjat. Time tu gelap, so kitrg memang x nampak geng laki 2..tapi pastu kami dgr suara org lelaki gelak2..apa lagi kami pun cancel kan plan kami nak panjat tingkap malam tu..tapi masa tu sebenarnya ade kwn aku sorg dah selamat panjat tingkap dan terkantoi la dengan boys tu..tapi die boleh cepat2 panjat balik masuk ke dalam kelas tue...huhu..dan last2 kami pun terpaksa la melalui jalan yang jauh dan agak gelap dan terpaksa melalui hostel lelaki utk sapai ke bilik..lepas kejadian tu..kitrg dah serik nak panjat tingkap lagi..huhu..

tingkap tu la sering kitrg panjat..
tak tinggi pun tue yang senang kami panjat..hihi
dan yang bertanda X tue tempat boys berkumpul..

moral of dis story : perempuan jgn la panjat tingkap. Tak manis dan lagipun bahaya la..kalo jatuh nanti kang naya je...huhu..

Sunday, November 9, 2008

:: Uhuk3 ::


tak suka batuk...uhuk3...ni penyakit yang paling aku x suke sejak dulu lagi...adeh..aku ni jenis kalo dah batuk 2...susah benor nak sembuh..kadang2 sampai berminggu-minggu...dah la batuk yang xde kahak..batuk kering...sakit woo...perit je anak tekak aku ni...huhu...


sakit anak tekak...uhuk3

uhuk3...tgk..batuk lagi...uhuk3...dan lagi....iskh...x henti2 batuk..mcm org tua dah...kadang2 segan gak nak batuk ni..takut ganggu org...bising...dah la sekarang ni musim exam..adeh...bayangkan tgh suasana senyap...student lak tgh kusyuk jawab soklan...n xnak ade gangguan..tetibe aku batuk...aduh...dah la xleh tahan...kalo ditahan kang..makin sakit lak..

tapi kan sebenarnya..salah aku jugak kot...malas nak makan ubat batukk..2 yang batuk aku susah nak hilang...hihi...aku memang xsuke ubat batuk..pahit..x best...dah la lepas makan x leh minum air...iskh..memang x tertelan la aku...kalo telan pun..maybe kejap jer..pastu mesti akan kuar balik..huhu...ntah la..aku pun xtaw nape aku anti sgt ngan ubat batuk..hurm..nampaknya terpaksa la aku tanggung je derita penyakit ini..coz kerana terlalu degil kan...huhu..biar la..nanti sembuh la 2...uhuk3...


Tuesday, November 4, 2008

HeaLthy Soup : Mau cUbe

Apalah sudah jadi dengan dunia....dah xde lagi sumber makanan yang boleh dimakan ke...sampaikan manusia yg belum sempurna sifatnya hendak dimakan....dibuat sup dengan anggapan dpt meningkatkan stamina dan meningkatkan tenaga batin lelaki...pergh...minum tongkat ali dah...hehe..xpun..pegi la bersenam nak tingkatkan stamina..

Hidangan exotic yang dianggap berkhasiat ini amat mendapat sambutan di Taiwan. Dalam satu article menjelaskan si penulis telah menemu ramah pengusaha makanan exotic ini yg dipanggil "Healthy Soup" berkata hidangan ini perlu dihidang secara fresh means masih panas n tidak perlu disejukkan kerana nanti mungkin akan kurang khasiatnya pulak...huhu...harga utk setiap hidangan sup ini terpulang kepada saiznya.

janin yang dimasak utk Healthy Soup

cara nak masak die senang jer..tapi bahan2 die x penah dgr la pulak...so xyah la cube...huhu..utk buat sup ini..korg jaz perlu tambahkan janin yang dah siap dipotong bersama pachan, tongseng, tongkui (herba ini dgr citer selalu diamikkan oleh wanita Cina selepas bersalin), Keichi, Jahe, dagig ayam dan baikut. kemudian stim campuran tadi selama 8 jam. then, barulah masak sup cam bese..nak sedap lagi gune sup bunjut...(jangan tiru aksi ni kat umah taw...huhu).


cara-cara penyediaannya


Siaapp!!....

"Sup ini memang berkhasiat dan ternyata telah meningkatkan tenaga batin saya. Bayangkan saya mampu melakukan hubungan seks beberapa kali dalam satu malam"..ini antara kata2 dr si penggemar makanan exotic ini...huhu...tapi nanti harap2 jgn la pulak ada yang turut jOin menikmati sup ini kerana tertarik dengan kata2 polan di atas...hihi...

pelik kan manusia sekrg...manusia sendiri pun nak dimakan...padahal byk lagi yg boleh dimakan..ayam ada..ikan ade...telur pun ade..bak kata astro..macam2 ade...tp dh lumrah alam mende pelik 2 la yang dibuat...huhu

Wallahualam...




Sunday, November 2, 2008

:: ciNta & waKtu ::

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak : ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya.
Mereka hidup berdampingan dengan baik.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut
tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau
cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan
karena ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di
tepi pantai dan mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin
naik membasahi kaki Cinta.

Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.
”Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!” teriak Cinta.
”Aduh! Maaf, Cinta!” kata Kekayaan.
“Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu
serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di
perahuku ini”.
Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali,
namun dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya.

“Kegembiraan! Tolong aku!”, teriak Cinta.
Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga
ia tak mendengar teriakan Cinta.
Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin
panik. Tak lama lewatlah Kecantikan.

“Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!”, teriak Cinta
“Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti
kamu mengotori perahuku yang indah ini”, sahut Kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itu
lewatlah Kesedihan.

”Oh, Kesedihan. Bawalah aku bersamamu”, kata Cinta.
”Maaf Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja…” kata
Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.
Cinta putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan
menenggelamkannya.

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara.
”Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!”
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan
perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air
menenggelamkannya.

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi.
Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui
siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya
kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

”Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu” kata orang itu.
”Tapi mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-
teman yang mengenalku pun enggan menolongku” tanya Cinta heran.
”Sebab” kata orang itu

”Hanya Waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu…”