Wednesday, December 30, 2009

Mana lagi penting..nyawa or kerja sekolah?

Lama aku menyepi..rindu aku x? Ala kalo rindu cakap jela...jangan malu-malu nak ngaku pulak...ngeh3;p Actually bila dah masuk sem baru ni, otak aku kering idea untuk update blog. Tambahan pula dengan jadual kelas yang pack. Minggu ni pulak, tiap malam ade kelas..memang x bagi chance aku rehat sikit. Tu yang otak aku tak boleh nak menjana idea bernas untuk entry terbaru..hik3

Korang ingat lagi tak kisah tsunami yang agak 'hot' satu masa dulu. Ala yang berlaku 26 disember 2004, waktu tue orang2 kristian masih bergembira ber'cristmas'..igt lagi x? Kalo ikutkan aku pun dah lupa kisah tsunami ni. Yelah lagipun dah masuk 5 tahun mende tue berlaku. Tapi camne aku tertibe nak cerita mende lak kerana ari tu aku tertengok TV pasal tsunami ni. Masa tu, minda aku rewind balik apa yang berlaku kat time tue.

Apa yang berlaku pada aku time tue? Time tue, aku tiada di India, mahupun Acheh ataw Penang. Aku kat Terengganu je time tue. Tapi bahananya terasa jugak kat aku coz umah aku berada di tepi laut. Nak kat betul2 tepi xde la sangat, adelah 8 minit kalo jalan kaki dari umah aku ke pantai. Time tu pulak musim tengkujuh. Ombak memang sangat kuat la. Biasanya kalo musim tengkujuh, ayah aku takkan benarkan kami bukak tingkap umah kerana dikhuatiri angin tu membawa sodium dr laut dan akan buat barangan besi kat dalam umah berkarat.

Masa kejadian tu berlaku, aku ingat lagi, masa tu aku tengah cuti akhir tahun tingkatan 4 nak masuk tingkatan 5. Tapi cuti aku time tu x sebest cuti orang laen kerana aku terpaksa buat kerja sekolah yang bertimbun. Memang cikgu au tak bagi chance langsung kat kitrg untuk berehat-rehat, goyang-goyang kaki kat depan Tv ataupun di atas katil. Aku masih ingat lagi antara kerja sekolah yang aku dapat time tu adalah menjawab soklan2 sejarah berdasarkan buku teks. Bukan beberapa soklan tapi bertimbun. Menjawab soklan2 sejarah samalah seperti menyalin satu buah buku teks sejarah tingkatan 5. Gila banyak. Memang time tue, setiap pagi apabila bangun aku akan terus hadap buku teks sejarah. Nak kuar umah pun serba salah, takut tak sempat siap kerja sekolah aku tue. So, sepanjang cuti tu, aku lepak kat umah jela menghadap buku teks Sejarah. Memang bosan tapi alhamdulillah aku dapat A jugak dalam sejarah utk SPM...ngeh3.

ok, berbalik pada kisah tsunami tue. Aku dapat tahu berita tue ketika aku sedang menyalin buku teks sejarah sambil menonton TV. Bila aku dengar je berita tue, aku terfikir. Kalo lah tsunami berlaku kat umah. Tapi kalo tsunami tue berlaku kat umah time tue, menda first yang aku akan selamatkan kerja-kerja sekolah aku. Barang-barang laen belakang kira. Penat taw aku salin buku teks Sejarah tue sekali dihanyut oleh ombak. Takkan nak buat balik. Nak bagi reason kat cikgu kerja sekolah aku dihanyut tsunami, rasanya cikgu akan terima. Tapi mungkin aku tetap kena antar jugak kerja sekolah tue, tapi dipanjang due date. Ish....xnak lah aku buat balik.

Sengal je kan aku time tue, Kerja sekolah jugak yang ingat. Bukan nak cube selamatkan nyawa sendiri or barang-barang yang berharga. huhu. Walaubagaimanapun, nasib baek la tsunami tak berlaku di Terengganu time tue. .Kalo tak....korang sambung sendiri...;p

Tapi kan, ada kemungkinan tak Terengganu akan dilanda tsunami? Kalo ye, aku nak pindah umah sekarang la...