Monday, May 24, 2010

Dulu laen, sekarang laen.

Assalamua’laikum wbt.

Mesti ade yg tertanya kenapa aku private kan blog aku sebelum ni. Kan? Kan? He….aku nak renovate blog ni, tu yang terpaksa tutup jap. Terlintas juga di hati nak tukar konsep blog aku. Means berhenti bercakap pasal diri dan perkara2 merapu and try to share perkara yg berilmu sikit. Tapi fikir punyer fikir, kata org omputih celup think cook cook..hee.. aku nak teruskan konsep blog ni. Menceritakan pasal kehidupan diri aku. Yelah nama pun blog ‘Perjalanan Hidupku’…:P dan aku rancang nak buat satu lagi blog yg berilmiah. Sekarang sedang kumpul info-info menarik. Nanti bila dah siap blog ni, I will tell u :)

Kata renovate, sama je pun. Mesti ade yg cakap dalam hati korang kan? Kan?

Ok, Mungkin ade yang perasaan, banner blog aku dah ditukar dan kalo ade yg perasaan gak, ini adalah first banner aku masa mula-mula maen blog. Dan aku rasa banner ini lagi better dr dulu. Kan? Kan? Hee…

Selain itu, aku dh buang sumer gambar2 aku dalam blog ni yang kat sidebar ni ler. Yang kat entry2 lepas malas pulak nak delete. Mungkin akan di’delete’ suatu hari nanti. InsyaAllah Bukan dekat blog je, kat facebook pun aku dh di’delete’ sume pic2 aku. Kenapa? Sebab takut ade stalker or mahu menyembunyikan identity sendiri? Owh..La..La..(bukan lalalala, tapi La = Tidak in Arabic )

Sebabnya….akan diberitahu nanti. :P

******************

Dah hampir sebulan rupanya duk umah. Apa yang aku buat kat umah? Hurm..macam cuti-cuti sebelum, jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Ikutkan nak keje tapi xde keje yang best pulak. Bukan demand ok, Cuma aku malas nak keje lewat malam. Tak elok bagi seorg gadis. Haa…jangan nak fikir bukan-bukan. Keje lewat malam tu keje kat kedai makan dekat ngan umah aku. Kedai ni bukak kul 5 ptg hingga pukul 11 malam. Taknak..waktu malam adalah waktu bersama keluarga..hee.

Jadi suri rumah ni seronok gak, xde lah bosan sangat. Kena kreatif fikir aktivti yang nak dilakukan sehari-harian. Teringat satu buku yang aku bace. “Seorang isteri kenalah kreatif, manfaatkan setiap masa yang ade.” haa..jangan kata aku gatai nak kawen plak. Aku terbace je pun. Kepada kawan perempuan yang laen bace lah buku ‘Soal Jawab Wanita Islam’. Sangat best dan segala persoalan kita sebagai wanita Islam insyaAllah ada jawapannya dalam buku tu. Buku tu aku pinjam kat library kat tempat aku. So, xbleh la kalo korang nak pinjam. Hehe..ckp awal2.

Library? Ye..aku sangat rajin g library taw cuti ni. Dulu zaman sekolah, aku rajin membace. Sebelum tidur bace buku, bangun tidur bace buku. Bagus kan tapi akhirnya jadi la aku, gadis berkaca mata. Huhu. Yelah orang ckp xelok membace dalam keadaan membaring atau dalam keadaan bergerak means tengah naek kenderaan, sebab boleh menyebabkan mata rabun. Dulu pun aku suke membace dalam bas. Biasanya tiap kali nak balik ke sekolah aku. Bayangkan perjalanan dr rumah ke sekolah aku tu dalam 5-6 jam. Dah la aku sorang-sorang dan aku tak suke tidur dalam bas. Time tu pulak mana boleh bawak henset. Untuk hilangkan bosan, bace buku lah. Aku ingat lagi, ade sekali tu, before naek bas aku dah plan aku nak bace buku biology topic ‘Pembiakan dan persenyawaan’. Tapi last-last terpaksa cance my plan coz sekali orang yang duduk tepi aku budak lelaki. Budak sekolah teknik. Segan dowh. Walaupun budak teknik dan tak amek biologi. Tapi aku yakin die mesti faham topic ni. Huhu.

Tapi tu sume zaman skul, bile dah masuk matrik dan universiti , aku dah jarang sentuh buku. Bukan setakat buku, nak sentuh pun malas. Bila nak exam baru rajin nak sentuh. Huhu. Mungkin sebab dah ade henset dan laptop. Yelah tiap kali bosan msg orang, takpun dengar lagu-lagu or tengok movie kat laptop.

Jadi, untuk cuti ni aku rancang nak kembali kepada dulu dan mahu menjadikan cuti kali ni bermakna sikit mcam budak-budak kos laen. Yelah korang kan ade LI, mesti sangat bermakna cuti ni kan? Kan? hee :P. Walaupun agak banyak rungutan yang didengari mengenai LI. :P

Monday, May 3, 2010

Untuk Penghuni bilik 320, Desasiswa Murni 3 :)

Yeah. Cepat sungguh masa berlalu. Dah nak masuk tahun 4 pun dan khamis ni aku akan blah dr USM ni buat sementara waktu. Silalah rindu aku sepanjang ketiadaanku di sini. ahaks!.

Entry kali ni special aku wat khas for my beloved rumates - Hidayah dan Anis. Dua-dua rumate aku ni, budak 2nd Year PPSK, sorang biomedic dan sorg lagi Audiology.

Describe bout them. Ok la. Mula-mula nampak macam diam, senyap jerk. Mungkin segan dengan aku coz aku tua setahun diorg. Tapi lepas tu. Hampeh!..Kecoh satu bilik. Setiap hari duk gadoh. Suara masing-masing lak dah la nyaring and opkos termasuk suara aku. he.

Banyak mende kami lakukan bersama sepanjang satu tahun bersama. Masak bersama. Shoping bersama. Borak bersama. Gadoh bersama. Tido bersama but laen katil. Mandi bersama but laen shower. Dan yang paling best kami share warna kegemaran yang sama - PINK. Tapi aku dan Dayah tak sefanatik Anis. ngeh3.

Malas nak cakap byk2, jaz nak kasi beberapa ucapan buat korang berdua.

* Thanks for everything. Thanks to Anis yang selalu kejutkan kak lea solat Subuh. Aku ni suka tido lambat, so susah sikit nak terkejut, nasib baek ade Anis.

* Halalkan makan minumku yerk dan kak lea pun dah halalkan everything yg korang amek:)

* Sori kalo ade termarah korang, tersakitkan hati korang. Daku tak sengaja. huhu.

* Sori sebab selalu kena tadah telinga dengar kak lea nyanyi dalam bilik. hehe. Dan thanks for Dayah coz selalu jadi teman duet walaupun selalu jadi lelaki..hehe

* Jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal. Pasni korang mesti rindu kat kak lea. Percayalah. ngeh3 :P

* See u next next sem. :)


Didi (Dayah), Pinky Doo (Anis) and Baby (me)

Tengok kan aku ckp, aku x fanatik diorg suka color pink. Lagipun macam pelik jer bear color pink :P

p/s: Nanti nak kawen jemput taw2. Tapi make sure jangan kawen sebelum kak lea kawen dulu. ok?? hua3 :P