Tuesday, December 30, 2008

hAri iNi aMat Memenatkan.....

akhirnya..setelah sekian lama..akhirnya dapat jugak aku berehat2 di atas katil yg empuk ini. sangat best. tapi aku x leh la terus tido coz aku baru je selesai isi perut aku bersama hazirah. nanti kang makin buncit perut ni...huhu.

seperti tajuk di atas, hari ini betul memenatkan aku dan mungkin juga rakan satu kos ngan aku. bayangkan hari ni kelas aku pack dr kul 9 pagi hingga ke kul 5 petang. then sambung pulak ngan aktiviti ko-k yg aku amek sem ni dr kul 5.15 ptg hingga 6.45 ptg. memang x sempat nak rehat. terkejar-kejar. penat seh hari ni. kaki aku ni rase cam lenguh-lenguh jer.

sebenarnya class aku sapai kul 1 jer. then start kul 2-5 ptg, aku ade chem lab. nasib subjek chem bukan mikrob. kalo x mesti kepala aku pusing coz kena tengok mikroscope. aku x suke mikroscope!! coz benda yang nak kena observe tue kadang-kadang memeningkan. n kadang2 aku x jupe pun..huhu.n hakikat sebenarnya aku x pandai sgt gune mikroscope tue. tue yang bosan kalo lab kena bermain ngan microscope. tapi xde la x pandai langsung..hehe. nasib baek la, lecturer benarkan kitorng kuar awal. ala dah memang kitrg settle kan experiment awal. so boleh balik awal la..ngeh3.

abes jer lab ptg td, aku n kawan2 yg senasib dengan aku terus kuar dgn kalut coz nak bersiap g ko-k lak. ni adalah sem ke2 aku amek ko-k. nak taw aku amek ko-k aper?? aku amek golf. haa..pasni leh la aku ngorat datuk..hehe. sebenarnya dr sem lepas lagi aku n bestfren aku nak amek golf ni. tapi selalu kena drop jer coz terlebih jam kredit. tension tul la ngan jam kredit tue..huhu. dan akhirnya selepas terpaksa drop beberapa kali glf tue, akhirnya aku n kawan aku berjaya jugak amek golf. dan nampaknya tak sia-sia kawan aku, Hazirah beli suar slack. hihi. apa kaitan ngan suar slack? sebenarnya dah jadi peraturan kalo nak join golf, kena pakai suar slack setiap kali meeting. 2 yang die beli coz before ni die xde suar slack tapi suar jeans die ade byk la..hihi. jgn marah ek zirah.=p.

dan malang nasib kami, , aku dan kawan aku ni n sorg lagi, nadia, tersesat taw. bukan tersesat pun sebenarnya cuma x jupe cari tempat meeting 2 katner. yelah dalam jadual die cakap tempat meeting tue kat padang golf. masalahnya padang golf bapak punye besar. penatlah nak mencarinya..huhu. tp then kitrg pun contact la kwn yg len yg join golf gak. then barulah taw tempat tue ktner. memang agak memalukan coz kitrg sapai lambat. xtaw lak kitrg terlewat bape minit coz aku xtgk jam. nasib baek coach tue x marah. die cool jerk. tapi kan bila aku tengok coach tue, susuk badan die, senyuman die, mengingatkan aku kat seseorg. hurm. nak taw aku terigt kat sapa? aku terigt kat cikgu kimia aku. sebijik sama. cuma coach ni tua sikit.

meeting hari ni pun, die just briefing sal golf. tapi die byk tanye betul. aku satu haram pun xtaw sal golf tue. 2 pasal la aku amek golf. adeyh. tapi td sebenarnya tyme die duk citer2 sal golf 2, kepala aku melayang ntah ke mana ntah. hihi. dah memang kepala aku x leh nak trime ilmu lagi. nak wat cmner, dh dr pagi td lagi ilmu masuk mencurah2 ke otak aku ni sapai terkuar2 agi..hahaha.

hurm tapi kan walau cmner pun, walau penat mcm maner pun, sem kali ni memang agak menyeronokkan berbanding sem lepas. coz aku ada amek subjek chem n not only bio like previous sem. bosan giler kalo hari-hari kena belajar benda yang berkaitan ngan benda idup, mikrob n DNA. hampir kadang-kadang aku rase dah muak tengok DNA 2..huhu. nasib sem ni, aku still belajar chem, n number-number. number2 ni yang sonok..hehe. dapat jugak la aku guna kalkulator aku. kalo dulu just wat perhiasan kat laci meja aku jerk. lagi pun aku dh nekad n berazam x nak maen2 lagi sem ni. nak fokus betul2. nak tebus kegagalan aku. doakan kejayaan aku ek..=)

Thursday, December 25, 2008

cAra Mudah nak seGarkan badaN aNd oTak=p

Cara2 untuk ringankan badan...

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini.

ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa.. aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...

buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress..

pusingkan kepala...

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...

akhir sekali
buat joget kucing...

amacam segar tak badaan tue?

bagi yang belum mencube...selamat mencube=p

CeriTa sEram : hanTu taNpa kEpaLa

* gambar hiasan

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi, jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul, mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat awek tu " saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?"

awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?"

"errrr... bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror dia..alamak !!! mana pegi awek ni... " aaaaaaaaahhhhhhhh... tak kepala!!! hantu tak de kepala!!!!

aaaaahhhhhhhhhhh!!!!" mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia "naper abang pecut, sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah saya", rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna hitam, memanglah tak nampak kepala... .hahahahaha

ciNta uMpama TunGgu bas


Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awaktunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Wednesday, December 24, 2008

Perjalanan Hidupku

cuti hari 2, aku banyak luangkan masa dengan laptop kesayangan aku. aku edit gambar, tengok citer korea, maen game dan berkarya...huhu. apa boleh buat, nasib aku tetibe malang masa cuti 2. aku balik umah, esok kan tue terus tV kat umah aku rosak. adeyh. bosan tahap cipan aku kat umah. nak kuar g umah kawan lak, cuaca x best. asyik ujan...huhu. ni aku share sikit karya yang aku buat time cuti. x sangka lak, aku pandai tulis sajak...hik3. tapi sebest A. Samad Said la...hu3.


Kisah hidupku umpama telenovela,
Dimulai dengan sebuah kelahiran,
Dan diakhiri dengan kematian,
Namun di antaranya terselit 1001 cerita,
Kadang sedih, kadang gembira dan kadang penuh konflik
Dan aku tak punya kuasa
Untuk memilih siapa watak dalam ceritaku,
tak punya kuasa untuk menetapkan nasib hidupku
aku hanya mengikut tetapan penciptaku cuma
mungkin dalam kisahku,
aku lah watak utama
namun dalam kisah orang lain,
aku hanya watak sampingan dan tak memberi kesan apa-apa
PERJALANAN HIDUPKU masih jauh,
masih banyak yang perlu aku capai
masih banyak yang perlu aku pelajari
masih banyak yang perlu aku perbaiki diri
dan apa yang aku harapkan
kisah hidupku ini berakhir dengan
Happy Ending dan bukanlah Sad Ending
Namun segalanya di tangan penciptaku
Dan aku terima segala ketentuanNya untukku..
Amin….


Monday, December 22, 2008

Adakah anda seorang cemburu?

Waktu cuti hari tu, aku ada terbaca sebuah buku, tajuknya “1001 Wasiat Wanita Solehaha“ dan aku begitu tertarik dengan satu topik iaitu Cemburu Yang Diredhai. Setelah baca tentang topik ini, barulah aku sedar yang cemburu bukanlah sesuatu yang buruk tapi turut digalakkan dalam Islam. Namun kena berpada-padalah dan jangan terlalu ikut emosi.


Hampir semua orang mempunyai perasaan ini. Cemburu sebenarnya bermaksud perasaan takut kehilangan seseorangan yang dikasihi, jatuh ke tanagn orang lain. Dan sebenarnya perasaan cemburu sangat penting dalam sesebuah hubungan. Kata orang , cemburu itu tandanya sayang. Oleh itu, tak salah sekiranya kita mempunyai perasaan cemburu, kerana ini menunjukkan bahawa kita sayang sangat kat orang itu. Dan rasanya orang lain pun tidak boleh salahkan kita kerana cemburu. Betul tak?


Sedangkan dalam keluarga Rasulullah s.a.w pun wujud perasaan cemburu. Apatah lagi kita orang biasa ini. Sabda Rasulullah s.a.w “ Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman, dan midzak (memasukkan orang lelaki lain ke rumah isterinya kemudian dibiarkan) itu termasuk sifat munafik.” (HR.Bazar dan Baihaqi).


Sebenarnya pada dasarnya kecemburuan itu adalah satu tanggungjawab seseorang terhadap orang yang dicintai kerana wujudnya perasaan takut atau khuatir sekiranya suami atau isteri melakukan sesuatu yang dilarang oleh Islam. Namun perlu diingatkan bahawa kecemburuan juga boleh menyebabkan akibat yang tidak baik. Cemburu seperti itu dianggap sebagai cemburu buta dalam masyarakat kita hari ini. Iaitu cemburu tanpa bukti yang benar. Maksudnya di sini, sebelum bertindak kita perlulah mencari bukti yang benar. Kita kena pandai bezakan antara cemburu berdasarkan rasa cinta dengan cemburu buta. Cemburu buta itu timbul dari rasa takut dan bukanlah sebuah alat untuk mengukur kedalaman cinta. Ia hanyalah akan memberi kecemasan atau mungkin membuatkan orang yang kita cintai itu berasa rimas. Oleh itu, kawallah perasaan cemburu anda. Agar tidak cemburu buta.

WeLcOme Back tO USM

+ Selamat Pulang to aLl student USM +


sekejap je rase cuti. dah balik u pun. tapi cam x adil betul, bdk2 u laen belum start sem baru lagi. ramai yang masih bercuti kat umah. usm je yang x bagi byk cuti n start awal kuliah...huhu

paper pun aku x kisah pun.cuti panjang ke pendek. cuti semester ari tue telah memberi aku semangat baru. dan aku rase untuk sem kali ni aku lebih bersemangat dan harap2 semangat ni kekal hingga akhir sem dan untuk tahun2 seterusnya..amin.

azam aku untuk sem baru ni:
1. Nak belajar sungguh2. xnak last minute lagi.
2. dah xnak ponteng class..tapi semalam dah terponteng 3 class...huhu
3. Xmo sedih2 lagi.
4. Xnak boros2 lagi. nak kurangkan aktiviti shopping ( yg ni cam susah je..huhu but i must do it!)

harap-harap aku dapat tebus kegagalan aku yang lepas dalam sem ni and dapat laksanakan azam2 aku ni. wish me luck !

" tiada Kejayaan Semanis Madu, taNpa, Kegagalan Sepahit Hempedu "






Monday, December 1, 2008

Tyme belajar bile paling best?

Ingat lagi tak..hari tu aku ada letak poll kat blog untuk tanya pendapat korang. tyme bile paling best tyme belajar? so sekarang aku nak tunjuk result die.



inilah result. tapi kan yang aku musykil, kalo tengok pada vote ade dalam 16 undian dibuat. tapi kat vote so far 12 jer..hisyh pening aku. apsal ek. rasenya dah betul kiraan aku. mungkin ade orang mengundi 2 kali kot...wallahualam...hehe

ok la. daripada result poll tu, ramai orang berpendapat kehidupan di matrik adalah paling best. dan aku pun turut bersetuju. (sebenarnya aku pun turut mengundi dlm poll ni..hihi).

bagi aku sendiri, belajar kat matrik paling best. boleh gak nak lepak2. kuar outing tiap minggu. orang ckp belajar kat matrik jadual die pack giler. yelah kena struggle dalam setahun. tapi bagi aku xdelah pack sgt. ok jer. belajar kat u skrg ni lagi pack. asignment bertimbun, dengan CA la, OSPE la, lab report tiap2 minggu kena buat..huhu. rindu lak zaman matrik dulu...

p/s : CA 2 lebih kurang test la..ata nama panjangnya continuos assesment. OSPE lak On Spot Practical Examination ,means test secara practically.

aku di'tag'

aku telah di'tag' sekali lagi oleh mr.ashabulz. kali pertama aku tolak coz diluar kemampuanku...hahahaha...tapi die still mencuba nak tag aku sekali lagi. ( anda benar2 xmudah give up + tabah...hihi..gurau je ashabulz) dan kali ini aku terima dengan hati yg terbuka..hehe...

1. Name one person who made you laugh last night?
- no one

2. What were you doing at 8.00 a.m?
- still sleeping….Zzzz

3. what were you doing 30 minutes ago?
- clean up my home

4. What happened to you in 2006?
- I’m was studying at matric. And it’s gave sweet memories for me.

5. What was the lat thing you said out loud?
- aduh..sejuknya...

6. How many beverages did you have today?
- just one..sky juice…ngee

7. What color is your hairbrush?
- cokelat

8. What was the last thing you paid for?
- topup…celcom rm10..but it expired already…huhu

9. Where were you last night?
- not going anywhere just at home

10. Where do you keep your change?
- my purse but sometimes in my pocket

11. What’s the wheather like today?
- so bad. Its raining…huhu

12. What color is your front door?
- cokelat

13. What’s the best ice-cream flavor?
- cokelat…love chocolate….love eskrim..nyum3

14. What excites you?
- got msg or call from someone that I like so much…whee~~~

15. Do you want to cut your hair?
- nope..i like my hair style now. Not too long and not too short

16. Are you over the age of 25?
- nope..i’m still sweet 20…=)

17. Do you talk a lot?
- depends to my mood. Sometimes I will become talkactive but sometimes I will not say anything…shhhhh….

18. Do you watch the O.C?
- O.C? nope…and actually I never hear bout O.C…hahaha

19. Do you know anyone named Steven?
- Steven??let me think first…hurm

20. Do you make up your own words?
- sometimes…depends

21. Are you a jealous person?
- maybe..

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’
- ASHABULZ…=p

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’
- Keyo ( my friend a.k.a my bro)

24. Who’s the first person on your call list?
- nobody want call me..:’(….haha…just kidding..i forget who are the first coz I’ve already delete the list…hehe

25. What does the last text message you received say?
- ai lya..umah awak banjir x?

26. Do you chew on your straw?
- nope…

27. Do you have curly hair?
- yes..but only 35%...hehe

28. Where’s the next place you’re going?
- grocery..i’m at cc rite now..

29. Who’s the rudest person in your life?
- no one

30. What was the last thing you ate?
- nasi lemak for breakfast this morning…hehe

31. Will you get married in the future?
- of course I do….

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
- forgot the tittle…huhu

33. Is there anyone you like right now?
- nope.. no feeling at all…haha

34. When was the last time you did the dishes?
- yesterday…

35. Are you currently depressed?
- yeah..dun know why…huhu

36. Did you cry today?
- nope. No more tears…hehe

37. Why did you answer and post this?
- coz I’ve been tagged….huhu

38. Tag 5 people who do this survey
- I just want tag 3 person only…Chanz, Wunny and Darkartz

to mr.ashabulz, harap anda berpuas hati...=) and kepada yang di'tag'..sila jawab soklan2 ni k//chow O_0