Wednesday, November 18, 2009

Abes lah mas kawen aku nanti...

Hallo sume. Owh, daku sangat gembira ari ni kerana.......aku dah exam...yeyeyeye..sangat suke...sangat suke sampai terasa nak wat tarian inang lak. (nape tarian inang? coz, aku kan gadis melayu terakhir...ahaks!..) Hari Jumaat ni aku dah boleh balik umah dah. Ada sapa mau ikut aku balik Kemaman?? jom2...ngeh3

Dah, dah abes citer pasal tue. Aku nak ucapkan tahniah kepada blogger yang menang dalam picture contest kat blog cik bulan tu. Sesungguhnya gambar-gambar yang dihantar sume cantik-cantik dan aku rasa segan pulak bile tengok picture aku ada kat situ. Rasa cm x layak jer ibarat macam Bulan dan matahari. (maksudnya ape? ntah aku pun xtaw..lalala). Aku jugak nak ucapkan tenkiu la kepada yang mengundi picture aku. Ada la gak yang mengundi kan...hik3. Kepada Razman, ko jgn nak sebar fitnah aku rasuah ko suh undi aku. Sebab ko yang start rasuah aku dulu. ;p.

ok, actually aku nak tunjuk korang ni....



Apa yang korang nampak pada gambar ni? Satu jari yang menunjuk pada satu note. Ok, inilah adalah lecturer note utk paper terakhir aku td. Tapi bukan ini yang aku nak citer. Sila alihkan pandangn mata kat jari aku tue. Nampak tak ade kesan hitam kat kuku aku? nampak x?

ok, ok...kalo x clear. Cube korang tgk picture kat bawah ni pulak. Aku dah wat close-up, fokus kat gambar jari aku tue.


ha..amacam? dah nampak? ada kesan warna hitam kat jari tu kan. Itu bukan color marker. Ingat aku kanak-kanak lagi ke nak men warna-warna kuku dengan marker. Mesti ade antara korang dulu, masa kecik-kecik dulu korang warna kuku dengan marker, xpun ngan kolor magic, xpun korang gune pensil warna Faber Castle dan dicelup dengan air. Pernah kan? kalo yang xpernah tue, buat-buat la pernah try jugak. ok, sebenarnya tu bukan kesan color marker, tapi tulah kesan lebam akibat tersepit pintu minggu lepas. Sekarang, aku tension kerana kesannya tak hilang walaupun dah x sakit dah. Sangat buruk nampaknya. Aish. Ada sesiapa tahu macam mane nak hilangkan kesan ni??? kawan aku ckp sapu dengan minyak gamat. Aku ni xsuka sangat maen dengan minyak-minyak ni. Minyak dagu pun aku x ingin nak maen apatah lagi minyak gamat. Lagipun, kalo sapukan minyak gamat kat jari, means aku ekna make sure jari aku tidak berada di mulut kerana ia beracun. Mana boleh.! kalo korang nak taw, habit aku before tidur aku akan maenkan jari kat bibir. Pastu baru boleh tidur. Memang sejak dari kecik lagi, aku terbiasa buat macam tu dan sampai lah dah besar ni. Agaknya masa aku kecik, aku andaikan jari aku tu botol susu kot..huhu.


Teringat pulak kata-kata cikgu aku time matrik dulu bile terpandang kaki aku yang cedera dan berbalut.

" Hai, nampaknya turun lah mas kawen awak pasni"

hoho. Luka di kaki aku dah ok dan tidak meninggalkan kesan pun tapi aku xmahu lah mas kawen aku turun gara-gara kesan lebam di jari aku ni. Pliz..pliz help me....hehe

Sunday, November 15, 2009

Meet Me Halfway....

Sebenarnya entry ni takde kaitan ngan tajuk pun. Saja je aku gatal-gatal tangan nak type tajuk tue. Aku sedang melayan lagu Black Eyed Peace, "Meet Me Halfway". Cam best jerk lagu ni. Kalo korang tak caya, g la donlod sendiri dan pastu dengar. Disebabkan tengah 'high' melayan lagu ni, tanpa sedar aku telah menaip tajuk lagu tu kat tajuk entry terbaru aku ni....lalalala

Kepada yang baca entry yang lepas, mesti tertanya sama ada aku berjayakan abes kan 5 notes semalam or tak. kan? kan? korang tertanya kan? (kalo tak, dah xyah bace ayat yang seterusnya ;p)
Korang nak aku cakap jujur ke tak jujur? Ok, kalo secaranya tak jujurnya, aku telah berjaya abeskan bukan setakat 5 notes, malah semua notes untuk paper Rabu ni, aku dah khatam semua. Tunggu nak digunakan dalam dewan peksa nanti jerk. Dan pasti Dr. Paneer tersenyum melihat aku menjawab paper die nanti dan pasti die akan sayang aku lebih la...hua3..

Tapi, tu jawapanku secara tak jujur. Secara jujurnya...isk..malu plak aku nak gtaw....huhu...korang dapat agak sendiri la ek...

Arghhh...aku gagal untuk habiskan 5 notes..huhu. Aku hanya mampu abeskan 4 notes jerk. Bila nak bukak yang terakhir, rasa cam nak rehat sekejap. Yelah, time tue dah kul 4 pagi...huhu. Then, dengan niat mahu berehat kejap, aku pun baring-baring la atas katil. Empuk jugak katil aku ni. Rasa nikmat jer baring. (sebenarnya dah lama dah taw...)

Kemudian, last-last aku tertidur jugak. Dan hanya terjaga dalam pukul 6.30 pagi. Tu pun sebab rumate aku kejut solat Subuh. Nasib bek, aku ada rumate. Kalo tak, mahu aku terlajak Subuh...isk3..

Lepas solat Subuh, sambung tidur lagi..................lalala....



dan pagi td bangun, terkejut aku tgk muka ku kat cermin. Terkejut beruk aku. Bukan aku nampak beruk kat cermin tue yer. Tapi muka ni haa...dah nampak cam kena belasah pulak....


Mata aku dah jadi cmni....


"lingkaran gelap bawah mata, gunakan Garnier Light.."
(apa ntah nama product tue, aku hentam jerk..hik3)


nanti balik cuti aku nak cari product kecantikan la dan nak rawat kulit muka aku ni. Aku rasa kulit muka aku dah makin gelap, dan jerawat macam best je nak menetap kat muka aku. Tulah busy sangat study,(busy study la sgt kan...hahaha) sampai x sempat nak jaga muka...aish......ada sesiapa nak sponsor x??? :D

Saturday, November 14, 2009

tulun...tulun.....

Hari ni hari Sabtu. Semalam hari Jumaat. Esok hari Ahad dan lusa hari Isnin. Ish apa aku mengarut ni. Arg sebenarnya aku tengah tension ni. Apsal la dari semalam aku xleh nak fokus study nih. Segala posisi yang bagus aku lakukan untuk study ni. Dr duduk kat meja study, berpindah kat katil. Study tepi tingkap sambil menikmati keindahan alam. Tak boleh nak skodeng orang pun coz bilik aku menghadap kawasan yang tak best untuk di'skodeng'.

10 min kemudian, tetiba rasa lenguh pinggan lak. Tukar position lagi. Baring atas katil pulak. Sambil tangan kiri pegang notes, dan tangan kanan peluk 'baby'.

10 min kemudian, rasa macam nak kena tulis something, tulis balik apa yang aku bace kat tepi2 notes tue. Bagi aku bile aku berbuat begitu baru senang nak masuk ilmu tue. So, tukar lagi posisi. Meniarap atas katil pulak. Sambil kaki goyang-goyang ke atas dan tangan khusyuk menulis.



5 minit berlalu, ok berjaya habiskan satu pages......




10 minit kemudian....masih mampu bertahan...




30 minit....rasa mengantuk pulak.

ish setan ni, mata aku jugak die nak bergayut. Pergilah bergayut kat tempat laen. Bulu mata aku ni pendek jer. Tak best nak bergayut-gayut pun. syuh...syuhhhhh.......ko bergayut dengan mereka-mereka yang punya bulu mata yang panjang lagi lebat. Baru la seronok.

dan akhirnya aku terkulai lemah di atas katil (ecece..cm best lak ayat ni..ngeh3)


syok seyh leh tidur....hahahaha....tapi kalo dah cmni, bile nak study...huhuhu

tue kejadian semalam, hari ni ok sikit. Si NATES dah x berminat nak bergayut kat bulu mata aku ni. Tapi dr td study, satu notes pun x abes bace lagi. huhu.....adeyh...xbleh2..malam ni, aku kena abeskan 5 notes. Kalo tidak, xleh tidur...ok x akunya azam???

Friday, November 13, 2009

Buat projek dalam bilik

Hari ni masih dalam mood berpoya-poya. Next paper, hari rabu depan. Masih awal lagi, so rileks-rileks sudah. Kalo bace awal2 pun, nanti lupa lak. Baek bace lambat-lambat, baru la ilmu fresh je duk kat dalam otak aku ni. Tapi td terpaksa bangun awal gak kerana terpaksa membuat tag nama untuk program baktisiswa awal bulan 12. Program ni merupakan program anak angkat dan aku terpaksa menabur bakti kepada bakal keluarga angkatku nanti ketika cuti semester ni. Ikut ramalan, maybe kitrg akan berkampung di Kuala Lipis, Raub or Bentong. Hopefully, dapat Lipis la. Best sikit, tempat bersejarah aku tue dan dah lama gak x menjejakkan kaki ke sana.

Apa kaitan baktisiswa dengan tajuk di atas? Xde kaitan pun, sal baktisiswa tu hanyalah intronya belum masuk kat topik asal lagi. SO, teruskan membace ok. Selesai je siapkan name tag tue, aku n rakanku ke KK Square, satunya shopping complex yg paling dekat ngan usm untuk mejayakan projek kami. Projek apakah? haaa..jgn nak pk bukan2. (terutamnya ahfatt ;p). Sebenarnya projek yang dimadsudkan adalah projek masak-masak di dalam bilik. First time taw aku masak...kat dalam bilik. Biasanya masak kat dapur. Tetibe hari ni nak ubah angin masak kat dalam bilik lak. makcik, akak2 dan abg2 kat luar sana pun kalo udah bosan masak kat dapur, boleh ubah selera masak kat dalam bilik. Lebih adventure sikit. ngeh3. (Dah nama duk hostel, mana nak ada dapurnya..haha.)

Actually aku pun xtaw, dalam byk2 jenis masakan spageti jugak menjadi pilihan diorg. Dan aku hanya follow diorg jela. Aku kan rumate yg baek dan kakak senior yg baek gak :D. Untuk pengetahuan korang, walaupun aku dah masuk 3rd year, tapi aku still duk hostel. Tapi dapat bilik triple. Means aku ada 2 org rumates. Rumates ku pulak budak second year. So, aku lah senior tapi aku x buli diorg ok.!.

Malah pulak aku nak bercerita panjang. Apa kata korang tengok je gambar2 kat bawah ni. Mula-mula ingat nak letak gambar kitrg tengah masak. Tapi rasa cam x best la coz kelihatan sangat comot, dengan tepung2 di muka, mee sampai melekat kat rambut. So, xde la gambar kami sedang masak. Ok, itu tipu. Nak masak spageti mana guna tepung...lalala...

kitorang masak simple je. Takde letak macam-macam kat dalam spageti ni. Dah akhir sem ni, dah sengkek lah. So, simple-simple sudah, murah sikit bajetnya. (abaikan mee yg masih terpacak di situ....)

ni je bahan-bahan yang nak letak kat dalam spageti. Actually sosej tu banyak pada awalnya. Tapi biasalah, sambil potong, sambil makan...ngeh3.

Kalo ade yg xtaw,haa ni la mee spageti. Bukan mee kuning yang bese wat mee goreng tu taw..;p Tapi dulu aku pelik, macam2 orang bg nama kat mee kuning tue. Ada panggil mee gemuk la, mee kasar la. Tapi dulu, aku panggil mee kasar. Kenapa aku panggil cmtue? korg g tanya mak aku. Coz die yang panggil dulu, so aku ikut la...Mak borek, anak rintik kan...

Inilah kuah spageti yang telah siap dicampur dengan bahan2 di atas td.

Ok, dah siap terhidang sudah. Aku xtaw apa motif diletakkan gelas kat situ. Bukan ade air pun kat dalam gelas tue. Ingatkan nak snap gambar spageti yang dah siap diletakkan kuahnya. Tapi memandangkan masing-masing dh lapar, xsempat nak snap coz terus ngap makanan yg terhidang tue. Bukan gelojoh yer, cume x elok biarkan makanan tu terhidang lama-lama..nanti kan dihinggap lalat. Lalat tu adalah pembawa virus yang paling berjaya. Bila die hinggap kat spageti tue, virus2 tu akan dipindahkan. Dan bile kami makan spageti tue, kitrg akan kena diarrhe (or bahasa kurang sopannya...cirit birit ) haa..boleh ditrima x alasan tue...wakaka