Monday, January 19, 2009

bilakah damai????

semalam tengah aku dok study analytical basic chem sambil dengar radio hot.fm...yelah semalam kan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL). aku malas nak tgk live kat TV coz aku taw mesti sesak bilik tv tu. tambahan pula aku kena study coz esok aku ade test..waa..

tetibe tengah asyik tekan-tekan kalkulator, henset aku berbunyi..mesej..mesej...menandakan ada mesej masuk...aku pun capai la henset SE kesayangan aku yg ade kat atas katil...then..

" weyh, tahniah..ko menang pertandingan mutimedia la..dpt nu.1.." teks msg tue berbunyi cm2..dtgnya dr kosmate aku.

hahaha...tergelak aku seketika. then baru aku terigt malam ni ade Majlis Penutupan Minggu Penghayatn Islam..supposed majlis tu buat malam sabtu. tapi aku xtaw apa reasonnya, terpaksa tunda majlis tue ke malam ahad, means malam ni. dan kalo ikutkan hati aku jugak, aku memang nak pergi malam penutupan tue, tapi bila dah tukar tarikh..aku pun turut sama bertukar fikiran. cancel. xjadi nak pergi coz aku kena study!!huhu

rase cam xcaye jer aku boleh menang pertandingan tue. coz aku sebenarnya saja jer nak menghantar hasil nukilan aku tue. aku memang minat nak wat movie2 ni. tapi aku agak terkilan coz software Ulead studio marker aku hilang dimamam virus. so aku terpaksa buat movie ni gune movie marker jer. simple n biasa je aku rase. nak gune microsoft multimedia, aku xmahir sgt..huhu yg handle pertandingan ni pulak..kosmate aku. die yg semangat suruh aku masuk coz x byk penyertaan katanya. dan memang tak byk pun yg masuk..ade 3 org jer yg hantar..dan sah2 la peluang nak menang agak cerah...hahaha...

movie yg aku buat tue berlandaskan peperangan di Palestin. semasa aku mencari gambar2 utk dimuatkan ke dalam movie aku ni. agak sebak ku rase. kanak-kanak kecil menjd mangsa kekejaman Israel yg tak punya hati perut. tak terdetik kah di hati mereka, perasaan kasihan, simpati terhadap mereka yg tak berdosa. paling tak tahan bile aku tgk gambar ni...

kesian bdk kecik ni kan..menjd mangsa kekejaman

Israel sungguh kejam!!! mereka jugak telah menjd bumi anbia sebagai neraka dunia ciptaan mereka.

aku jugak begitu tertarik dengan lirik lagu Bilakah Damai..nyanyian Hafiz Hamidun (my faveret singer..suara die best. semalam lagu ciptaan die masuk AJL..tapi kalah..huhu)..lagu ni aku jadikan lagu tema utk movie aku.

Mentari menangis di senja memerah

Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada

Tubuh-tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana ramai yang kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanya bimbang
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa pembantaian
Suara tangis menjadi syair sendu
Menyayat dan menyiat perasaan

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?

Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan


entah bilakan kedamaian akan muncul di dunia. tiada sapa yg tahu. segalanya di tangan Ilahi..namun marilah kite sesama berdoa agar penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin akan berakhir dan moga mereka tabah menghadapi dugaan Ilahi. amin...

btw, esok aku test analytical chemstry..wish me luck ek!!

9 comments:

ab geldofg said...

bumi arab tk kenal erti damai

Monkey D Luffy said...

ada bakat terpendam ni... tahniah

lea said...

ab geldofg : betul2..harapnya malaysia dpt kekalkan keamanan..no war.huhu

kapten : haha..tq2..

DrSam said...

tak habis-habis. mungkin Tuhan menyampaikan pesan.

fahmi latiff said...

sama2 kita berdoa je la sambil mintak2 ketua2 pemimpim mempunyai satu hati... :)

DarkArtz said...

aku dah agak dah kau mesti menang............
tak sia-sia aku ajak kau masuk, huhuhu.......

lea said...

ala..
2 pun coz xbyk penyertaan..
boleh la nak menang
kalo x mesti kalah nyer..
huhu

wunny_hunny said...

oh-ho..tu yg ko nk ak beli sftware muvi tu ye..da kne mkn virus yek..ko tu ha..
suke ternak virus smpai diorg da wt setinggan dlm lptop ko..aiyo~

lea said...

haha...
mana ade aku ternak virus..
virus2 tue yg suke benor nak tinggal kat laptop aku...
dh la tinggal tanpa kebenaranku..
pastu mamam files aku pulak..
sungguh x taw malu virus2 tu kan..
hehehe