Tuesday, February 23, 2010

Aku bukan budak lembik lagi

Hari tue, mak sedara aku datang umah. Agak lama jugak kitrg tak jupe. Rasanya last jupe, raya haji taun lepas.

Dia cakap kat aku..

"Noya dah matured la.."

Aku senyum jela.

Pastu aku teringat, hari tu pun ada seorang senior aku cakap macam tu jugak..

" Eh, lea dah matured la.."

Setelah hampir satu sem tak berjumpe sebab senior aku ada praktikal di PDRM selama satu sem. Dan dia cakap begitu kat aku.

Owh..aku hepi bile orang ckp aku matured. Means aku bukan budak kecik lagi. Aku dah besar. Dah matang. Before ni, ramai cakap aku macam budak-budak. Tak matured. Tpi sekarang dh tak..owh...aku hepi..yes..yes...

Kenapa aku hepi bile orang ckp aku dh matured?

Ini gara-gara........................................






Lembik!.

Itulah gelaran aku masa aku kecik. Kakak dan abang aku suka panggil aku begitu. Mereka suke buli aku masa aku kecik. Mentang-mentang mereka tua. Tapi itu dulu ar, sekarang dah tak dah. Masing-masing dah besar, dah matured. Dah jarang bergadoh antara kami adik beradik.

Kenapa aku digelar Lembik?

Aku pun dah lupa sapa yang start dulu. Aku digelar lembik bukan sebab aku kuat menanges ataw budak manja. Tapi..sebab..sebab aku lembik la..dan aku tak suka gelaran tue.! Huhu.

Dulu masa kecik, kami adik beradik selalu bermain bola katok kat depan umah aku. Ramai la jugak budak-budak kampung yang join sekaki. Yelah, takkan nak maen tiga orang jer. Mana best. Bola katok ni permainannya lebih kurang kriket or softball. Seorang akan baling bola kat seorang pemain. Dan pemain tu kena pukul bola tu guna kayu dan lari keliling pagar. Kadang-kadang guna pelepah kelapa yang tua jer. Tapi bagi mereka yang hebat, diorg akan buat kayu khas utk pukul bola. Aku guna pelepah kelapa. Tu pun hampir segenap kampung aku cari pelepah kelapa yg aku rasa best nak pukul bola.

Tapi yang tak bestnya, diorang selalu sabotaj aku. Tak nak ajak aku main sekali. Sebab diorg cakap aku lembik sangat. Pukul bola tak kuat. Nanti kalah umpulan diorang. Siot jerk. Penat jerk aku pergi cari pelepah kelapa untuk wat pukul bola tue. Tapi tu time ramai orang nak main. Bila, diorg kekurangan ahli. Aku jugak yang dicarinya. Tapi, time tu aku wat-wat jual mahal la..wakakaka..

Bila, aku tidak dibenarkan main sekali dengan diorg, aku pun pergi cari tin-tin kosong, daun2 muda, batu-batu. Bermain masak-masak kat bawah pokok, berhampiran dengan tempat diorg maen. Kecian kan, aku dibuli. Mentang-mentang aku budak kecik time tue. Senang jerk dibuli oleh mereka-mereka yang bajet kuat..huhu Tapi kan, tengah syok aku maen masak-masak sorang-sorang, ada sorang budak lelaki datang menyemak kat tempat aku. Mungkin bosan tunggu turn utk pukul bola. Then, berlakon jadi 'suami aku pulak. Mintak aku masak tu, masak ni. Aku pun layankan jela. Dah xde teman nak maen..huhu.

Tapi tu dulu, aku bukan lagi budak Lembik. Aku dah besar.Aku dah matured bak kata mak sedara aku dan senior aku. Aku lah gadis gagah...eh..macam tak best pulak guna perkataan gagah..nak guna perkataan apa ek?


p/s: actually ada lagi satu sebab kenapa aku digelar budak lembik masa aku kecik...........tapi tak payah la taw...i segan nak taw u all...ngeh3...

20 comments:

Ah Fatt said...

masa kecik nak remaja, masa remaja nak matang... dah tua rasa menyesal plak cepat sangat alam x matang tu berlalu... zaman tu plg best. selamat datang ke alam matang yg bosan

errr... aku pun dipanggil lembik..

lea said...

ko pun budak lembik?

kite geng la..

bobo said...

guna pelepah kepala jer ek?huhu..typing error disitu..

bile da masuk umo 30 nnti masa pon da rasa cpt je berlalu..mcm2 pikir..nk bayar rumah la..keta la..itu la..ini la..huhu..pape pon idop kena trus..

lea said...

owh..thanks bgtaw..huhu

tu r..
riso jugak bile pikir
time kerja nanti

crazy_labelle said...

xsuke kne panggil matured... rse mcm dah tua dr usia sebenar...

Mohd LukMan said...

haha.. lucu je aku baca.. congrat klu cam 2.. aku pun nak ubah xnak jdi bek sgt, nak tgs... fadh pun nasihat aku gak.. ni semua sal kawan.. ko phm kan pe aku tulis lam blog tuh..

Lifesaver said...

lembik fizikal yg penting akal jgn lembik~

~0~ said...

lembik...xpe...suma tu wat kita lebih matang

nora said...
This comment has been removed by the author.
nora said...

hnya kaklong dia yang tahu knp dia lembik...hahaha...lawak2..sbab tu risau dia nk join kitorang main dolu2..

Moon BlooDy Spell said...

nakal la kawan2 kamu buli kamu....
hehehehe
moon pun penah kena... diorang suh cari cacing dalam pasir..."dasat tak"

cj'alhafiz said...

wohooo!!!! ingat zaman budak aku.....banyak main.......
to nusuk, polis entry, bola katok, bola tin, slipar kaki 3, hoki, boling, boling padang, to decot, keretapi....n sgt banyak lagi...!!! termasuk la main pondok2...hahaha!!!

aShaBuLz said...

lembik atau tak, lea tetap cute!! haha...

izzaticute said...

hahaha k.lea lembik..
lembik ade banyak maksud.. lemah, xbmaya dan kurang upaye.. hmm mcm same je..hehehe

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

arini my last day berentry~
aku akan ilang tuk jangka masa yg lama~
ko jaga diri~
tankiu sgt2~
rindu kat ko nti~

cik EPAL said...

sila maturedkan selalu :)


apa la komen ni?? haha

MiR said...

masa kecik:
abang dgn kakak aku ckp aku lembik

masa remaja:
kawan2 aku ckp aku lembik

masa remaja matang sket:
adik aku ckp aku lembik

tua??da kawen??da b'cicit???

owh tidak~

DarkArtz said...

hmmmmm.........
bagi aku laaaa......
kau tetap masih tak matang..........
har3........

lea said...

darkartz: ko memang..ah x kisah la matang ke tak matang...janji aku stil adalah org yg sama..

chanz said...

bola katok???? lol that's a funny name..