Thursday, September 30, 2010

laen kali jangan gelakkan orang


Satu ketika dulu, aku pernah tergelak sendiri bila rumate aku bawa balik buku Saji. Dalam hati aku berkata, ishh...xde buku laen ke die nak beli. Buku Saji jugak die beli. Apa lah best sangat. Kalo beli buku remaja best gak...

Tapi tu satu masa dulu, cerita 3 tahun lepas. Kini mungkin aku dah dewasa kowt..sebab...
tadi tyme jejalan kat Midvalley...aku tertarik nak beli buku ni........

tadaa.....ok..buku jenis ni. bulan still sama, cuma tahun yg beza. aku x jupe carik pic yang sebijik sama cm buku aku beli td...nak amek gambo..malas plak.. hehe.

tetiba terasa excited pulak nak beli buku ni. Ade resepi sajian untuk juadah raya kat dalam ni. walaupun raya dah abes, apa aku kisah..ini utk masa depan la..ngeh3. taun depan aku nak try buat sendiri kuih-kuih raya dan kerepek untuk raya. Baek buat sendiri dr beli. Jimat dan rasa sangat puas hati.. kan? kan?

btw, masuk ni dah 4 buah buku masakan aku beli. Kakak aku selalu ckp, jangan beli buku masakan sebab terkadang tak leh percaya. Last2 ari tu die jugak yg curik buku masakan aku bawak balik ke rumah sewa die..hampeh je kan...haha


moral of da story: Jangan gelakkan orang sebab satu masa nanti, anda akan pasti lakukan apa yang mereka lakukan. kan? kan? hehe

Wednesday, September 29, 2010

nak promote! nak promote!


Ingat tak entry aku yang ni, kali ni aku nak promote album Hafiz hamidun. Owh rupanya dia ada album baru takde baru pun taun lepas rupanya dan ketinggalan rupanya aku...ish3..apa ni kata peminat setia dan selalu follow perkembangan beliau...tapi album baru pun tak tahu..wat malu je...ekekeke

Dan ni adalah first time aku nak promote album orang kat blog aku...


Album Syukran Hafiz Hamidun.

Lagu-lagu dalam album ni

01. Serenity Interlude
02. Bahagia Dari Mu
03. For Allah
04. Tinggallah Kenangan
05. Pray
06. Syair Qalbi
07. Titik Mula
08. Arasy Dunia
09. Andai Ku Di Sisi Mu
10. Ya Rasul
11. Syukran

jika berminat nak download full album klik sini.! atau sini !

Tapi dalam banyak-banyak lagu, aku suka dengar Andai Ku di Sisi Mu. sangat best!.


Sunday, September 26, 2010

kalo la memori boleh dibuang buang


Kalo la boleh buang memori-memori yang x best kat otak ni dan tinggalkan hanya memori-memori yang manis

mesti aku org pertama pegi jupe doktor tue

ala..tapi kalo ade pun

macam la aku mampu nak bayar

mesti kos die sangat sangat sangat mahal.

nak beli choki choki pun tak mampu apatah lagi nak wat operation tu T__T

laen la kalo aku kawen dengan anak SM Nasimuddin, mesti mampu punyer..ngeh3

btw, anak lelaki dia boleh tahan jugak, tapi sayang Marion Caunter dah dapat dulu...dush3


okeyh. memori ni buang. memori yang laen simpan je. hoho..sejak bila plak memori disimpan dalam bentuk botol air dan disimpan di dalam perut.


Friday, September 24, 2010

my ehem ehem nyanyi la..

Owh daku sangat kenyang tika menaip ini . Thanks to my coursemate, Yana sebab bagi makan nasi minyak dan kuih raya free. sedap.! Padahal aku baru je lepas berbuka puasa dengan nasi putih+sambal ikan bilis. Ingat nak g jenguk je bilik Yana, tengok orang makan. Last-last terlibat sana. Tapi aku makan sikit je nasi minyak tu pun share dengan budak ni, banyak makan kuih raya. Sedap dan comel2 kuih rayanya. sebut raya ni, baru aku terperasan, blog aku xde pun entry sal raya. Kalo bukak blog orang laen mesti akan cerita sal raya. Blog ini je tiada cerita sal raya. Nanti-nati la aku cerita jika ade kelapangan waktu :)

okeyh okeyh. Kembali kepada topik asal. Topik apakah? hoho. aku pun tataw nak citer sal apa. saja je gatal gatal tangan nak update blog. For you information, dari tadi laptop aku asyik pasang lagu ni jer. best! aku suka. lirik die sangat mendalam dan sangat sangat memberi keinsafan. T__T




amacam? best kan lagu ni dan yang paling best my ehem ehem yang nyanyi...lalala..

see see, my ehem ehem..ensem kan beliau. Aku sangat suka hafiz hamidun ni. Suara die sangat best dan muka die boleh tahan ensem. i like..i like. aku memang suka lelaki berkaca mata. Nampak mature, educated and matang jer. :))

Aku memang follow die sejak join UNIC lagi. sekarang die dah kuar dan lebih senang bergerak sendiri serta banyak juga lagu yang die tulis antara Cinta Terakhir -Aiman. sangat berbakat kan my ehem ehem ni..hehe

ok, bebalik pada lagu di atas. Seyesly memberi keinsafan kepada ku. Sementara masa bernafas di bumi ni, carilah bekalan untuk hari esok. Banyakkan suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya. Sejak semalam till hari ini je, aku dikejutkan dengan 3 kematian - kawan kepada kawan, meninggal coz excident, ayah kepada my junior and mak kepada my coursemate, Sim Lee. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka.


p/s: esok dapat makan free lagi. Esok mahu beraya ke umah kosmate aku yang laen lak, Dil pulak..hari hari dapat makan free best jugak kan :)

Wednesday, September 22, 2010

Mana lagi jiwang.. penulis, pembace atau penjual novel?

Semalam sedang syok2 maen facebook, tetibe sorang senior aku kasi link thru fb chat. Mula-mula musykil gak link apa la yang die nak kasi. Yelah mana taw kot-kot die kasi virus, xkan naya lappy aku. dah la antivirus aku ni tinggal 10 hari je jangka hayatnya. Then, dengan beraninya aku pun try la klik.


picture novel ni rupanya....dan baru aku pasan rupanya senior aku ade kasi msg kat chat tu.

jaidi: lea..lea..suka bace novel x. ni aku nak promote novel akak aku.

aku: eh seyes? betul ni?

sukar untuk dipercayai. Yelah senior aku ni suka benor wat loyar buruk kat aku. So, takut la kali ni terkena lagi.

Jaidi: betul la. add la fb die. Raiza Ruhila.

aku pun klik, try mencari bukti betul ke penulis novel ni akak kepada senior aku. Then, aku tengok la mutual fren penulis ni. Ade dua orang - sorang senior aku n sorang lagi awek die. Then tepat tinggal penulis ni Sabah. Owh betul la. Means die tak tipu aku..hehe

Aku: Macam menarik novel. (aku membuat andaian setelah membaca sinopsis novel)

Jaidi: menarik. Aku dah bace sikit novel ni.

Aku: Owh..apa kata ko bagi free novel ni kat aku.

Jaidi: Aku adik die pun x dapat free.

Aku: hehe...

Jaidi: Tapi kan kalo aku ade adik lelaki, aku dah promote kat ko. Nanti boleh die bagi hadiah novel ni kat ko.

Aku: ha ha ha ha...hampeh.


*********************************

Dulu masa sekolah menengah, aku pernah simpan angan-angan nak karang sebuah novel. Dulu, aku memang suka mengarang cerpen. Mungkin berkat usaha didikan cikgu bahasa melayu aku yang terkenal dengan kuku besi nya. Owh die sangat garang kowt dan suka benor mencubit orang kalo wat kesalahan. Kalo tak caya, tanya budak ni. Tapi nasib baek aku x pernah kena. Selamat badan aku. =)

Aku memang suka bace novel dari dulu sampai sekarang. Tapi x pernah beli pun. Hampeh jer kan. Bukan kedekut, cuma aku rasa pinjam lagi syok kot. Lagipun dulu aku penah beli sekali, then x best pulak novel tu. Bace sinopsis punyer lah macam best tapi hampeh. Sejak hari tu, aku malas nak beli novel dah, lagi baek pijam ngan kawan or library.

Mungkin sebab terlalu banyak novel, tu yang aku rasa macam nak tulis novel gak. Bayangkan masa skul, aku siap simpan lagi ayat-ayat puitis kot2 boleh nak selitkan dalam novel aku tu. Tapi sampai sekarang aku x gune pun dan aku pun tak taw dah kertas-kertas yang tertulis ayat-ayat puitis itu ke mana hilangnya. Ceh. dulu bajet lepas spm boleh la start karang novel. Yelah cuti berbulan tak tahu nak buat apa baek aku tulis novel. Tapi sampai sekarang takde hasil pun. sangat macam Mat Jenin kan.

Aku nak teruskan balik la angan-angan aku. Nak wat story pasal apa eh. Cinta terhilang. Cinta Tak terbalas. Cinta tiga segi or cinta sejati..hoho..sume cinta. Yelah, aku nak jadi penulis novel cinta, bukan penulis novel seram. Tapi nanti kan bila aku dah berjaya jadi penulis novel, aku nak gune nama ape. Lea Zara...Lea Mia...Lea Isnawi....owh...kena fikir ni...haip! haip! tgk angan-angan Mat Jenin lagi. Novel x siap lagi dah start nak fikir nickname. Tapi x salah kan berangan sekali sekala. hehe


p/s: Jaidi, Jaidi...aku dah promote novel kakak ko kat blog aku ni. Harap-harap dapat lah novel free eh :)


Monday, September 20, 2010

ku ingin selamanya

Cinta itu pelik kan. Kadang-kadang manusia boleh jadi gila kerana cinta.
Cinta buat manusia gembira, ketawa, tersenyum, berduka dan menanges
kadang-kadang cinta itu indah n terkadang sangat menyakitkan.............



tapi sesungguhnya..cinta itu adalah anugerah Allah yang paling indah =)