Tuesday, November 9, 2010

lu kena beb!!!!!!!!!!!!


Hari ni first paper final exam dan aku sangat bengang seBENGANG lagu Akim. Kenapa??

sebab aku terkena MESEJ HANGIT!!!!...


Pagi tadi sedang syok aku study, sambil bermaen-maen fb. Untuk facebook, sempat je. haha. Then aku ternampak status penghulu aku, Wali.

"Kawan-kawan..exam ballitic and explosive pukul 9 pagi, kat tempat biasa"

aku pun dengan pantas komen status fb die.

" esok kan?"

wali: eh tak lah, pagi ni..

what?? Setahu aku paper hari ni Praktikum Forensik, xkan tukar paper last minit. aku tengok jam pukul 8, gila apa kalo nak study ballistic, lagi sejam kot.

tak puas, terus aku chat kat google talk (GT) Wali....

status die kat GT pun sama - Exam ballistic & explosive pukul 9 pagi ni....

aku: wali, seyes ke ni?

wali: betul la. En. Fauzi baru kul aku pagi td.

aku: haa...

wali: hahahahaha...lu kena beb.

aku: SENGET.!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hampeh je penghulu aku ni, mati-mati aku percaya cakap die. Memang cuak gile aku kalo tetibe tukar paper. Senget senget senget. huhu.

*************************************

macam mane paper tadi?

--> ok lah, tapi masa sangat tak cukup T___T.

Menjawab soklan tadi terasa aku sebuah mesin taip, menulis tanpa terangkat tangan, tanpa pandang kiri kanan, tanpa sempat pergi toilet.

Menjawab soklan tadi terasa sedang membuat karangan bahasa melayu untuk SPM bertajuk
'Pengalaman saya menyiasat Kes Sosilawati'

Dan disebabkan nota-nota aku dwibahasa, kejap dala bahasa melayu, kejap dalam english. Aku pun secara tak sengaja menjawab soklan dengan bahasa rojak.

...luminol telah di'spray'....

...suspect telah ditangkap...

ampun Puan Mah, Puan Lisa, otak dah tak mampu nak translate perkataan-perkatan itu...huhu



btw, satu paper dah lepas. tinggal satu lagi. yeah! Berusaha!!!




Friday, November 5, 2010

Rutin harian yang membosankan


Yeah! Dah abes study dah...haha. Actually bukan dah abes study pun, banyak lagi notes yang tak disentuh tapi seyes xde mood nak sentuh sebab terlalu lah pendek dan dah la dwibahasa..kejap dalam english, kejap dalam bahasa melayu. alahai aku nak jawab macam mane lah exam nanti..huhu..

Aku dah bosan la memerap diri sepanjang study week ni. Hari-hari buat aktiviti yang sama. Dah macam dalam penjara pulak. tak boleh kuar pergi mana-mana. huhu

9.00-10.00 pagi
bangun tido, basuh kaen (bila sakit mata tengok banyak baju berlonggok kat dalam baldi)
Aku malas nak bangun awal-awal sebab aku tahu nanti aku mesti kebosanan menghadap notes.

10.00-10.30 pagi
bukak fb dan belog kejap. Reply mana-mana komen dan kalo rajin ber'blogwalking' kejap.

10.30-12.30 pagi
STUDY!!! - tapi kadang2 tangan still gatai nak bukak fb + blog.

12.30-2.00 tengah hari
bergotong-royong masak bersama Quzie, Mir, Fatin dan fadh.
Hari-hari menu kami sama je - telur goreng, sup sayur, ikan bilis dan sardin. Nak buat macam mane, tak mampu nak beli ayam dan ikan. Sedih bukan, biasalah hidup di perantauan memang begitu.

2.00-4.00 petang
Sambung STUDY!!! -

4.00 -5.30 petang
Tyme ni utk rehatkan otak sama ada berblogwalking, stalker fb, edit gambar atau TIDO...

5.30 -6.00 petang
Keluar dr bilik kedap udara tu - jogging kat padang kawad

6.00-7.00 petang
Maen bola tampar dengan kosmate. Dah abes lebam tangan aku ni maen bola tampar. Skil kurang macam tulah...haha

7.00-8.15 malam
Mandi+bertadarus sambil tunggu Isya'

8.15-9.00 malam
Maen masak-masak lagi. Tapi bila waktu malam biasanya masak yang simple-simple je macam pancake-tak-jadi, mee telur atu cucur

9.30-12.00 malam
Sambung STUDY!!!

12.00-2.00 pagi
Facebooking dan blogging la. Tyme ni la nak update blog, stalker blog orang.

2.00- infiniti
tyme to sleep..rehatkan diri+otak+organ-organ badan yang laen.


Inilah rutin aku hari-hari bermula hari ahad ari tu dan mungkin sampai Isnin depan. Arghh..sangat bosan kot. Tak sabar nak abes exam. Nanti boleh la pergi merayap-rayap takpun pergi karok. Xpe2..lagi 3 hari ni. bertahan! huhu

kalo tengok balik kan, macam bagus je aku. Banyak jugak aku abeskan masa dengan study. Ok ok, kira wat calculation nak.

10.30 - 12.30 tengah hari = 2 jam
2.00 - 4.00 petang = 2 jam
9.30-12.00 tengah malam = 1 jam 30 minit

so, total = 5 jam 30 minit.

Wow..gile lama. Tapi hakikatnya xsampai pun 5 jam. Sebab aku bukannya jenis menghadap notes tak gerak-gerak. Biasanya selang 15 minit, mesti aku akan bukak fb la, blog la, donlod lagu la....so..kalo nak dihitung waktu bersih study aku...opkos kurang dr 5 jam...haish..apa nak jadi la dengan aku ni...


Manekam....mere nam lea hai...


Tadi tengah syok belek-belek notes about ballistic tetibe enset aku berbunyi tanda mesej masuk. Dah lama kot x dengar bunyi mesej sebab sejak masuk minggu study week ni, aku dah stop maen mesej. Bajet fokus study la..haha..

1 message from Kapten Luffy.

Pelik gak, jarang kot dapat mesej die dan aku pun jarang mesej die. Last mesej pun, 2 bulan lepas tyme hari raya.

" Oit, selamat tengah malam. Hepi deepavali."

hoho..bila masa pulak la aku sambut deepavali. Kalo die, mungkin kot..wakakaka..

tapi dulu, kakak aku suka ejek aku Keling gara-gara aku paling gelap antara kami beradik pada masa tu. Tapi lepas kuar adik bongsu aku, die lagi gelap di antara kami..haha

Lagipun, dulu masa zaman kanak-kanak, aku suka layan lagu hindustan sambil menari-nari dalam bilik air. Tu yang semangat kakak aku mengejek aku. Tapi tu dulu, sekarang dah tak maen dah menari-nari dalam bilik air. Dah xde feel dah...hahaha



btw,



Happy deepavali for those who celebrate it. :)


p/s: tak sabar nak tunggu abes exam. dah x sanggup menghadap notes. T.T. sangat bosan ok, tambah2 asyik terperuk dalam bilik kedap udara ini. Waiting for dis coming saturday..Yeah!!!!



Thursday, November 4, 2010

pancake o pancake



aku nak buat macam ni...




tapi jadi macam ni pula, kenapakah? hoho....

sila abaikan 'pinggan' nya...hahaha...biasalah kehidupan di hostel, xde pinggan yang cun terpaksa guna penutup tuperware untuk dijadikan pinggan..hahaha...

owh, aku teringin nak buat dan makan pancake yang teratas tu. Nampak sangat best. Ni sume gara-gara penangan citer Boys Over Flowers, aku tengok pelakon die buat pancake dan nampak sangat sedap. Ala, citer korea selalu tayang makanan yang nampak best. Kadang-kadang tengok diorg makan mee Ramen pun, aku terliur dan akhirnya aku akan buat maggi..haha..cara diorg makan nampak sangat berselera walaupun padahal hanyalah mee segera..

berbalik kepada pancake yang tak mejadi tu, tu sume gara-gara tak cukup bahan. Walaupun tak menjadi tapi still berjaya dihabiskan oleh 5 orang gadis.



Wednesday, November 3, 2010

Auto-lock door


argh penat, penat..hentikan! Jerit otakku. Owh sangat kesian beliau kepenatan menyedut ilmu-ilmu dari pagi tadi. Takpe-takpe bertahanlah wahai otak, hati, perut dan semua organku..tinggal beberapa hari je..sabar-sabar


*****************************

Damn! Tombol pintu aku r0sak. Tak pasal jadi macam pintu bilik hotel, auto-lock. Bunyi macam best jerk, tapi hakikatnya sangat leceh kowt. Coz lepas ni aku kena bawak kunci aku pergi mana-mana walaupun sekadar nak pergi merayap kat bilik jiran. argh..tension2. Tu belum lagi 2 bijik lampu bilik aku rosak. Macam mana nak study kalo pencahayaan sangat kurang. Bukan malas nak buat laporan kat pihak pengurusan, dah buat pun. Tapi sampai sekarang takde tindakan pape pun. huh!

Alang-alang tersebut pasai pintu bilik auto-lock, teringat pulak bilik kat matrik dulu. Bilik hostel aku dulu auto-lock. Jadi ke mana-mana kena bawak kunci, termasuk lah nak pergi bilik air. Bukan apa takut kalo rumate xde kang x pasai terkunci di luar. Kalo pakai pakaian sopan xpelah, tapi kalo berkemban, haru lah jugak bila terkunci kat luar.

Yang kelakarnya, tyme minggu orientasi boleh dikatakan setiap malam, abg fasi buat pengumuman kat masjid tiap kali lepas solat...

"Kepada bilik sekian sekian, sila balik ke bilik anda kerna rumate anda terkunci diluar"

al-maklumlah baru masuk matrik, tak biasa dengan keadaan kena-bawak-kunci-sepanjang-masa memandangkan asmara sekolah dulu hatta bilik kat umah sendiri tak perlu bawak kunci.

Maka, bila aku diberi peluang jadi fasi dan untuk mengelakkan masalah yang sama berlaku, aku terpaksalah pesan kat setiap student baru...

"Adik, ini kunci bilik. Pintu bilik ni aut0-lock. Jadi adik kena bawak kunci ni g mana-mana. Jangan tinggal walaupun pergi toilet taw. Nanti kang terkunci kat luar susah lak."

bayangkan ayat yang sama aku ucapkan utk ratusan student pada hari pertama pendaftaran student baru. Dah macam mesin jerk.

Disebabkan pintu auto-lock jugak, ia memberi bebanan kepada kami kerna terpaksa bukak pintu setiap kali ada orang datang menziarah ke bilik kami. Bayangkan kalo satu hari, 10 orang datang menziarah, means 10 kali terpaksa bukak pintu. Kalo tengah free takpe, kalo tengah study?? llmu baru nak masuk, terus hilang coz terpaksa bukak pintu..kacau-kacau....

Memandangkan dalam bilik ada 4 orang dan untuk berlaku adil, kami akan jerit begini setiap kali ade orang ketuk bilik kami...

"kawan sapa?"

" Kawan Wani..." jerit orang dari luar.

"hah..wani. ko g bukak pintu..." Jerit kami kerseronokan sebab kami tak perlu bukak pintu...hahaha...

begitulah rutin tiap kali ada orang datang ke bilik kami. Sangat kreatip bukan, tak perlu susah payah bukak pintu if tiada kaitan dengan kite. betul tak? :)