Wednesday, May 27, 2009

- Mode Jiwang -

Korang tengok tak cerita Cinta Untuk Ain setiap hari Selasa? siapa tengok angkat kening..ngeh3. Btw, aku baru jerk start tengok dan layan cerita ni masa aku duk umah. so, sempat tengok 3 episode jerk...huhu. Cerita ni biasa jerk bagi aku, mungkin sebab aku tengok kat last2 episode kot sebab tue xde feel sangat..hehe...

Actually apa yang best tang drama ni adalah lagu-lagunya. sangat sedih dan penuh bermakna. ada 2 soundtrack dalam drama ni - Tanpa (6xth Sense) dan Saat-saat Terindah (Rama Band). Dua-dua tu lagu faveret aku. Lagu Tanpa tu dah lama, tapi aku still x bosan ataw muak walaupun pasang berulang-ulang kali. maksud yang tersirat dalam lagu ni penuh bermakna bagi aku...hehehe...terjiwang pulak...ngeh3

lagu Saat-saat Terindah pulak, actually aku baru jer dengar bile tengok drama ni. Lirik lagu ni betul-betul menyentuh perasaan. boleh nanges seyh kalo dengar lagu ni. tapi make sure kena hayati betul2 la..Kalo tak percaya, just klik kat bawah ni ok...layannnnn!



Saat kau hadir dalam hidupku
Terasa indah
Hanya bayangmu menyentuh jiwa
Temani sepi

Kini semua cinta mu telah pergi
meninggalkan diriku dalam kehampaan sendiri
Waktu terus berjalan dan memberi perit di hati
Hanya rindu yang aku dambakan bukan cintamu
Mesti kini kau tak menyintai diriku lagi
Kini baru aku menyedari
Kau begitu bererti di dlm hidupku ini

Saat-saat yg indah
Saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yang telah berlalu
Kini teringat lagi
Kini terkenang lagi
Ku ingin kembali

Rama - Saat-Saat Terindah.mp3
(klik untuk download)

Monday, May 4, 2009

aku nyaris dapat status pendatang tanpa izin...

i'm at home rite now..but ade sesuatu yang betul2 spoil mood cuti aku..huhu.

pagi semalam, sedang aku mengemas umah. tetibe aku teringat something not someone ok..hik3. then, aku pun bergegas masuk ke dalam bilik mencari sesuatu yang terlintas dalam fikiran aku tadi. aku mencari purse dalam beg galas. dan.... bukan purse yang kumahu sebenarnya but isi kat dalam tue......

dan....................


oh..no.............barang aku cari takde dalam purse aku. kad pengenalan aku takde dalam purse aku!!!!!! aku lupa nak amek dalam pencil case aku before balik hari tue. dan pencil case tue ade dalam kotak kat dalam store hostel aku... waaaaaaaa..aiseh macam maner aku boleh lupa. padahal before balik umah hari tue, banyak kali jugak aku bukak purse tue untuk memeriksa tiket bas aku tak hilang. macam mane aku boleh tak perasan purse aku kosong tanpa kad pengenalan...aduyai..nasib2....huhu

kemudian apa yang terlintas kat dalam kepala aku ni ialah buat kad pengenalan baru. aku tipu la nanti yang kad pengenalan aku hilang ker terbakar ker...tehjn aku dapat kad pengenalan. ok gak. boleh gantikan kad pengenalan aku sekarang. gambar aku kat kad pengenalan tue gile kelakar. putih giler. tak tahu kenapa. nak kata aku pakai bedak time nak wat kad pengenalan tu, memang lah pakai. tapi kalo dah 3 jam menunggu untuk mengambil gambar, bedak2 kat muka tue mesti dah cair kan. ntah la..mungkin effect flash kot..huhu. tapi tension aku bile orang tengok ic aku. mesti diorg gelak..haish...huhu. aku ingat lagi masa exam hari tue, sedang aku menjawab exam, datanglah seorang pengawas mahu check kad pengenalan dan slip peperiksaan aku. bile die tengok ic aku, die tengok muka aku. compare ic dengan muka aku. pastu die senyum2 kambing. nak tergelak la tue tengok gambar kad pengenalan...huhu. tapi kan, bile aku fikir balik, leceh la kalo nak buat ic balik. kawan aku cakap kena buat aduan polis, pastu baru boleh buat kad pengenalan kat pejabat pendaftaran. then, kena bayar denda pulak..aish....cancel..cancel..idea ni tak boleh diteruskan.!

kemudian, datang satu lagi idea iaitu aku kena balik usm balik untuk amek ic aku. ahhh...tapi ni memang kerja gile. penat seyh nak pergi balik kelantan tue. kalo setakat 1 jam perjalanan xpe. ni 7 jam. gile ape..setakat nak amek ic jerk, memang tak berbaloi..huhu. tapi..macam maner, aku harus dapatlan ic aku. kalo tak 2 bulan cuti ni, aku akan dapat status baru...status pendatang tanpa izin walaupun hakikatnya aku lahir dan membesar di malaysia...

dan..aku teringat kat coursemate aku. aku tahu die masih lagi kat usm. die balik 9hb ni. aku tahu pun coz hari tu, aku tolong belikan tiket untuk die. die lah harapan aku sekarang untuk aku dapatkan ic aku balik. tapi macam mana aku nak explain kat mana letaknya barang2 aku kat dalam store. dah la aku pilih port yang paling tercorot kat dalam store tue. masalah lagi. tapi xpe, aku kena mintak tolong die jugak...xkira..bunyi macam kejam jerk..huhuhu...

lalu dengan segera, aku capai henset aku untuk mesej kawan aku tue. lalu aku ceritakan masalah aku pada beliau. dan tak kusangka rupanya die tahu tempat aku letak barang2 aku kat dalam store. so, mudahlah sikit, tak perlu aku terang dengan panjang lebar. beliau bersetuju mahu membantu aku tapi die akan mencarinya petang nanti aku setuju dan aku bagitahu die, tak kisah pun die nk cari bile..janji die setuju nak bantu aku dan aku dapat kad pengenalan aku tue. maka, petang semalam die mesej aku balik bagitahu yang die dah berjaya menemui kad pengenalan aku dan die akan poskan ke umah aku..oh..my frenz..ko lah penyelamat aku...oppss..lupa nak bagitahu. kawan aku tue, namanya hidayah hazwani. kena promote nama beliau coz die dah tolong aku...hik3 ala tapi gambar beliau takde pulak. tak boleh nak tunjukkan kat korang penyelamat aku ni. aku lupa nak masukkan kat dalam pendrive tadi.

p/s: hidayah cakap die akan pos ic aku hari ni. doakan aku moga aku dapat kad pengenalan aku balik. moga abg posmen berjaya menjumpai umah aku untuk hantar kad pengenalan aku tue. jangan hilang udah. tapi kalo hilang jugak, akan kubakar semua pejabat pos kelantan dan terengganu...gile ganas perempuan ini...hik3...