Monday, August 30, 2010

Pengalaman yang superduper best. :)

Salam satu malaysia sume =)

Kali ni, aku nak story mory kat korang satu citer best. memang seyes best woo. haha. Bagi yang tak kenal aku or tak taw pasal aku, meh aku citer sikit. Tapi kalo nak citer sume tentang aku panjang sangat, so baek aku skip and citer yang penting aja. ehe. Apa yang aku nak korang taw aku pelajar Forensik USM tahun akhir dan sekarang ni sedang berpraktikal kat maktab PDRM, Cheras. Praktikal kami ni berlainan dengan latihan industri or praktikal macam kos laen. Oh. actually bukan praktikal but practikum, means kami belajar sambil praktikal. Kehidupan kami kat sini still macam kat u, ade kelas ade lab, ade lab report yang bertimbun nak kena antar. but yang membezakannnya abang2 polis yng ajar. ouch.

Dan yang paling bestnya...kami dapat pegi crime scene. hoho..sangat sangat sangat sangat best! seyes wa cakap lu. So far, aku dah pegi 2x. seronok. Dan yang paling best bile naek van polis utk ke crime scene. Laju gile, n paling syok sume orang bagi laluan kat kami. Jadi tumpuan kejap. best2. tapi bile naek van tu jantung aku akan berdenyut kencang. mana tak laju gile van tu dan siap hon sana hon sini utk mintak laluan dr orang ramai. Bila dah dalam van tu, aku dan kawan-kawan akan mengharapkan agar crime scene yang kitrg nak g tu adalah kes-kes yang best. murder ke rape ke.

Yang kelakarnya, utk 1st crime scene aku pegi. Aku pegi dalam keadaan tak mandi. mana sempat nak mandi kalo pagi-pagi lagi dh kena panggil utk pegi ke crime scene. actually xde la pagi sangat pun, dah pukul 10 tyme tue. cuma aku je malas nak mandi lagi. tapi dh lama bangun ok. dan ingatkan aku sorang yang tak mandi, rupanya daripada 6 orang yang pegi tue, sorang je kowt yang mandi..hahaha. tu baru dipanggil pukul 10 pagi, kalo kena panggil pkul 6 or 7 pagi, mesti lagi haru kan...

Dua-dua crime scene tu sume ade mayat. tapi mayat fresh lagi dan takdelah reput. Bila aku berciter kawan-kawan aku, mesti diorang akan tanya:

"tak takut ke tengok mayat"

"mesti dah takleh tido malam kan pas tengok mayat"

seyes..aku xde perasaan pun tengok mayat-mayat tu. malah aku excited je nak tengok mayat. Cuma satu je perasaan tengok mayat tu. KESIAN. serius kesian. kenapa manusia sekarang xde hati dan perasaan dan sanggup bunuh manusia laen. Kenapa manusia sekarang sangat kejam??? T__T. Bagi sesetengah orang, mungkin bile tengok orang mati, ok boleh tutup cerita dan dah tak fikir apa-apa selepas itu. Tapi bagi aku, aku akan selalu fikir apa yang akan orang mati alami selepas ni. means alam barzakh. sangat gerun bile ingat pasal alam barzakh. Sangat kesian kalo mereka dibunuh dalam keadaan mereka tidak sempat bertaubat. Nauzubillah.

Moga kita semua terhindar daripada terlibat dengan jenayah-jenayah sebegini. Oleh itu, gunakan lah peluan yang ada ni untuk tingkatkan amal ibadat kita dan bertaubat la sebelum terlambat. Sentiasalah mengingati mati, barulah kita akan rasa takut untuk melakukan perkara yang dimungkari-Nya. InsyaAllah.


pst..:bila dah ade pengalaman pegi crime scene ni, tetibe terlintas nak join polis pulak. Macam best. Tapi aku rasa aku xde harapan la..tinggi tak cukup, berat berlebihan dan mata lak rabun. Takpe lah xdapat jadi polis, dapat suami polis ok gak kan...hahaha...



17 comments:

Anonymous said...

"berat berlebihan dan mata lak rabun" sokong fakta berkenaan....-zaticute muahaha

lea said...

ceh...hampeh...hahaha

fndrocka said...

sembang pasal mayat macam sembang pasal bazar ramadhan..esaited semacam.ahha.kalau kau enjoy dgn tugas mcm tu..tak rasa takut..malah rasa best..jadi pls pursue ur career dlm bidang ni..bukn semua org boleh buat woi.

lea said...

insyaAllah..moga ade peluang utk aku nanti =)

Mr Noble said...

fuyyoh! bestnya prektikal kat tpt polis :D

Liquid said...

nk suami polis...?? ehehehe. eh maktab PDRM tu dekat saje ouh dgn umh incek liquid... ley la cik lea blanje kat western cafe JJCM tu an an an ehehehehe

lea said...

mr. noble: best2 :)

liquid: eh...bukan incik liquid ke yang beriya-iya nak belanja cik lea? kan? kan? :P

-haLi3isa a.k.a L3ha, MY- said...

mcm best lak kerja mcm tu~

Salam kenal~

Liquid said...

eh mane de mane de eheh. =P
cik lea smpi bile pektikel kat situ.??

lea said...

xnak ngaku lak..lalala =b

til bulan 11 ni praktikal..
bleh la beraya kat umah incik liquid cmni..kan?

Liquid said...

buleh2... dtg naik van polis au ehehehehe

Mohd LukMan said...

gedik kejap polis kejap bomba.. haha..

aku pun cam ok kot tgk myt dia kan dah mati habis r xde nya gerak2 cam hantu..

lea said...

incik liquid: polis tu xkenal umah incik liquid... =P

luk: nak biomed la lak..:P

Quzie Fathihah said...

ouch.....

hahaha...bleh tahan gediknye...tp syg sume abg polis yg ajar kte dh kawen...huhu

dlm rmai2 tu ak suka isp aizam la....hehehe

lea said...

aku suke ASP Zuraimi..
die co0l je wat keje..
i like..

ASP Yam pun best gak...tulisan die cumel..hehe..

cj'alhafiz said...

=)

Anonymous said...

Hmm en huby skrg bukan abg polis pon.. haha