Thursday, October 14, 2010

lalang itu color hijo kan?


Aku dan lalang memang tak boleh dipisahkan. Bukan sebab aku suka makan lalang atau aku lahir atas lalang-lalang. Tapi kawan aku selalu cakap aku macam lalang. Sentiasa tak tetap pendirian. Kejap suka, kejap tak suka. Kejap nak pergi, kejap taknak pergi. owh apakah?

ntah lah. Aku taw itu adalah kekurangan diri aku. aku terlalu mudah goyang dengan keputusan aku yang dah aku buat. Macam sekarang, kejap rasa nak jadi polis, kejap nak bomba, kejap nak prosecutor pulak. aishh....tetaplah pendirian mu.

hurm, ada idea tak macam mana nak tetapkan pendirian. sesungguhnya aku memang taknak jadi lalang..T__T. Tak best kowt, senang mengikut angin. kejap bergerak ke kanan, kejap bergerak ke kiri.


----

----

----

----

----

----



btw, esok nak g bercuti di lipis sapai ahad ni. So, sori la tak sempat nak ber'blogwalking' kat blog korang.Nanti kalo dah balik dan rajin, ai singgah blog you alls k! :))

dan....yang pasti sila lah rindu diriku ini selama 2 hari ni..ngeh3..


Wednesday, October 13, 2010

kejap ade, kejap tiada..apa kes?



Actually malas nak hapdate blog sebab sgt penat, tapi naluri dan nafsu nak hapdate membuak-buak plak. Tak elok kot ditahan-tahan sebab nanti kang tak lena tidur plak kan kan?

Hari ni sangat penat, terlalu banyak sangat aktiviti sampai tak sempat pun nak baring atas katil, nak maen-maen dengan 'baby' macam selalu. Haip haip, jangan salah anggap pulak, 'Baby' tu refer pada teddy bear aku, bukan anak aku. Terlalu muda kowt nak pegang status ibu..euww...

Actually aku type entry ni dalam kegelapan, hanya bertemankan cahaya dari laptop. Aku tak tahu la apa kes dengan eletrik kat sini malam ni. Kejap ade, kejap xde. Macam biskut chipsmore, tapi biskut chipsmore tu boleh la jugak dimakan-makan tapi letrik ni..nak mampus makan letrik. Aku pun tataw sejak bile jadi macam ni, sebab tadi aku lepak dengan kawan-kawan kat tempat karoake. Untuk pengetahuan korang, kat tempat aku praktikal ni ade tempat karok taw. free aja. Boleh nyanyi bape banyak lagu yang korang nak dan x kisah lama mana korang nak menempel kat situ. takde orang kisah. Dan yang paling penting, xde orang sangat pun melepak kat sana hanya aku dan kosmate aku yang selalu menempel kat sana.

Ikutkan malas nak pergi melepak kat sana, tapi memandangkan test utk khamis ditangguhkan ke minggu depan, Happy la weyh, apa lagi. Dan rasa sangat berbaloi kot aku lepak kat sana malam ni sebab kalo letrik kejap ade kejap xde, macam mana nak study. buat sakit hati+jantung+paru-paru+ginjal kowt, betul dak?

dah-dah, times up. Time to sleep! kena dapat kan tidur yang cukup, supaya tak tertidur macam kelas lepas. i dun wan banana fruit twice. hahahaha

ok chow, selamat malam!





Sunday, October 10, 2010

Dah dah tak yah makan megi lagi


Makan megi sokmo, tak elok untuk kesihatan.! Boleh menyebabkan kepala botak, sakit buah pinggang dan bla bla. tapi apa boleh buat itulah makanan ruji bila duk hostel kan kan? Antara alasan kenapa student suka makan megi:

1. Malas la nak pergi beli makanan kat cafe. Jauh benor tu. (padahal kena turun tangga satu tingkat je.)

2. Tengah pokai. (padahal kalo shopping, x ingat dunia)

3. Kena save duit nak buat hantaran kawen. (yang ni i like..i like..haha)

Megi makanan paling pantas dan cepat untuk dimasak tapi hati-hati, kalo makan megi secara tak terkawal boleh bawak padah taw.

Yang aku pelik kan, ari tu aku ade tanya kawan aku...

"ko makan ape weyh?"

"makan megi je" sambil tangan sedang membuka bungkusan mee segera cap Ruski.

bukankah Maggi dan Ruski dua jenis mee segera yang berbeza? takpelah, abaikan mungkin member aku ada masalah mata. Tapi takdelah sampai tahap buta huruf. Kalo buta huruf, xdelah boleh masuk U, ye tak?

Minggu lepas aku dah makan megi, semalam pun makan megi lagi. Ish..tak boleh dibiarkan ni. Sangat tak bagus untuk kesihatan. Jadi petang tadi, masa kat Giant supermarket, aku excited nak mencuba beli mee yang kena masak sendiri. means mee kosong dan xde perencah untuk kuah disediakan. Yelah kalo nak beli mee kuning, cam x sesuai untuk disimpan lama-lama.

Dan taraa...aku beli mende ni...

Mee telur. murah je rm1.50 sebungkus dan Indon mali...

Memandangkan xde perencah disediakan, jadi penat lah aku fikir resepi untuk masak mende ni. Sama ade nak masak macam mee goreng atau masak berkuah. Finally, aku decide nak masak masakan yang berkuah, best sikit boleh hirup hirup kuah. syruppp......syruppp...


ni dia mee telur aku siap dimasak! macam megi ayam je kan? tapi yang ni better sikit la sebab bebas dari perencah yang berbahaya. Perencah buat sendiri lagi selamat. Okeyh, mee telur ni untuk 5 orang makan taw, bukan aku melatak sorang2. Tu pun aku guna separuh plastik mee je. sangat untung kan?

haa..kepada budak-budak hostel,boleh la try wat mee ni. Mudah je tapi kena gune rice cooker la..nak guna water heater boleh tapi macam tak sesuai untuk masak mee ni, nak masak air boleh la.Haa... Kalo xde rice cooker kat hostel, balik try wat kat umah... sedap2..

eh eh nak resepi ker?

caranya korang buat macam nak masak sup je. tak reti masak sup? tanya Chef Goo. :P

Friday, October 8, 2010

Petang yang hangat!


Petang tadi, aku jalan-jalan ke Kl Central sorang-sorang setelah cabut lari dari kelas kat Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dekat Petaling Jaya. Actually xde lah cabut lari sungguh-sungguh sebab aku keluar dari JKM pukul 4.30 petang dan kelas aku patutnya abes pukul 5.00 petang. Tapi memandangkan kerja aku dah setel awal maka tak salah kot kalo aku cabut awal..ngeh3.

Sambil jalan-jalan kat KL Central, aku terserempak dengan minah ni sedang merayau-rayau. Then semangat dowh, die jerit-jerit nama aku. segan jugak aku sebab orang sekeliling dah taw nama aku. takde privacy langsung. aish. Kemudian kami berbincang dan merasakan KL Central ni xbest pulak nak teruskan aktiviti kami. Maka, kami sepakat pergi Mid Valley untuk lepak lepak, makan makan, skodeng modeng. Lagi syok kot kat situ.

Ish, rasa berdosa pulak menipu korang. Ampun ampun! Actually aku memang dah plan nak jupe dengan si Wanie ni petang tadi. Patutnya aku temankan die pergi interview kerja kat Celcom Centre. Tapi kelas aku abes lambat pulak. so, jaz jupe2 camtu jela. btw, cik Wanie dah lulus interview die dan berjaya dapat kerja tu. Cepat cepat ucapkan tahniah buat die..Mana la taw kot2 die baek hati belanja korang nanti. Orang dah dapat kerja kan. Nanti kalo korang ter'call' celcom centre..haa..tu suara die la tu..ngeh3..

Kami keluar dengan baju kurung. Tiba-tiba terasa macam gadis melayu terakhir pulak. Sopan dan ayu gitu. Yelah aku kan baru balik dr kelas dan wanie pulak baru lepas interview. Opkos la kena pakai baju formal kan kan?

Wanie: Lia..lia..kite ni ada gaya dah kerja tak?

Aku: Ish..aku je kot. ko tak sebab ko pakai sandal. Aku pakai kasut. haha..

Wanie: Yelah yelah..aku tukar kasut sekarang. *sambil cuba nak kuarkan kasut dr beg die*

Aku: hahaha..tak perlu kowt.

Wanie: ekekekeke...

Lepak dengan wanie memang akan asyik gelak je. Die ni suka buat lawak tak senonoh. hahaha. Tapi tadi sayang kami hanya sempat jumpa 2 jam je kot coz die perlu balik awal. Nak kena balik seremban. Jauh kot dah la sorang-sorang pulak tue. ish banyak lagi gosip-gosip tak sempat dibincangkan...hik3 takpe2 next time insyaAllah boleh jupe lagi :)

Tapi yang kelakarnya, perjumpaan aku dengan Wanie tadi betul menimbulkan kontroversi. Boleh pulak dak kosmate aku salah faham ingat aku kuar date petang tadi. haha..ada pulak aku nak kuar date petang-petang balik-kelas-tak-mandi macam tu..ish3..



Thursday, October 7, 2010

tragedi Oktober


Semalam aku mimpi. eh eh bukan semalam tapi dua tiga malam yang lalu. hehe.

Aku mimpi, aku berada di satu tempat. Tetibe ade dua orang chinese gurl datang kat aku. Bagi aku sumthing seolah-olah macam box. Then, diorang wish hepi besday kat aku. hoho. besday aku tingal 17 belas hari kot. terlalu awal wish nya. Dua orang budak cina tu aku kenal tapi tak rapat. Bukan setakat tak rapat, tak pernah berborak pun.

kemudian...jeng jeng jeng..aku nampak seorang lelaki. Berjalan menuju ke arah aku. dan..

"Happy birthday to you. Happy Birthday to you..lalala"

owh..dia nyanyi lagu besday kat aku sambil membawa kek. Ah..tapi kenapa mesti dia. Kenapa mesti dia muncul dalam mimpi aku. Kata kawan aku, mungkin sebab aku terlalu fikirkan dia. Itu sebab aku termimpikan dia. Sungguh, aku tak fikir langsung pun kat dia before tidur. sungguh.!

siapa dia? cukuplah kalo aku beritahu, dia adalah insan yang pernah mencuri hati aku suatu ketika dulu.


Arghh....


Yeah, birthday aku cume tinggal beberapa hari je lagi. Dan aku sebenarnya takut nak hadapi tarikh tu. Sejak akhir-akhir ni aku rasa tarikh tu adalah tarikh berhantu dalam hidup aku. Dan aku paling tak suka bulan oktober. Bak kata Awie, Tragedi Oktober. Tiap kali masuk bulan Oktober, mesti aku akan terima kedukaan. Hati aku mesti sakit. Ahhh...sudah dua tahun berturut macam tu. T__T.


hurm.





but, hopefully tahun ni tak semalang tahun-tahun sudah. doakan kegembiraan aku ye! :)


Wednesday, October 6, 2010

Doa buat kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

kenapa aku post doa ni?
yelah..takkan aku nak post doa makan pulak.
doa makan opkos sume orang dah taw :P


Monday, October 4, 2010

Permohonan nak kahwin lagi...

Semalam semasa maen-skodeng facebook orang, aku terjupe satu pages ni ANTI MY-Ex, tertibe terasa excited nak usha pages ni. Actually dulu aku dah pernah bukak pages ni selepas tengok blogger Yad likes this pages. Time tu aku malas la nak likes sebab aku bukan anti sangat dengan ex aku. Mungkin die sangat anti kowt sebab tu die likes pages tu..ngeh3.

Usha usha dan terus usha. Rasa macam seronok pulak pages ni. Seronok dapat bace luahan hati orang tentang cinta, tentang ex, problem cinta. Ish..sangat tak patut aku ni. Orang sedih dilanda problem cinta, aku seronok lak bace. Hehe..maksud seronok di sini bukan suka tapi rasa terhibur dan dapat tahu luahan hatai orang laen selain boleh beri pendapat mungkin. Dan aku rasa mak cik WANIE sesuai join dis club...

Tapi yang paling seronok usha pages ni adalah usha notes2 die. Ada yang jiwangan, dan ade yang lawak gabang. Paling menarik perhatian aku adalah sal SURAT RASMI Nak Mintak Kawen lagi....hahaha..okeyh sila bace di bawah ni. Aku dah copy-paste letak sini...

Suami bin Lelaki17, Jalan Angkasa,24300, Kemaman, Terengganu.

Isteri binti Perempuan17, Jalan Angkasa,24300, Kemaman, Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yangmerupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


Hahaha...lawak x??? Btw, pages ni pun ade blogspot taw. Klik sini dan kepada sesiapa yang berminat boleh la join dis club. Kepada yang tak anti dengan ex, takde ex or tak tahu pun apa itu ex...pun boleh join. Sangat dialu-alukan...ceh macam aku lak admin dis club...

p/s: baru aku pasan alamat surat-menyurat tu area kampung aku tu. hoho..sapa lah yang ngok ngek tulis surat ni....yang pasti opkos bukan aku okeyh sebab aku xdelah kreatip sgt dan menulis surat macam ni sama lah seperti memberi kebenaran kepada lelaki miang kawen lagi satu..hahaha

Sunday, October 3, 2010

suaraku bukan suara Fasha Sanda


"Berapa eh harga tudung ni?"

"Duo puluh riyal dik" kata peniaga tu sambil suara dikecil-kecilkan meniru suara yang bertanya tadi,

ish..aku rasa macam nak lepuk je peniaga ni. Tak perlu kot nak kecik-kecik suara yang sedia besar. Ingat comel la, comel lagi pemilik asal suara tu. Nasib baek, aku memang berminat nak beli tudung tu. Jadi terpaksa bersabar dengan kerenah peniaga ni. Mana taw kot2 leh mitak kurang.

Aku tak tahu kenapa setiap kali aku bertanya soklan kat orang-orang yang pertama kali aku jupe, mesti diorang sibuk nak tiru suara aku. Aku tau lah suara aku comel, tapi xperlu kot sampai nak tiru. sangat geram ok. Suara aku ni halus dan nyaring. Tu takrifan tentang suara aku yang dibuat oleh rakan-rakan aku.

satu kes lagi berlaku pada awal tahun ni. Time tu, aku sibuk menguruskan Pertandingan Karaoke Terbuka USM dan aku terpaksa berurusan dengan orang-orang UKAST untuk proses peminjaman PA system dan cd-cd karaoke. Sedang asyik menerangkan pasal projek kami dan pasal nak pijam barang-barang tu sume, tetiba ade seorang pekerja kat UKAST tu mencelah,

"suara awak ni comel la, macam nobita".

aish..sabar-sabar. Ada ke die kata suara aku macam nobita. Suara nobita yang ditujukan tu, suara nobita versi Malaysia bukan Versi jepun tu. Aku gelak jela sekadar nak menyejukkan hati. Malas nak cari gaduh, lagipun aku kan gadis timur, kena tunjukkan gaya yang sopan. weet weet.

tambah pekerja tu lagi,

"Tak leh bayang la kalo awak marah. Suara dah la kecik. Macam mane eh, cuba marah sikit"

ish..dah-dah la kot nak persoalkan tentang suara aku. Aku datang situ bukan nak cakap pasal suara aku tapi nak pinjam PA system. Ala..kalo dh nak marah, marah jela. x kisah la suara kecik or besar or sengau sekali pun. takkanlah suara besar je boleh marah. Tapi biasanya kalo marah, aku akan diamkan diri je. Malas nak tengking-tengking orang. Buat sakit tekak je plus buat malu jerk.

latest case pulak, hari tu aku pergi bilik kawan aku dan masa tu die sedang b ber'webcam' dengan teman die. Walaupun tahu die sedang ber'webcam' dengan kawan, aku still nak menyibuk nak bercerita, bergosip dengan kawan aku. Kawan aku pun dengar la cerita aku sambil mata menghadap laptop. tengah ber'webcam' kan.

then sedang aku bercerita,tetiba kawan aku tergelak-gelak.

"Lia..lia..kawan aku cakap suara ko macam Fasha Sanda la..hahahahahaha"

what???! Oh no. Suara Fasha Sanda. tidak. Aku rasa jauh panggang dari api kowt. Sangat laen ok. Suara aku lagi cute dr suara minah tu. Bagi yang pernah dengar suara aku, suara aku sangat laen kan dr Fasha Sanda. kan? kan? sila sokong aku!!

Ahh..tapi aku tak kisah la suara aku macam mane pun. Janji aku masih ade suara, masih boleh berkomunikasi dengan orang, masih boleh menyanyi..dan masih boleh buat presentation........

oh, presentation bilakah masanya?? Asyik tunda jer....