Tuesday, July 21, 2009

Ayam pandai menari x?

Sem ni aku ambil tarian untuk aktiviti ko-k. Aku xde la berbakat sangat nak menari-nari ni, tapi xpelah kan timba pengalaman. Lagipun aku suke menari-nari walaupun badan aku kaku semacam jer..huhu.

Minggu ni adalah minggu pertama aktiviti ko-k di usm bermula dan minggu depan dah mula larian copper, me'round' padang golf yang ntah bape kilometer ntah tapi rasanya 2.4km kot. Nasib baek aku amek menari, xyah la aku wat copper test..ngeh3. Aktiviti ko-k aku adalah hari pada hari Ahad dan Selasa pukul 5 petang. Nasib baek xde lab pada kedua-dua hari itu. Kalo tak mesti terkejar-kejar.

First meeting ahad hari tu agak bosan sikit coz coach kami membuat aktiviti2 yang dapat meningkatkan kemahiran insaniah. Rasa macam aku sedang menjalani aktiviti ldk ketika orientasai jer. Kitrg bermain telefon borak, ice-breaking la..huhu. Aku punye la bersemangat tinggi nak belajar menari ni. Tapi nasib baek la hari ni dah start pembelajaran menari dan diakhir latihan kitrg buat chicken dance..hoho..dah lama x buat chicken dance ataupun dalam bahasa melayunya..tarian anak ayam..ayam pandai menari ker?

Bile menari tadi teringat pulak kenangan aku ketika menjadi fasi di Kolej Matrikulasi Johor (kmj). Semua fasi diajar untuk menari poco-poco, chicken dance, tarian pudar dan senaman j-robik. Rindulah pulak nak buat j-robik. Apa itu j-robik?? Hanya org johor dan orang yang pernah merantau kat Johor je yang taw. Coz j-robik ini adalah senaman aerobik masyarakat Johor yang menggabungkan pelbagai jenis tarian di Malysia. Dalam senaman j-robik, ada gerakan silat, selamba, tai chi dan zapin. (ada lagi gerakan tapi aku lupa lak..huhu) Sangat unik taw...dan agak membosankan bagi mereka yang baru nak belajar wat senaman j-robik.

Teringat aku masa mula-mula masuk kmj, time tu waktu minggu orientasi. Setiap petang ada aktiviti riadah. Dan aktiviti riadahnya adalah membuat j-robik. Setiap petang sepanjang minggu orientasi taw..huhu, tension2. Senaman j-robik tu dah lah banyak gerakan pastu lama pulak tue. Lagu2 sepanjang senaman tue pun agak membosankan. Aku tengok orang laen enjoy je buat j-robik tu, tapi aku..dah menguap2 dah. huhu. Mengantuk dan bosan kerana tak dapat nak catch up gerakan fasi kat depan tambah2 part zapin tue. First time buat memang la, tapi sekarang aku dh mahir wat gerakan ala-ala zapin tue..ngeh3.

Dalam banyak-banyak part dalam j-robik, aku dan kawan-kawan aku paling suke part nak ceddoookkkk...ahh...part tu memang best dan sering ditunggu oleh kami...hehe. Bagi yang belum pernah tengok senaman j-robik, boleh la tengok video kat bawah ni. Video ni adalah latihan semasa menjadi fasi untuk minggu pengurusan pelajar baru kmj sesi 07/08. Tapi nanti xyah la mencari kelibat aku yer, coz aku xde dalam video tu. Bajet korang nak mencari aku jer ka...hik3.

video

p/s: laptop aku dh ok. Aku dah boleh update blog aku gune laptop sendiri. xpayah nak tumpang laptop rumate lagi. yes!

16 comments:

chanz said...

first time dengar j-robic..eleh. belaja chicken dance je ke ari ni?

lea said...

xlah..chicken dance tu penutup jer..tadi belajar tarian inang n joget je cikit2...penat seyh...huhu

cj'alhafiz said...

tahniah!!! sebab lappy ko da ok.
haha. Tarian sangat best ang boleh wat kita rasa epy. kui2.... nanti boleh la join team nari aku.. bagus..

Haha!! J-robik...J-robik... Aku setahun duk KMJ tak pandai2 pun J-robik. Ntah pape da benda tu. Masa awal masuk kmj juz gerak tangan n kaki ikut suka ati ja. janji lagu habis...haha!!! Aku suka part zapin... masa tu la kami dak2 laki meembuat gaya2 bebas yang sememangnya bukan gerak zapin. kwa3x!!!

Precious said...

tak isah lah tarian apa, janji menyihatkan badan ...

lea said...

che joe: kira ok la korg bersemangat gak nak wat zapin tu..aku bile part zapin tue, duk tgk org wat jer..xdpt nak catch up...huhu...tapi skrg dh teror dh..hik3

Dhada said...

Mcm fun ja . Hih

Monkey D Luffy said...

rasanya bapok lg lembut tariannya dr korang

haha

didi-aNNa said...

kenyatan incik da monkey tuh maybe rasional..hahahaha..;p..

ahakzzz...ngee~~.. owh ini kOntroversi sudaa...agagagaga..

lea said...

haha...diorg je kan..
lea tak termasuk...
ngeh3

IxoR@ said...

chicken dance...chik chik ke boom boomm...

:D ahaks....

kueh bakar said...

shall we dance?
ahakss

Lifesaver said...

so u think u can dance???hehehe...

akak pon penah menari chicken dance

Syaquost Eichizen said...

j-robik?
aku igtkn japanese robik..
hahahaha..

kalau ade joget mcm super junior ataupun encik michael jackson aku nak join skali..
hahahahaha..

sharamli said...

0rg da lupa da cmne j-r0bik..
dulu wktu pr0gram..mls turun..hu3

cerpelai said...

Macam poco-poco je sis?

Kehkehkeh..

syabie said...

senaman aerobik memang best. cubala senaman aerobik depan komputer pulak, pun best jugak