Tuesday, January 26, 2010

kuBukan sUperStar, Kaya dan terkenal...

Sebelum tue, aku nak gtaw korang jangan la salah faham dengan entry kat bawah ni. Saja jer paste kat situ. Macam best jerk. Tapi yang pasti, bagi aku manusia sume sama jerk, tak payah la nak dikriminasi berdasarkan paras rupa hatta pangkat dan kedudukan..betul x???

**************************************************************************

Aku suke menyanyi, tak kira sume tempat mesti aku nak nyanyi. Kat dalam bilik, dalam keta, dalam kelas dan dalam toilet pun nak nyanyi jugak. Kalo nak ikutkan suara aku x de la best pun tapi boleh la kot..hik3. Dan aku menyanyi bukan mahukan populariti, Tak simpan angan-angan nak jadi macam Fasha Sandha Misha Omar pun. Aku menyanyi sebab nak hiburkan hati tambah2 bile tengah bosan kena salin nota. Tapi disebabkan aku suke menyanyi tak kira tempat, banyak gak feedback yang aku terima. Huhu.

Zaman Sekolah

Dulu zaman sekolah, radio dengan aku tak boleh dipisahkan. Radio kat umah sentiasa on kecuali bile aku g sekolah. Disebabkan itu, aku memang akan ter'update' ngan lagu-lagu baru. Then, semangat aku buat sebuah buku khas untuk tulis lirik2 lagu. Buku ni memang aku akan bawak g sekolah tiap hari sebagai persediaan kalo cikgu tak masuk, aku boleh study buku tue dengan kawan-kawan. Ok, study di sini adalah dengan melalak di dalam kelas...ngeh3 Kawan-kawan aku pulak suka pijam buku lagu tue. Sangat bagus kan diorg tue, buku lagu nak pijam tapi buku matematic xnak pijam pulak. Lalala...

Dulu, dalam kelas aku boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan budak2 otai tapi xde lah sampai langgar peraturan sekolah. Setakat kena tangkap tak pakai stoking, bawak cermin g sekolah bese r tue. Satu lagi kumpulan skema dan majoriti mereka adalah pengawas. Tak payah cerita mesti korang leh agak diorg ni macam mane. Dan aku adalah tergolong dalam kumpulan pertengahan, tidak otai dan bukan pengawas sekolah.

Satu hari, geng pengawas ni panggil aku. Aku ingatkan diorg nak wat spotcheck kat aku ke ape. Tapi rupanya........

" Norlia, cuba mu nyanyi lagu ni. Die ni dok penoh dengar lagi, bagi die dengar sikit" kata Pengawas A sambil hulurkan lirik lagu Kesetiaan-nyanyian Siti Sarah.

Huh?? diorg igt aku ni apa? Suka suki je nak suh aku nyanyi..kalo bayar xpe gak. Tapi sebagai tanda hormat, yelah pengawas kena lah hormat, aku pun nyanyi dengan suara ala-ala siti sarah gitu...auww...

Zaman Matrik

Dulu zaman matrik, kitrg kena salin lecture note time cikgu mengajar tak macam kat universiti. Boleh mitak soft copy dengan lecturer lepas mengajar. Dan aku paling tak suke menyalin note Biology coz nota die sangat la panjang. Membuatkan jari-jemari aku menjadi lenguh dan terkadang boleh buat aku mengantuk. So, untuk menghiburkan hati ketika terpaksa menyalin nota, aku akan menyanyi kecil-kecilan. Aku ingatkan aku nyanyi hanya untuk hiburan aku semata tapi rupanya tidak. Sebab bila aku berhenti je nyanyi lagu 'Bayangan Gurauan' Ye..aku masih igt lagi lagu yang nyanyi time tue, tetibe boleh pulak budak depan aku ni cakap...........

" Lia, sambung lah lagi"

Huh? Rupanya die sedang mengantuk dan perlukan hiburan untuk elak dr tertidur. Tapi die ni, ingat aku radio ker??

Zaman Sekarang a.k.a campus Life

Ketika ni, aku sedang berada dalam makmal dan sedang menunggu result experiment. Masa tue terpaksa tunggu DNA sample di'centrifuge selama 30 minit. Rasanya la kot. Disebabkan bosan, aku ngan kawan aku lepak2 lah. Then aku pun nyanyi la lagu Lady Gaga, Bad romance..Tapi nyanyi part ni je pun...

Rah-rah-ah-ah-ah

Roma-roma.mamamam

Gaga-olalala....

Dan aku rasa aku nyanyi perlahan jer sebab kawan depan aku pun x dengar aku nyanyi. Tapi yang peliknya, lecturer aku yang duduk di depan kawan tu boleh pulak aku dengar...

"owh..u are singing. Its ok..its ok"

" owh sir"

" Its ok. U can sing if u want. If ur vioce good, people will enjoy with ur singing but if ur voice not good, people will laugh at the back. But its ok.."

Aduhai sir ni...huhu....malu aku...

Monday, January 25, 2010

Lelaki ni boleh caya ker???

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

adakah kalian begitu????
kaum lelaki...sila jawab..!


p/s: actually aku malas nak type entry baru..ni pun copy n paste dr facebOok jerk...lalalala~~~

Tuesday, January 19, 2010

cili itu pedas, tapi kalo aku nak ckp manis boleh?

I like chili so much. Chili bukan sahaja boleh dimakan begitu saja ataw diletakkan dalam masakan. Tetapi boleh jugak ditenyeh di mulut org kalo mulut die tue celupar sangat. Macam mak Biah tenyeh chili kat mulut mak senah dalam adegan Cinta Balqis. Padan muka sapa suruh cakap sesedap ati jerk. Sebut pasal cinta Balqis ni, teringat ending citer ni ptg td...sangat x puas hati!

Aku suke chili bukan utk ditenyeh-tenyeh di mulut orang. Tapi untuk ditenyeh-tenyeh dalam masakkan. Aku suke masakan yang pedas. Kalo kat umah, sume masakan kalo boleh aku nak letak chili. Masak tomyam letak chili, masak kari letak cili, masak nasi goreng letak cili boh...~~~.

Tapi walau bagaimana adik lelaki aku selalu warning jangan masak pedas-pedas, kalo tak die x makan. Disebabkan sayang kat adik, terpaksa lah kurangkan kepedasan dlm masakan. Kang kebulur pulak adik aku tue.

Teringat zaman matrik dulu, aku selalu pergi makan bihun sup kat cafe B. Bihun sup kat situ bese-bese jer, tapi yang bestnya bile ditambah dengan sos kicap+cili. Pasti berasap la. Nak dijadikan citer, satu hari tue, aku pergilah cafe B dengan rumate aku. Entah macam mana, aku lupa nak cek either sos kicap+cili tu ade ke x sebab biasanya ade jerk. So, aku malas nak tengok. Tapi alih-alih bile dah dapat bihun sup, rupanya sos kicap+cili dah abes. Terpaksa lah aku makan bihun sup tanpa sos pedas tue. Last-last tak abes pun bihun sup tue. Sebab tak best bile xde sos kicap+cili. Boleh bayangkan macam mane pentingnya cili dalam hidup aku kan....

Orang kata, tak elok makan cili banyak-banyak kan sebab boleh buat buasir. Tapi aku tetap juga suke cume sekarang ni aku dah kurangkan amek cili. Takut jugak kalo kena buasir...huhu. Sebut pasal buasir ni, aku pun tanya la Abg Google, apa punca nya..then, salah satu puncanya ialah...duduk lelama atas kerusi...

So..awas..jangan la korang duduk lama2 atas kerusi..x kira lah sama ada study or kerja...ok, aku dah warning yer...kalo dapat buasir jangan salahkan aku...lalalalalala~~~


Sunday, January 17, 2010

Aku tak suke situasi macam ni

Auuucummmmmm....auccccummm...*selsema ler pulak. Tak suke. Tak suke. Tekak pulak sakit. Nasib bek aku bukan penyanyi, kalo tak abes la aku xdapat duit show hari ni..ade kaitan ker??? xpe, abaikan...

Pagi tadi aku bangun kepala terasa berat sangat. Semalam pun tak boleh nak tido, tiap 1 jam aku terjaga sebab tak boleh bernafas. Saluran penafasan aku disekat oleh hingus. Tak suka.

Pagi tadi bangun solat Subuh pun, rasa macam nak terbalik jerk. Pening kepala. huhu. Pastu aku buat keputusan, xnak pergi kelas hari ni. Kelas aku berderet 4 jam ari ni, petang pulak ade lab. Baek aku g klinik pagi ni, then rehat. Petang boleh la masuk lab.

So, tadi aku pergilah klinik pelajar depan hostel aku ni. Yang geramnya, aku rasa aku dah pergi agak lewat pukul 10.45 pagi. Tapi die kata doktor xde lagi. Tunggu dulu yer. Nurse kat situ pulak sedap duk menjamah selera. Boleh pulak macam tue. Tak boleh ke tunggu waktu rehat baru korang makan. Tapi xpe, org sakit kena banyak bersabar. So, aku bersabar.

Setelah hampir 30 minit menunggu, barulah aku dipanggil masuk.

dr: Sakit per?

Aku: demam, selsema...sakit tekak

dr: batuk x?

aku: x pun..

PAstu doktor tue pun mintak aku nganga mulut untuk cek sama ada bengkak tak kat tekak aku.

dr: Bengka sikit tekak awak

Aku: owh, ok...

Dr: ok..nanti sy bg awak ubat demam sikit, selsema..n bla..bla...

Aku: ok (angguk)..

tu jerk? penat aku tunggu 30 minit. Tapi macam tu aja layan die. Xde plak die nak amek suhu badan aku. Patutnya kalo demam bukan kena amek ker????

disebabkan layana doktor macam tue, aku terlupa pulak nak mitak surat MC untuk pagi ni. Dah la 4 class aku ponteng...adeyh..harap2 xde pape..huhu

Wednesday, January 13, 2010

Kejam..kejam...!!!!!

Biasanya kite dengar kisah perempuan buang anak tepi jalan la, dalam sungai la, depan masjid n mana tempat la. Tapi hari ni, aku terkejut bile bace paper Metro hari ni. Kali ni, anak pulak yang buang ayah tepi jalan. Dunia sudah berbalik kah?

Tapi kan seyes kejam la anak die tue, sanggup die buang ayah die sendiri kat tepi jalan. Kalo ye pun, nak buang..pergi la hantar umah orang tua ke umah sedara ker. At least terbela jugak la nasib bapak die tue. Ni tepi jalan, dekat dengan bas stop. B***** betul..! huhu

Dan yang paling kesiannya bapak tu baru je lepas operate jantung. Memang x de hati dan perasaan langsung orang tue. Tak sedar kah pengorbanan yang bapak die bagi selama ni....? Tapi ni semua godaan isteri, tapi die kan lelaki, suami..perlulah pertahankan ayah die, xperlu lah ikut kehendak isteri kan? Kan?

Ish..emo betul aku..tapi betul taw, seyes aku geram betul dengan jantan keparat tu...!

Dan yang lawaknya, boleh pulak keesokan harinya, anak die tue pergi cari balik ayah yang die buang tue. Ayah ingat, datang nak mitak maaf dan nak bawak beliau pulang...tapi hanya nak bagi basikal. Alasannya mana la taw ayah die nak pergi mana-mana. Kreatip fikirannya. Tapi %$(&^&^%^%$%$@#. Daripada die bawak basikal, bek bawak mende len, bagi rumah banglo ker..makanan ker..keta ker...best ler jugak. Ini basikal, apa kelas.

Nilah wajah pak cik yang kena buang tepi jalan oleh anak yang tak bertanggungjawab.

Nak taw kisah ni dengan lebih lanjut..klik sini..

p/s: sori tulisan aku kali ni ade unsur emotional sikit. Mitak ampun. Mitak maap. Terkasar bahasa sikit kali ni..