Wednesday, November 3, 2010

Auto-lock door


argh penat, penat..hentikan! Jerit otakku. Owh sangat kesian beliau kepenatan menyedut ilmu-ilmu dari pagi tadi. Takpe-takpe bertahanlah wahai otak, hati, perut dan semua organku..tinggal beberapa hari je..sabar-sabar


*****************************

Damn! Tombol pintu aku r0sak. Tak pasal jadi macam pintu bilik hotel, auto-lock. Bunyi macam best jerk, tapi hakikatnya sangat leceh kowt. Coz lepas ni aku kena bawak kunci aku pergi mana-mana walaupun sekadar nak pergi merayap kat bilik jiran. argh..tension2. Tu belum lagi 2 bijik lampu bilik aku rosak. Macam mana nak study kalo pencahayaan sangat kurang. Bukan malas nak buat laporan kat pihak pengurusan, dah buat pun. Tapi sampai sekarang takde tindakan pape pun. huh!

Alang-alang tersebut pasai pintu bilik auto-lock, teringat pulak bilik kat matrik dulu. Bilik hostel aku dulu auto-lock. Jadi ke mana-mana kena bawak kunci, termasuk lah nak pergi bilik air. Bukan apa takut kalo rumate xde kang x pasai terkunci di luar. Kalo pakai pakaian sopan xpelah, tapi kalo berkemban, haru lah jugak bila terkunci kat luar.

Yang kelakarnya, tyme minggu orientasi boleh dikatakan setiap malam, abg fasi buat pengumuman kat masjid tiap kali lepas solat...

"Kepada bilik sekian sekian, sila balik ke bilik anda kerna rumate anda terkunci diluar"

al-maklumlah baru masuk matrik, tak biasa dengan keadaan kena-bawak-kunci-sepanjang-masa memandangkan asmara sekolah dulu hatta bilik kat umah sendiri tak perlu bawak kunci.

Maka, bila aku diberi peluang jadi fasi dan untuk mengelakkan masalah yang sama berlaku, aku terpaksalah pesan kat setiap student baru...

"Adik, ini kunci bilik. Pintu bilik ni aut0-lock. Jadi adik kena bawak kunci ni g mana-mana. Jangan tinggal walaupun pergi toilet taw. Nanti kang terkunci kat luar susah lak."

bayangkan ayat yang sama aku ucapkan utk ratusan student pada hari pertama pendaftaran student baru. Dah macam mesin jerk.

Disebabkan pintu auto-lock jugak, ia memberi bebanan kepada kami kerna terpaksa bukak pintu setiap kali ada orang datang menziarah ke bilik kami. Bayangkan kalo satu hari, 10 orang datang menziarah, means 10 kali terpaksa bukak pintu. Kalo tengah free takpe, kalo tengah study?? llmu baru nak masuk, terus hilang coz terpaksa bukak pintu..kacau-kacau....

Memandangkan dalam bilik ada 4 orang dan untuk berlaku adil, kami akan jerit begini setiap kali ade orang ketuk bilik kami...

"kawan sapa?"

" Kawan Wani..." jerit orang dari luar.

"hah..wani. ko g bukak pintu..." Jerit kami kerseronokan sebab kami tak perlu bukak pintu...hahaha...

begitulah rutin tiap kali ada orang datang ke bilik kami. Sangat kreatip bukan, tak perlu susah payah bukak pintu if tiada kaitan dengan kite. betul tak? :)


21 comments:

-WaN- said...

masuk je ikot tingkap..ape susah.be creative and innovative..heheh

lea said...

kalo tingkap mcm pintu, dh lama dh masuk :P

susu said...

cni mmg ttp pintu//bhya...pencurik beleluasa

taufiq said...

sembunyi kunci somewhere kat luar.. mcm kat celah pokok ke bawah pasu ke.. jgn bgtau orang lain though

Liquid said...

hee bole betulkan lah cik lea sy rase. camni, dari dalam, pulas tombol tu, pastu tekan lock bulat tu dari dalam jugak. buat banyak2 kali. nnt mst oke balik. oke renung2kan dan selamat beramal...

lea said...

dh try buat incik liquid...
x berjaya jugak...huhu

jedi said...

hahhaha....memacam...

sabau je la

cj'alhafiz said...

aku sudah berbulan buat laporan sal lampu rosak. pengurusan wat derk jah....bastard betol.

Haha. sal auto lock....ingat lak zaman matrik. Ak pernah terkunci kat luar hanya dgn pakai towel. hihi....lama woo.....kawan2 sebilik smua balik lewat. adoi...

lea said...

wow...hahaha..tapi at least lelaki xpe..xde pompuan naek hostel korg..

hostel kitrg selalu je lelaki naek...
suka suki je...

Amy Syaquena said...

masuk je ikut tingkap..

Din_diet said...

autolock? cam hotel.

lea said...

tak lah, macam bilik saya :P

teddygirl49 said...

hahaha..lea..da mcm bilik ak time kt matrik dulu...sal dulu katil ak dekat ngn pintu...ak la salu jd mangsa kena bukak pntu..pstu..ak berazam..nk stay kt meja study yg memang jauh dr pntu...tp still x jd jugak...sal diorang jarang nk gerak dr tmpt diorang...huhuu...

lea said...

tu ar..patutnya ko buat mcm kami...

jerit dr dalam..

nak jupe sapa..

then org yg nak dijupe tu la kena bukak pintu. adil kan? hahaha

Eazy Izzuddin said...

2 la...
kene bwk selalu kunci
like me
kunci hostel tersemat kat kunci kereta...
sng...
hehe
xD

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

hehehe....gitu eh dik...ikut turn kawan saper datang...dia kena bukak pintu?? kekekkek lawak

PinQib said...

ni novel ke apa ni? hehe

Tomato Gurl's Life said...

susah jugak auto-lock punye kunci ek??lucu la plk abg fasi buat pengumuman just utk maklum rumate xde kunci..hahahahaha...

wanie said...

hoishhh! sengal! knapa mst nama aku?? knapa bukan nadia?? hahahaha!

wehhhh soryy lame x msuk sini :( x sempat nk dtg ke blog2 org..sob3..

lea said...

sori naek lori ar...hahahaha

nadia x belog..
ko je yg ade..
so, nasib ko la :P

Faid Azman said...

hahaha... pas ni kna lah tukar pd pintu jenis Power Windows nye, Pintu jenis ni, walopun auto, still blh opn. btw.... nice post. kesian... (-_-)