Tuesday, July 21, 2009

Ayam pandai menari x?

Sem ni aku ambil tarian untuk aktiviti ko-k. Aku xde la berbakat sangat nak menari-nari ni, tapi xpelah kan timba pengalaman. Lagipun aku suke menari-nari walaupun badan aku kaku semacam jer..huhu.

Minggu ni adalah minggu pertama aktiviti ko-k di usm bermula dan minggu depan dah mula larian copper, me'round' padang golf yang ntah bape kilometer ntah tapi rasanya 2.4km kot. Nasib baek aku amek menari, xyah la aku wat copper test..ngeh3. Aktiviti ko-k aku adalah hari pada hari Ahad dan Selasa pukul 5 petang. Nasib baek xde lab pada kedua-dua hari itu. Kalo tak mesti terkejar-kejar.

First meeting ahad hari tu agak bosan sikit coz coach kami membuat aktiviti2 yang dapat meningkatkan kemahiran insaniah. Rasa macam aku sedang menjalani aktiviti ldk ketika orientasai jer. Kitrg bermain telefon borak, ice-breaking la..huhu. Aku punye la bersemangat tinggi nak belajar menari ni. Tapi nasib baek la hari ni dah start pembelajaran menari dan diakhir latihan kitrg buat chicken dance..hoho..dah lama x buat chicken dance ataupun dalam bahasa melayunya..tarian anak ayam..ayam pandai menari ker?

Bile menari tadi teringat pulak kenangan aku ketika menjadi fasi di Kolej Matrikulasi Johor (kmj). Semua fasi diajar untuk menari poco-poco, chicken dance, tarian pudar dan senaman j-robik. Rindulah pulak nak buat j-robik. Apa itu j-robik?? Hanya org johor dan orang yang pernah merantau kat Johor je yang taw. Coz j-robik ini adalah senaman aerobik masyarakat Johor yang menggabungkan pelbagai jenis tarian di Malysia. Dalam senaman j-robik, ada gerakan silat, selamba, tai chi dan zapin. (ada lagi gerakan tapi aku lupa lak..huhu) Sangat unik taw...dan agak membosankan bagi mereka yang baru nak belajar wat senaman j-robik.

Teringat aku masa mula-mula masuk kmj, time tu waktu minggu orientasi. Setiap petang ada aktiviti riadah. Dan aktiviti riadahnya adalah membuat j-robik. Setiap petang sepanjang minggu orientasi taw..huhu, tension2. Senaman j-robik tu dah lah banyak gerakan pastu lama pulak tue. Lagu2 sepanjang senaman tue pun agak membosankan. Aku tengok orang laen enjoy je buat j-robik tu, tapi aku..dah menguap2 dah. huhu. Mengantuk dan bosan kerana tak dapat nak catch up gerakan fasi kat depan tambah2 part zapin tue. First time buat memang la, tapi sekarang aku dh mahir wat gerakan ala-ala zapin tue..ngeh3.

Dalam banyak-banyak part dalam j-robik, aku dan kawan-kawan aku paling suke part nak ceddoookkkk...ahh...part tu memang best dan sering ditunggu oleh kami...hehe. Bagi yang belum pernah tengok senaman j-robik, boleh la tengok video kat bawah ni. Video ni adalah latihan semasa menjadi fasi untuk minggu pengurusan pelajar baru kmj sesi 07/08. Tapi nanti xyah la mencari kelibat aku yer, coz aku xde dalam video tu. Bajet korang nak mencari aku jer ka...hik3.

p/s: laptop aku dh ok. Aku dah boleh update blog aku gune laptop sendiri. xpayah nak tumpang laptop rumate lagi. yes!

Monday, July 20, 2009

:: Edisi Khas ::

Happy Birthday to me...
Happy birthday to me...
happy Birthday to me...

oppss...silap nyanyi lak..actually aku nak nyanyikan dis song for my best, great best friend, Mohd Khairul b. Yusoff a.k.a Keyo Yusoff. Beliau menyambut hari lahir pada hari ni - 21hb July 2009.

to Keyo:
> Selamat Hari Lahir ke-21 (dh lulus nak mengundi ni..)
> Moga panjang umo dan murah rezeki.
> Moga Happy sokmo n dun sedih2 k..
> Ko dah tua dah...lalala~~
dan...
> Moga cepat sembuh dr demam...

Keyo n his exrumate, Anip (bersongkok)


Keyo, ni pizza untuk ko. Sori la, softcopy jerk yang mampu aku bg. Moga hilang kempunan ko tu yer..hehe;p

Sunday, July 19, 2009

Siapa Sabotaj aku?

Ingat tak entry lepas aku ade cerita aku sedang buat bisnes tshirt untuk collect money for dinner aku sem depan. So, semalam aku dan rakan aku,Hazirah buat promotion jualan tshirt dr bilik ke bilik. hoho..agak memalukan sebenarnya.Tapi nak berniaga punya pasal, perasaan malu tu tolak tepi la.
Target kitorg adalah budak first year. Biasalah budak baru masuk usm, mestilah diorg excited nak beli baju ni kan. anggapan awal kami la.. Operasi serangan dr bilik ke bilik bermula dr pukul 9 hingga 11 malam. Tapi hanya dapat 12 tempahan jer sepanjang 2 jam me'round' dm3. not bad la kan drpd x dapat langsung..huhu. Sepanjang operasi ni, macam-macam kerenah yang kitrg terpaksa hadapi.

kes 1
"tuk..tuk"
" masukkkkk"..jeritan dr dalam bilik.
" Nak beli baju x?"
"hm..xpela.."
hampa kejap. Tapi nak jual punya pasal, so xleh mudah give up. So, misi terus dijalankan.
kes 2 '
tuk..tuk...
" jangan masuk..jangan masuk"..kedengaran suara dr bilik yang kami ketuk. Tapi penghuni die still jugak bukak pintu. Chinese gurl, adalah dalam 2-3 org.

" kami xnak masuk, nak duk luar jer"..kata kawan aku.
hehehe....gurau je...kata penghuni tu..huh..sempat lagi nak bergurau.
" Kami jual tshirt. Nak beli?" sambil menunjuk sampel kat pembeli.
"Bape ni?"
" Short sleeve - rm26, long sleeve- rm29"
"Mahalnya.."
" Tapi kain die best taw. 100% cotton. raselah. Nak try pakai pun bleh"
Kemudian, mereka berbincang sesama mereka.
" Macam ni, kami nak berfikir dulu. Nanti kalo kami nak,kami contact balik. Nak contact ngan sapa yer?"
" COntact sy..amek nu ni. Takpun datang bilik jela"
" owh ok2..nanti sy contact"
senyuman terukir sikit. Macam ada peluang.
kes 3
tuk..tuk
"yer" jawab seorang gadis setelah pintu dibuka.
" Kami jual tshirt. Nak beli?"
" Nak!"
huh? aku dan Hazirah berpandangan. Mamai ke budak ni. Die cakap nak but without any expression sama ada gembira or apa. Sure ke nak beli ni..huhu.
" Nak beli ker? Lengan pendek rm26,panjang rm29"
" Nak la tapi nak saiz ape yer?"
" Yang ni S. agak besar la."
" a'a la..kalo mcm tu sy nak M la. Pastu bayaran cmner yer? kena bayar terus ker?"
" Byar deposit je dulu rm10. Dapat baju nanti baru bayar penuh. Nah isi borang ni"
"owh ok"
Yes..!!dapat satu tempahan.Dan seterusnya 2, 3...sehinggalah 12 tempahan. Sebenarnya banyak lagi kisah lucu ketika operasi semalam tapi tak payah la citer sume. citer part2 yang best jer..hehe. Tapi yang paling teruk kami hadapi bila seorang student tu terus tutup pintu bila nampak kami. Apa hina sangat ke kami jual tshirt? kitrg x mencuri ok. Jual je, kalo xnak beli dh la. Xpayah la nak protes-protes. Sungguh tidak sopan gadis itu..huhu ceh, macam aku sopan sangat la..tapi aku sopan sikit dr gadis tu..ngeh3
then, setelah abes operasi jualan tu. Aku pun balik la ke bilik aku. Kemudian aku terkejut bila terpandang poster jualan tshirt yang terpampang kat depan pintu bilik aku. Ada orang sabotaj aku.

" Dayah, dayah conteng poster ni yer?" tanyaku kat rumate aku.
" Tak la kak lea. Dayah x conteng pun"
" betul ni?"
" Sumpah kak lea. Dayah x tulis la.
kemudian aku terfikir sejenap. Maybe la kot. Aku taw, Dayah takkan tulis cmtu coz aku kenal rumate aku ni walaupun baru 3 minggu kami sebilik. Abes sapa lak yang tulis ni..iskh3..musykil3..huhu.
" xpela kak lea. Meh Dayah tolong tambah lagi ye"
haa..yang tulisan pensil tu, ditulis oleh rumate aku yang sangat jeles ngan
diriku ini..ngeh3. Tapi tulisan pink tu, masih dalam tanda tanya.



Siapa ek yang sabotaj aku ni??...

Sunday, July 12, 2009

Bila aku bergelar bisneswoman.....

wah..x sangka la pulak aku dah ade 100 org follower setelah 9 bulan ber'blogging'. Trimas2 to all bloggers yg sudi jd my follower. apa? nak hadiah? iskh3..aku tengah sengkek sekrg untuk memberi hadiah. tengok la kalo rajin nanti aku akan bagi award kat korang..kalo rajin la..hehe

Okeyh. kali ni aku nak bercerita tentang diriku dan bisnes. bisnes. perniagaan. cari duit dengan jual barang-barang ataupun kasi perkhidmatan. Ketika aku sedang berfikir untuk mencari duit utk menanggung perbelanjaan Installation Nite Forensic next year aku sendiri xtaw nape nama dinner nite kitrg dipanggil installation nite..x downloading nite ke..uploading nite ker.., rupanya sejak kecil lagi aku dah mula berkecimpung dengan perniagaan ni. cehh..bunyi macam apa je kan. padahal dulu, masa aku kecik-kecik aku selalu tolong atuk aku menjual pakaian di pasar malam. Time tu, tugas aku hanyalah tolong lipat kain dan susun kain jer. Tapi yang bestnya, aku mesti akan dapat baju free tiap kali tolong atuk aku. Aku tolong atuk aku pun setiap kali cuti sekolah.

Masa aku form 1 -3, aku diberi kepercayaan untuk menjadi pengawas koperasi. Time tue, aku tak cukup popular untuk menjadi pengawas sekolah..huhu. Aku masih ingat masa hari pertama aku menjalankan tugas sebagai pengawas koperasi masa tu aku baru form 1, masih muda belia gitu. Datanglah seorang lelaki yang cukup hensem tapi x sehensem Ikram Dizny la..ngeh3.

" dik, nak fastener satu"

" Fastener, jap ek"

fastener tu apa? aku tanya teman aku dalam nada berbisik. Malu nak ckp kuat. Rupanya kawan aku pun tak tahu fastener tu apa. So, dengan confident badaknya, aku menjawab.....

" xde la bang. fastener dah abes"

"tu kat belakang tu ape?

" hah? owh..yg ni yer". Sambil memegang sumthing yang aku rase adalah fastener.

"iye..yg nilah fastener"

"owh..sori2..xpasan tadi" (ayat cover malu). Tapi seyes malu seyh. Mana aku tahu menda alah tu namanya fastener. Aku biasanya panggil tetulang jer...huhu.


nilah fastener. korang panggil mende ni aper?

Kemudian selepas SPM semasa menunggu masa nak masuk matrik, aku bekerja kat sebuah kedai pisang goreng dekat umah aku. Tima tu, tugas aku adalah membuat ABC. Aku terpaksa memusingkan roda air batu campur tue secara manual untuk menghaluskan ais. xde nak tekan-tekan button tue. Memang hilang habis keayuan aku bile duk memutarkan roda mesin air batu campur tue. boleh imagine kan macam mane?..huhu. Tapi lepas hari tue, aku dah malas nak mitak kerja kat kedai makan lagi. Bosan la. Kalo customer datang best la. Kalo xde customer, memang bosan giler. tapi memang adat berniaga la kan, xkan asyik selalu ade customer je kan.

Sekarang, setelah 2 tahun aku bergelar student USM ni, dah bermacam2 bisnes aku buat. Jual nasi lemak pagi-pagi, jual berger malam-malam, jual spageti, jual keropok dan macam2 lagi la. Semua tue semata-mata coz nak collect money untuk event yang berlangsung kat usm ni. tu lah sapa suh jadi exco penajaan, kang tak pasal-pasal kena cari duit. Tapi skrg, bile ade yang offer aku jadi exco penajaan lagi, memang tanpa berfikir panjang, aku akan tolak. Serik seyh..huhu. paling aku tak boleh nak lupa, bile aku terpaksa menjual Big Apple Donut dan air buah dari bilik ke bilik. OWh...gile tebal muka aku time tu, ketuk bilik setiap student, then dengan muka yg tetibe bertambah satu inci tebal, aku tanya diorg.
"Nak beli donut tak kak??"
Then,bertambah satu lagi ketebalan di muka aku bile diorg tak nak beli.
"Ala kak, beli lah, donut ni sedap. beli la tinggal bape bijik je lagi ni."
seterusnya bertambah lagi seinci demi seinci, sehinggalah diorg setuju nak membelinya..haha.. psyco habis aku kan.
Dan yang terbaru, aku kena fikir jalan atau cara untuk mencari duit untuk support dinner nite course aku tahun depan lak. Actually bukan aku sorg kena fikir, semua coursemate aku wajib kena fikir pasal mende. Yelah, kalo tak cukup money, xdelah dinner nite kitrg. Bile xde dinner nite, nanti kitrg x boleh terima vest. Apa pentingnya vest tue kepada kitrg? nanti-nantilah aku cerita yer. Jadi plan bisnes terbaru aku adalah..aku nak jual tshirt di bawah ni. Walaupun kat tshirt tu dh terpampang perkataan I LUV USM, tapi pada sesiapa yang bukan student usm pun boleh beli taw. kepada yang berminat tue, bleh la email aku yer... nur_lieya88@yahoo.com menyempat je aku ni nak promot-promot...hehe