Friday, April 30, 2010

Sharing is caring rite?

Assalamualaikum wbt..........................

Ikutkan aku malas nak update blog, tapi terasa nak share sumthing ngan korang. Sharing is caring rite! :)

td aku godek2 blog ILuvIslam, then terjupe tajuk yg menarik ni. 'Rahsia Tarian Poco-poco'. Rasanya sume taw tarian ni kan. Agak femes rasanya. Dulu tyme aku kat matrik, selalu menari tarian ni. Interesting. Walaupun pada mula rasa cm geram c0z xdapat pick up apa yg diajar oelh orang depan. tapi bile dh berjaya ikut rasa enjoy pulak. But, bile dah bace artikel ni, buat aku terus nekad dlm hati, tak maw menari menari tarian poco-poco lagi dan harap korang pun sama. :)

"Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini."


bila bace artikel ni baru aku terperasaan rentak tarian ni seolah-olah membuat bentuk huruf 't' iaitu hampir menyerupai simbol salib. Dua langkah ke kiri, dua langkah ke kanan, dua langkah ke depan dan dua langkah ke belakang. Bayangkan, memang akan membentuk huruf 't' kan? Nauzubillah. Disebabkan terlalu ralit dengan tarian ni, aku tak terperasan langsung. huhu.

Apa pendapat anda semua pula?



6 comments:

Razman said...

sebab tu aku lagi suka ikut tarian pocong. lompat2 je. step pun senang.

Bapak said...

thanks 4 ur info..

shinawawa eyenie said...

tq bg mklmt berguna ni

DarkArtz said...

aku dari dulu sampai skang tak pandai-pandai lagi poco2........

chanz said...

lompat bintang je..waaka

yad_element said...

sharing is caring and tacing