Thursday, December 2, 2010

Kuseru Nur Kasih.


Aku baru selesai khatam novel berjudul 'Kuseru Nur Kasih' nukilan Noorfadzillah Omar terbitan PTS Sdn BHD. Novel paling best pernah aku bace dan thanks kepada pasangan bahgia Meor & Fadh sebab hadiahkan novel ini kepada aku sempena my besday 2 months ago. I really really really like it and enjoy reading it. Sungguh. Bayangkan novel setebal 819 muka surat berjaya aku habiskan dalam masa satu hari. Tak ke membuktikan bahawa aku sungguh excited dan ketagih untuk habiskan novel ini terus.

Apa yang menarik tentang novel ini dan mebuatkannya berbeza dengan novel lain ialah setiap bab pasti akan diselitkan dengan hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran yang sesuai. Sangat menarik kan dan tak bosan. Penggunaan ayatnya juga simple, tak putar belit or meleret-leret, tak begitu sarat dengan ayat-ayat romantik or kejiwangan, sedang-sedang gitu dan masih still layan jiwang.

"....membaca novel ini akan membawa anda ke dunia penuh romantisme yang akan melarutkan perasaan, namun tetap dalam penjagaan norma-norma ajaran Islam. "

Sinopsis novel ini: menceritakan kehidupan seorang gadis kampung bernama Yasmin yang sederhana paras rupa, pemalu, pendiam dan punyai anxiety disorder. Disebabkan kesederhanaannya dan sikap tidak memberontak, dia sering dijadikan bahan kertawa orang ramai. Namun nasib hidupnya berubah tatkala berjumpa dengan seorang jejaka kacak, kaya-raya bernama Yusri Erdhan. Yusri Erdhan menemui Yasmin ketika sedang menghadapi krisis dengan bekas tunangnya, Amylea. Dan seperti novel-novel cinta biasa atau filem cinta biasa, berlakulah konflik antara Yasmin dan Amylea. Endingnya opkos lah Yasmin dengan Yusri Erdhan...

Aku suka ayat-ayat yang digunakan oleh penulis novel ini, penuh puitis dan sarat dengan pengajaran. Sungguh kagum dengan gaya penulisan beliau, bilalah aku nak jadi macam beliau neh....

"Cantik merupakan impian utama yang selalunya jadi idaman kebanyakan orang tetapi jika tidak disertai sifat solehah, bahaya juga. Begitu juga dengan kebijaksaan dalam menangani sesuatu masalah, selalunya berhadapan dengan akhlak tidak baik boleh membentuk sikap seseorang wanita. Begitu juga yang berharta, tanpa bimbingan agama maka kekayaannya sering tidak membawa manfaat, bahkan sebaliknya menjadi masalah. Status sosial yang tidak diiringi kualiti agama yang baik hanya mewujudkan sikap riak dan angkuh."

Dan aku suka ayat ni, nanti boleh lah aku bagi jawapan ni bila ada orang bertanya kepada aku bagaimanakah ciri-ciri lelaki idaman aku...

"Lelaki itu boleh membimbing saya di dunia dan akhirat. Kerana saya inginkan syurga menjadi milik saya sekeluarga. Lelaki yang beriman dan bijak pasti akan memberikan keturunan yang mulia. Walaupun saya diberi sesuap nasi dan air kosong dari tangan suami namun kasih sayangnya memberikan perencah segala-galanya."

Sangat best taw novel ni, korang kena try bace novel. Rasai sendiri perbezaannya dengan novel cinta yang laen. Betul wa cakap lu....




10 comments:

Anonymous said...

waa best2..ak nk photostat novel 2 eh t naik sem..hehehe~~

lea said...

x perlu lah sampai nak fotostart kot..haha. pinjam jela :)

Liquid said...

incek liquid nakk... tp xnk pinjam, nak terus... hee

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

kak yanie pun suker baca novel..
lagi best kalau novel tu ada citer pasal perkahwinan....

hehehhe (^^,)

PinQib said...

hehe.. cerita la lg citer dia. macam terinterested plekkk


Baby untuk dibeli!
Kita dan BABI!

cik ciput said...

wow..mcm best je..smlm bru beli novel, x abes baca lagi..novel habiburrahman el shirazy, bumi cinta...ok jugak..best.. =)

Eazy Izzuddin said...

akan ku cari novel ini
;)

Layans~
Selamat Ulang Tahun

lea said...

incik liquid: boleh2...tapi kena g amek kat kedai buku

yanie: amboi2...sal kawen mawen eh?? ai pun like..hik3

lea said...

pinQib: bace sendiri baru besh!

cik ciput: bumi cinta? besh eh

lea said...

eazy: nak beli gak ker? :P