Sunday, February 28, 2010

Ada apa pada nama?

Hari tue, aku ym dgn kakak aku..

Kaklong: Noya..kaklong tahu doh nama penuh awek azrol. (azrol ialah satu-satunya abg kandung aku).

Aku: Owh eh? sapa?

Kaklong: Siti NurNadzriah binti...(aku lupa lak nama bapak die..huhu)

walaupun die selalu jerk datang umah, aku tataw pun nama penuh die. kitorang panggil die "siti" jerk..

kaklong: Nak dekat dengan nama Nazri la...(Nazri tu pakwe kakak aku)
ade chemistry ni..
dekat-dekat dah nama diorg..
Nanti mung pun cari la nama dekat-dekat cmtue..
yang ada 'Ri'..'Ri' kat belakang..
baru masyuk...

aku: Eleh...pakwe nomi tu Duan..xde Ri pun kat belakang..(Nomi, adik aku)
jauh jer...

Kaklong: Takpe..nanti kite suh diorg clash..
cari pakwe laen...
hahahahahah...

Aku: ?????? (Senget punya kakak..)


--> Abang aku kawen ari ni...tapi aku ade kat usm. Banyak kerja. Takboleh nak balik..huhu.. Kira ok la, coz aku dah tolong abg aku buat hantaran masa cuti ari tue...hehe..Tapi kenduri menyambut menantu kat umah aku 14hb mac ni aku akan balik. Sapa-sapa yang duduk area Kemaman, jemput la datang umah aku...

:D

Selamat Pengantin Baru to my brother...

Saturday, February 27, 2010

Tidur itu nikmat!

Sebelum pape, aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada sume muslim dan muslimah. Bagi negeri bukan Kelantan, Kedah dan terengganu, mungkin korang hepi sebab dapat cuti, boleh pergi berarak. Kelantan, kedah dan terengganu memang opkos cuti setiap Jumaat tak payah tunggu pape events pun. Tapi sedihnya aku tak dapat cuti hari, tak dapat nak bangun lewat pagi ni. Aku ada kelas...waaa...tapi x kisah la dah lepas pun. Esok boleh qada' tidur...

Kelas tadi bermula pukul 9 hingga 1 dan sambung balik pada pukul 3 hingga 5. Sangat lama kan. Dan untuk slot yang pertama, memang aku tidur jerk. Seyes sangat mengantuk pagi tadi. Pagi td pun terpaksa pakai eyeliner coz mata bengkak tak cukup tidur. huhu. Aku takde lah tidur terus dalam 2 jam slot pertama tue. Yang aku pasti dan yakin, mata aku mula tertutup bila jam kat depan aku tunjuk pukul 10.00pagi. Then, bila aku bukak mata aku balik, jam dah bertukar 10.20. Owh..20 min, lama jugak aku tidur. dan lecturer kat depan xde plak nak marah ataw halau aku keluar sebab tidur dalam kelas die.

Tapi betul la, dekat u ni. kita nak tidur ker, nak main lukis-lukis ker..nak men game kat henset ker..nak sms kawan ker..lantak kita la..lecturer xkan marah punya. Tapi kalo dekat sekolah..haram..memang tak boleh tidur or men-men langsung dalam kelas. Pasti dapat hukuman nya..tak pun kena marah dengan cikgu. confirm. kalo tak caya..cube budak-budak sekolah try wat cmtue esok kat sekolah.

Aku ingat lagi, dulu zaman sekolah pun aku selalu jugak tidur dalam kelas. Terutamanya time kelas EST sebab aku tak faham apa teacher duk ngarut kat depan. Tapi yang pelik bin ajaib nya..aku tak pernah terkantoi dengan teacher. Padahal kedudukan meja aku bertentangan dengan tempat duduk cikgu. Tapi mungkin aku tidur dengan gaya professional, sebab tu teacher tak sedar aku tidur dalam kelas..ngeh3. Biasanya kalo aku tidur dalam kelas, aku akan pegang pen dan berlakon konon-kononnya aku menulis. Padahal, mata dah lama terpejam pun...hehe..
Yang aku peliknya, budak lelaki berspek mata biru yang duduk di depan meja aku..selalu jer terkantoi dengan cikgu tiap kali dia tidur dan yang pasti aku pun tidur jugak time tue....dan mungkin juga beberapa rakan kami yg laen. Aku tak tahu sapa lagi tidur, coz aku kan terlelap time tue...

"Budak spek mata biru...." jerit cikgu kat depan.

Ok, aku tipu, cikgu tu sebut nama sebenar budak tu bukan panggil gelaran macam tue. Dan aku pasti terjaga tiap kali dengar nama tue dipanggil. Aku pun musykil kenapa mesti terjaga, padahal cikgu tu bukan panggil nama aku pun. Mungkin sebab suara cikgu yang kuat memanggil budak tu kot...

Disebabkan tu aku terselamat..terselamat dari dapat malu. At least kawan-kawan aku yg len xtaw aku tidur dalam kelas time tue. Diorang hanya taw budak-spek-biru jer tidur dalam kelas. hahaha..

Dulu aku terlupa nak ucapkan terima kasih kat budak tu coz selamat aku drpada terkantoi kelas. Selalu lupa, so tengah aku ingat ni, better aku ucapkan sekarang kan..Thanks la ye Man..kerna ko..aku selalu terselamat dr terkantoi tidur dalam kelas...hahaha (sambil gelak jahat)

Tuesday, February 23, 2010

Aku bukan budak lembik lagi

Hari tue, mak sedara aku datang umah. Agak lama jugak kitrg tak jupe. Rasanya last jupe, raya haji taun lepas.

Dia cakap kat aku..

"Noya dah matured la.."

Aku senyum jela.

Pastu aku teringat, hari tu pun ada seorang senior aku cakap macam tu jugak..

" Eh, lea dah matured la.."

Setelah hampir satu sem tak berjumpe sebab senior aku ada praktikal di PDRM selama satu sem. Dan dia cakap begitu kat aku.

Owh..aku hepi bile orang ckp aku matured. Means aku bukan budak kecik lagi. Aku dah besar. Dah matang. Before ni, ramai cakap aku macam budak-budak. Tak matured. Tpi sekarang dh tak..owh...aku hepi..yes..yes...

Kenapa aku hepi bile orang ckp aku dh matured?

Ini gara-gara........................................






Lembik!.

Itulah gelaran aku masa aku kecik. Kakak dan abang aku suka panggil aku begitu. Mereka suke buli aku masa aku kecik. Mentang-mentang mereka tua. Tapi itu dulu ar, sekarang dah tak dah. Masing-masing dah besar, dah matured. Dah jarang bergadoh antara kami adik beradik.

Kenapa aku digelar Lembik?

Aku pun dah lupa sapa yang start dulu. Aku digelar lembik bukan sebab aku kuat menanges ataw budak manja. Tapi..sebab..sebab aku lembik la..dan aku tak suka gelaran tue.! Huhu.

Dulu masa kecik, kami adik beradik selalu bermain bola katok kat depan umah aku. Ramai la jugak budak-budak kampung yang join sekaki. Yelah, takkan nak maen tiga orang jer. Mana best. Bola katok ni permainannya lebih kurang kriket or softball. Seorang akan baling bola kat seorang pemain. Dan pemain tu kena pukul bola tu guna kayu dan lari keliling pagar. Kadang-kadang guna pelepah kelapa yang tua jer. Tapi bagi mereka yang hebat, diorg akan buat kayu khas utk pukul bola. Aku guna pelepah kelapa. Tu pun hampir segenap kampung aku cari pelepah kelapa yg aku rasa best nak pukul bola.

Tapi yang tak bestnya, diorang selalu sabotaj aku. Tak nak ajak aku main sekali. Sebab diorg cakap aku lembik sangat. Pukul bola tak kuat. Nanti kalah umpulan diorang. Siot jerk. Penat jerk aku pergi cari pelepah kelapa untuk wat pukul bola tue. Tapi tu time ramai orang nak main. Bila, diorg kekurangan ahli. Aku jugak yang dicarinya. Tapi, time tu aku wat-wat jual mahal la..wakakaka..

Bila, aku tidak dibenarkan main sekali dengan diorg, aku pun pergi cari tin-tin kosong, daun2 muda, batu-batu. Bermain masak-masak kat bawah pokok, berhampiran dengan tempat diorg maen. Kecian kan, aku dibuli. Mentang-mentang aku budak kecik time tue. Senang jerk dibuli oleh mereka-mereka yang bajet kuat..huhu Tapi kan, tengah syok aku maen masak-masak sorang-sorang, ada sorang budak lelaki datang menyemak kat tempat aku. Mungkin bosan tunggu turn utk pukul bola. Then, berlakon jadi 'suami aku pulak. Mintak aku masak tu, masak ni. Aku pun layankan jela. Dah xde teman nak maen..huhu.

Tapi tu dulu, aku bukan lagi budak Lembik. Aku dah besar.Aku dah matured bak kata mak sedara aku dan senior aku. Aku lah gadis gagah...eh..macam tak best pulak guna perkataan gagah..nak guna perkataan apa ek?


p/s: actually ada lagi satu sebab kenapa aku digelar budak lembik masa aku kecik...........tapi tak payah la taw...i segan nak taw u all...ngeh3...

Friday, February 12, 2010

mak cik owh mak cik..tulun saya!

Pagi ni aku bangun, sunyi sepi USM ni. Semua org dah balik umah. aku jerk masih di sini. Tapi nasib baek my rumate pun belum balik lagi. boleh la teman aku kat sini. Kenapa aku tak balik lagi? aku balik petang ni, eh bukan balik umah terus pun. Pergi umah sedara aku kat Bachok dulu. Kaklong aku la ajak aku balik sesama ahad ni coz die nak pergi kenduri kawen kawan die kat Kelantan esok. Ok pun setuju jerk, lagipun dah lama tak pergi umah sedara aku tue padahal xdelah jauh sangat dengan u aku. Apa nak buat masa tak mengizinkan..huhu

Aku ada 3 asignment kena siapkan time cuti ni. Ingatkan nak siapkan satu sebelum balik umah tapi macam tak boleh nak siap jerk coz yang 2 lagi asignment aku boleh buat kat umah. Takde mood dan tak tahu nak buat. pulak asignment yg satu tue. Nampaknya kena wat kat umah jugak lak..huhu.

Ada satu asignment tue, aku kena cari 3 orang tua as a respondentdan range umo mereka hendaklah 60 tahun ke atas. 2 orang wanita tua perlu mengisi borang kaji selidik berkaitan dengan STRESS dan 1 orang lagi orang tua perlu ditemuramah. Actually xde la susah sangat nak mencari warga tua ni tapi nak cari mereka yang boleh bagi kerjasama tu macam susah sikit la. Orang tua mana rajin nak melayan jawab-jawab kertas kaji selidik. Aku yang muda ni pun kadang-kadang malas nak jawab soklan kaji selidik. huhu.

lagi satu cabaran aku adalah salah seorg wanita tua tu hendaklah tidak berkahwin. means Andartu. Aduh...ada ker wanita tua kat kampung aku yang tak berkahwin. Kalo ada pun, rasanya tak sampai pun 60 tahun, Setakat 40-50 tahun ada lah.

then, tadi kawan aku, Fatin cakap die dah cari respondent kat hospital usm pagi tadi. Tapi respodent tue layan sekejap jer dan xnak habiskan sesi soal jawab. Terpaksa lah kawan aku cari respodent. Sabar la ye Cik Fatin.

Fatin bagitahu aku ada beberapa soklan dalan borang kaji selidik tue berkaitan pasal hubungan seks. hah??? aku tak perasan pulak ada soklan macam tue. Yelah mana nak perasannya kalo lepas dapat borang tue, aku terus simpan dan buat pekasam kat dalam beg. Tunggu bile time nak cari respondent baru nak bukak. Tapi kalo korang pun, mesti macam tu jugak kan?? lalalal~~

bile dengar jer Fatin cakap macam tue, aku pun terus la selak balik borang kaji selidik tue.. Then terperasan beberapa soklan....

Adakah anda berpuas hati dengan perhubungan peribadi anda?
(soklan ni masih ok, masih general..)

Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan seks anda??
Sangat tidak puas hati - tidak puas hati - sederhana - berpuas hati - sangat puas hati

hoho...macam mana aku nak tanya kat wanita-wanita tua. Segan dowh. bayangkan wanita umur 60 tahun ke atas diajukan soklan begini. Kalo wanita umur 30-40 tahun mungkin ok ler jugak...

Mesti mereka anggap aku gadis gatal. tanya soklan2 macam ni. Sangat tak malu. tak pun mesti mak cik tue ketuk aku ngan penyapu kerna tanya soklan tak bermoral ni...huhu..

Owh mak cik...saya tak bersalah.. saya hanya menjalankan tugas menanya soklan ni dan untuk mendapatkan markah 20%..huhu


p/s: Korang ada idea tak macam mane nak ubah soklan tu agar nampak lebih manis didengar oleh wanita2 berumur 60 tahun ke atas?

Friday, February 5, 2010

Aku dah hancurkan harapan die..

Sepatutnya ujung minggu ni, aku akan bercuti di gua tempurung, Perak untuk aktiviti "Gua Tempurung Challange". Aktiviti ni adalah anjuran course aku, dan aku antara salah sorg yang terlibat sama dalam menguruskan aktiviti ini. Namun disebabkan alasan tertentu, kami terpaksa batalkan aktiviti ni last minute iaitu pagi tadi. Padahal kalo ikutkan malam ni dah nak bertolak. Sangat sedih.

Bila aku taw jerk, program ni terpaksa dibatalkan. First thing yang datang dalam otak aku ni, macam mana la aku nak bagitaw en. Sham. Encik Sham ni adalah salah seorg pekerja unit photography di UKAST kat USM. Aku ajak die kerana kami kekurangan orang untuk join aktiviti ni. Lagipun aku ngan die boleh dikatakan baek jugak la. Macam mana aku boleh baek dengan die sebab dulu masa sem lepas, aku ada kelas dengan die n bebrapa org pekerja di unit tu. Lagipun, aku selalu mitak tolong diorg untuk amek gambar untuk event tertentu.

Bile aku ajak die join program ni, die sangat bersemangat taw. Die cakap x pernah lagi masuk Gua Tempurung dan tambahan pula yuran nak join ni x mahal sangat dalam rm90 termasuk makanan, penginapan dan pengangkutan. Die pun semangat dah beli sleeping bag, kasut baru yang sesuai untuk masuk gua (about rm70 rasanye kasut tue, die ada tunjuk kat aku kasut baru die tue. Cantik!), die jugak siap mitak cuti ari ahad ni takut kalo-kalo tercedera time masuk gua nanti. Dan rasanya semua pekerja UKAST taw die nak pergi Gua Tempurung malam ni. Paling buat aku terharu, bile dah siap tolong carikan aku satu torchlight untuk aku (tak tahu la sama ada yang die punyer or orang laen). Aku malas nak beli torchlight. Nak jimat duit. Bukan amek kesempatan ataw gedik2 nak suh die carikan. Tapi die yang cakap, "Ala torchlight, saya ade 10". Bile die dah cakap macam tu, aku pun apa lagi cakap lah nak pijam satu. Die pun beres aja. Tapi rupanya tak sampai 10 pun torchlight coz bile kawan aku yang nak len nak pijam jugak. Die cakap dah xde, cukup untuk aku dan die saja. See, sangat baek kan. Huhu.

Pagi tadi, terpaksa lah aku pergi jumpe die nak beritahu pasal aktiviti ni terpaksa batal. Masa tue, aku rasa sedih sangat dan tak sampai ati seyh. Tak sampai ati nak bagitahu die batal sebab die sangat excited nak pergi. Tapi terpaksa gak aku beritahu. Aku pun pergilah ke UKAST pagi tadi dengan kawan aku dengan hati berdebar2. Tak sanggup seyh nak hancurkan harapan orang.

Bie aku sampai jer kat UKAST td, die pun tanya aku

"haa..awak, pasal torchlight tue.....

"eh jap encik Sham...hurm saya nak bgtahu ni..............................(tak yah taw apa aku cakap sebab aku pun dh lupa ayat aku kat die. Yang pasti objektif dalam ayat tue adalah gtaw aktiviti ujung minggu ni kansel! )

Lepas jerk, aku bagitahu pasal tue, muka die berubah sangat. Lagi la buat aku makin sedih n serba salah.

"takpelah awak, nak wat cmne dah mende ni tak jadi. Tak pela".

Hurm. Nampak sangat die kecewa. Dan pastu kecoh satu UKAST tu, die tak jadi pergi Gua Tempurung. Mungkin die ade berciter kat kawan-kawan sekerja die yang die nak join aktiviti masuk Gua Tempurung. Ade yang bersimpati seba die tak jadi pergi. Dan ade jugak yang gelakkan die. Bongok jerk, kecian kat encik Sham.huhu.

En.Sham..really sori sebab terpaksa batalkan aktiviti ni last minute. Sori..sori....

Entah la weyh, aku tak boleh lah berhadapan dengan situasi macam ni. Tak sampai hati nak hancurkan harapan orang. Walaupun kes ni agak simple, tapi aku still terasa. Jiwa dan hati aku ni sangat sensitip la. Aku mudah tersentuh bile orang wat baek dengan aku. Dan sebolehnya aku akan cube untuk tak hampakan orang tue. Hurm. Tapi apa boleh buat memang tak boleh nak elak pun mende ni. Huhu.