Wednesday, December 30, 2009

Mana lagi penting..nyawa or kerja sekolah?

Lama aku menyepi..rindu aku x? Ala kalo rindu cakap jela...jangan malu-malu nak ngaku pulak...ngeh3;p Actually bila dah masuk sem baru ni, otak aku kering idea untuk update blog. Tambahan pula dengan jadual kelas yang pack. Minggu ni pulak, tiap malam ade kelas..memang x bagi chance aku rehat sikit. Tu yang otak aku tak boleh nak menjana idea bernas untuk entry terbaru..hik3

Korang ingat lagi tak kisah tsunami yang agak 'hot' satu masa dulu. Ala yang berlaku 26 disember 2004, waktu tue orang2 kristian masih bergembira ber'cristmas'..igt lagi x? Kalo ikutkan aku pun dah lupa kisah tsunami ni. Yelah lagipun dah masuk 5 tahun mende tue berlaku. Tapi camne aku tertibe nak cerita mende lak kerana ari tu aku tertengok TV pasal tsunami ni. Masa tu, minda aku rewind balik apa yang berlaku kat time tue.

Apa yang berlaku pada aku time tue? Time tue, aku tiada di India, mahupun Acheh ataw Penang. Aku kat Terengganu je time tue. Tapi bahananya terasa jugak kat aku coz umah aku berada di tepi laut. Nak kat betul2 tepi xde la sangat, adelah 8 minit kalo jalan kaki dari umah aku ke pantai. Time tu pulak musim tengkujuh. Ombak memang sangat kuat la. Biasanya kalo musim tengkujuh, ayah aku takkan benarkan kami bukak tingkap umah kerana dikhuatiri angin tu membawa sodium dr laut dan akan buat barangan besi kat dalam umah berkarat.

Masa kejadian tu berlaku, aku ingat lagi, masa tu aku tengah cuti akhir tahun tingkatan 4 nak masuk tingkatan 5. Tapi cuti aku time tu x sebest cuti orang laen kerana aku terpaksa buat kerja sekolah yang bertimbun. Memang cikgu au tak bagi chance langsung kat kitrg untuk berehat-rehat, goyang-goyang kaki kat depan Tv ataupun di atas katil. Aku masih ingat lagi antara kerja sekolah yang aku dapat time tu adalah menjawab soklan2 sejarah berdasarkan buku teks. Bukan beberapa soklan tapi bertimbun. Menjawab soklan2 sejarah samalah seperti menyalin satu buah buku teks sejarah tingkatan 5. Gila banyak. Memang time tue, setiap pagi apabila bangun aku akan terus hadap buku teks sejarah. Nak kuar umah pun serba salah, takut tak sempat siap kerja sekolah aku tue. So, sepanjang cuti tu, aku lepak kat umah jela menghadap buku teks Sejarah. Memang bosan tapi alhamdulillah aku dapat A jugak dalam sejarah utk SPM...ngeh3.

ok, berbalik pada kisah tsunami tue. Aku dapat tahu berita tue ketika aku sedang menyalin buku teks sejarah sambil menonton TV. Bila aku dengar je berita tue, aku terfikir. Kalo lah tsunami berlaku kat umah. Tapi kalo tsunami tue berlaku kat umah time tue, menda first yang aku akan selamatkan kerja-kerja sekolah aku. Barang-barang laen belakang kira. Penat taw aku salin buku teks Sejarah tue sekali dihanyut oleh ombak. Takkan nak buat balik. Nak bagi reason kat cikgu kerja sekolah aku dihanyut tsunami, rasanya cikgu akan terima. Tapi mungkin aku tetap kena antar jugak kerja sekolah tue, tapi dipanjang due date. Ish....xnak lah aku buat balik.

Sengal je kan aku time tue, Kerja sekolah jugak yang ingat. Bukan nak cube selamatkan nyawa sendiri or barang-barang yang berharga. huhu. Walaubagaimanapun, nasib baek la tsunami tak berlaku di Terengganu time tue. .Kalo tak....korang sambung sendiri...;p

Tapi kan, ada kemungkinan tak Terengganu akan dilanda tsunami? Kalo ye, aku nak pindah umah sekarang la...

Wednesday, November 18, 2009

Abes lah mas kawen aku nanti...

Hallo sume. Owh, daku sangat gembira ari ni kerana.......aku dah exam...yeyeyeye..sangat suke...sangat suke sampai terasa nak wat tarian inang lak. (nape tarian inang? coz, aku kan gadis melayu terakhir...ahaks!..) Hari Jumaat ni aku dah boleh balik umah dah. Ada sapa mau ikut aku balik Kemaman?? jom2...ngeh3

Dah, dah abes citer pasal tue. Aku nak ucapkan tahniah kepada blogger yang menang dalam picture contest kat blog cik bulan tu. Sesungguhnya gambar-gambar yang dihantar sume cantik-cantik dan aku rasa segan pulak bile tengok picture aku ada kat situ. Rasa cm x layak jer ibarat macam Bulan dan matahari. (maksudnya ape? ntah aku pun xtaw..lalala). Aku jugak nak ucapkan tenkiu la kepada yang mengundi picture aku. Ada la gak yang mengundi kan...hik3. Kepada Razman, ko jgn nak sebar fitnah aku rasuah ko suh undi aku. Sebab ko yang start rasuah aku dulu. ;p.

ok, actually aku nak tunjuk korang ni....



Apa yang korang nampak pada gambar ni? Satu jari yang menunjuk pada satu note. Ok, inilah adalah lecturer note utk paper terakhir aku td. Tapi bukan ini yang aku nak citer. Sila alihkan pandangn mata kat jari aku tue. Nampak tak ade kesan hitam kat kuku aku? nampak x?

ok, ok...kalo x clear. Cube korang tgk picture kat bawah ni pulak. Aku dah wat close-up, fokus kat gambar jari aku tue.


ha..amacam? dah nampak? ada kesan warna hitam kat jari tu kan. Itu bukan color marker. Ingat aku kanak-kanak lagi ke nak men warna-warna kuku dengan marker. Mesti ade antara korang dulu, masa kecik-kecik dulu korang warna kuku dengan marker, xpun ngan kolor magic, xpun korang gune pensil warna Faber Castle dan dicelup dengan air. Pernah kan? kalo yang xpernah tue, buat-buat la pernah try jugak. ok, sebenarnya tu bukan kesan color marker, tapi tulah kesan lebam akibat tersepit pintu minggu lepas. Sekarang, aku tension kerana kesannya tak hilang walaupun dah x sakit dah. Sangat buruk nampaknya. Aish. Ada sesiapa tahu macam mane nak hilangkan kesan ni??? kawan aku ckp sapu dengan minyak gamat. Aku ni xsuka sangat maen dengan minyak-minyak ni. Minyak dagu pun aku x ingin nak maen apatah lagi minyak gamat. Lagipun, kalo sapukan minyak gamat kat jari, means aku ekna make sure jari aku tidak berada di mulut kerana ia beracun. Mana boleh.! kalo korang nak taw, habit aku before tidur aku akan maenkan jari kat bibir. Pastu baru boleh tidur. Memang sejak dari kecik lagi, aku terbiasa buat macam tu dan sampai lah dah besar ni. Agaknya masa aku kecik, aku andaikan jari aku tu botol susu kot..huhu.


Teringat pulak kata-kata cikgu aku time matrik dulu bile terpandang kaki aku yang cedera dan berbalut.

" Hai, nampaknya turun lah mas kawen awak pasni"

hoho. Luka di kaki aku dah ok dan tidak meninggalkan kesan pun tapi aku xmahu lah mas kawen aku turun gara-gara kesan lebam di jari aku ni. Pliz..pliz help me....hehe

Sunday, November 15, 2009

Meet Me Halfway....

Sebenarnya entry ni takde kaitan ngan tajuk pun. Saja je aku gatal-gatal tangan nak type tajuk tue. Aku sedang melayan lagu Black Eyed Peace, "Meet Me Halfway". Cam best jerk lagu ni. Kalo korang tak caya, g la donlod sendiri dan pastu dengar. Disebabkan tengah 'high' melayan lagu ni, tanpa sedar aku telah menaip tajuk lagu tu kat tajuk entry terbaru aku ni....lalalala

Kepada yang baca entry yang lepas, mesti tertanya sama ada aku berjayakan abes kan 5 notes semalam or tak. kan? kan? korang tertanya kan? (kalo tak, dah xyah bace ayat yang seterusnya ;p)
Korang nak aku cakap jujur ke tak jujur? Ok, kalo secaranya tak jujurnya, aku telah berjaya abeskan bukan setakat 5 notes, malah semua notes untuk paper Rabu ni, aku dah khatam semua. Tunggu nak digunakan dalam dewan peksa nanti jerk. Dan pasti Dr. Paneer tersenyum melihat aku menjawab paper die nanti dan pasti die akan sayang aku lebih la...hua3..

Tapi, tu jawapanku secara tak jujur. Secara jujurnya...isk..malu plak aku nak gtaw....huhu...korang dapat agak sendiri la ek...

Arghhh...aku gagal untuk habiskan 5 notes..huhu. Aku hanya mampu abeskan 4 notes jerk. Bila nak bukak yang terakhir, rasa cam nak rehat sekejap. Yelah, time tue dah kul 4 pagi...huhu. Then, dengan niat mahu berehat kejap, aku pun baring-baring la atas katil. Empuk jugak katil aku ni. Rasa nikmat jer baring. (sebenarnya dah lama dah taw...)

Kemudian, last-last aku tertidur jugak. Dan hanya terjaga dalam pukul 6.30 pagi. Tu pun sebab rumate aku kejut solat Subuh. Nasib bek, aku ada rumate. Kalo tak, mahu aku terlajak Subuh...isk3..

Lepas solat Subuh, sambung tidur lagi..................lalala....



dan pagi td bangun, terkejut aku tgk muka ku kat cermin. Terkejut beruk aku. Bukan aku nampak beruk kat cermin tue yer. Tapi muka ni haa...dah nampak cam kena belasah pulak....


Mata aku dah jadi cmni....


"lingkaran gelap bawah mata, gunakan Garnier Light.."
(apa ntah nama product tue, aku hentam jerk..hik3)


nanti balik cuti aku nak cari product kecantikan la dan nak rawat kulit muka aku ni. Aku rasa kulit muka aku dah makin gelap, dan jerawat macam best je nak menetap kat muka aku. Tulah busy sangat study,(busy study la sgt kan...hahaha) sampai x sempat nak jaga muka...aish......ada sesiapa nak sponsor x??? :D

Saturday, November 14, 2009

tulun...tulun.....

Hari ni hari Sabtu. Semalam hari Jumaat. Esok hari Ahad dan lusa hari Isnin. Ish apa aku mengarut ni. Arg sebenarnya aku tengah tension ni. Apsal la dari semalam aku xleh nak fokus study nih. Segala posisi yang bagus aku lakukan untuk study ni. Dr duduk kat meja study, berpindah kat katil. Study tepi tingkap sambil menikmati keindahan alam. Tak boleh nak skodeng orang pun coz bilik aku menghadap kawasan yang tak best untuk di'skodeng'.

10 min kemudian, tetiba rasa lenguh pinggan lak. Tukar position lagi. Baring atas katil pulak. Sambil tangan kiri pegang notes, dan tangan kanan peluk 'baby'.

10 min kemudian, rasa macam nak kena tulis something, tulis balik apa yang aku bace kat tepi2 notes tue. Bagi aku bile aku berbuat begitu baru senang nak masuk ilmu tue. So, tukar lagi posisi. Meniarap atas katil pulak. Sambil kaki goyang-goyang ke atas dan tangan khusyuk menulis.



5 minit berlalu, ok berjaya habiskan satu pages......




10 minit kemudian....masih mampu bertahan...




30 minit....rasa mengantuk pulak.

ish setan ni, mata aku jugak die nak bergayut. Pergilah bergayut kat tempat laen. Bulu mata aku ni pendek jer. Tak best nak bergayut-gayut pun. syuh...syuhhhhh.......ko bergayut dengan mereka-mereka yang punya bulu mata yang panjang lagi lebat. Baru la seronok.

dan akhirnya aku terkulai lemah di atas katil (ecece..cm best lak ayat ni..ngeh3)


syok seyh leh tidur....hahahaha....tapi kalo dah cmni, bile nak study...huhuhu

tue kejadian semalam, hari ni ok sikit. Si NATES dah x berminat nak bergayut kat bulu mata aku ni. Tapi dr td study, satu notes pun x abes bace lagi. huhu.....adeyh...xbleh2..malam ni, aku kena abeskan 5 notes. Kalo tidak, xleh tidur...ok x akunya azam???

Friday, November 13, 2009

Buat projek dalam bilik

Hari ni masih dalam mood berpoya-poya. Next paper, hari rabu depan. Masih awal lagi, so rileks-rileks sudah. Kalo bace awal2 pun, nanti lupa lak. Baek bace lambat-lambat, baru la ilmu fresh je duk kat dalam otak aku ni. Tapi td terpaksa bangun awal gak kerana terpaksa membuat tag nama untuk program baktisiswa awal bulan 12. Program ni merupakan program anak angkat dan aku terpaksa menabur bakti kepada bakal keluarga angkatku nanti ketika cuti semester ni. Ikut ramalan, maybe kitrg akan berkampung di Kuala Lipis, Raub or Bentong. Hopefully, dapat Lipis la. Best sikit, tempat bersejarah aku tue dan dah lama gak x menjejakkan kaki ke sana.

Apa kaitan baktisiswa dengan tajuk di atas? Xde kaitan pun, sal baktisiswa tu hanyalah intronya belum masuk kat topik asal lagi. SO, teruskan membace ok. Selesai je siapkan name tag tue, aku n rakanku ke KK Square, satunya shopping complex yg paling dekat ngan usm untuk mejayakan projek kami. Projek apakah? haaa..jgn nak pk bukan2. (terutamnya ahfatt ;p). Sebenarnya projek yang dimadsudkan adalah projek masak-masak di dalam bilik. First time taw aku masak...kat dalam bilik. Biasanya masak kat dapur. Tetibe hari ni nak ubah angin masak kat dalam bilik lak. makcik, akak2 dan abg2 kat luar sana pun kalo udah bosan masak kat dapur, boleh ubah selera masak kat dalam bilik. Lebih adventure sikit. ngeh3. (Dah nama duk hostel, mana nak ada dapurnya..haha.)

Actually aku pun xtaw, dalam byk2 jenis masakan spageti jugak menjadi pilihan diorg. Dan aku hanya follow diorg jela. Aku kan rumate yg baek dan kakak senior yg baek gak :D. Untuk pengetahuan korang, walaupun aku dah masuk 3rd year, tapi aku still duk hostel. Tapi dapat bilik triple. Means aku ada 2 org rumates. Rumates ku pulak budak second year. So, aku lah senior tapi aku x buli diorg ok.!.

Malah pulak aku nak bercerita panjang. Apa kata korang tengok je gambar2 kat bawah ni. Mula-mula ingat nak letak gambar kitrg tengah masak. Tapi rasa cam x best la coz kelihatan sangat comot, dengan tepung2 di muka, mee sampai melekat kat rambut. So, xde la gambar kami sedang masak. Ok, itu tipu. Nak masak spageti mana guna tepung...lalala...

kitorang masak simple je. Takde letak macam-macam kat dalam spageti ni. Dah akhir sem ni, dah sengkek lah. So, simple-simple sudah, murah sikit bajetnya. (abaikan mee yg masih terpacak di situ....)

ni je bahan-bahan yang nak letak kat dalam spageti. Actually sosej tu banyak pada awalnya. Tapi biasalah, sambil potong, sambil makan...ngeh3.

Kalo ade yg xtaw,haa ni la mee spageti. Bukan mee kuning yang bese wat mee goreng tu taw..;p Tapi dulu aku pelik, macam2 orang bg nama kat mee kuning tue. Ada panggil mee gemuk la, mee kasar la. Tapi dulu, aku panggil mee kasar. Kenapa aku panggil cmtue? korg g tanya mak aku. Coz die yang panggil dulu, so aku ikut la...Mak borek, anak rintik kan...

Inilah kuah spageti yang telah siap dicampur dengan bahan2 di atas td.

Ok, dah siap terhidang sudah. Aku xtaw apa motif diletakkan gelas kat situ. Bukan ade air pun kat dalam gelas tue. Ingatkan nak snap gambar spageti yang dah siap diletakkan kuahnya. Tapi memandangkan masing-masing dh lapar, xsempat nak snap coz terus ngap makanan yg terhidang tue. Bukan gelojoh yer, cume x elok biarkan makanan tu terhidang lama-lama..nanti kan dihinggap lalat. Lalat tu adalah pembawa virus yang paling berjaya. Bila die hinggap kat spageti tue, virus2 tu akan dipindahkan. Dan bile kami makan spageti tue, kitrg akan kena diarrhe (or bahasa kurang sopannya...cirit birit ) haa..boleh ditrima x alasan tue...wakaka

Tuesday, July 21, 2009

Ayam pandai menari x?

Sem ni aku ambil tarian untuk aktiviti ko-k. Aku xde la berbakat sangat nak menari-nari ni, tapi xpelah kan timba pengalaman. Lagipun aku suke menari-nari walaupun badan aku kaku semacam jer..huhu.

Minggu ni adalah minggu pertama aktiviti ko-k di usm bermula dan minggu depan dah mula larian copper, me'round' padang golf yang ntah bape kilometer ntah tapi rasanya 2.4km kot. Nasib baek aku amek menari, xyah la aku wat copper test..ngeh3. Aktiviti ko-k aku adalah hari pada hari Ahad dan Selasa pukul 5 petang. Nasib baek xde lab pada kedua-dua hari itu. Kalo tak mesti terkejar-kejar.

First meeting ahad hari tu agak bosan sikit coz coach kami membuat aktiviti2 yang dapat meningkatkan kemahiran insaniah. Rasa macam aku sedang menjalani aktiviti ldk ketika orientasai jer. Kitrg bermain telefon borak, ice-breaking la..huhu. Aku punye la bersemangat tinggi nak belajar menari ni. Tapi nasib baek la hari ni dah start pembelajaran menari dan diakhir latihan kitrg buat chicken dance..hoho..dah lama x buat chicken dance ataupun dalam bahasa melayunya..tarian anak ayam..ayam pandai menari ker?

Bile menari tadi teringat pulak kenangan aku ketika menjadi fasi di Kolej Matrikulasi Johor (kmj). Semua fasi diajar untuk menari poco-poco, chicken dance, tarian pudar dan senaman j-robik. Rindulah pulak nak buat j-robik. Apa itu j-robik?? Hanya org johor dan orang yang pernah merantau kat Johor je yang taw. Coz j-robik ini adalah senaman aerobik masyarakat Johor yang menggabungkan pelbagai jenis tarian di Malysia. Dalam senaman j-robik, ada gerakan silat, selamba, tai chi dan zapin. (ada lagi gerakan tapi aku lupa lak..huhu) Sangat unik taw...dan agak membosankan bagi mereka yang baru nak belajar wat senaman j-robik.

Teringat aku masa mula-mula masuk kmj, time tu waktu minggu orientasi. Setiap petang ada aktiviti riadah. Dan aktiviti riadahnya adalah membuat j-robik. Setiap petang sepanjang minggu orientasi taw..huhu, tension2. Senaman j-robik tu dah lah banyak gerakan pastu lama pulak tue. Lagu2 sepanjang senaman tue pun agak membosankan. Aku tengok orang laen enjoy je buat j-robik tu, tapi aku..dah menguap2 dah. huhu. Mengantuk dan bosan kerana tak dapat nak catch up gerakan fasi kat depan tambah2 part zapin tue. First time buat memang la, tapi sekarang aku dh mahir wat gerakan ala-ala zapin tue..ngeh3.

Dalam banyak-banyak part dalam j-robik, aku dan kawan-kawan aku paling suke part nak ceddoookkkk...ahh...part tu memang best dan sering ditunggu oleh kami...hehe. Bagi yang belum pernah tengok senaman j-robik, boleh la tengok video kat bawah ni. Video ni adalah latihan semasa menjadi fasi untuk minggu pengurusan pelajar baru kmj sesi 07/08. Tapi nanti xyah la mencari kelibat aku yer, coz aku xde dalam video tu. Bajet korang nak mencari aku jer ka...hik3.

video

p/s: laptop aku dh ok. Aku dah boleh update blog aku gune laptop sendiri. xpayah nak tumpang laptop rumate lagi. yes!

Monday, July 20, 2009

:: Edisi Khas ::

Happy Birthday to me...
Happy birthday to me...
happy Birthday to me...

oppss...silap nyanyi lak..actually aku nak nyanyikan dis song for my best, great best friend, Mohd Khairul b. Yusoff a.k.a Keyo Yusoff. Beliau menyambut hari lahir pada hari ni - 21hb July 2009.

to Keyo:
> Selamat Hari Lahir ke-21 (dh lulus nak mengundi ni..)
> Moga panjang umo dan murah rezeki.
> Moga Happy sokmo n dun sedih2 k..
> Ko dah tua dah...lalala~~
dan...
> Moga cepat sembuh dr demam...

Keyo n his exrumate, Anip (bersongkok)


Keyo, ni pizza untuk ko. Sori la, softcopy jerk yang mampu aku bg. Moga hilang kempunan ko tu yer..hehe;p

Sunday, July 19, 2009

Siapa Sabotaj aku?

Ingat tak entry lepas aku ade cerita aku sedang buat bisnes tshirt untuk collect money for dinner aku sem depan. So, semalam aku dan rakan aku,Hazirah buat promotion jualan tshirt dr bilik ke bilik. hoho..agak memalukan sebenarnya.Tapi nak berniaga punya pasal, perasaan malu tu tolak tepi la.
Target kitorg adalah budak first year. Biasalah budak baru masuk usm, mestilah diorg excited nak beli baju ni kan. anggapan awal kami la.. Operasi serangan dr bilik ke bilik bermula dr pukul 9 hingga 11 malam. Tapi hanya dapat 12 tempahan jer sepanjang 2 jam me'round' dm3. not bad la kan drpd x dapat langsung..huhu. Sepanjang operasi ni, macam-macam kerenah yang kitrg terpaksa hadapi.

kes 1
"tuk..tuk"
" masukkkkk"..jeritan dr dalam bilik.
" Nak beli baju x?"
"hm..xpela.."
hampa kejap. Tapi nak jual punya pasal, so xleh mudah give up. So, misi terus dijalankan.
kes 2 '
tuk..tuk...
" jangan masuk..jangan masuk"..kedengaran suara dr bilik yang kami ketuk. Tapi penghuni die still jugak bukak pintu. Chinese gurl, adalah dalam 2-3 org.

" kami xnak masuk, nak duk luar jer"..kata kawan aku.
hehehe....gurau je...kata penghuni tu..huh..sempat lagi nak bergurau.
" Kami jual tshirt. Nak beli?" sambil menunjuk sampel kat pembeli.
"Bape ni?"
" Short sleeve - rm26, long sleeve- rm29"
"Mahalnya.."
" Tapi kain die best taw. 100% cotton. raselah. Nak try pakai pun bleh"
Kemudian, mereka berbincang sesama mereka.
" Macam ni, kami nak berfikir dulu. Nanti kalo kami nak,kami contact balik. Nak contact ngan sapa yer?"
" COntact sy..amek nu ni. Takpun datang bilik jela"
" owh ok2..nanti sy contact"
senyuman terukir sikit. Macam ada peluang.
kes 3
tuk..tuk
"yer" jawab seorang gadis setelah pintu dibuka.
" Kami jual tshirt. Nak beli?"
" Nak!"
huh? aku dan Hazirah berpandangan. Mamai ke budak ni. Die cakap nak but without any expression sama ada gembira or apa. Sure ke nak beli ni..huhu.
" Nak beli ker? Lengan pendek rm26,panjang rm29"
" Nak la tapi nak saiz ape yer?"
" Yang ni S. agak besar la."
" a'a la..kalo mcm tu sy nak M la. Pastu bayaran cmner yer? kena bayar terus ker?"
" Byar deposit je dulu rm10. Dapat baju nanti baru bayar penuh. Nah isi borang ni"
"owh ok"
Yes..!!dapat satu tempahan.Dan seterusnya 2, 3...sehinggalah 12 tempahan. Sebenarnya banyak lagi kisah lucu ketika operasi semalam tapi tak payah la citer sume. citer part2 yang best jer..hehe. Tapi yang paling teruk kami hadapi bila seorang student tu terus tutup pintu bila nampak kami. Apa hina sangat ke kami jual tshirt? kitrg x mencuri ok. Jual je, kalo xnak beli dh la. Xpayah la nak protes-protes. Sungguh tidak sopan gadis itu..huhu ceh, macam aku sopan sangat la..tapi aku sopan sikit dr gadis tu..ngeh3
then, setelah abes operasi jualan tu. Aku pun balik la ke bilik aku. Kemudian aku terkejut bila terpandang poster jualan tshirt yang terpampang kat depan pintu bilik aku. Ada orang sabotaj aku.

" Dayah, dayah conteng poster ni yer?" tanyaku kat rumate aku.
" Tak la kak lea. Dayah x conteng pun"
" betul ni?"
" Sumpah kak lea. Dayah x tulis la.
kemudian aku terfikir sejenap. Maybe la kot. Aku taw, Dayah takkan tulis cmtu coz aku kenal rumate aku ni walaupun baru 3 minggu kami sebilik. Abes sapa lak yang tulis ni..iskh3..musykil3..huhu.
" xpela kak lea. Meh Dayah tolong tambah lagi ye"
haa..yang tulisan pensil tu, ditulis oleh rumate aku yang sangat jeles ngan
diriku ini..ngeh3. Tapi tulisan pink tu, masih dalam tanda tanya.



Siapa ek yang sabotaj aku ni??...

Sunday, July 12, 2009

Bila aku bergelar bisneswoman.....

wah..x sangka la pulak aku dah ade 100 org follower setelah 9 bulan ber'blogging'. Trimas2 to all bloggers yg sudi jd my follower. apa? nak hadiah? iskh3..aku tengah sengkek sekrg untuk memberi hadiah. tengok la kalo rajin nanti aku akan bagi award kat korang..kalo rajin la..hehe

Okeyh. kali ni aku nak bercerita tentang diriku dan bisnes. bisnes. perniagaan. cari duit dengan jual barang-barang ataupun kasi perkhidmatan. Ketika aku sedang berfikir untuk mencari duit utk menanggung perbelanjaan Installation Nite Forensic next year aku sendiri xtaw nape nama dinner nite kitrg dipanggil installation nite..x downloading nite ke..uploading nite ker.., rupanya sejak kecil lagi aku dah mula berkecimpung dengan perniagaan ni. cehh..bunyi macam apa je kan. padahal dulu, masa aku kecik-kecik aku selalu tolong atuk aku menjual pakaian di pasar malam. Time tu, tugas aku hanyalah tolong lipat kain dan susun kain jer. Tapi yang bestnya, aku mesti akan dapat baju free tiap kali tolong atuk aku. Aku tolong atuk aku pun setiap kali cuti sekolah.

Masa aku form 1 -3, aku diberi kepercayaan untuk menjadi pengawas koperasi. Time tue, aku tak cukup popular untuk menjadi pengawas sekolah..huhu. Aku masih ingat masa hari pertama aku menjalankan tugas sebagai pengawas koperasi masa tu aku baru form 1, masih muda belia gitu. Datanglah seorang lelaki yang cukup hensem tapi x sehensem Ikram Dizny la..ngeh3.

" dik, nak fastener satu"

" Fastener, jap ek"

fastener tu apa? aku tanya teman aku dalam nada berbisik. Malu nak ckp kuat. Rupanya kawan aku pun tak tahu fastener tu apa. So, dengan confident badaknya, aku menjawab.....

" xde la bang. fastener dah abes"

"tu kat belakang tu ape?

" hah? owh..yg ni yer". Sambil memegang sumthing yang aku rase adalah fastener.

"iye..yg nilah fastener"

"owh..sori2..xpasan tadi" (ayat cover malu). Tapi seyes malu seyh. Mana aku tahu menda alah tu namanya fastener. Aku biasanya panggil tetulang jer...huhu.


nilah fastener. korang panggil mende ni aper?

Kemudian selepas SPM semasa menunggu masa nak masuk matrik, aku bekerja kat sebuah kedai pisang goreng dekat umah aku. Tima tu, tugas aku adalah membuat ABC. Aku terpaksa memusingkan roda air batu campur tue secara manual untuk menghaluskan ais. xde nak tekan-tekan button tue. Memang hilang habis keayuan aku bile duk memutarkan roda mesin air batu campur tue. boleh imagine kan macam mane?..huhu. Tapi lepas hari tue, aku dah malas nak mitak kerja kat kedai makan lagi. Bosan la. Kalo customer datang best la. Kalo xde customer, memang bosan giler. tapi memang adat berniaga la kan, xkan asyik selalu ade customer je kan.

Sekarang, setelah 2 tahun aku bergelar student USM ni, dah bermacam2 bisnes aku buat. Jual nasi lemak pagi-pagi, jual berger malam-malam, jual spageti, jual keropok dan macam2 lagi la. Semua tue semata-mata coz nak collect money untuk event yang berlangsung kat usm ni. tu lah sapa suh jadi exco penajaan, kang tak pasal-pasal kena cari duit. Tapi skrg, bile ade yang offer aku jadi exco penajaan lagi, memang tanpa berfikir panjang, aku akan tolak. Serik seyh..huhu. paling aku tak boleh nak lupa, bile aku terpaksa menjual Big Apple Donut dan air buah dari bilik ke bilik. OWh...gile tebal muka aku time tu, ketuk bilik setiap student, then dengan muka yg tetibe bertambah satu inci tebal, aku tanya diorg.
"Nak beli donut tak kak??"
Then,bertambah satu lagi ketebalan di muka aku bile diorg tak nak beli.
"Ala kak, beli lah, donut ni sedap. beli la tinggal bape bijik je lagi ni."
seterusnya bertambah lagi seinci demi seinci, sehinggalah diorg setuju nak membelinya..haha.. psyco habis aku kan.
Dan yang terbaru, aku kena fikir jalan atau cara untuk mencari duit untuk support dinner nite course aku tahun depan lak. Actually bukan aku sorg kena fikir, semua coursemate aku wajib kena fikir pasal mende. Yelah, kalo tak cukup money, xdelah dinner nite kitrg. Bile xde dinner nite, nanti kitrg x boleh terima vest. Apa pentingnya vest tue kepada kitrg? nanti-nantilah aku cerita yer. Jadi plan bisnes terbaru aku adalah..aku nak jual tshirt di bawah ni. Walaupun kat tshirt tu dh terpampang perkataan I LUV USM, tapi pada sesiapa yang bukan student usm pun boleh beli taw. kepada yang berminat tue, bleh la email aku yer... nur_lieya88@yahoo.com menyempat je aku ni nak promot-promot...hehe




Wednesday, May 27, 2009

- Mode Jiwang -

Korang tengok tak cerita Cinta Untuk Ain setiap hari Selasa? siapa tengok angkat kening..ngeh3. Btw, aku baru jerk start tengok dan layan cerita ni masa aku duk umah. so, sempat tengok 3 episode jerk...huhu. Cerita ni biasa jerk bagi aku, mungkin sebab aku tengok kat last2 episode kot sebab tue xde feel sangat..hehe...

Actually apa yang best tang drama ni adalah lagu-lagunya. sangat sedih dan penuh bermakna. ada 2 soundtrack dalam drama ni - Tanpa (6xth Sense) dan Saat-saat Terindah (Rama Band). Dua-dua tu lagu faveret aku. Lagu Tanpa tu dah lama, tapi aku still x bosan ataw muak walaupun pasang berulang-ulang kali. maksud yang tersirat dalam lagu ni penuh bermakna bagi aku...hehehe...terjiwang pulak...ngeh3

lagu Saat-saat Terindah pulak, actually aku baru jer dengar bile tengok drama ni. Lirik lagu ni betul-betul menyentuh perasaan. boleh nanges seyh kalo dengar lagu ni. tapi make sure kena hayati betul2 la..Kalo tak percaya, just klik kat bawah ni ok...layannnnn!



Saat kau hadir dalam hidupku
Terasa indah
Hanya bayangmu menyentuh jiwa
Temani sepi

Kini semua cinta mu telah pergi
meninggalkan diriku dalam kehampaan sendiri
Waktu terus berjalan dan memberi perit di hati
Hanya rindu yang aku dambakan bukan cintamu
Mesti kini kau tak menyintai diriku lagi
Kini baru aku menyedari
Kau begitu bererti di dlm hidupku ini

Saat-saat yg indah
Saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yang telah berlalu
Kini teringat lagi
Kini terkenang lagi
Ku ingin kembali

Rama - Saat-Saat Terindah.mp3
(klik untuk download)

Monday, May 4, 2009

aku nyaris dapat status pendatang tanpa izin...

i'm at home rite now..but ade sesuatu yang betul2 spoil mood cuti aku..huhu.

pagi semalam, sedang aku mengemas umah. tetibe aku teringat something not someone ok..hik3. then, aku pun bergegas masuk ke dalam bilik mencari sesuatu yang terlintas dalam fikiran aku tadi. aku mencari purse dalam beg galas. dan.... bukan purse yang kumahu sebenarnya but isi kat dalam tue......

dan....................


oh..no.............barang aku cari takde dalam purse aku. kad pengenalan aku takde dalam purse aku!!!!!! aku lupa nak amek dalam pencil case aku before balik hari tue. dan pencil case tue ade dalam kotak kat dalam store hostel aku... waaaaaaaa..aiseh macam maner aku boleh lupa. padahal before balik umah hari tue, banyak kali jugak aku bukak purse tue untuk memeriksa tiket bas aku tak hilang. macam mane aku boleh tak perasan purse aku kosong tanpa kad pengenalan...aduyai..nasib2....huhu

kemudian apa yang terlintas kat dalam kepala aku ni ialah buat kad pengenalan baru. aku tipu la nanti yang kad pengenalan aku hilang ker terbakar ker...tehjn aku dapat kad pengenalan. ok gak. boleh gantikan kad pengenalan aku sekarang. gambar aku kat kad pengenalan tue gile kelakar. putih giler. tak tahu kenapa. nak kata aku pakai bedak time nak wat kad pengenalan tu, memang lah pakai. tapi kalo dah 3 jam menunggu untuk mengambil gambar, bedak2 kat muka tue mesti dah cair kan. ntah la..mungkin effect flash kot..huhu. tapi tension aku bile orang tengok ic aku. mesti diorg gelak..haish...huhu. aku ingat lagi masa exam hari tue, sedang aku menjawab exam, datanglah seorang pengawas mahu check kad pengenalan dan slip peperiksaan aku. bile die tengok ic aku, die tengok muka aku. compare ic dengan muka aku. pastu die senyum2 kambing. nak tergelak la tue tengok gambar kad pengenalan...huhu. tapi kan, bile aku fikir balik, leceh la kalo nak buat ic balik. kawan aku cakap kena buat aduan polis, pastu baru boleh buat kad pengenalan kat pejabat pendaftaran. then, kena bayar denda pulak..aish....cancel..cancel..idea ni tak boleh diteruskan.!

kemudian, datang satu lagi idea iaitu aku kena balik usm balik untuk amek ic aku. ahhh...tapi ni memang kerja gile. penat seyh nak pergi balik kelantan tue. kalo setakat 1 jam perjalanan xpe. ni 7 jam. gile ape..setakat nak amek ic jerk, memang tak berbaloi..huhu. tapi..macam maner, aku harus dapatlan ic aku. kalo tak 2 bulan cuti ni, aku akan dapat status baru...status pendatang tanpa izin walaupun hakikatnya aku lahir dan membesar di malaysia...

dan..aku teringat kat coursemate aku. aku tahu die masih lagi kat usm. die balik 9hb ni. aku tahu pun coz hari tu, aku tolong belikan tiket untuk die. die lah harapan aku sekarang untuk aku dapatkan ic aku balik. tapi macam mana aku nak explain kat mana letaknya barang2 aku kat dalam store. dah la aku pilih port yang paling tercorot kat dalam store tue. masalah lagi. tapi xpe, aku kena mintak tolong die jugak...xkira..bunyi macam kejam jerk..huhuhu...

lalu dengan segera, aku capai henset aku untuk mesej kawan aku tue. lalu aku ceritakan masalah aku pada beliau. dan tak kusangka rupanya die tahu tempat aku letak barang2 aku kat dalam store. so, mudahlah sikit, tak perlu aku terang dengan panjang lebar. beliau bersetuju mahu membantu aku tapi die akan mencarinya petang nanti aku setuju dan aku bagitahu die, tak kisah pun die nk cari bile..janji die setuju nak bantu aku dan aku dapat kad pengenalan aku tue. maka, petang semalam die mesej aku balik bagitahu yang die dah berjaya menemui kad pengenalan aku dan die akan poskan ke umah aku..oh..my frenz..ko lah penyelamat aku...oppss..lupa nak bagitahu. kawan aku tue, namanya hidayah hazwani. kena promote nama beliau coz die dah tolong aku...hik3 ala tapi gambar beliau takde pulak. tak boleh nak tunjukkan kat korang penyelamat aku ni. aku lupa nak masukkan kat dalam pendrive tadi.

p/s: hidayah cakap die akan pos ic aku hari ni. doakan aku moga aku dapat kad pengenalan aku balik. moga abg posmen berjaya menjumpai umah aku untuk hantar kad pengenalan aku tue. jangan hilang udah. tapi kalo hilang jugak, akan kubakar semua pejabat pos kelantan dan terengganu...gile ganas perempuan ini...hik3...

Friday, April 24, 2009

mahu maen magic

nak maen magic tak??nak? nak?..ala jom la...

tapi cop2, sila make sure mende ni dulu:-
1. korang kena cari calculator dulu. kalo xde, boleh gune henset ataw pape saja jenis barangan yang boleh digunakan untuk mengira. gune sempoa pun boleh. tapi kalo memang xde sgt..kira manual je la ok!
2. pastikan korang on dulu kalkulator tue. nanti penat2 je korang tekan tapi xkuar2 pun..huhu
3. then tekan '=' setiap kali selesai satu operasi. jgn tekan semua sekali then baru '='. nanti ade error pulak.


ok, follow these steps
1. tekan 3 number pertama no.phone korang (bukan 013, 019, 012, 014 tue..after number tue)
2. darab dengan 80,
3. tambah 1,
4. darab 250
5. tambah 4 last digit number phone korang,
6. repeat step 5 tue.
7. tolak 250
8. bahagi 2.
9. tu jawapannya...mahu taw? try la ok...

..............................................................

hari ni incek mood untuk menjawab tagged datang.

tagged pertama ni datangnya dari Kak Huda.

arahannya.
1. sila tunjukkan wallpaper di desktop anda.

ok..dah!

2. ceritakan tentang wallpaper korang tue.

wallpaper aku ni adalah tentang seorang gadis cantik sedang cube lari majlis perkahwinan yang diatur oleh family beliau. si gadis ni mahu pergi kepada kekasih hati sebenarnya. dia tak sanggup menggadaikan seluruh hidupnya bersama dengan lelaki yang tidak dicintainya. ok..aku tipu. itu hanya imaginasi aku jerk..hihi actually tu gambar cindrella la. perasan tak, ade gambar kasut die tercicir tue. nampak tak? aku dh siap tunjuk dengan tangan lagi tue. bagi siapa-siapa yang tak nampak tue...haa...alamatnya.....mata korang dah rabun...pergi buat spek sana...lalala..kenapa aku pilih gambar ni as my wallpaper? alasannya .....coz ni laptop aku. so, suka hati aku la nak letak gambar sapa. nak letak gambar hantu ke..abg pierre andre yg sweet n gantang tue ker...tiada sapa yng boleh marah ok..hehehe..

sebenarnya biasanya aku letak gambar aku jer as wallpaper.tp disebabkan aku baru jerk download wallpaper karton disney kat laman web ni. so, excited pulak aku nak letak gambar ni. btw, byktaw wallpaper yg comel2 kat situ. kalo sapa2 berminat..boleh la download yer...free jerk..mcm aku punyer jerk..hahaha

3. tag 10 orang...
1o? ramainya..aku nak tagged sikit jerk - incek liquid, wan, Kf, lifesaver, zuris, wanie, lukman, chanz, hanisah, cik rama2, nenekrock..opss..terlebih 10 pulak..hik3

tagged ke2 datangnya dr wan. actually ini adalah award tapi bersyarat..nampak sangat tak ikhlas kan si pemberi ini..hihi..

rules
1. copy images below.

ok..dah copy and paste pun..

2. tulis sebarang comment pasal penghantar award neh
( nak suruh puji die la ni...owh)
- beliau seorg blogger yg berjaya. sekarang final year kat ump. umah die dekat dengan u aku ni haa...seorg yg kelakar..maybe...huhu..ok dah..nanti terkutuk beliau pulak..hik3

3.
send kepada blogger2 yang sy suke..
chanz, incek liquid, lukman, azahiri, che joe, wanie, lifesaver, dhada, nemo oh nemo.

p/s: tagged yang laen tue, nanti2 la aku jawab yer...dh pjg sgt nih...hihi

Thursday, April 16, 2009

hatiku milik kamu..dalam bahasa urdunya..dil hai tumhara...

sebenarnya tiada apa pun untuk aku kongsikan dalam entry ni. cume sekarang aku sedang dilanda ke'tension'an dan kebosanan yang amat. huhu. sumeone pliz help me...huhu. tension seyh nak abeskan nota-nota setinggi gunung ledang ni. ntah bile nak habis. tu satu hal, satu lagi problemnya..makin banyak aku bace, makin banyak pulak aku lupe. adeyh..(ni lah bahana study last minute..serve me rite!huhu)

next week aku ade 2 paper killer subject lagi. satu tue kena ingat pasal ubat (phamacology) dan satu lagi kena hafal nama2 penyakit (pathology). elok lah tue..ubat dan penyakit. pandai betul orang yang susun jadual ni..letak dua subject ni bersebelahan jerk harinya. mereka memang bagus tapi yang menderitanya kami yang nak amek exam ni. dugaan..dugaan. huhu.

utk menghilangkan ketensionan aku ni, aku pun godek2 la laptop aku. cari entertainment. jumpe folder game..malas la nak maen game tyme2 camni..lagipun aku bukan kaki games..aku hanya akan main game bile dalam keadaan tension tahap kritikal..so far ketensionan aku masih di tahap kawalan..pencarian diteruskan. terjumpe folder movie. owh..sgt byk movie kat situ..ade citer..antoo fighter..slumdog..upin ipin..seducing mr perfect..tidak..aku xmo layan movie saat ni. sebabnya..nanti tak pasal aku duk tercongok kat depan laptop ni. xnak..xnak..dan akhirnya...aku terjumpe sesuatu....ah-ha..sgt menarik...aku terjumpe folder klik video citer hindustan..jom..jom kite layan sesama...


video
:: Dil Hai Tumhara ::

hensem pulak tgk Jimmy Shergill ni kan..hik3. tapi aku lagi suke Arjun Rampai dalam filem ni. cerita ni pun bikin air mata aku mengalir...haha.sedih taw nasib pretty zinta dalam filem ni. dianak tirikan oleh mak die. tapi die memang anak tiri pun..hehe. btw, aku minat giler sama Pretty Zinta..die memang pretty. aku suke tgk kalo die senyum. terserlah lesung pipit die. cute la. ntah bile pipi aku nak ade lesung pipit mcm die...hehe (memang xkan dpt pun kan..haha)

kalau korang nak tahu, dulu aku memang giler dengan hindustan ni. hero pujaan hatiku pada satu masa dulu..Amir khan..suke aku tengok lakonan die. tapi shah rukh khan best jugak. semua citer lakonan die, aku tgk. (tak semua pun sebenarnya..yg best2 jerk..hik3) Kuch kuch hota hai, duplicate, dil to pagai hai...owh..semua movie2 ni time zaman persekolahan aku. aku selalu tukar cd2 hindustan dengan kawan-kawan aku dlu. giler ah kalo nak beli semua...lagipun citer hindustan ni tengok sekali dh cukup. tak payah nak layan banyak2 kali. tapi sekarang aku dah jarang layan cerita hindustan. filem hindustan sekrg dh makin moden sgt. dah hilang ke'bollywood'nya. keunikan orang hindustan pun dah jarang dimasukkan dalam filem2 mereka. pelakon perempuan dah xpakai sari lagi. semua pakai skirt yg giler pendek. filem bollywood dah macam hollywood dah pun. tiada biasa pun. cume bahasa jela kot yg membezakan 2 wood ni. tapi filem melayu pun, ade jugak yg macam tu kan. lebih kurang je kan..huhu

eh..aku ni dah melaluk pulak.tak pasal jadi pengkritik filem pulak..huhu actually aku just nak tunjuk video ni jer..tapi dah melencong pulak..huhu..

k la..mahu sambung study dulu..daaa~~

Saturday, April 11, 2009

Selamat Pagi Cinta~~~


malam tadi, aku layan satu cerita cinta. melayu punyer..not korean or jepun drama. tajuknya 'Selamat Pagi Cinta'...cerita ni dah lama dah pun. tapi aku jerk yg baru tengok citer ni tadi sambil melupakan notesku yang bertimbun bak gunung everest tue..

tapi cerita ni agak best lah sampai air mata aku terkeluar..haha..gile aku menghayati cerita ni. meh aku story mory sikit citer nak korang. tapi aku tak pandai sangat nak wat review neh..huhu.

Filem ni mengisahkan 2 pasangan cinta yang akhirnya tak bersama iaitu pasangan Fazura-Pierre Andre dan Sharifah Amani-Que Haidar. antara 2 pasangan ni..aku paling suke pasangan fazura(Julia) dan pierre andre (Ilham)...sweet jerk diorg ni. tapi kan ade patut, diorg tentukan jodoh diorg dengan gune duit syiling. rasenya baru jumpe 3 kali, pastu diorg terus kawen.

" kalau sy lambung syiling ni, dan menunjukkan gambar wau sebanyak 3 kali. itu bermakna kite ade jodoh. dan kita kahwin. ok?"

gile ah cmni..kalo cmtue..aku pun nak lambung duit kertas la...ada sesiapa mahu main lambung2 duit kertas dengan aku??

dan perkahwinan diorg bahgia. tapi yg sedihnya, last2, Ilham mati kerana ade penyakit. tak pulak diberitahu penyakit tue. rasenya kanser la kot. babak yg selepas die meninggal dunia, dan fazura dalam kesedihan tu yg buat aku turut sedih giler tue...meleleh taw air mata aku ni...abes tisu satu kotak (yg ni aku tipu)..hahaha. tapi seyes la..sedih kan kalo kite kehilangan orang tersayang. tak dapat nak imagine, kalo baru jerk berkahwin, pastu suami meninggal dunia..waaa...jadi janda muda tue...

pasangan syarifah amani (suci)dan que haidar (Azam) pun ok la. kisah cinta budak university. tapi last-last Suci tu kawen dengan pilihan family die. yang ni pun cukup tragis jugak. masa hari perkahwinan, Azam dtg tengok. tapi dr jauh jerk. kalo aku ditempat Azam, aku tak kan pergi tengok die kawen. sedih woo..tgk org yang kite sayang kawen ngan orang laen.

tapi kan, aku suke satu kata-kata Azam bile die tak dapat kahwin dengan Suci tue...

" Pengorbanan dalam cinta amat besar maknanya, dan tulah yang Azam lakukan"....

betul tue, tak semestinya bila kite sayang seseorang tue, kita mesti kahwin dengan die. kadang-kadang pengorbanan amat penting dalam cinta. kerana melalui pengorbanan, kita jugak boleh tunjukkan cinta kita pada si dia. kerana mungkin sudah tersurat bahawa tiada jodoh antara kita...hahaha..tetibe terasa macam jadik doktor cinta pulak dalam masa seminit ni...hik3.

ending cerita ni, Julia akhirnya bersama dengan Azam.....

ok, next....aku nak umumkan sesuatu ni.....

:: Abg Pierre Andre yg Sweet...hik3::

owh..aku suke sangat pierre Andre. sweet la die ni. aku suke cara die cakap. lembut jerk, jenis yg sweet talker. tapi tak tahu lah personality die kat luar filem mcm maner. tapi paper pun..i'm in love wif u..owh pierre andre...hahahahaha...jangan jeles atau sedih-sedih yer....kerana hatiku telah dimiliki oleh jejaka ini...ahaks!!!

Friday, April 10, 2009

aku sebenar-benarnya....

penat betul hari ni. terpaksa menghadap kertas-kertas yg penuh dgn tulisan. pastu kena menghafal pulak tue. tension..tension..otak aku dah tepu ni..setepu serbuk milo dalam air milo..setepu lemak tepu dalam badan..ade kaitan ker?ntahlah..aku ckp jer..haha..

so, utk menghilangkan ketensionan study ni..aku nak jawab tag la...actually aku terkena tagged oleh 3 mak cik yang sgt jeles sama aku or maybe mereka cares sama aku kot..aku ckp diorg jeles coz maybe diorg tak mahu aku study. tapi maybe diorg care coz mahu aku hilangkan tension bile study dgn jawab tag...sgt baek kan diorg neh...tapi kan drpd 3 tagged tue, aku berminat nak jawab satu jer iaitu dr Izzahsakinah ..lagi 2 tagged..aku simpan utk jawab next time la..tak larat la nak jawab semua...so..jgn marah or kecewa yer cik shafa dan cik lieya..nanti bile bosan..kujawab tagged kamu pulak ok?

tak mahu ckp byk...so these are the instructions for this tagged..

PERSONALITY TEST, which type are you? GET TO KNOW YOURSELF BETTER.

1. Open this website
2. Take the personality test
3. copy and paste the result into your blog
4. Tag your friends

lepas penat aku menjwb test ni...kira sgt teror aku..coz tak perlu study pun utk jwb soklan ni...kan bagus kalo exam pun mcm ni..tp confirm hancur la kan resuk aku nanti..huhu

ok..ok..sekarang aku nak tunjuk hasil drpd jawapan aku kat test tue...

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.
( am i straightforward..maybe kot..but not skema..tp part jd org tengah tue..macam betull..coz aku ni seorang yg adil ok...hehe)

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
( romantic??aku?? haha..mesti ade yang termuntah pasni..namun hakikatnya yg harus diterima..aku memang akan lakukan everything, anything, marketing, mating, producing...dan semua jenis ting la...)

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
(aku selalu jumpe left person jer....)

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
(aku serious taw dalam bab2 nak cari pasangan ni..mana bleh wat maen2...nanti derita aku di hari tua..)

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.
(terkadang memang malas nak study...tapi aku rase aku ni takde pun practical idea...pakai hentam keromo adelah)

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
(bukak restoran tue dikira secure job tak?

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.
(betul..aku akan buat apa yg aku mahu...takde org pun boleh halang aku..except family aku..tu pun aku akan pujuk diorg bagi keizinan..)

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.
(tapi aku bukan jenis pemarah...)

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.
( mature? part ni..mesti kawan aku akan argue..coz die selalu ckp aku macam budak kecik..tak mature...tapi kat sini cakap aku mature la..so ko kena terima la yer azahiri...jgn ckp aku mcm budak kecik lagi...lalala)

aku tak mahu tagged sesiapa..tapi kalo korang rase nak buat test ni..klik jela kat laman web kat atas yer...try la..seronok taw...

tapi kan..seyes la..analysis result test aku ni..memang kena dengan aku la...95%..seyes..tak tipu...semuanya benar belaka...eh bukan semua..ade gak yg macam tak kena..tapi 5% jela..
so..kalo korang nak taw...itulah diriku yg sebenar-benarnya....

Tuesday, April 7, 2009

tak suka..tak suka..!!

aku tak suka dengar lagu Cinta Tiga Segi!!!emo sekejap...huhu

tapi kan seyes..aku tak suke dengar lagu ni. semalam jerk aku dengar lagu tue dua kali..bukan aku saja-saja nak dengar..tapi terdengar..first, time tue aku kat kedai tengah2 memilih barang..dgr jerk lagu ni, terus aku cepat-cepat bayar dan blah dr kedai tue. second time, masa tue aku tengah landing-landing atas katil sambil dengar radio...dgr lagu ni..terus aku tukar channel...huhu.

kenapa aku tak suka lagu ni???

before tu, korang taw ke lagu Cinta Segi Tiga yg mane? penyanyi nya aku tak sure coz ramai sgt yg nyanyi...saleem pun nyanyi gak lagu ni kalo tak silap aku laa... lagu ni menurut kata orang, bukan cerita yg dibuat oleh aku adalah lagu seorang banduan yang dikatakan sedang menunggu hukuman gantung. ini semua gara-gara die membunuh bakal isterinya yang berpaling kepada ex-boyfriend nye sebelum mereka berkahwin. disebabkan bengang, beliau telah membunuh kekasihnya itu dan ex-bf perempuan tue. tu kata orang la. tapi ade yang kata pulak, tu hanyalah cerita semata-mata utk melariskna lagu. hakikatnya, aku tataw sejarah lagu tue dan malas nak amek taw. bagi yang tak pernah dengar, korang google jela ek. then download untuk mendengarnya.

actually aku tak suka lagu ni...coz lagu ni mengingatkan aku kat seseorang...seseorang yg tak sepatutnya aku ingat...argh..tak suka..tak suka.....alasan yg tak munasabah kan..tapi apa aku kisah..aku memang tak suka lagu ni...huhu

p/s: harap2 penulis lagu ni tak bace blog aku, kalo tak mesti die kecik hati, sori yer incek/cik penulis lirik..ter'emo' sekejap...huhu

Monday, April 6, 2009

HanTu Mangga

tadi tengah study, tetibe terasa lapar pulak. normal la kan kalo perah otak lewat2 malam ni, mesti akan lapar coz semua energy digunakan oleh otak. lalu, aku pun menyelongkar la stok makanan aku..owh..ade dua tin biskut - satu jacob, wheetameal dan satu lagi biskut Julies..yg ni aku kebas time jamuan hamper hari tue sempena usaha keras aku dan ajk laen menjayakan Malam Kebudayaan Kelantan hari tue..tapi aku x usik sgt pun biskut Julies ni..sebab x memenuhi taste aku pulak..huhu..ade sesiapa nak tak? kalo nak, silalah dtg amek sendiri kat bilik aku yer..aku kasi free kat korang. sesekali buat sedekah jariah ok jugak kan..hik3

berbalik pada perut aku yg menjerit2 minta diisi ni, dan disebabkan aku tak nak makan biskut malam2 ni. giler demand kan..dh lapar tue makan jela..huhu so aku keluar la mencari makanan kat aras satu hostel aku ni. btw, bilik aku aras 2 taw. utk pengetahuan korang, kat aras 1 adalah tempat student2 sini berniaga. macam2 jenis makanan ade kat situ. semuanya di letak oleh student sini utk mendapat extra income. sampai jer kat situ, aku ternampak byk beg plastik. ade minuman 3 in 1..ade waffer apollo dan macam2 lagi la. then..aku ternampak sesuatu. sesuatu yg betul2 buat kecur air liurku..argh aku memang tak boleh nampak mende ni.....aish...so, apa lagi terus la aku sembat...haha.

nak taw ape mende yg aku beli tue....ni haa...jeruk mangga! sedap jerk aku tengok. banyak pulak tue isinya kira berbaloi dengan harganya rm1.

gambar ni bukan jeruk yg aku beli td tapi aku google jer. coz tak sempat aku nak snap. sedar-sedar jeruk mangga tue dah abes dimakan dh...hahaha. kalo ikutkan jeruk mangga ni memang tak mengenyangkan pun. tapi terasa puas pulak coz dapat makan jeruk. dah lama aku tak makan taw. kira termasuk dalam kategori mengidam la. tapi aku tak mengandung ok. cume sesaja terasa nak makan mangga.

actually aku ni memang hantu jeruk dan asam2 ni. pantang je nampak, mesti nak beli. dan yang paling best, aku paling suke makan buah mempelam mentah yg tanpa diawet tue sambil dicicah dengan kicap+gula+chili+belacan, memang masyku taw.!! kat tempat aku, iaitu kat area kat pantai timur ni, makanan macam tue dipanggil colek

:: nilah yang dipanggil colek ::

sangat sedap taw makan colek ni walaupun rasanya agak masam. teringat dulu, masa aku form 2. kawan-kawan aku pun hantu colek macam aku. so, pada musim mempelam dan mangga berbuah, kitrg berpakat nak buat kenduri makan colek kat kelas. masa tue, kitorg semua dalam 4 org. dan masing-masing menyumbang barang yg berbeza. ade yg bawak kicap yg telah siap dibancuh dengan bahan yang sebutkan td, ade yg bawak buah mangga, dan ade yg gula-gula (get ready utk hilangkan pedas nanti). dan aku pulak volunteer nak membawa buah mangga disebabkan umah tok wan aku ade banyak mangga. so, petang tue dengan semangat yg berkobar-kobar, aku pun pegi la kait buah mangga kat umah tok wan aku. agak mencabar jugak taw kait buah mangga ni. coz semua buahnya nak duduk kat puncak pokok. buah mangga ni pun nak berada kat high class jugak taw. bukan manusia jerk. jadi disebabkan itu, terpaksalah aku melompat-lompat kanggaru utk dapatkan buah mangga tue.

malam tue, aku kupas dan potong semua buah mangga yang berjaya aku kait tadi. sambil tangan buat kerja, mulut aku pun turut berkerja taw. kunyah buah mangga tue..haha then, setelah siap potong, aku pun bungkuskan dalam plastik. tapi malam tue, aku dah buat kenduri colek dgn adik aku. mana boleh tunggu esok. aku kan hantu mangga. haha

esoknya, bunyi jer loceng tanda waktu rehat bermula, aku dan kawan-kawan aku pun keluarkan barang masing2. then, bermula la kenduri makan colek. seronok jugak makan colek ni beramai-ramai sambil bergosip..hihi. dan hari tue, kitrg kekenyangan makan buah mangga jer.

Thursday, April 2, 2009

Taipkan ON CINTA

Korang pernah terpengaruh dengan iklan di atas x? taipkan ON CINTA dan anda akan dpt cinta?? betul ker ek..yakin jer aku..hehehe.. bg yg belum pernah mencuba tue..dan tetibe gatal2 tangan nak menaip sms cmni..better x payah la...sms ni berbayar dan tiap bulan2 kuar duit..better korg cari kenalan ataw cinta melalui frenster ker YM ker..best la gak..betul x?

Dua hari lepas, aku ade dengar Muzik.fm. time tu si dj sedang berdiskusi dengan pendengar pasal cinta internet ataw gara-gara silap telepon. tak sangka, rupanya ramai jugak yang terlibat dengan cinta dunia maya ni. ade yang tue, kapel sudah 6 tahun..tapi x penah jumpe pun..cmner ek diorg boleh tahan? kalo aku..ish...hahaha...eh tp betul la..xkan la kapel setakat sms, u call i..i call u..x kan x jumpe..xdating..cm xbest jerk..tapi tu, diorg punyer cinta...punyer perasaan...xde kaitan dengan hati n perasaan aku pun kan...haha

tp aku tertarik dgn satu story tue..ade la sorg mamat tue call muzik.fm. die cerita pasal kisah cinta dengan pompuan yg die kenal through phone...

"macam maner awak boleh dengan awek tue??" tanya si Dj

"mula-mula tue, sy antar sms kat die. tanya die kenal azlan x? padahal sy sendiri pun xkenal pun Azlan tue..saja jer...just trick nak takcle awek tue....hahaha"

"then...awek tu layan x?"

"yg bestnya..awek tu xmarah. drpd sms tue..terus kitrg jadi kawan. dan pastu jd kapel. then bahagia sapai skrg"

"wah..abes korg dh pernah jumpe belum?"

"dah..mula tue, si dia selalu mengelak jerk. kata busy la apa la. tapi last2 setelah 3 tahun berhubung..kitrg berjumpe jugak"

"so..cun x awek tue?"

"hahaha....sgt berbeza kalo nak compare dgn gmbr yg die kasi. kat dlm gambar nampak cun jerk. tapi bile jumpe depan2..badan mcm tong..huhu"

"hehehe..abes awak lari ker?"

"xla..hati dah sayang. so, terima jela seadanya..".

tulah antara perbualan dj dengan pendengar yang aku igt. kata si dj tue, (kata dj tue ek..bukan kata2 aku) bagus jugak cinta maya ni coz boleh ukur kejujuran seseorg. means cinta die tu xkan berdasarkan paras rupa ataw wang ringgit semata..tapi melalui ketulusan hati..nurani..perasaan..(yg ni aku tambah sendirik..hihi)..tapi kadang2 cinta maya ni ada jugak yg menipu taw. so kena beware la ye.

eh..aku ni macam nak promote kat korang suh cari cinta dalam ternet pulak kan..huhu. actually aku x percaya pun dengan cinta2 ternet ni..ntah la aku ni jenis susah nak percaya kat lelaki sikit...buka semua lelaki boleh dpt kerpercayaan aku taw...hahaha..poyo jerk ayat kan...ngeh3. bagi aku lelaki kat internet ni bukan boleh percaya...but not all la kan coz aku taw..lelaki blogger baek2 sume kan??hihi tapi kalo setakat nak berkawan..nak share problem tue..boleh je..kata org berkawan biar beribu-ribu..bermillion-million..tapi kalo nak bercinta tu..maybe tak la kot. aku lagi berminat dengan lelaki sekitar aku jerk. i means yg pernah aku jumpe face to face. yg kenal aku tanpa aku perlu menceritakan siapa aku. kang senang tue. lagi pun, kalo cinta internet ni, mesti kena bercinta jarak jauh kan..xmo la...dah serik...terpaksa memendam rindu je hari-hari...huhu. tapi so far, aku tgk ramai jerk kawan-kawan aku yang bahagia bertemu cinta di internet. tumpang gembira dgn kebahgiaan korang ek!

tapi kan bile aku dengar cerita si pemanggil yg aku cerita kat atas tu...aku terigt pulak kisah zaman jahiliyah aku dulu (dalam era 2000 yer bukan zaman sebelum hijrah yer)...

time tue aku kat matrik. matrik maner? aku rase bg pembace setia aku..mesti korg taw aku belaja kat matrik mana kan. bg yg xtaw tue.xpayah taw pun xpe..xpenting pun. ok, berbalik pd cerita aku, ade la seorg rumate aku baru lepas frust bercinta. time tue tiap2 malam die akan bersedih dan berasa bosan. (yelah dh takde org nak msg2 dh) then, tetibe die ckp kat aku...

" lea..kasi 7 nu bertuah.."

" nu bertuah? nak watper?"

" aku nak dial.."

" hah??"

" aku bosan..xde org nak msg aku..so aku nak kaco2 org la...hehehe"

" adoi...boleh pulak mcm tue" walau mcm maner pun aku still bagi laa 7 no yg bertuah..tue pun actually no phone aku..tapi die tukar 3 no. kat depan tue..dr 013 to 016. si dia pun call, dan panggilan tu berjawab... si empunye no. tue lelaki.!! apa lagi..mengayat kawan aku tue. ckp silap no la apa la..last2 diorg jadik kawan. tapi setakat kawan jela coz kawan aku tu pun dh ade boyfren baru dh pun..melihat hasil yg memberansangkan tue, aku pun terasa nak try la jugak. aku pun tekan-tekan no. yang aku rase boleh bawak tuah kat aku. then si empunya no tu call aku. giler ah..punyer cuak aku time tue..yelah aku mana pandai nak berlakon2 ni.. nak tipu konon2 tersalah tekan no. last2 kawan aku yg baek hati, tolong jawabkan dan mengayat. menjadi. so, start dr hari tu, aku pun mula la ber'sms' ngan lelaki tue. tp last2, aku rase bosan pulak. (btw..aku memang jenis cepat bosan, but for the certain people only) malas pulak nak melayan mamat. gpun seperti aku ckp td, lelaki bukan boleh percaya. tapi laen lah kalo dpt kenal depan2 kan?hehe...

p/s: aku dh xbuat eh kerja giler tue..tulah first n last time aku buat...huhu..dan sampai sekrg pun aku still tak percaya yang aku pernah buat kerja mcm tue..giler ah..dh mcm perempuan desperate pulak...adeyh...tp hakikatnya bukan ok..heheheh...

Saturday, March 28, 2009

impian aku 5 tahun akan datang..

semalam sambil-sambil aku mencari maklumat untuk meenyiapkan asignment dan lab report, aku ber'blog walking' jap..sempat jer kan nak melencong dr tujuan asal kan..huhu. dr satu blog ke satu blog aku bace. bile terbace entry yang menarik ataw kelakar aku akan gelak sorg-sorg. nasib baek rumate aku dh tido, kalo tak mesti die igt aku ni dh gile. then tgh walking-walking suke ati jer nak gandakan perkataan tue kan, tetibe aku tersesat kat dapur orang..dan...owh..sungguh banyak makanan kat situ. ade pizza, spageti, mee kari, laksa penang dan macam-macam makanan lagi. betul2 bikin aku terliur. kalo korang tak percaya..klik sini dan kat sini jugak...confirm korang pun mesti akan terliur punyer.

sangat seronok singgah dapur org tue, ade pelbagai resepi masakan kat situ. hampir kat sejam aku duk lepak kat 'dapur' tue saja. lupa habis kat kerja-kerja aku. aku tak taw naper, sejak akhir-ahkir ni aku betul excited nak belajar masak. maybe coz terasa nak kawen kot.then jd suri rumah tangga. bestnya..hihi. eh kawen??..giler gatal aku ni kan..belajar tak abis lagi..dh nak kawen. calon pun xde..adeyh cmner nak kawen. iskh3...hehehe

bagi resepi yg menarik kat blog tue, aku dh save. nanti balik umah aku nak try. x sabarnya. jadi or tak masakan aku nanti. belakang kira. janji aku try kan..hihi. actually dulu, aku lebih prefer beli buku masakan drpd google resipi. coz dulu aku pernah google resepi masakan. tapi semua mcm x betul jer. aku igt lagi, aku ade terjumpe satu resepi masakan tue. nama die, ikan bilis masak lemak. tapi bile aku tgk list bahan-bahan dan cara masakan. takde plak die sebut pasal ikan bilis. pelik bin ajaib betul kan. kata nak masak ikan bilis masak lemak. abes ikan bilisnya mana. nampak sgt resepi tue salah. tapi sekarang..aku dh jupe blog yg bagus. so, pasni xpayah la aku belik buku masakan lagi. dan kepada yg nak belajar masak pun boleh jenguk dapur2 yg aku sebut kat atas td.

kalo korang nak taw, aku dh buat plan masa depan taw. aku ingat nak bukak bisnes. bisnes yg bermaen kat kepala otak ialah restoran. sebab aku kan suka masak..hehe pastu aku akan menyediakan catering utk pelbagai majlis, termasuklah perkahwinan. so, nanti kalo ade sapa-sapa terasa nak kawen, boleh la buat tempahan ngan aku...ceh..bunyi macam bisnes tue dh berjalan jerk..hahaha

haaa nilah restoran yg menjd idaman aku satu hari nanti. cantik kan.color pink lagi tue. nampak tenang je. pastu aku akan make sure yg aku akan design sendiri restoran aku nanti. ahh...bestnya kalo impian aku ni jd kenyataan.

tapi kan kalo aku rase tetibe masakan aku x sedap or x lazat. aku nak tukar plan la. aku nak bukak cyber cafe. cyber cafe aku tu nanti 3 in 1. ade perkhidmatan guna pc, kelas komputer n repair pc.
hebatkan cyber cafe impian aku ni. tengok tu siap ade stereng lagi kat meja. nanti boleh la customer aku belajar bawak keta dlm cc aku. hihi..

so, sesiapa yg nak kawen ngan aku nanti mestilah beliau kena pandai bab2 masakan ataw pun teror dlm computering. dan mungkin teror dalam bidang bisnes ni. nanti senang la utk kitorg bukak bisnes bersama...hehe. tapi kan bile pk2 balik. rase mcm xberbaloi pulak dengan apa yg aku duk tungkus lumus belajar dalam 4 taun ni. memang takde kaitan langsung dengan impian aku ni. forensic vs bisnes. ape kaitannya yer??...haa mungkin aku boleh gunekan skill investigate jenayah org yg makan tak bayar kat restoran aku. or cari penjenayah yg try nak sebarkan virus kat cc aku. boleh diterima pakai jugak idea aku ni kan? kan?hehe...tp structure badan yg aku kena menghafal setahun tue, aku nak aplikasikan kat mana pulak yer..ade idea x??

Friday, March 27, 2009

Aku dan Kamu...

hii everybody...how are you??? harap2 sehat la yer..aku?..sehat jer..dan makin bertambah sehat kot...huhu..aku tataw naper sejak akhir2 ni selera aku makin bertambah pulak..kata orang kalo selera bertambah ni tandanya die sedang bahagia..so..am i happy with my life now??..hurm..not sure bout that..rasenya hidup aku sama jer macam dulu..tapi mungkin aku hepi coz dah nak abes sem kot..kelas pun dah banyak abes...sangat seronok...dan yang paling best..minggu depan aku cuti..sehingga lah hari Rabu baru ade kelas balik..igtkan nak balik umah jerk..tapi bile fikir2 balik...aku ade 2 lab report + 2 asignment yg perlu disiapkan..dan semuanya mcm perlu disiapkan dis wek memandangkan lagi 2 minggu aku nak kena final...so trip utk pulang ke Kemaman..cancel..!!! so sad huhu.....tapi xpe..bulan depan 30.4.09..aku akan pulang ke kampung halaman...sungguh x sabar nak menanti detik itu...

btw..aku ade sumthing nak bgtaw kat korang ni..tapi korang kena janji tak kan gelak kan aku..tp kalo still mau gelak..oklah aku bg izin..but just for 1 minute only..ok? ade setuju?..

actually aku sekarang ni sejak berjinak-jinak dan bermanja-manja dengan sumone..sumone ni sgt baek taw coz telah menemukan aku dengan kawan-kawan lama aku yang telah lama terpisah...dan jugak telah membantu aku meningkatkan lagi populariti aku di alam maya ni..sgt suke sama die...hehe..

nak kenal siapa jejaka bertuah tue?ok..meh aku tunjukkan sama korang...


ni dia...


eh..eh..silap..apsal kuar picture die nih...rasenya aku upload pic laen...

yang ni la sebenarnya....


eh..salah lagik......bukan yg ni jugak..aduh..apsal asyik error je ni...ok..kite try upload lagi picture ok..sabar yer sahabat2 ku...

haa..yg ni baru betul..confirm betul..100% betul...dan dijamin halal..halal untuk ditengok..bukan utk disentuh atau dirase atau dimakan atau dikunyah..

ok..nilah si die yg amat kusuka dan digilai buat sekrg ni...iaitu.....FACEBOOK

Lea Isnawi's Facebook profile

baru petang td aku bukak akaun fb. nampak sgt aku ni ketinggalan zaman kan..org laen sume dh fb..aku je baru nak buat fb...huhu.but actually before dis, aku dah penah ade akaun fb..tapi aku dah delete coz time tue aku pening..terlalu banyak sgt website yg macam ni... ade frenster..myspace..tagged..tu yg aku delete facebook..tapi last2 aku bukak balik akaun fb ni jugak..coz tetibe rase mcm berminat nak akaun fb pulak...aku terigt pulak kata kawan aku..die ckp facebook ni best..boleh skodeng2 orang tanpa pengetahuan orang tue..sesungguh beliau tu memang kaki skodeng kan? kan? but not me ok...hehe

aku buat fb balik ni coz mahu cari teman2 lama zaman sekolah dulu..rupa-rupanya diorg semua aktif fb...cume aku jer yg still setia dengan frenster..huhu..so..bila aku dh akaun fb ni..moga hubungan kitrg dpt disambungkan balik...harap2 la kan...

so..kepada sesiapa yg ade fb tue..silalah add aku yer....nanti boleh tambah bilangan kawan aku..hehe....btw dat email also available for frenster, tagged n myspace....n ym..

Tuesday, March 24, 2009

Hari Jiwang Sedunia

Menurut apa yang dikhabarkan oleh Kapten Lanun a.k.a Monkey d Luffy...Hari ni adalah HARI JIWANG Sedunia..(ntah bile hari ni diwujudkan pun aku tataw..huhu)

ok..maka dengan itu..hari ni aku pun terasa dan gatal-gatal tangan mahu membuat entry yg bercorak kejiwangan...jgn ade yg termuntah sudah la yer...hehe..

sudah bersedia utk membacenyer??





betul nak bace ni??





x takut akan termuntah nanti??hik3



ok..ok..silalah bace puisi or sajak or cerpen or pape yg korang rase sesuai utk dipanggil..


walaupun kau selalu buatku sedih..
aku tetap pilih kamu...

walaupun kau selalu buatku kecewakan aku..
aku tetap akan pilih kamu...

dan bila kau buatku tersenyum
semestinya aku akan terus pilih kamu..

di dalam kepahitan..kedukaan..
terselit kegembiraan..kebahgiaan..
dan kebahgiaan itu melenyapkan segala kesedihan...
malah terlalu sukar utk diucapkan dengan kata-kata...
bahawa aku sangat bahgia di samping kamu..!!!!

........................................................
..................................................................
.....................................................
.....................................................................

amacam?? ada peluang tak aku nak jadi penulis lirik menggantikan Ajai..hehe (gile riak kan budak ni..baru wat beberapa rangkap dh perasan..adeyh..)

utk rangkap seterusnya..sy bagi peluang utk anda memcube nasib dan menunjukkan bakat yg terpendam..mungkin korang lagi jiwang dr aku...hehe


p/s: sesekali jiwang tak salah kan?....btw..actually karya di atas tu aku nak kasi kat sumone..tapi tak terkesampaian pulak...coz aku dh pun kehilangan die..huk3...


Tuesday, March 17, 2009

7 soklan 7....tapi aku tak nak jawab 7..boleh?

aku tataw sejak akhir ni ramai pulak yang mau menge'tag' aku..tapi nasib baek ade sesetengah tag tue aku dah buat..so..xyah nak buat lagi...hehe..kali ni aku nak menjawab tag dr kak ida pulak...cam best jugak tag ni...semua soklan ni suh aku listkan 7..tapi aku malas nak pk sapai 7..so aku nak kasi jawapan ikut suka aku jer..boleh kan? ok..jom..jom..jawab tag ni bestnya...(tu pesan kak ida kat aku...hee).

1. 7 CIRI WANITA/LELAKI IDAMAN ANDA
7 jer ker..aku ade 2 pages ciri2 lelaki idaman aku taw..ok..ok..aku masukkan yang penting2 jer yer..lelaki idaman aku hendaklah..berkepala botak, berkulit sawo matang, rabun, tak tinggi tak rendah..sedang2...berduit, berumah, berkereta..ber-bla..bla...hehe...anda percaya ker?? jika ya..nampaknya aku telah berjaya menipu anda...hahaha actually ciri lelaki idaman aku cukuplah beliau seorang yang bertanggungjawab, caring dan setia.

2. 7 LELAKI/WANITA YANG ANDA MINATI SEPANJANG HIDUP
- Isnawi Md Amin..siapa die ni? die ni la bapak aku. aku memang respect kat die. seorang yang bertanggungjawab dan pandai urus rumah tangga..dan yang paling penting..die teror masak..bile la aku boleh kalah kan die ni...huhu.
- sapa lagi ek....hurm................................

3. 7 PERASAAN SEKIRANYA ANDA KELUAR DENGAN ORANG YANG ANDA MINATI
orang aku minati..means crush la yer??
hurm..xde perasaan kot..hahaha..
- first..mestilah berdebar-debar kan..dag dig dug jantung ku berdegupp..hehe
- then mungkin aku akan jadi wanita yang paling sopan sekali nanti..cover ayu gitu..hik3
- aku akan menjadi pendengar yang baek...confirm aku akan jadi pendiam bile kuar ngan si die..segan seyh..haha
- kalo kuar makan, makanan aku confirm takkan abes punyer...tgk muka die pun dah kenyang...
- then, kenangan kuar bersama si dia..akan menjadi kenangan seumur hidup..haha

4. 7 TEMPAT ISTIMEWA YANG INGIN DILAWATI DENGAN TEMAN ANDA
tempat istimewa???ntah la...aku ni bukan jenis yang suke melancong..hurm tapi kalo kuar ngan kawan-kawan biasa..aku suke lepak kat tepi pantai...ataw mana-mana tempat yang boleh duduk..boleh lepak bersama-sama dan bergosip2..hehe tapi kalo nak kuar dengan teman special..tempat mana-mana pun semua aku akan rase istimewa..janji bersama si dia..hehe

5. 7 BARANGAN/SESUATU ISTIMEWA YANG MUNGKIN ANDA AKAN HADIAHKAN KEPADA PASANGAN
- bear..yang pasti aku akan beli 2..satu utk aku..dan satu utk die...kitrg kena jaga bear tue sesama...wah bestnya...
- aku akan nyanyi lagu utk die tiap malam...hahaha..memang kesian la kan sapa yang jd pasangan aku tue..coz kena tadah telinga dengar suara sumbang aku...hik3
- bile tibe tarikh penting kitrg..macam besday ker..aniversary day ker..aku akan buat card..dan kasi kat die...save money..kalo beli kat kedai..mahal sgt...huhu
- aku akan buatkan video kisah cinta kami....boleh tunjuk kat anak cucu nanti...hehe

6. 7 LAGU YANG AKAN ANDA NYANYIKAN UTK PASANGAN/RAKAN
- bile berjauhan aku akan nyanyi..Bile terasa Rindu (dafi)
- Terlanjur cinta..(rossa dan pasha Ungu)
- No air...jordin sparks
- Cinta yang sempurna

7. RAKAN YANG DI "TAG"
- wanie..
- che joe
- cik rama-rama
- aisyah
- hakim..(jawab taw)
- lukman (ko pun..aku taw ko mesti suke nak jawab tag ni kan..hehe)
- Abg Kry

Sunday, March 8, 2009

kalo dah nama budak...

nak taw satu citer kelakar taw?sebenarnya xdelah kelakar pun..cume betul2 mencuit hati kecilku..hehe...

macam ni, petang td..aku pergi la melilau mencari makanan. lapar seyh selepas satu hari suntuk aku kekenyangan makan note2 pathology yang bertimbun..haha..

pada mulanya suasana agak senyap jer..gerai yang bukak pun cume 3 jer..banyak kedai tutup hari ni..besela hujung minggu..lagipun dah pukul 6..banyak la yang dh tutup. kat sini, cafenye tutup waktu malam. kalo lapar pada waktu malam, pandai2 la cari makanan sendiri..hehe..ala..kedai makan bertimbun je kat luar sana..kalo lapar..pergi je makan kat situ..sebenarnya lagi best dan byk choice..cume mahal sikit la drpd harga makanan cafe ni.

ok, berbalik pd keadaan cafe yang senyap sunyi je tue..selepas beberapa minit selepas tue...time aku dah beli makanan dah..cume tengah mengisi air kat dalam botol gune machine R.O..tibe2..datang la segerombolan budak2..datang dr mana pun aku xtaw...keadaan cafe yg td senyap..suram..bertukar menjadi panas..really hot..huhu..sume budak2 tue fokus pada satu kedai jer..dan masing2 memesan makanan yang sama..iaitu burger...

" kak..saya nak bege ayam"

" sy nak bege daging"

"kak..ni duit"

"kak..bg kat sy dulu..sy yang pesan dlu kan"

" duit baki mana kak"

bile tengok keadaan budak2 td...aku yang pening..x menyabar betul diorg ni..kesian aku tengok kak yah, peniaga kedai tue melayan kerenah pelanggan die..dah la x cukup tenaga pembantu..semua die nak kena buat..masak bege..amek duit..pulangkan baki..dan sewaktu dengannya...tapi paper pun die still cool..kalo aku lah..mau aku sergah budak2 tue..sabar2 la...kang aku x bagi bege tu baru taw...eh..eh...mana boleh ckp cm2 kan..nanti mau lingkup bisnes aku...aku teringat pesan ayah aku kat aku..kalo nak jadi peniaga yang berjaya..kita kena pandai melayan pelanggan...customer is king...dan kita hanya hamba yang perlu ikut segala kemahuan pelanggan...tapi kalo berdepan dengan pelanggan mcm ni hari2...boleh dapat darah tinggi...tension melayan kerenah diorg yang tak taw nak bersabar....huhu

tapi kan bile lama2 aku tgk budak2 ni..kelakar pulak..hehe teringat pulak zaman kanak-kanak aku...dulu masa aku kanak-kanak pun cm2 jugak..hehe...masa aku sekolah rendah dulu, bile bunyi jer loceng tanda rehat, berlari-lari aku ngan kawan pegi kantin..macam la kantin tu boleh lari sapai perlu kitrog kejar..haha..ala masa zaman kanak-kanak, kite tak pikir pape pun kan..yang kite fikir..hanyalah..apa yang kite nak..kite dapat..

macam tulah dengan keadaan budak-budak td, diorg tak fikir..perasaan kak yah yang terpaksa melayan diorg..kalut aku tengok kak yah td melayan diorg...tapi budak taw apa..janji apa yang die nak..die dapat...huhuhu.....

tapi kan..dalam byk2 zaman..aku rase..time kanak-kanak paling best sekali kan?
hidup gembira je sokmo..tanpa dibebani sebarang masalah............tapi selalu memberi masalah kat orang..hehe

Saturday, March 7, 2009

Aku dan Notes.....

dah lama aku dah meng'update' blog ni kan? kan? padahal baru 2 hari lepas dok update blog..kecoh sal contact lens ilang tue..hehe..btw aku dh jupe taw contact lens yg hilang tue...rupenya ada katil aku jer...mungkin time aku cari waktu malam..so x nampak laa...coz kurang cahaya..tapi esok kan paginya, bile aku bukak tingkap..dan kemas katil before pegi kelas...baru la aku jupe die...dah kering dh pun....dan tak boleh guna lagi dh...tp syukur alhamdulillah..nasib baek jupe jugak..kalo x...mesti hidup aku xtenang...membuat pelbagai andaian buruk...iskh3..huhu

sekarang ni aku makin busy la..musim test dh menjelma...dengan lab report yang bertimbun dan makin bertambah...aduh..dan disebabkan ke'busy'an aku ni..tu yang menyebabkan aku malas nak meng'update' blog...gpun tgh kering idea sebenarnya..tak tau nak story pasal apa dah..hehe..

hari rabu depan aku ade test..pathology test..tebal giler notenya..xtaw sempat tak aku nak khatam abes tue...dah la banyak info dan maklumat penting yang kena aku hafal..tension3..semalam pun dengan hati yang terpaksa..sedih..dan macam2 perasaan ade..kecuali perasaan gumbira..happy...aku terpaksa buat keputusan yang paling sukar dlm hidup aku...iaitu...off laptop aku...aku mana bleh hidup tanpa laptop..before ni aku on jer laptop aku tak kira pagi petang siang malam...time nak g kelas jer baru aku tutup...ni semua coz dengan hasrat nak meng'khatam' habiskan note2 pathology aku..tapi last2..x abes jugak...dan note yg pada mulanya aku tenung2..tatap2 manja...last2 die yang duk tenung2 renung2 aku bile aku tertido..bosan seyh bile bace note patho tue lama2...huhu

byk kan pen dan highlighter yang aku gune sapai tak taw nak gune yang mana satu...huhu

ni die note2 yang perlu aku khatamkan..byak kan???
mau pening kepala aku...tue pun ade lagi aku x amek dr kawan aku...

nak tengok muka aku tengah pening..tension study tak?? nak??...x payah la..nanti mesti korang akan clik buton 'X' kat tepi pages ni...terkejut coz tengok kecumelan muka aku...dengan rambut yang tak terurus..dah lebih kurang macam artis tv popular tue..pontianak harum sundal malam...hahaha (hehe..sebenarnya takde la seteruk tu ok..aku still menjaga ketrampilan aku walaupun busy study taw..)

ok laa...aku nak sambung balik process meng'khatam' note yang bertimbun tue dulu...btw..doakan aku berjaya jawab test ni minggu k...