Saturday, February 27, 2010

Tidur itu nikmat!

Sebelum pape, aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada sume muslim dan muslimah. Bagi negeri bukan Kelantan, Kedah dan terengganu, mungkin korang hepi sebab dapat cuti, boleh pergi berarak. Kelantan, kedah dan terengganu memang opkos cuti setiap Jumaat tak payah tunggu pape events pun. Tapi sedihnya aku tak dapat cuti hari, tak dapat nak bangun lewat pagi ni. Aku ada kelas...waaa...tapi x kisah la dah lepas pun. Esok boleh qada' tidur...

Kelas tadi bermula pukul 9 hingga 1 dan sambung balik pada pukul 3 hingga 5. Sangat lama kan. Dan untuk slot yang pertama, memang aku tidur jerk. Seyes sangat mengantuk pagi tadi. Pagi td pun terpaksa pakai eyeliner coz mata bengkak tak cukup tidur. huhu. Aku takde lah tidur terus dalam 2 jam slot pertama tue. Yang aku pasti dan yakin, mata aku mula tertutup bila jam kat depan aku tunjuk pukul 10.00pagi. Then, bila aku bukak mata aku balik, jam dah bertukar 10.20. Owh..20 min, lama jugak aku tidur. dan lecturer kat depan xde plak nak marah ataw halau aku keluar sebab tidur dalam kelas die.

Tapi betul la, dekat u ni. kita nak tidur ker, nak main lukis-lukis ker..nak men game kat henset ker..nak sms kawan ker..lantak kita la..lecturer xkan marah punya. Tapi kalo dekat sekolah..haram..memang tak boleh tidur or men-men langsung dalam kelas. Pasti dapat hukuman nya..tak pun kena marah dengan cikgu. confirm. kalo tak caya..cube budak-budak sekolah try wat cmtue esok kat sekolah.

Aku ingat lagi, dulu zaman sekolah pun aku selalu jugak tidur dalam kelas. Terutamanya time kelas EST sebab aku tak faham apa teacher duk ngarut kat depan. Tapi yang pelik bin ajaib nya..aku tak pernah terkantoi dengan teacher. Padahal kedudukan meja aku bertentangan dengan tempat duduk cikgu. Tapi mungkin aku tidur dengan gaya professional, sebab tu teacher tak sedar aku tidur dalam kelas..ngeh3. Biasanya kalo aku tidur dalam kelas, aku akan pegang pen dan berlakon konon-kononnya aku menulis. Padahal, mata dah lama terpejam pun...hehe..
Yang aku peliknya, budak lelaki berspek mata biru yang duduk di depan meja aku..selalu jer terkantoi dengan cikgu tiap kali dia tidur dan yang pasti aku pun tidur jugak time tue....dan mungkin juga beberapa rakan kami yg laen. Aku tak tahu sapa lagi tidur, coz aku kan terlelap time tue...

"Budak spek mata biru...." jerit cikgu kat depan.

Ok, aku tipu, cikgu tu sebut nama sebenar budak tu bukan panggil gelaran macam tue. Dan aku pasti terjaga tiap kali dengar nama tue dipanggil. Aku pun musykil kenapa mesti terjaga, padahal cikgu tu bukan panggil nama aku pun. Mungkin sebab suara cikgu yang kuat memanggil budak tu kot...

Disebabkan tu aku terselamat..terselamat dari dapat malu. At least kawan-kawan aku yg len xtaw aku tidur dalam kelas time tue. Diorang hanya taw budak-spek-biru jer tidur dalam kelas. hahaha..

Dulu aku terlupa nak ucapkan terima kasih kat budak tu coz selamat aku drpada terkantoi kelas. Selalu lupa, so tengah aku ingat ni, better aku ucapkan sekarang kan..Thanks la ye Man..kerna ko..aku selalu terselamat dr terkantoi tidur dalam kelas...hahaha (sambil gelak jahat)

10 comments:

Moon BlooDy Spell said...

hehehe bukan kita satu kelas ke dulu..
ooo jadi budak spek biru tu awak..
ehehhehehe

moon pun suka tido dalam kelas... pilih port belakang

lea said...

tidur tu memang best kan...

hehee

Razman said...

aku jujur orgnya. memang sje nak kantoikan diri bila tidur. mak pesan, tak baik berpura pura.

lea said...

hek eleh..
poyo ar ko man
:P

chanz said...

apsal ko tulih pasal tido ni..dah la cuti ni ak keje tido je..ak pn xtau kenapa..

Ah Fatt said...

ko sekelas dengan razman ker? haha

lea said...

chanz: sebab aku suke tidur:D

ah fatt: yup.kitrg sekelas..

cj'alhafiz said...

wakakakah!!! aku suka tido time english and est.....memang sgt bosan masa tu....time maths mata celik ja....

lea said...

betul2...

sama la kiter

:D

kimisai said...

tidur itu nikmat,

dan

nikmat bila dapat tidur...