Wednesday, January 5, 2011

email address lambang identiti?

Sejak akhir ni, aku selalu dengar rungutan dr dak kosmate aku menyatakan mereka sangat penat coz terpaksa bangun memandangkan kelas pukul 8 pagi. setiap hari, kecuali ahad. Aku??? Tak kisah pun kelas pukul 8 coz dah terbiasa. Yelah cuti semester sebulan hari tu, mana aku boleh bangun lambat-lambat. pukul 8 dah nak kena ade kat makmal siasatan kebakaran. Tapi cakap je pukul 8, biasanya pukul 8.10 baru keluar dr rumah dan 8.30 baru sampai kat sana. Ala, aku kan buat final year project bukan praktikal, so tak perlu nak skema sgt sgt neh.

Jadi, sekarang biasanya pukul 12, aku dah tido. tido lambat-lambat takut tak terbangun pulak. tak terbangun g kelas, kira ok lagi kot. tapi kalo tak terbangun subuh. uish...dosa dosa. Lagipun mungkin dah terbiasa sejak duduk kat maktab pdrm lagi tido awal. Tak tahu kenapa bila duduk kat mpdrm, pukul 12 mesti mata dah mengantuk. mungkin suasana bilik yang begitu menggoda atau pun suasana maktab yang sunyi sepi bila waktu malam.

Actually kitrg terpaksa ade kelas pukul 8 coz lecurer yang ajar kami tu adalah doktor hospital Kota Baru (HKB). Beliau masuk kerja kat HKB pukul 9, jadi sempat la mengajar kami sejam. Aku suka doktor neh, Dr Wan Muhammad Zamri namanya. sangat best. memang tak ngantok time die mengajar. Lupa nak bagitahu, subjek yang beliau ajar adalah Forensic Medicine dan aku baru dapat tahu tadi bahawa die adalah antara top 5 pakar bedah mayat di malaysia. sangat hebat kan kan.

Beliau jugak biasanya sebelum pukul 8 dah tercongok kat dalam bilik toturial. Aku yang biasa datang pukul 7.50 pun terasa macam dah lewat coz lecturer dh sampai dulu kan. Semalam aku terkejut bila aku bukak je pintu bilik tutorial tu, tetibe die bleh cakap...

" Ingatkan hari ni pakai baju pink jugak"

terkedu sekejap aku. Macam mana die taw aku suka pink. then, baru teringat sehari sebelum semalam, die ade tanya aku..

Dr. Wan: nama sapa eh?

aku: Norlia..

Dr Wan: (sambil tengok list name)..owh duduk kat kemaman eh...

aku: a'ah...

Kemudian die cakap la

"korang neh suka pakai nama email pelik-pelik...kumbangbersilat la...butterflypink la..bla bla bla bla........."

then...baru teringat, mungkin sebab tu kot die tahu aku suka pink. tapi hari tu, aku tak pakai baju pink pun. huhu.

aku pun pelik cmne ntah aku boleh tulis email tue. Aku ade 2 email

nur_lieya88@yaho.com dan butterflypink88@gmail.

biasanya untuk urusan rasmi, biasanya aku akan bagi yahoo mail. sopan sikit bunyinya berbanding gmail. tapi ntah cmne boleh tertulis gmail adress, kan dah tak pasal-pasal 1/8 identiti aku terbongkar. hahaha.


4 comments:

Eazy Izzuddin said...

banyak email..
ku ada 1 ja..
hehe
siti_din89@yahoo.com
ramai bertanya siap siti?
hhe3

jedi said...

hahhaa..mmg pun. emel mmg gambarkan identiti kita...


papepun masa isi borang keje jaga la semua tue...pasal emel pun kena byk tanya nanti...

Puan Capa said...

boleh masuk jadi geng rama2

chanz said...

kumbangbersilat....azahiri....hehehe....