Tuesday, December 14, 2010

ter-kantoi

"Lea, nanti kan ko cakap kat orang, duit tu XX yang kasi bukan aku taw"

"Hm...sori, aku taknak menipu"

Ceh, bajet baik je aku kan. Tapi hakikatnya seyesly aku tak suka menipu. Buat apa nak menipu, kalo sesuatu perkara tu sukar untuk diberitahu secara jujur. rahsiakan sudah. Macam kes aku dengan kawan aku, rasanya kalo dia nak suh aku diamkan siapa yang bagi duit tu, ok aku boleh diamkan. Tapi kalo nak suh aku berbohong. Sori to say la...

Secara jujurnya, sebelum ni aku pun macam korang jugak. Pernah la jugak aku terlibat dengan aktiviti kurang sehat ni, bohong sunat, tipu lah kan kalo tak pernah. Tapi yang buat aku tensionnya, tiap kali aku berbohong, mesti aku akan kantoi. Memang aku takde skill langsung la nak berbohong. Bila aku berbohong kan, terus jiwa aku tak tenang takut orang dapat detect aku berbohong, tu yang terus kantoi. Jadi, sejak dr tu, aku serik nak berbohong & aku tak suka orang lain berbohong dgn aku. hahaha...tak pasal korang terkena tempiasnya.

Ini kisah tahun 2005 di dewan makan (DM) asmara eh asrama...

menu lunch hari tu, nasi putih+sup daging+ sayur kangkung+ tembikai+air sirap-tak-cukup-gula. Entah kenapa hari tu, aku rasa tekak aku xboleh terima daging, terasa nak makan lauk lain. Biasanya orang asrama akan sediakan lauk lain utk budak-budak yang tak makan daging terutamanya orang India.

aku: kak, saya tak makan daging. (sambil ceduk nasi)

Kakak DM: betul ker tak makan daging?

aku: err...betul la kak...(tetiba senduk nasi kat tangan aku terjatuh) eh eh...

See see baru kena sergah sikit jerk, terus menggigil tangan aku sampai senduk tu terjatuh. huhu. Aku rasa kakak DM tu boleh agak aku tipu, tapi dia malas nak panjangkan citer terus kasi telur goreng kat pinggan aku. Then, makanlah aku berlauk telur goreng dengan perasaan tak tenang. sangat serba salah tapi segan la nak g mintak maap dan jelaskan kat kakak DM. Maruah perlu dijaga beb! huhu.

tu antara contoh peristiwa aku ter-kantoi. Nak dengar cerita lain?? uishhh..demand! mana boleh citer sume, satu cukup la..hehe. tapi pape pun, menipu memang tak baek kan kan?

"Dosa menipu melibat dua belah pihak iaitu dosa kepada Allah SWT dan dosa kepada yang kena tipu. Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang bersalah terhadap orang lain selagi orang yang menjadi mangsa tidak memaafkan si penipu. Orang yang menipu juga akan jauh daripada keimanan kepada Allah SWT. Ini kerana perbuatan menipu mungkin tidak diketahui oleh orang yang ditipu, tetapi Allah SWT maha mengetahui. Orang yang menipu seoalah-olah dia tidak meyakini bahawa Allah SWT sedang melihat dan mendengar apa yang sedang dia lakukan. Tidak meyakini dan mempercayai salah satu sifat Allah SWT akan merosakkan keimanan seseorang. Nauzubillah.." (sumber di sini)


kadang-kadang aku terasa setiap perbuatan aku akan terus mendapat balasan immediately. Macam kes laptop aku tu. Actually malam sebelum laptop rosak, aku telah buat salah kat seseorang...adakah...? hurm.....

13 comments:

Lelaki Ini said...

hmmm..
selalu jgak aku bohong dlm keadaan trpaksa!

lea said...

kalo keadaan darurat boleh dimaafkan kot

Eazy Izzuddin said...

yeah
berbohong dalam keadaan darurat..
lea mmg x bole berbohong ea
haa
kantaoi..
xD

AnNe said...

ak pn x ley bbohong...
akan tkantoi @ klau x pn, msti akan jd ssuatu kat ak...
huhu...~~
pbohongan ak tu mmg x kan kekal lama la...
sob...sob...~
tpaksa jd budak baek.../(T_T)\

lea said...

eazy: a'ah..memang xboleh...huhu

lea said...

nadia: orang mcm kite ni sesuai masuk court..haha

chanz said...

giloh ingat menu makanan asmara! eh asrama.

aku makan pe dulu ak tak ingat da. aku ingat satu je, kalo ada ikan masak gulai takkan amek cos busuk n ikan hancur!

lea said...

hari catat sejarah hitam mesti ingat segalanya..haha.

tp malangnya, aku dh lupa baju apa aku pakai hari tu..har3

chanz said...

baju pun nak ingat memang......power.

Dato' LUTFIRAHMAN... said...

hahaha. kelakar.

lea said...

hakim: power rangers~!

lufti: kelakar ker? rasanya dh cukup serius ni. haha

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

di bayar "cash" kan...?


hehehhe kite pun kengkadang tipu lite2....kekekke

lea said...

dunia dh dpt, belum lagi akhirat..