Friday, February 5, 2010

Aku dah hancurkan harapan die..

Sepatutnya ujung minggu ni, aku akan bercuti di gua tempurung, Perak untuk aktiviti "Gua Tempurung Challange". Aktiviti ni adalah anjuran course aku, dan aku antara salah sorg yang terlibat sama dalam menguruskan aktiviti ini. Namun disebabkan alasan tertentu, kami terpaksa batalkan aktiviti ni last minute iaitu pagi tadi. Padahal kalo ikutkan malam ni dah nak bertolak. Sangat sedih.

Bila aku taw jerk, program ni terpaksa dibatalkan. First thing yang datang dalam otak aku ni, macam mana la aku nak bagitaw en. Sham. Encik Sham ni adalah salah seorg pekerja unit photography di UKAST kat USM. Aku ajak die kerana kami kekurangan orang untuk join aktiviti ni. Lagipun aku ngan die boleh dikatakan baek jugak la. Macam mana aku boleh baek dengan die sebab dulu masa sem lepas, aku ada kelas dengan die n bebrapa org pekerja di unit tu. Lagipun, aku selalu mitak tolong diorg untuk amek gambar untuk event tertentu.

Bile aku ajak die join program ni, die sangat bersemangat taw. Die cakap x pernah lagi masuk Gua Tempurung dan tambahan pula yuran nak join ni x mahal sangat dalam rm90 termasuk makanan, penginapan dan pengangkutan. Die pun semangat dah beli sleeping bag, kasut baru yang sesuai untuk masuk gua (about rm70 rasanye kasut tue, die ada tunjuk kat aku kasut baru die tue. Cantik!), die jugak siap mitak cuti ari ahad ni takut kalo-kalo tercedera time masuk gua nanti. Dan rasanya semua pekerja UKAST taw die nak pergi Gua Tempurung malam ni. Paling buat aku terharu, bile dah siap tolong carikan aku satu torchlight untuk aku (tak tahu la sama ada yang die punyer or orang laen). Aku malas nak beli torchlight. Nak jimat duit. Bukan amek kesempatan ataw gedik2 nak suh die carikan. Tapi die yang cakap, "Ala torchlight, saya ade 10". Bile die dah cakap macam tu, aku pun apa lagi cakap lah nak pijam satu. Die pun beres aja. Tapi rupanya tak sampai 10 pun torchlight coz bile kawan aku yang nak len nak pijam jugak. Die cakap dah xde, cukup untuk aku dan die saja. See, sangat baek kan. Huhu.

Pagi tadi, terpaksa lah aku pergi jumpe die nak beritahu pasal aktiviti ni terpaksa batal. Masa tue, aku rasa sedih sangat dan tak sampai ati seyh. Tak sampai ati nak bagitahu die batal sebab die sangat excited nak pergi. Tapi terpaksa gak aku beritahu. Aku pun pergilah ke UKAST pagi tadi dengan kawan aku dengan hati berdebar2. Tak sanggup seyh nak hancurkan harapan orang.

Bie aku sampai jer kat UKAST td, die pun tanya aku

"haa..awak, pasal torchlight tue.....

"eh jap encik Sham...hurm saya nak bgtahu ni..............................(tak yah taw apa aku cakap sebab aku pun dh lupa ayat aku kat die. Yang pasti objektif dalam ayat tue adalah gtaw aktiviti ujung minggu ni kansel! )

Lepas jerk, aku bagitahu pasal tue, muka die berubah sangat. Lagi la buat aku makin sedih n serba salah.

"takpelah awak, nak wat cmne dah mende ni tak jadi. Tak pela".

Hurm. Nampak sangat die kecewa. Dan pastu kecoh satu UKAST tu, die tak jadi pergi Gua Tempurung. Mungkin die ade berciter kat kawan-kawan sekerja die yang die nak join aktiviti masuk Gua Tempurung. Ade yang bersimpati seba die tak jadi pergi. Dan ade jugak yang gelakkan die. Bongok jerk, kecian kat encik Sham.huhu.

En.Sham..really sori sebab terpaksa batalkan aktiviti ni last minute. Sori..sori....

Entah la weyh, aku tak boleh lah berhadapan dengan situasi macam ni. Tak sampai hati nak hancurkan harapan orang. Walaupun kes ni agak simple, tapi aku still terasa. Jiwa dan hati aku ni sangat sensitip la. Aku mudah tersentuh bile orang wat baek dengan aku. Dan sebolehnya aku akan cube untuk tak hampakan orang tue. Hurm. Tapi apa boleh buat memang tak boleh nak elak pun mende ni. Huhu.

26 comments:

cj'alhafiz said...

sakn dia bershopping tapi akhirnya tak jadi......aiseh.....
amboi...kuat en. sham sponsor ko ea lea...wakakaka!!!!!

haha!! kalau aku biasa ja. Memang la harapn dia menggunung kan..tapi sanggup tak sanggup kena bgthu jugak.. yg dia semangat lebih dengan sgala persiapan siapa suruh...kan dah agak kecewa. Ok la tu...at least ada kasut baru..haks!!!

cj'alhafiz said...

weyh...napa dua post sama????

oranglidi said...

aish, gua tempurung tu dah dekat dah tu dgn kampung wa. hehe

lea said...

cj: aku berjiwa sensitip kot..tu yg x sampai ati..hehe

aku terpost dua td..nak delete ternet problem plak..huhu

org lidi: la org perak rupanya

Quzie Fathihah said...

oit..kesedihan ak makin bertambah ble baca entri ko ni..kesian en sham..

lea said...

tu r..
aku tak tahu pasni cmne nak berdepan ngan die
huhu

joegrimjow said...

encik sham maafkan

Diarihatiku1976 said...

lor.. ciannya... takpe.. slow talk sure en sham akan maafkan.. kalo en sham ada perasaan memafkanlahhhhhhh.. kalo tak .. lu fikir sendiri.. ahahskss..

cheqna said...

alahai..siannya

tu la kadang2 kita lakukan sesuatu yang kita sendiri tak suka kan??

harap2 ciksham faham..

nway salam ziarah n salam kenal=)

~0~ said...

tetiba cancel...mesti keciwa sgt...huhuhuh


Len kali mesti kena jadi..

Lifesaver said...

gua tempurung...pergh!bestnya!

lea said...

joe: memang die dh maafkan tapi....huhu

diarihatiu: die memang memahami dan baek sgt!

lea said...

cheqna: betul...terpaksa lakukannya jugak..huhu

~0~: insyaAllah..pasni kena plan betul2

lifesaver: tp syg xleh nak g

junior k.lea said...

ayok! ck sham mesti merajuk..tak tau

lea said...

zati comot

xla...xpe die cool jer..
walaupun mungkin sedikit kecewa...

huhuhu

Kaseh NazLieza said...

alololo...org tu majuk pulak nti...

mahukan pakej katering serendah rm6.90...kek pengantin 3 tingkat secara percuma..lawati...

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

izzaticute said...

izzati cute la kak..huhu sape lg nak puji lg slain diri sendiri.hehehehe

Ah Fatt said...

hmm. kesian dia
takper2 ada lg lain kali

lea said...

kaseh: x majok pun..huhu

zati: yelah2....tp kak lea lagi comel la kan...lalala~~

ahfatt: mungkin tiada ke2

GhOsToNe said...

XPE LEW...

REDHO JE LEW....

NNTI G BALIK!

Uruchimaru @ kf said...

xper kamu bwat xtiviti pi gua lain plak ok!

lea said...

ghostone: redha dah pun

kf: gua musang?

Mohd LukMan said...

isk2... kesian.. tapi aku suke batal.. byk sebab.. slh satu dpt lek rm90.. haha... yg plg best ....

touyakaruma said...

Benda dah tak jadi , nak buat macam mana kan ?

Mungkin next times ada rezeki.

Moon Death Spell said...

kadang2 tak semuanya yang kita rancang menjadi...

chanz said...

Lea, anda perlu bayar pampasan kat beliau! Tekanan emosi tu!