Friday, April 24, 2009

mahu maen magic

nak maen magic tak??nak? nak?..ala jom la...

tapi cop2, sila make sure mende ni dulu:-
1. korang kena cari calculator dulu. kalo xde, boleh gune henset ataw pape saja jenis barangan yang boleh digunakan untuk mengira. gune sempoa pun boleh. tapi kalo memang xde sgt..kira manual je la ok!
2. pastikan korang on dulu kalkulator tue. nanti penat2 je korang tekan tapi xkuar2 pun..huhu
3. then tekan '=' setiap kali selesai satu operasi. jgn tekan semua sekali then baru '='. nanti ade error pulak.


ok, follow these steps
1. tekan 3 number pertama no.phone korang (bukan 013, 019, 012, 014 tue..after number tue)
2. darab dengan 80,
3. tambah 1,
4. darab 250
5. tambah 4 last digit number phone korang,
6. repeat step 5 tue.
7. tolak 250
8. bahagi 2.
9. tu jawapannya...mahu taw? try la ok...

..............................................................

hari ni incek mood untuk menjawab tagged datang.

tagged pertama ni datangnya dari Kak Huda.

arahannya.
1. sila tunjukkan wallpaper di desktop anda.

ok..dah!

2. ceritakan tentang wallpaper korang tue.

wallpaper aku ni adalah tentang seorang gadis cantik sedang cube lari majlis perkahwinan yang diatur oleh family beliau. si gadis ni mahu pergi kepada kekasih hati sebenarnya. dia tak sanggup menggadaikan seluruh hidupnya bersama dengan lelaki yang tidak dicintainya. ok..aku tipu. itu hanya imaginasi aku jerk..hihi actually tu gambar cindrella la. perasan tak, ade gambar kasut die tercicir tue. nampak tak? aku dh siap tunjuk dengan tangan lagi tue. bagi siapa-siapa yang tak nampak tue...haa...alamatnya.....mata korang dah rabun...pergi buat spek sana...lalala..kenapa aku pilih gambar ni as my wallpaper? alasannya .....coz ni laptop aku. so, suka hati aku la nak letak gambar sapa. nak letak gambar hantu ke..abg pierre andre yg sweet n gantang tue ker...tiada sapa yng boleh marah ok..hehehe..

sebenarnya biasanya aku letak gambar aku jer as wallpaper.tp disebabkan aku baru jerk download wallpaper karton disney kat laman web ni. so, excited pulak aku nak letak gambar ni. btw, byktaw wallpaper yg comel2 kat situ. kalo sapa2 berminat..boleh la download yer...free jerk..mcm aku punyer jerk..hahaha

3. tag 10 orang...
1o? ramainya..aku nak tagged sikit jerk - incek liquid, wan, Kf, lifesaver, zuris, wanie, lukman, chanz, hanisah, cik rama2, nenekrock..opss..terlebih 10 pulak..hik3

tagged ke2 datangnya dr wan. actually ini adalah award tapi bersyarat..nampak sangat tak ikhlas kan si pemberi ini..hihi..

rules
1. copy images below.

ok..dah copy and paste pun..

2. tulis sebarang comment pasal penghantar award neh
( nak suruh puji die la ni...owh)
- beliau seorg blogger yg berjaya. sekarang final year kat ump. umah die dekat dengan u aku ni haa...seorg yg kelakar..maybe...huhu..ok dah..nanti terkutuk beliau pulak..hik3

3.
send kepada blogger2 yang sy suke..
chanz, incek liquid, lukman, azahiri, che joe, wanie, lifesaver, dhada, nemo oh nemo.

p/s: tagged yang laen tue, nanti2 la aku jawab yer...dh pjg sgt nih...hihi

Thursday, April 16, 2009

hatiku milik kamu..dalam bahasa urdunya..dil hai tumhara...

sebenarnya tiada apa pun untuk aku kongsikan dalam entry ni. cume sekarang aku sedang dilanda ke'tension'an dan kebosanan yang amat. huhu. sumeone pliz help me...huhu. tension seyh nak abeskan nota-nota setinggi gunung ledang ni. ntah bile nak habis. tu satu hal, satu lagi problemnya..makin banyak aku bace, makin banyak pulak aku lupe. adeyh..(ni lah bahana study last minute..serve me rite!huhu)

next week aku ade 2 paper killer subject lagi. satu tue kena ingat pasal ubat (phamacology) dan satu lagi kena hafal nama2 penyakit (pathology). elok lah tue..ubat dan penyakit. pandai betul orang yang susun jadual ni..letak dua subject ni bersebelahan jerk harinya. mereka memang bagus tapi yang menderitanya kami yang nak amek exam ni. dugaan..dugaan. huhu.

utk menghilangkan ketensionan aku ni, aku pun godek2 la laptop aku. cari entertainment. jumpe folder game..malas la nak maen game tyme2 camni..lagipun aku bukan kaki games..aku hanya akan main game bile dalam keadaan tension tahap kritikal..so far ketensionan aku masih di tahap kawalan..pencarian diteruskan. terjumpe folder movie. owh..sgt byk movie kat situ..ade citer..antoo fighter..slumdog..upin ipin..seducing mr perfect..tidak..aku xmo layan movie saat ni. sebabnya..nanti tak pasal aku duk tercongok kat depan laptop ni. xnak..xnak..dan akhirnya...aku terjumpe sesuatu....ah-ha..sgt menarik...aku terjumpe folder klik video citer hindustan..jom..jom kite layan sesama...



:: Dil Hai Tumhara ::

hensem pulak tgk Jimmy Shergill ni kan..hik3. tapi aku lagi suke Arjun Rampai dalam filem ni. cerita ni pun bikin air mata aku mengalir...haha.sedih taw nasib pretty zinta dalam filem ni. dianak tirikan oleh mak die. tapi die memang anak tiri pun..hehe. btw, aku minat giler sama Pretty Zinta..die memang pretty. aku suke tgk kalo die senyum. terserlah lesung pipit die. cute la. ntah bile pipi aku nak ade lesung pipit mcm die...hehe (memang xkan dpt pun kan..haha)

kalau korang nak tahu, dulu aku memang giler dengan hindustan ni. hero pujaan hatiku pada satu masa dulu..Amir khan..suke aku tengok lakonan die. tapi shah rukh khan best jugak. semua citer lakonan die, aku tgk. (tak semua pun sebenarnya..yg best2 jerk..hik3) Kuch kuch hota hai, duplicate, dil to pagai hai...owh..semua movie2 ni time zaman persekolahan aku. aku selalu tukar cd2 hindustan dengan kawan-kawan aku dlu. giler ah kalo nak beli semua...lagipun citer hindustan ni tengok sekali dh cukup. tak payah nak layan banyak2 kali. tapi sekarang aku dah jarang layan cerita hindustan. filem hindustan sekrg dh makin moden sgt. dah hilang ke'bollywood'nya. keunikan orang hindustan pun dah jarang dimasukkan dalam filem2 mereka. pelakon perempuan dah xpakai sari lagi. semua pakai skirt yg giler pendek. filem bollywood dah macam hollywood dah pun. tiada biasa pun. cume bahasa jela kot yg membezakan 2 wood ni. tapi filem melayu pun, ade jugak yg macam tu kan. lebih kurang je kan..huhu

eh..aku ni dah melaluk pulak.tak pasal jadi pengkritik filem pulak..huhu actually aku just nak tunjuk video ni jer..tapi dah melencong pulak..huhu..

k la..mahu sambung study dulu..daaa~~

Saturday, April 11, 2009

Selamat Pagi Cinta~~~


malam tadi, aku layan satu cerita cinta. melayu punyer..not korean or jepun drama. tajuknya 'Selamat Pagi Cinta'...cerita ni dah lama dah pun. tapi aku jerk yg baru tengok citer ni tadi sambil melupakan notesku yang bertimbun bak gunung everest tue..

tapi cerita ni agak best lah sampai air mata aku terkeluar..haha..gile aku menghayati cerita ni. meh aku story mory sikit citer nak korang. tapi aku tak pandai sangat nak wat review neh..huhu.

Filem ni mengisahkan 2 pasangan cinta yang akhirnya tak bersama iaitu pasangan Fazura-Pierre Andre dan Sharifah Amani-Que Haidar. antara 2 pasangan ni..aku paling suke pasangan fazura(Julia) dan pierre andre (Ilham)...sweet jerk diorg ni. tapi kan ade patut, diorg tentukan jodoh diorg dengan gune duit syiling. rasenya baru jumpe 3 kali, pastu diorg terus kawen.

" kalau sy lambung syiling ni, dan menunjukkan gambar wau sebanyak 3 kali. itu bermakna kite ade jodoh. dan kita kahwin. ok?"

gile ah cmni..kalo cmtue..aku pun nak lambung duit kertas la...ada sesiapa mahu main lambung2 duit kertas dengan aku??

dan perkahwinan diorg bahgia. tapi yg sedihnya, last2, Ilham mati kerana ade penyakit. tak pulak diberitahu penyakit tue. rasenya kanser la kot. babak yg selepas die meninggal dunia, dan fazura dalam kesedihan tu yg buat aku turut sedih giler tue...meleleh taw air mata aku ni...abes tisu satu kotak (yg ni aku tipu)..hahaha. tapi seyes la..sedih kan kalo kite kehilangan orang tersayang. tak dapat nak imagine, kalo baru jerk berkahwin, pastu suami meninggal dunia..waaa...jadi janda muda tue...

pasangan syarifah amani (suci)dan que haidar (Azam) pun ok la. kisah cinta budak university. tapi last-last Suci tu kawen dengan pilihan family die. yang ni pun cukup tragis jugak. masa hari perkahwinan, Azam dtg tengok. tapi dr jauh jerk. kalo aku ditempat Azam, aku tak kan pergi tengok die kawen. sedih woo..tgk org yang kite sayang kawen ngan orang laen.

tapi kan, aku suke satu kata-kata Azam bile die tak dapat kahwin dengan Suci tue...

" Pengorbanan dalam cinta amat besar maknanya, dan tulah yang Azam lakukan"....

betul tue, tak semestinya bila kite sayang seseorang tue, kita mesti kahwin dengan die. kadang-kadang pengorbanan amat penting dalam cinta. kerana melalui pengorbanan, kita jugak boleh tunjukkan cinta kita pada si dia. kerana mungkin sudah tersurat bahawa tiada jodoh antara kita...hahaha..tetibe terasa macam jadik doktor cinta pulak dalam masa seminit ni...hik3.

ending cerita ni, Julia akhirnya bersama dengan Azam.....

ok, next....aku nak umumkan sesuatu ni.....

:: Abg Pierre Andre yg Sweet...hik3::

owh..aku suke sangat pierre Andre. sweet la die ni. aku suke cara die cakap. lembut jerk, jenis yg sweet talker. tapi tak tahu lah personality die kat luar filem mcm maner. tapi paper pun..i'm in love wif u..owh pierre andre...hahahahaha...jangan jeles atau sedih-sedih yer....kerana hatiku telah dimiliki oleh jejaka ini...ahaks!!!

Friday, April 10, 2009

aku sebenar-benarnya....

penat betul hari ni. terpaksa menghadap kertas-kertas yg penuh dgn tulisan. pastu kena menghafal pulak tue. tension..tension..otak aku dah tepu ni..setepu serbuk milo dalam air milo..setepu lemak tepu dalam badan..ade kaitan ker?ntahlah..aku ckp jer..haha..

so, utk menghilangkan ketensionan study ni..aku nak jawab tag la...actually aku terkena tagged oleh 3 mak cik yang sgt jeles sama aku or maybe mereka cares sama aku kot..aku ckp diorg jeles coz maybe diorg tak mahu aku study. tapi maybe diorg care coz mahu aku hilangkan tension bile study dgn jawab tag...sgt baek kan diorg neh...tapi kan drpd 3 tagged tue, aku berminat nak jawab satu jer iaitu dr Izzahsakinah ..lagi 2 tagged..aku simpan utk jawab next time la..tak larat la nak jawab semua...so..jgn marah or kecewa yer cik shafa dan cik lieya..nanti bile bosan..kujawab tagged kamu pulak ok?

tak mahu ckp byk...so these are the instructions for this tagged..

PERSONALITY TEST, which type are you? GET TO KNOW YOURSELF BETTER.

1. Open this website
2. Take the personality test
3. copy and paste the result into your blog
4. Tag your friends

lepas penat aku menjwb test ni...kira sgt teror aku..coz tak perlu study pun utk jwb soklan ni...kan bagus kalo exam pun mcm ni..tp confirm hancur la kan resuk aku nanti..huhu

ok..ok..sekarang aku nak tunjuk hasil drpd jawapan aku kat test tue...

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.
( am i straightforward..maybe kot..but not skema..tp part jd org tengah tue..macam betull..coz aku ni seorang yg adil ok...hehe)

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
( romantic??aku?? haha..mesti ade yang termuntah pasni..namun hakikatnya yg harus diterima..aku memang akan lakukan everything, anything, marketing, mating, producing...dan semua jenis ting la...)

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
(aku selalu jumpe left person jer....)

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
(aku serious taw dalam bab2 nak cari pasangan ni..mana bleh wat maen2...nanti derita aku di hari tua..)

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.
(terkadang memang malas nak study...tapi aku rase aku ni takde pun practical idea...pakai hentam keromo adelah)

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
(bukak restoran tue dikira secure job tak?

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.
(betul..aku akan buat apa yg aku mahu...takde org pun boleh halang aku..except family aku..tu pun aku akan pujuk diorg bagi keizinan..)

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.
(tapi aku bukan jenis pemarah...)

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.
( mature? part ni..mesti kawan aku akan argue..coz die selalu ckp aku macam budak kecik..tak mature...tapi kat sini cakap aku mature la..so ko kena terima la yer azahiri...jgn ckp aku mcm budak kecik lagi...lalala)

aku tak mahu tagged sesiapa..tapi kalo korang rase nak buat test ni..klik jela kat laman web kat atas yer...try la..seronok taw...

tapi kan..seyes la..analysis result test aku ni..memang kena dengan aku la...95%..seyes..tak tipu...semuanya benar belaka...eh bukan semua..ade gak yg macam tak kena..tapi 5% jela..
so..kalo korang nak taw...itulah diriku yg sebenar-benarnya....

Tuesday, April 7, 2009

tak suka..tak suka..!!

aku tak suka dengar lagu Cinta Tiga Segi!!!emo sekejap...huhu

tapi kan seyes..aku tak suke dengar lagu ni. semalam jerk aku dengar lagu tue dua kali..bukan aku saja-saja nak dengar..tapi terdengar..first, time tue aku kat kedai tengah2 memilih barang..dgr jerk lagu ni, terus aku cepat-cepat bayar dan blah dr kedai tue. second time, masa tue aku tengah landing-landing atas katil sambil dengar radio...dgr lagu ni..terus aku tukar channel...huhu.

kenapa aku tak suka lagu ni???

before tu, korang taw ke lagu Cinta Segi Tiga yg mane? penyanyi nya aku tak sure coz ramai sgt yg nyanyi...saleem pun nyanyi gak lagu ni kalo tak silap aku laa... lagu ni menurut kata orang, bukan cerita yg dibuat oleh aku adalah lagu seorang banduan yang dikatakan sedang menunggu hukuman gantung. ini semua gara-gara die membunuh bakal isterinya yang berpaling kepada ex-boyfriend nye sebelum mereka berkahwin. disebabkan bengang, beliau telah membunuh kekasihnya itu dan ex-bf perempuan tue. tu kata orang la. tapi ade yang kata pulak, tu hanyalah cerita semata-mata utk melariskna lagu. hakikatnya, aku tataw sejarah lagu tue dan malas nak amek taw. bagi yang tak pernah dengar, korang google jela ek. then download untuk mendengarnya.

actually aku tak suka lagu ni...coz lagu ni mengingatkan aku kat seseorang...seseorang yg tak sepatutnya aku ingat...argh..tak suka..tak suka.....alasan yg tak munasabah kan..tapi apa aku kisah..aku memang tak suka lagu ni...huhu

p/s: harap2 penulis lagu ni tak bace blog aku, kalo tak mesti die kecik hati, sori yer incek/cik penulis lirik..ter'emo' sekejap...huhu

Monday, April 6, 2009

HanTu Mangga

tadi tengah study, tetibe terasa lapar pulak. normal la kan kalo perah otak lewat2 malam ni, mesti akan lapar coz semua energy digunakan oleh otak. lalu, aku pun menyelongkar la stok makanan aku..owh..ade dua tin biskut - satu jacob, wheetameal dan satu lagi biskut Julies..yg ni aku kebas time jamuan hamper hari tue sempena usaha keras aku dan ajk laen menjayakan Malam Kebudayaan Kelantan hari tue..tapi aku x usik sgt pun biskut Julies ni..sebab x memenuhi taste aku pulak..huhu..ade sesiapa nak tak? kalo nak, silalah dtg amek sendiri kat bilik aku yer..aku kasi free kat korang. sesekali buat sedekah jariah ok jugak kan..hik3

berbalik pada perut aku yg menjerit2 minta diisi ni, dan disebabkan aku tak nak makan biskut malam2 ni. giler demand kan..dh lapar tue makan jela..huhu so aku keluar la mencari makanan kat aras satu hostel aku ni. btw, bilik aku aras 2 taw. utk pengetahuan korang, kat aras 1 adalah tempat student2 sini berniaga. macam2 jenis makanan ade kat situ. semuanya di letak oleh student sini utk mendapat extra income. sampai jer kat situ, aku ternampak byk beg plastik. ade minuman 3 in 1..ade waffer apollo dan macam2 lagi la. then..aku ternampak sesuatu. sesuatu yg betul2 buat kecur air liurku..argh aku memang tak boleh nampak mende ni.....aish...so, apa lagi terus la aku sembat...haha.

nak taw ape mende yg aku beli tue....ni haa...jeruk mangga! sedap jerk aku tengok. banyak pulak tue isinya kira berbaloi dengan harganya rm1.

gambar ni bukan jeruk yg aku beli td tapi aku google jer. coz tak sempat aku nak snap. sedar-sedar jeruk mangga tue dah abes dimakan dh...hahaha. kalo ikutkan jeruk mangga ni memang tak mengenyangkan pun. tapi terasa puas pulak coz dapat makan jeruk. dah lama aku tak makan taw. kira termasuk dalam kategori mengidam la. tapi aku tak mengandung ok. cume sesaja terasa nak makan mangga.

actually aku ni memang hantu jeruk dan asam2 ni. pantang je nampak, mesti nak beli. dan yang paling best, aku paling suke makan buah mempelam mentah yg tanpa diawet tue sambil dicicah dengan kicap+gula+chili+belacan, memang masyku taw.!! kat tempat aku, iaitu kat area kat pantai timur ni, makanan macam tue dipanggil colek

:: nilah yang dipanggil colek ::

sangat sedap taw makan colek ni walaupun rasanya agak masam. teringat dulu, masa aku form 2. kawan-kawan aku pun hantu colek macam aku. so, pada musim mempelam dan mangga berbuah, kitrg berpakat nak buat kenduri makan colek kat kelas. masa tue, kitorg semua dalam 4 org. dan masing-masing menyumbang barang yg berbeza. ade yg bawak kicap yg telah siap dibancuh dengan bahan yang sebutkan td, ade yg bawak buah mangga, dan ade yg gula-gula (get ready utk hilangkan pedas nanti). dan aku pulak volunteer nak membawa buah mangga disebabkan umah tok wan aku ade banyak mangga. so, petang tue dengan semangat yg berkobar-kobar, aku pun pegi la kait buah mangga kat umah tok wan aku. agak mencabar jugak taw kait buah mangga ni. coz semua buahnya nak duduk kat puncak pokok. buah mangga ni pun nak berada kat high class jugak taw. bukan manusia jerk. jadi disebabkan itu, terpaksalah aku melompat-lompat kanggaru utk dapatkan buah mangga tue.

malam tue, aku kupas dan potong semua buah mangga yang berjaya aku kait tadi. sambil tangan buat kerja, mulut aku pun turut berkerja taw. kunyah buah mangga tue..haha then, setelah siap potong, aku pun bungkuskan dalam plastik. tapi malam tue, aku dah buat kenduri colek dgn adik aku. mana boleh tunggu esok. aku kan hantu mangga. haha

esoknya, bunyi jer loceng tanda waktu rehat bermula, aku dan kawan-kawan aku pun keluarkan barang masing2. then, bermula la kenduri makan colek. seronok jugak makan colek ni beramai-ramai sambil bergosip..hihi. dan hari tue, kitrg kekenyangan makan buah mangga jer.

Thursday, April 2, 2009

Taipkan ON CINTA

Korang pernah terpengaruh dengan iklan di atas x? taipkan ON CINTA dan anda akan dpt cinta?? betul ker ek..yakin jer aku..hehehe.. bg yg belum pernah mencuba tue..dan tetibe gatal2 tangan nak menaip sms cmni..better x payah la...sms ni berbayar dan tiap bulan2 kuar duit..better korg cari kenalan ataw cinta melalui frenster ker YM ker..best la gak..betul x?

Dua hari lepas, aku ade dengar Muzik.fm. time tu si dj sedang berdiskusi dengan pendengar pasal cinta internet ataw gara-gara silap telepon. tak sangka, rupanya ramai jugak yang terlibat dengan cinta dunia maya ni. ade yang tue, kapel sudah 6 tahun..tapi x penah jumpe pun..cmner ek diorg boleh tahan? kalo aku..ish...hahaha...eh tp betul la..xkan la kapel setakat sms, u call i..i call u..x kan x jumpe..xdating..cm xbest jerk..tapi tu, diorg punyer cinta...punyer perasaan...xde kaitan dengan hati n perasaan aku pun kan...haha

tp aku tertarik dgn satu story tue..ade la sorg mamat tue call muzik.fm. die cerita pasal kisah cinta dengan pompuan yg die kenal through phone...

"macam maner awak boleh dengan awek tue??" tanya si Dj

"mula-mula tue, sy antar sms kat die. tanya die kenal azlan x? padahal sy sendiri pun xkenal pun Azlan tue..saja jer...just trick nak takcle awek tue....hahaha"

"then...awek tu layan x?"

"yg bestnya..awek tu xmarah. drpd sms tue..terus kitrg jadi kawan. dan pastu jd kapel. then bahagia sapai skrg"

"wah..abes korg dh pernah jumpe belum?"

"dah..mula tue, si dia selalu mengelak jerk. kata busy la apa la. tapi last2 setelah 3 tahun berhubung..kitrg berjumpe jugak"

"so..cun x awek tue?"

"hahaha....sgt berbeza kalo nak compare dgn gmbr yg die kasi. kat dlm gambar nampak cun jerk. tapi bile jumpe depan2..badan mcm tong..huhu"

"hehehe..abes awak lari ker?"

"xla..hati dah sayang. so, terima jela seadanya..".

tulah antara perbualan dj dengan pendengar yang aku igt. kata si dj tue, (kata dj tue ek..bukan kata2 aku) bagus jugak cinta maya ni coz boleh ukur kejujuran seseorg. means cinta die tu xkan berdasarkan paras rupa ataw wang ringgit semata..tapi melalui ketulusan hati..nurani..perasaan..(yg ni aku tambah sendirik..hihi)..tapi kadang2 cinta maya ni ada jugak yg menipu taw. so kena beware la ye.

eh..aku ni macam nak promote kat korang suh cari cinta dalam ternet pulak kan..huhu. actually aku x percaya pun dengan cinta2 ternet ni..ntah la aku ni jenis susah nak percaya kat lelaki sikit...buka semua lelaki boleh dpt kerpercayaan aku taw...hahaha..poyo jerk ayat kan...ngeh3. bagi aku lelaki kat internet ni bukan boleh percaya...but not all la kan coz aku taw..lelaki blogger baek2 sume kan??hihi tapi kalo setakat nak berkawan..nak share problem tue..boleh je..kata org berkawan biar beribu-ribu..bermillion-million..tapi kalo nak bercinta tu..maybe tak la kot. aku lagi berminat dengan lelaki sekitar aku jerk. i means yg pernah aku jumpe face to face. yg kenal aku tanpa aku perlu menceritakan siapa aku. kang senang tue. lagi pun, kalo cinta internet ni, mesti kena bercinta jarak jauh kan..xmo la...dah serik...terpaksa memendam rindu je hari-hari...huhu. tapi so far, aku tgk ramai jerk kawan-kawan aku yang bahagia bertemu cinta di internet. tumpang gembira dgn kebahgiaan korang ek!

tapi kan bile aku dengar cerita si pemanggil yg aku cerita kat atas tu...aku terigt pulak kisah zaman jahiliyah aku dulu (dalam era 2000 yer bukan zaman sebelum hijrah yer)...

time tue aku kat matrik. matrik maner? aku rase bg pembace setia aku..mesti korg taw aku belaja kat matrik mana kan. bg yg xtaw tue.xpayah taw pun xpe..xpenting pun. ok, berbalik pd cerita aku, ade la seorg rumate aku baru lepas frust bercinta. time tue tiap2 malam die akan bersedih dan berasa bosan. (yelah dh takde org nak msg2 dh) then, tetibe die ckp kat aku...

" lea..kasi 7 nu bertuah.."

" nu bertuah? nak watper?"

" aku nak dial.."

" hah??"

" aku bosan..xde org nak msg aku..so aku nak kaco2 org la...hehehe"

" adoi...boleh pulak mcm tue" walau mcm maner pun aku still bagi laa 7 no yg bertuah..tue pun actually no phone aku..tapi die tukar 3 no. kat depan tue..dr 013 to 016. si dia pun call, dan panggilan tu berjawab... si empunye no. tue lelaki.!! apa lagi..mengayat kawan aku tue. ckp silap no la apa la..last2 diorg jadik kawan. tapi setakat kawan jela coz kawan aku tu pun dh ade boyfren baru dh pun..melihat hasil yg memberansangkan tue, aku pun terasa nak try la jugak. aku pun tekan-tekan no. yang aku rase boleh bawak tuah kat aku. then si empunya no tu call aku. giler ah..punyer cuak aku time tue..yelah aku mana pandai nak berlakon2 ni.. nak tipu konon2 tersalah tekan no. last2 kawan aku yg baek hati, tolong jawabkan dan mengayat. menjadi. so, start dr hari tu, aku pun mula la ber'sms' ngan lelaki tue. tp last2, aku rase bosan pulak. (btw..aku memang jenis cepat bosan, but for the certain people only) malas pulak nak melayan mamat. gpun seperti aku ckp td, lelaki bukan boleh percaya. tapi laen lah kalo dpt kenal depan2 kan?hehe...

p/s: aku dh xbuat eh kerja giler tue..tulah first n last time aku buat...huhu..dan sampai sekrg pun aku still tak percaya yang aku pernah buat kerja mcm tue..giler ah..dh mcm perempuan desperate pulak...adeyh...tp hakikatnya bukan ok..heheheh...