Tuesday, December 21, 2010

kerna sekeping kad...

Petang tadi, semasa perjalanan balik dari makmal, aku singgah la kejap kat kedai buku untuk laminate sekeping kad. Ekceli kad ni adalah untuk ditampal pada cenderahati yang akan aku bagi pada pegawai makmal esok. Esok adalah hari terakhir aku dan Mira membuat kajian di makmal penyiasatan kebakaran. Jadi sempena last day kami di sana, supervisor kitrg, Dr Hadzri mitak kami sediakan cenderahati untuk pegawai makmal sebagai tanda terima kasih atas bantuan mereka. Ikutakan hati Dr Hadzri, die nak kami kasi cenderahati yang ada lambang USM. Tapi memandang mende macam tu hanya boleh didapati di USM, aku & Mira plan nak buat sendirik jerk. Means kena cari satu barang yang unik & tampal jela logo USM kat situ. Senang je kan. Selepas keluar-masuk-keluar-masuk tiap kedai yang ade, berjaya jugak kami jumpe barang yang sesuai untuk dijadikan cenderahati dan tinggal kad je perlu di'setel'kan. Maka, petang td la masa untuk men'setel-mentel'kan kad tue. just a simple card.

Bila dah sampai je kedai tue, aku pun kasi la kad tu untuk di'laminate'kan. Kemudian..

akak kedai: ooo..adik belajar forensik eh? yang bedah-bedah mayat tu.?

aku: a'ah lebih kurang la. (actually aku dh bosan nak jawab soklan cmneh, jd iyakan jela).

akak kedai: best ker? tak takut ke main mayat-mayat ni.?

aku: hmm..actually takde bedah mayat sangat pun.

akak kedai: abes buat apa?

aku: Kitrg banyak belajar pasal nak siasat jenayah. mcm bantu polis siasat jenayah. cek fingerprint, dna dan macam-macam la.

akak kedai: ooo..abes tak bedah mayat ker? (uish..suka benor dgn mayat, aku bg mayat hidup kan baru taw).

aku: takpun. just tengok doktor yang bedah. tapi tu pun sem depan, so far belum sentuh mayat lagi...

then banyak lagi la soklan yang kuar dr akak kedai dan beberapa org pekerja laen. uish terasa macam dalam interbiu nak mitak kerja la plak. Selepas soal-siasat hampir 15 min, barulah akak tu laminate aku punyer kad...

bile sebut je forensik, orang pasti fikir bedah mayat terus kan kan? ekceli kami student forensik tak sentuh dan memang tak boleh nak bedah mayat pun, tapi kalo setakat mayat tikus, katak tu boleh la. Kami hanya dapat tengok jerk tapi tu pun sem akhir. Pembelajaran kami lebih kepada kaedah siasatan untuk membantu pihak polis, bomba atau badan tertentu untuk mencari penjenayah atau punca berlakunya kemalangan atau sewaktu dengannya. Takde bedah-bedah mayat pun, kalo nak bedah mayat sangat, terpaksalah berguru 4-5 tahun lagik, baru boleh bedah itu mayat ma.

disebabkan kad nilah, aku terpaksa di-interbiu selama hampir 15 min..huhu.

cenderahati untuk diberikan kepada pegawai makmal esok. simple je kan, tapi apa boleh buat. setakat ini je yang termampu.

btw, korg antara org ter-istimewa taw sebab dpt tgk cenderahati ni dulu sebelum orang yang berhak dapat tengok esok. Harap-harap encik Wan tak bace blog aku..huhu







18 comments:

+ aisyah + said...

ohhh. takde bedah2 mayat eh?
haah eh. dalam cite NCIS, doc yg buat PM, abby tu yg buat forensic analysis etc...
hrmmm baru tau~

lea said...

kalo nak bedah mayat kena sambung forensic pathology

Robot | Sakti said...

teringat cerita CSI Miami

best

:D

lea said...

ha...neh lebih kurang csi la neh...

Heidi Shafiq said...

hahaha.. lawa la jam ni.. :)

E.d.Y said...

hehe..layankan je akak tu..cite2 dia dulu nak belah mayat kot..haha

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

suker baca perkataan forensic...

ala2 mcm dlm drama gerak khas...

ehhehehe

tkah said...

kak lea..raseny tu mmg soklan common kut.....4 thun blaja...4 thun kn xplain bnde yg same...tensi gak kekdng..tp lyan kan je

lea said...

heidi: thanks:)

lea said...

edy: a'ah la. maybe ler kot..hahah

yanie: gerak gerak khas....haha

lea said...

tkah: a'ah...sabor jela kan kan?

Cik Tom said...

xsemestinya...cik tom tau sbb kwn cik tom budak forensik..hihi

DarkArtz said...

apsal kau print logo usm ngan penghargaan tu atas kertas berlainan??
kalau print terus sekali kan x nampak cam kesan tempek lekat tu......

lea said...

hahaha..terpaksa..
ade kesilapan teknikal masa tue.
dan aku sgt takut nak print sebenarnya sebab aku print kat makmal tu dan printernya kat bilik sebelah..riso kalo2 bomba ternampak..dh lah print mende yg tak sepattnya...huhu
jadi aku malas nak print byk2 kali..

Encik Tikus said...

oooo takpe nanti saya beritahu akak saya okey ? keh keh =)

Eazy Izzuddin said...

ok le tu gift
xD

IxoR@ said...

Uiissshhhh...

rasa nak tanya gak macam-macam... tp tak pe la...

hehehehehe....

PinQib said...

hah
harap nnt da habis blajar dapat solve crimes kat mesia yang bertimbun nnt