Sunday, December 26, 2010

welcome back to kelantan

yeah...finally kembali ke USM setelah hampir 8 bulan meng'away'kan diri dan bertapa di maktab pdrm, cheras. Terasa janggal je balik usm sebab situasi kat usm dengan mpdrm sangat berbeza. Hampir 4 bulan terpaksa hidup penuh berdisiplin di mpdrm, segala tingkah laku kena jaga, pakaian kena kemas dan macam-macam la. Biasalah bila hidup dengan polis. Jadi bila balik usm...yeah...rasa sangat sangat sangat BEBASSSS...hahaha...

bila balik usm neh...

- tak perlu lagi pakai baju formal sepanjang masa hatta kalo nak g cafe dah boleh pakai seluar track dan selipar. Kalo kat mpdrm, mahu kena tegur ataw dipandang serong kalo pakai seluar track & selipar g cafe.
- tak payah nak pakai tag nama lagi. kalo kat mpdrm WAJIB pakai tag nama, bagi yang tak pakai akan dianggap seolah-olah penjenayah..betul..wa tak tipu.
- tak payah pakai vest sepanjang masa. sangat rimas jugak bile kena pakai vest sepanjang masa sebab takleh nak tayang baju baru. haha.
- tak payah riso ataw berhati-hati bila nak merayap. kalo kat mpdr, kena sentiasa berhati-hati kalo merayap sebab kalo terjumpa polis pangkat besar, WAJIB senyum atau bagi salam. kalo tak kena marah lagi..huhu.
- dah boleh pakai jeans pergi kelas...
- dah boleh ponteng..bagi yang suka ponteng, aku opkos terkecuali..haha.
- dah takyah mandi pagi-pagi pukul 6 untuk naik bas pukul 7 pagi.
- dah takyah naik 160 anak tangga untuk sampai ke bilik.
- takkan kebulur kalo blackout ataw time hujung minggu sebab cafe usm sentiasa bukak.

tapi yang tak bestnya balik usm neh..

- dah takleh nak pergi karok kat tempat eksklusif yang free takyah bayar.
- dah takleh nak jalan-jalan melawat situ sini.
- dah takleh nak jalan-jalan kat jalan Tar, midvalley, times square, klcc lagi..sob3
- dah takleh usha abang-abang polis yang tak berapa hensem lagi..
- dah takleh pergi crime scene lagi.
- dah takleh main bola tampar sesama budak kelas lagi..kat sini boleh main kot, tapi agak susah
-dah takleh donlod citer lagi sebab wifi USM tak segagah perkasa wifi mpdrm.
- dah takleh naik bas g makmal atau jkm sesama lagi. seronok jugak dapat naik bas sesama budak kelas terasa mcm nak pergi sekolah...
- kena share toilet dengan ramai org, dulu share berdua jerk.
- No aircond.
- dah takleh main masak-masak lagi.
- dah takleh rileks dan main-main lagi, kena fokus dan lebih serius sebab sem ni kena wat final year project (FYP)




tetibe rindu pulak suasan kat mpdrm...

Tuesday, December 21, 2010

kerna sekeping kad...

Petang tadi, semasa perjalanan balik dari makmal, aku singgah la kejap kat kedai buku untuk laminate sekeping kad. Ekceli kad ni adalah untuk ditampal pada cenderahati yang akan aku bagi pada pegawai makmal esok. Esok adalah hari terakhir aku dan Mira membuat kajian di makmal penyiasatan kebakaran. Jadi sempena last day kami di sana, supervisor kitrg, Dr Hadzri mitak kami sediakan cenderahati untuk pegawai makmal sebagai tanda terima kasih atas bantuan mereka. Ikutakan hati Dr Hadzri, die nak kami kasi cenderahati yang ada lambang USM. Tapi memandang mende macam tu hanya boleh didapati di USM, aku & Mira plan nak buat sendirik jerk. Means kena cari satu barang yang unik & tampal jela logo USM kat situ. Senang je kan. Selepas keluar-masuk-keluar-masuk tiap kedai yang ade, berjaya jugak kami jumpe barang yang sesuai untuk dijadikan cenderahati dan tinggal kad je perlu di'setel'kan. Maka, petang td la masa untuk men'setel-mentel'kan kad tue. just a simple card.

Bila dah sampai je kedai tue, aku pun kasi la kad tu untuk di'laminate'kan. Kemudian..

akak kedai: ooo..adik belajar forensik eh? yang bedah-bedah mayat tu.?

aku: a'ah lebih kurang la. (actually aku dh bosan nak jawab soklan cmneh, jd iyakan jela).

akak kedai: best ker? tak takut ke main mayat-mayat ni.?

aku: hmm..actually takde bedah mayat sangat pun.

akak kedai: abes buat apa?

aku: Kitrg banyak belajar pasal nak siasat jenayah. mcm bantu polis siasat jenayah. cek fingerprint, dna dan macam-macam la.

akak kedai: ooo..abes tak bedah mayat ker? (uish..suka benor dgn mayat, aku bg mayat hidup kan baru taw).

aku: takpun. just tengok doktor yang bedah. tapi tu pun sem depan, so far belum sentuh mayat lagi...

then banyak lagi la soklan yang kuar dr akak kedai dan beberapa org pekerja laen. uish terasa macam dalam interbiu nak mitak kerja la plak. Selepas soal-siasat hampir 15 min, barulah akak tu laminate aku punyer kad...

bile sebut je forensik, orang pasti fikir bedah mayat terus kan kan? ekceli kami student forensik tak sentuh dan memang tak boleh nak bedah mayat pun, tapi kalo setakat mayat tikus, katak tu boleh la. Kami hanya dapat tengok jerk tapi tu pun sem akhir. Pembelajaran kami lebih kepada kaedah siasatan untuk membantu pihak polis, bomba atau badan tertentu untuk mencari penjenayah atau punca berlakunya kemalangan atau sewaktu dengannya. Takde bedah-bedah mayat pun, kalo nak bedah mayat sangat, terpaksalah berguru 4-5 tahun lagik, baru boleh bedah itu mayat ma.

disebabkan kad nilah, aku terpaksa di-interbiu selama hampir 15 min..huhu.

cenderahati untuk diberikan kepada pegawai makmal esok. simple je kan, tapi apa boleh buat. setakat ini je yang termampu.

btw, korg antara org ter-istimewa taw sebab dpt tgk cenderahati ni dulu sebelum orang yang berhak dapat tengok esok. Harap-harap encik Wan tak bace blog aku..huhu







Wednesday, December 15, 2010

bakar-membakar serahkan kepada kami

Yeah! akhirnya setel sudah tugasan bakar-membakar untuk final year projek aku (FYP). Aku & kawan aku, Mirah diberi tugasan untuk bakar carpet dan pasir dengan bantuan ignitable liquids- petrol, kerosin atau orang kampung panggil minyak tanah & diesel. Uish sangat mencabar ok proses bakar-membakar ni. Nasib baek aku dapat tugasan bakar carpet, senang sikit nak bakar. Mira pula terpaksa bakar pasir. Sangat la mencabar c0z walaupun dh tuang ignitable liquids tapi still susah nak bakar. well, dh nama pasir, bukannya bahan jenis mudah bakar. huhu. Paling mencabar nak bakar pasir + diesel, api susah betul nak nyala. Sampai merah-merah tangan kitrg cucuh lighter kat pasir tu tapi tak nyala-nyala jugak. Last-last pegawai makmal bagi idea supaya letak sumbur kat atas pasir. Nak taw kami gunakan apa utk dijadikan sumbur? kitrg gunakan tali mop. Abes tali m0p kitrg gunting, sampai m0p jadi botak. dah la gunting sembunyi-sembunyi, tak bgtaw org..haha. ok, tipu. takde lah sampai botak mop tu, kitrg amek 3-4 tali jerk.
kesimpulan yang kami dapat, diesel sangat tak sesuai digunakan untuk jenayah arson. guna petrol lagi best. apa itu arson? tanya pak cik google.

Mungkin ade yang tertanya kat mana kitrg bakar mende ni sume, kitrg bakar kat luar makmal. Nak mampus, bakar dalam makmal. Walaupun makmal siasatan kebakaran ni sebelah je dgn balai bomba. Kalo terbakar makmal ni, rugi gile. Dah la mesin-mesin dalam makmal ni sangat sangat sangat berharga. Kalo jual, boleh goyang kaki seumur hidup takyah kerja. Nasib baek, aku dalam kategori gadis yang baik lagi sopan-santun, kalo tak dah lama aku wat keje terkutuk tu. haha.

memandangkan kitrg bakar-membakar di luar makmal, jadi ramai lah orang lalu lalang dan kami pun opkos la menjadi tumpuan. well.

"masak kek ker?"
ada die nampak tepung, telur, gula ker? xde kan.

"uish..panggil bomba cepat, terbakar tu"

"eh taw bakar je,padam x reti ker?"
sabar lah pak cik, kami bakar ikut sela masa. huhu.

dan macam-macam lagi rungutan, aduan serta pertanyaan yang kitrg terima. tapi kami layankan jela.

Sekarang proses sample preparation dah setel, tinggal nak run sample guna GCMS jerk. Jadi, tugas kami dh makin senang. Disebabkan itu, aku mahu chow balik rumah hari ni. yeay! esok & ahad ni ponteng lagi. aku balik bersebab taw bukan suka suki, aku balik coz malam ni ade majlis solat hajat untuk kelancaran majlis perkahwinan kakak aku sabtu ni & sabtu ni kakak aku kawen. Sapa rasa-rasa umah die dekat dengan umah aku, datang lah yerk. tapi x yah datang ramai-ramai, khuatir makanan tak cukup. haha.

Tuesday, December 14, 2010

I Miss You.


" I Miss You"

Hish..MMS dari die ni lagi. Cantik. Ade gambar teddy bear gerak-gerak. Tapi rimasnya aku. Semalam dah bagi MMS- I Like You. Hari ni MMS-I Miss You. Walaupun MMS tu cantik, tapi aku sangat rimas. Tak faham bahasa ke aku memang tak suka ko. Dah-dah la tu hantar MMS ke SMS, aku tak suka, tak suka la. Aish.....

Sejak akhir ni, aku tak faham kenapa die suka sangat nak bagi msg kat phone aku. Mungkin sebab aku dh jarang topup kot. Tu yang die hampir setiap hari nak hantar msg kat aku.

Dulu selalu bagi SMS lucah-lucah & panas-panas, tapi sekarang SMS jiwangan dan pujuk rayu supaya aku topup. Ah lantak aku la nak topup ke taknak. Aku ade hak.










alahai Maxis & Hotlink...hentikan SMS anda ke nombor aku. Dah penuh inbox aku dengan msg2 anda...huhu.


tapi MMS-I Like You & I Miss You tu cumel jugak, boleh aku forward kat orang lain pasni. hihi. sapa mahu? sapa mahu? :P


ter-kantoi

"Lea, nanti kan ko cakap kat orang, duit tu XX yang kasi bukan aku taw"

"Hm...sori, aku taknak menipu"

Ceh, bajet baik je aku kan. Tapi hakikatnya seyesly aku tak suka menipu. Buat apa nak menipu, kalo sesuatu perkara tu sukar untuk diberitahu secara jujur. rahsiakan sudah. Macam kes aku dengan kawan aku, rasanya kalo dia nak suh aku diamkan siapa yang bagi duit tu, ok aku boleh diamkan. Tapi kalo nak suh aku berbohong. Sori to say la...

Secara jujurnya, sebelum ni aku pun macam korang jugak. Pernah la jugak aku terlibat dengan aktiviti kurang sehat ni, bohong sunat, tipu lah kan kalo tak pernah. Tapi yang buat aku tensionnya, tiap kali aku berbohong, mesti aku akan kantoi. Memang aku takde skill langsung la nak berbohong. Bila aku berbohong kan, terus jiwa aku tak tenang takut orang dapat detect aku berbohong, tu yang terus kantoi. Jadi, sejak dr tu, aku serik nak berbohong & aku tak suka orang lain berbohong dgn aku. hahaha...tak pasal korang terkena tempiasnya.

Ini kisah tahun 2005 di dewan makan (DM) asmara eh asrama...

menu lunch hari tu, nasi putih+sup daging+ sayur kangkung+ tembikai+air sirap-tak-cukup-gula. Entah kenapa hari tu, aku rasa tekak aku xboleh terima daging, terasa nak makan lauk lain. Biasanya orang asrama akan sediakan lauk lain utk budak-budak yang tak makan daging terutamanya orang India.

aku: kak, saya tak makan daging. (sambil ceduk nasi)

Kakak DM: betul ker tak makan daging?

aku: err...betul la kak...(tetiba senduk nasi kat tangan aku terjatuh) eh eh...

See see baru kena sergah sikit jerk, terus menggigil tangan aku sampai senduk tu terjatuh. huhu. Aku rasa kakak DM tu boleh agak aku tipu, tapi dia malas nak panjangkan citer terus kasi telur goreng kat pinggan aku. Then, makanlah aku berlauk telur goreng dengan perasaan tak tenang. sangat serba salah tapi segan la nak g mintak maap dan jelaskan kat kakak DM. Maruah perlu dijaga beb! huhu.

tu antara contoh peristiwa aku ter-kantoi. Nak dengar cerita lain?? uishhh..demand! mana boleh citer sume, satu cukup la..hehe. tapi pape pun, menipu memang tak baek kan kan?

"Dosa menipu melibat dua belah pihak iaitu dosa kepada Allah SWT dan dosa kepada yang kena tipu. Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang bersalah terhadap orang lain selagi orang yang menjadi mangsa tidak memaafkan si penipu. Orang yang menipu juga akan jauh daripada keimanan kepada Allah SWT. Ini kerana perbuatan menipu mungkin tidak diketahui oleh orang yang ditipu, tetapi Allah SWT maha mengetahui. Orang yang menipu seoalah-olah dia tidak meyakini bahawa Allah SWT sedang melihat dan mendengar apa yang sedang dia lakukan. Tidak meyakini dan mempercayai salah satu sifat Allah SWT akan merosakkan keimanan seseorang. Nauzubillah.." (sumber di sini)


kadang-kadang aku terasa setiap perbuatan aku akan terus mendapat balasan immediately. Macam kes laptop aku tu. Actually malam sebelum laptop rosak, aku telah buat salah kat seseorang...adakah...? hurm.....

Monday, December 13, 2010

kena sampuk ke aku?

Baru dapat tahu tadi, pegawai makmal pergi berkursus selama 2 minggu. Jadi, memang sudah rezeki buatku untuk menukar-milik tempatnya beserta komputernya menjadi milik aku. Owh, macam taw-taw je aku memang sangat memerlukan komputer/laptop untuk 2 minggu ni. suka hati aku je kan.

hari-hari yang dilalui sekarang memang sangat sangat membosan. sumpah aku tak tipu. Aku dah bosan taktahu nak buat apa. Kerja-kerja analisis karpet terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerna kehabisan gas dan terpaksa menunggu gas baru sampai. mesin tu perlukan gas nitrogen, kalo gas karbon dioksida, dah lama aku pegi hembus-hembus udara kat gas tank tu. kasi gerak itu mesin. haiyaa..mcm mana aku nak cabut rabu ni kalo keje x dpt setel awal. arghh..x kira, aku nak cabut jugak rabu ni, balik umah aku. ala ada satu minggu lagi kan..sempat sempat. u guys doakan aku cepat! hehe

actually aku nak citer mende lain tapi terciter mende ni lak. ish3 Aku kan sejak akhir-akhir ni riso dengan keadaan aku. Sejak akhir-akhir ni kan, aku ter-perasan, aku selalu tersilap taip atau tersilap bace. contohnya:

ketika aku membalas komen di blog

aku nak taip: tak baik berbohong.....
tapi tertaip: tak hilang berbohong...

ketika sedang membace surat khabar dengan Mira,

dekat paper tulis: asrama mendapat peruntukan...
tapi aku terbaca: asmara mendapat peruntukan..

dekat paper tulis: atasi masalah kegugupan
tapi aku terbace: atasi masalah keguguran

aku bace kuat-kuat lak tu..buat malu jerk..sob3

then tyme karok hari tu,

kat screen: punca angkara...
tapi aku ter-nyanyi: punca angkasa...

malu jugak sebab kawan-kawan aku perasan aku salah sebut..huhu

Byk lagi aku tersilap type and tersilap sebut tapi malas la nak tulis sume kat sini. sikit-sikit cukup. Mungkin ade di antara kalian ckp ini perkara biasa. tapi bagi aku sangat luar biasa. Sebab sebelum ni xpernah pulak berlaku, sekarang ni sangat kerap dan aku tak perasan pun sampailah orang tegur. kalo setakat tersilap satu dua huruf xpe, ni kadang-kadang jauh benor larinya. macam aku nak taip 'baik' tapi tertaip 'hilang'. Buat malu je..huhu Aku ni pulak jenis tak suka nak bace balik apa yang aku dh type dan tangan pantas je nak klik send atau sewaktu dengannya. uish bahaya aku ni, macam mana lah aku jawab exam hari tue, agak-agak ada typing errors tak. kalo ade, abes markah aku sebab mungkin diorang tak faham apa aku tulis...huhu

nak kata aku rabun jauh, memang rabun jauh. tapi dah pakai alat pembantu. (spek or contact lens).

nak kata aku rabun dekat, rasanya tak kot

nak kata aku buta huruf, kalo buta huruf takde lah mampu aku nak wat blog ni.

nak kata aku rabun malam, aku type mende ni siang-siang atau bawah cahaya lampu. jadi bukan masalahnya.

nak kata aku rabun warna, rasanya itu xde kaitan dengan masalah di atas.


owh apakah? adakah mata aku silap membace atau mindaku silap mentafsir. huhu. Pasni kalo korang ter-perasan ade typing erros lagi kat post aku ke komen ke ataw sewaktu dengannya, faham-faham ler tu...

ade sapa boleh bantu 'sakit' aku ini?

sapa nak baby? sila angkat perut!




Pilih-pilih, mana satu baby korang nak?? amek amek tapi amek gambar baby jela. percuma ai bagi u :P

Pagi td tengah sedap sedap aku selak-selak buku Harmoni edisi Jun 2009, majalah lama yang aku curi dr rumah sewa kakak aku dan bawak ke makmal, aku terjumpe satu artikel menarik berrbunyi...

"Lambat jadi ibu, panjang umur"

nak tahu lebih lanjut? meh aku ringkaskan...

Kebarangkalian melahirkan anak sindrom adalah tinggi bagi wanita berusia tapi tahukah anda, sekiranya anda melahirkan anak pada usia 40an dan 50an, ia petanda anda panjang umur. Paling menarik, saudara lelaki anda turut menikmati kelebihan tersebut. Menurut penyelidik dari Universiti Utah, tempoh subur yang panjang secara tidak langsung membuatkan usia anda lebih panjang daripada wanita lain.

uishh...taknak la umur tua-tua baru boleh dapat anak. takbest takbest. kalo boleh sekarang aku nak anak eh eh takboleh takboleh tunggu dah mampu dulu baru boleh ada anak kan kan?

kesahihan artikel tu tataw la berapa percent betulnya tapi segalanya bergantung pada Allah SWT jugak kan kan? kalo dah memang sampai ajal, innalillah la jugak and kalo dah nak ter-beranak, keluar jugak baby, memang dah tak boleh tahan-tahan. Segalanya di tanganNya.

baby ni cumel kan? kecik kecik dah pandai pakai contact lens kaler lagi tu. haha.

haa..lagi satu artikel menarik "Bayi zaman moden terlebih makan". betul ker?

katanya..kebanyakan makan bayi pula mempunyai kandungan gula & karbohidrat yang tinggi kadangkala melebihi sebiji burger. Kalo mcm tu better bagi sebijik burger...

ok, baby ku pilih nak makan bege apa ari ni..bege MCD? bege Kepsi? bege dil? or bege Malaysia?

So, kaum ibu, pasni hati-hati memilih atau membeli makanan bayi. tengok kandungan nutriennya dulu.

Sunday, December 12, 2010

sedih yang amat

Saat dan ketika ini, aku rasa sangat sangat down. sedih giler. hati aku terasa bagai dihirs sembilu. hancus. sakitnya seperti baru lepas putus cinta. eh tipu putus cinta lagi sakit....kot.
waaaaa.... aku tengah sedih ni. Laptop aku rosak. :( :( :(

Aku tataw mcm mane boleh jadi. Pagi semalam cm biasa aku on laptop aku. Then screen jadi hitam legam mcm bontot kuali jerk. cuba off on balik. tapi still cmtu. Ada yang ckp maybe motherboard rosak, ada yang ckp maybe screen yang rosak. Argghhh tension tension. Aku tak hantar kedai lagi. Tak sempat la. Semalam pun dh kena balik kuala terengganu balik. Aku tinggal kat umah je laptop tu. Nantilah g repair.

dan hari ni terpaksa menumpang kasih kat komputer makmal. Nasib baek pegawai bomba hari ni pergi kursus. boleh la pinjam kejap. Tapi pasni susah la kot aku nak update blog dan terjah blog korang.

Aku tak kisah kalo duduk kat umah but sekarang sedang wat final year project (FYP). T___T. Actually fyp aku tak perlu gune laptop pun tapi laptop perlu dibawak setiap hari. kenapa? sebab kalo tak, aku mesti akan mati kebosanan. FYP aku ni hanya bergantung pada mesin GCMS. Bila aku dah siap buat sample preparation, aku akan biarkan sample dianalisis oleh mesin dan analisis tu amek masa satu hari. jadi laptop amek diperlukan ketika menungu analisis tu siap. Sekarang aku tataw apa nak buat untuk hari-hari seterusnya tanpa laptop di sisi. teringat pulak lagu sixth sense, Tanpa...

"tanpa dirimu...aku mati......"
(mati kat sini mati akal, bukan yang satu lagi tu..)

Apa boleh buat dh nasib...sob3. Tapi betul jugak kawan aku, Lukman

"Sedangkan manusia boleh sakit, apatah barang"

owh....laptop...rindunya sama kamu. :(

Thursday, December 9, 2010

Kalo berpacaran


Tetibe aku suka pulak dengar lagu ni, mungkin agak ketinggalan tapi biar lah. Teringat kata-kata tunang kakak aku bila dengar lagu ni masa dalam keta 2-3 hari yang lepas.

Tunang kakak aku: haaa...lea dengar lagu ni. kite dah tak perlu kan?
(sambil jeling ke arah akak aku)

hahaha..hampeh je..mentang-mentang dah nak kawen minggu depan.

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

haaa...dengar tu kamu-kamu yang sedang berpacaran...aku takpe. Aku terkecuali..


p/s: aku ngah pelik ni, kenapa aku xleh nak tukar kaler font kat post aku ni...tension betul. penat aku godek-godek html, tapi still taktahu puncanya. ade sapa leh bantu?

Wednesday, December 8, 2010

sebelum masuk toilet awam, korang harus.....

Mai dekat mai dekat...(sebutan tu ikut gaya Sheila Rosli), hari ni ai nak share something ngan korang. Tips ni dah lama ai dapat tapi selalu lupa nak share. aish..bile usia dah bertambah, penyakit LUPA semakin berleluasa la..mungkin ade segelintir yang dah taw, tapi xpelah..ai nak share jugak!

Tips ni sesuai dipraktik oleh kaum wanita, kalo lelaki nak praktik pun ok jugak :P

Korang sedar tak sekarang penggunaan CCTV makin berleluasa? perasan tak? Penggunaan CCTV ni kadang-kadang sangak bagus sebab boleh bantu pihak polis trace penjenayah. Itu kalo dipasang di tempat yang elok, kalo di tempat tak elok dan xsesuai..nak je potong tangan mereka yang gatal tangan p pasang tu. Tempat tak elok dan tak sesuai tu macam kat toilet, bilik persalinan. Buat apa ntah nak pasang-pasang CCTV kat tempat2 cmtu. Mungkin niat mereka baek, nak tangkap orang belum kawen honeymoon, tapi sangat sangat sangat tak adil bagi kami yang tak buat kerja-kerja cmtu kan? kan? Pelik aku, orang nak buang hajat pun nak skodeng, apa yang best?

okeyh! tipsnya mudah je. First bila korang nak masuk toilet tu, make sure korang bawak henset dan kalo boleh henset tu ade bluetooth la. Maknanya henset nokia 3310 terkecuali. Then, korang turn ON bluetooth and search devices yang ade. ON bluetooth taw bukan Infrared. Kalo korang jupe nama-nama devices yang pelik-pelik macam WDX 2201, CAM 122...ataw apa-apa nama yang memusykilkan better keluar terus dari toilet tu coz mungkin ada CCTV. Kenapa mesti gune bluetooth sebab mereka pasti pasang CCTV yang ber'bluetooth' kalo yang manual opkoslah boleh nampak wayar-wayar berselerakkan. Senang la orang boleh detect dan terbantut lah projek skodeng modeng diorang.

Kalo korang tak reti nak cari devices cmne, korang buat-buat la nak send picture ke lagu ke. then korang tekan via bluetooth, pastu korang boleh nampak la devices yang ada. Mudah je kan, tapi hati-hati bawak henset masuk toilet kang tak pasal jatuh dalam mangkuk toilet. Aku tak bertangungjawab okeyh.

okeyh, ini saja tips yang aku share hari ni. Tips lain di hari yang lain pulak. Tips ni actually diberi oleh pegawai Forensik bahagian video and audio, jadi boleh dipercayai 99.9%. Tapi aku xpernah try pun lagi..hehe

Tuesday, December 7, 2010

Aku sebuah permaidani


Aku sebuah permaidani berwarna coklat, jenama tak tahu kerna aku buta huruf. Di mana dan bila aku dilahirkan, aku pun tak tahu sebab aku kan kecik lagi tyme tu. Namun yang pasti pembuatku telah menghantarku ke Mydin untuk dijual seolah-olah menjual permaidani di pasaraya. Aku diletakkan di atas rak bersama permaidani yang laen dan diletak tanda harga RM15.90. Setelah sekian lama menghuni di Mydin dan setelah ramai orang mengambil kesempatan ke atasku dengan meraba-raba badanku dan meramas-ramas buluku, akhirnya pagi ini seorang gadis yang comel datang membeliku. Finally, aku dapat tuan baru. Namun aku pelik kerna gadis itu membawaku ke Makmal Penyiasatan Kebakaran, Balai Bomba bukan ke rumah gadis tu. Hatiku mula rasa semacam, rasa macam tak best je. Kata hatiku benar, gadis itu telah menggunting badanku satu persatu. arghhh...sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Kemudian aku disimbah dengan petrol dan dibakar. Aku menjerit sekuat hati namun gadis itu tak mendengarnya, pekak barangkali. Maka, tamatlah riwayat aku sebuah permaidani.

ditulis oleh budak umur 12 tahun


Kesiankan nasib permaidani itu dan lagi kesian kat gadis comel tu sebab terpaksa membakar duit rm15.90. hoho. Tapi demi final year project, segalanya terpaksa dihadapi. Kalo tak kang, tak dapat la segulung ijazah tahun depan. Tak boleh, tak boleh, nanti tak boleh kawen opss tak dapat kerja.

Actually utk FYP, aku terpaksa bakar carpet baru dan lama. Untuk carpet lama., nasib baek pegawai makmal tu sponsor, tapi untuk carpet baru aku kena beli sendiri. Takkan die nak sponsor sume kan. Haa ari tu kan aku lupa tajuk FYP aku, sekarang aku dah ingat. "Validation study of identification of ignitable liquid residues from fire debris sample by GC-MS coupled with ATD". Means, aku punyer projek kena identify ignitable liquid residues yang terdapat pada burnt carpet. Dah-dah taknak la cakap panjang-panjang sal mende ni, nanti korang bosan or pening pulak kan.

see see bertapa susah nya aku nak gunting carpet ni.

daripada berdiri....

Sampai duduk atas lantai. okeyh, untuk picture ni sempat aku posing kejap.

bermacam-macam gaya aku gunting carpet tu, habis hilang kesopanan aku. Nasib baek pegawai makmal dan bomba takde tyme tu . kalo tak jatuh saham ai.

carpet malang td yang telah siap digunting.

Thursday, December 2, 2010

Kuseru Nur Kasih.


Aku baru selesai khatam novel berjudul 'Kuseru Nur Kasih' nukilan Noorfadzillah Omar terbitan PTS Sdn BHD. Novel paling best pernah aku bace dan thanks kepada pasangan bahgia Meor & Fadh sebab hadiahkan novel ini kepada aku sempena my besday 2 months ago. I really really really like it and enjoy reading it. Sungguh. Bayangkan novel setebal 819 muka surat berjaya aku habiskan dalam masa satu hari. Tak ke membuktikan bahawa aku sungguh excited dan ketagih untuk habiskan novel ini terus.

Apa yang menarik tentang novel ini dan mebuatkannya berbeza dengan novel lain ialah setiap bab pasti akan diselitkan dengan hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran yang sesuai. Sangat menarik kan dan tak bosan. Penggunaan ayatnya juga simple, tak putar belit or meleret-leret, tak begitu sarat dengan ayat-ayat romantik or kejiwangan, sedang-sedang gitu dan masih still layan jiwang.

"....membaca novel ini akan membawa anda ke dunia penuh romantisme yang akan melarutkan perasaan, namun tetap dalam penjagaan norma-norma ajaran Islam. "

Sinopsis novel ini: menceritakan kehidupan seorang gadis kampung bernama Yasmin yang sederhana paras rupa, pemalu, pendiam dan punyai anxiety disorder. Disebabkan kesederhanaannya dan sikap tidak memberontak, dia sering dijadikan bahan kertawa orang ramai. Namun nasib hidupnya berubah tatkala berjumpa dengan seorang jejaka kacak, kaya-raya bernama Yusri Erdhan. Yusri Erdhan menemui Yasmin ketika sedang menghadapi krisis dengan bekas tunangnya, Amylea. Dan seperti novel-novel cinta biasa atau filem cinta biasa, berlakulah konflik antara Yasmin dan Amylea. Endingnya opkos lah Yasmin dengan Yusri Erdhan...

Aku suka ayat-ayat yang digunakan oleh penulis novel ini, penuh puitis dan sarat dengan pengajaran. Sungguh kagum dengan gaya penulisan beliau, bilalah aku nak jadi macam beliau neh....

"Cantik merupakan impian utama yang selalunya jadi idaman kebanyakan orang tetapi jika tidak disertai sifat solehah, bahaya juga. Begitu juga dengan kebijaksaan dalam menangani sesuatu masalah, selalunya berhadapan dengan akhlak tidak baik boleh membentuk sikap seseorang wanita. Begitu juga yang berharta, tanpa bimbingan agama maka kekayaannya sering tidak membawa manfaat, bahkan sebaliknya menjadi masalah. Status sosial yang tidak diiringi kualiti agama yang baik hanya mewujudkan sikap riak dan angkuh."

Dan aku suka ayat ni, nanti boleh lah aku bagi jawapan ni bila ada orang bertanya kepada aku bagaimanakah ciri-ciri lelaki idaman aku...

"Lelaki itu boleh membimbing saya di dunia dan akhirat. Kerana saya inginkan syurga menjadi milik saya sekeluarga. Lelaki yang beriman dan bijak pasti akan memberikan keturunan yang mulia. Walaupun saya diberi sesuap nasi dan air kosong dari tangan suami namun kasih sayangnya memberikan perencah segala-galanya."

Sangat best taw novel ni, korang kena try bace novel. Rasai sendiri perbezaannya dengan novel cinta yang laen. Betul wa cakap lu....




Wednesday, December 1, 2010

Suka hati aku la nak sombong ke tak

Saat korang membace entry ini, saya sedang kesedihan kerna tiada lagi cuti semester buatku. Sob3.. ceh hampeh je kan ayat. Haha. Tapi seyes, cuti semester aku dh pun berakhir dan sekarang aku terpaksa fokus pda final year projek (FTP) lak.

Hari ini merupakan hari pertama aku dan kosmate aku, Amirah Daniel melaporkan diri di makmal siasatan kebakaran, balai bomba kuala terengganu. Memandang KT agak jauh dr umah aku, jadi aku tumpang la duduk umah sewa akak aku di flat Seri Kolam. 10 minit je dr balai bomba tu kalo jalan kaki. Tapi kalo naek kereta adalah lebih kurang 15-20 minit. Disebabkan itu, better aku jalan kaki je kan. Memandangkan hari pertama, jadi seawal 8.00 pagi aku dh kuar dr umah bersama akak aku padahal nak kena daftar diri pukul 9. Aku terpaksa kuar awal sebab akak aku kena masuk kerja pukul 8.30 pagi dan tambahan pula, nak breakfast dulu. Selepas breakfast, aku hantar akak aku pergi kerja dulu memandangkan laluan yang sama. Tempat kerja akak aku lak, 5 minit dr uah sewa dia. Gile best kan, jimat duit pengangkutan. Then, aku terpaksa jalan sorang-sorang ke balai bomba tu. Risau jugak, aku mana biasa jalan kaki sorang-sorang kat bandar KT ni. Huhu. 8.30 pagi aku dh sampai depan balai bomba tapi xkan nak terus masuk pulak. Kawan aku pun baru bergerak dr umah dia. Nasib baek, pasaraya Mydin betul-betul tepi balai bomba tu dah buka. Terkejut jugak aku, pagi-pagi hari Mydin dah bukak. Bukan ke biasanya pasaraya bukak pukul 10 ker? Argh..apa aku peduli Mydin bukak pukul berapa yang pasti pagi tu dah bukak. Jadi, boleh la aku window shopping sekejap sementara menunggu jam pukul 9.

Dalam pukul 9 lebih, Amirah sampai dan kami sama-sama bergerak ke makmal siasatan tu utk berjumpa dengan pegawai kat sana dan supervisor aku, Dr. Hadzri. Dan pagi tu, kami diberi taklimat secara general tentang fyp kami. Tajuk fyp kami lebih kurang cuma aku menggunakan carpet dan Amirah menggunakan pasir dan tanah. Tajuk fyp aku..."Validation of...apa ntah. Lupa plak. Panjang sangat tajuknya tapi yang pasti aku kena kaji kesan pembakaran menggunakan 3 types of ignitable liquid terhadap permaidani. Fyp aku pun actually adalah untuk mebantu pegawai makmal siasatan untuk mebuat database terhadap kesan pembakaran itu. Jadi, masing-masing dapat kepentingan. Aku dapat buat fyp, pihak bomba dapat database tu. Seronok jugak buat dapat buat fyp dengan kerjasama bomba, at least aku dapat pengalaman handle sendiri intrument gas chromatography-mass spectroscopy (GC-MS). Selama ini, kami hanya dibenarkan buat sample preparation je dan serahkan sample kepada pegawai sains utk run. GC-MS tu sangat mahal, harga MS saja sudah mencecah RM500, 000 manakala GC RM200,000. Thats y kami tidak dibenarkan sentuh dikhuatiri rosak. Dan yang paling penting, sem depan aku dh tak perlu risau pasal projek lagi, hanya siapkan writing paper jerk.

Selepas diberi taklimat ringkas, kitorang kena bace papers yang berkaitan dengan projek kitrg. Tapi memandangkan suhu bilik sangat sangat sangat sejuk, kitrg memang xleh concentrate nak bace papers. Then, aku dan mirah borak je dr tengah hari sampai lah pukul 5 petang. Nak buat cmne, kitrg x dibenarkan balik..huhu terasa macam dekat jabatan kimia dulu jerk. Selalu habiskan masa dengan bersembang tiap kali tunggu turn nak guna microscope.

Tepat pukul 5, kitrg dibenarkan balik. Yeah!!! Finally..haha. Seperti pagi td, aku balik umah sewa akak aku jalan kaki sorang-sorang. Dalam perjalanan tu, aku terdengar la siulan budak-budak lelaki yang gatal miang. Setakat siulan biasa aku tak kisah, tapi yang aku bengang bila aku tak layan diorang, diorang boleh cakap.

"pakai selendang tapi sombong gila, suruh pandang sini je pun"

Aku bukan sombong atau jual mahal, tapi bagi aku perbuatan diorang tu samalah macam orang takde adat dan tak reti nak hormat orang lain. Apa ingat aku pakai selendang kena layan korang ker. Eh tolong la. Aku bukan perempuan macam tu ok.