Saturday, January 15, 2011

Projek Best!

Semalam sedang ser0nok ber-facebook-ing, tetiba Hadi komen wall aku. Mengajak aku untuk buat satu projek dengannya. Haaaaaaa...jangan fikir bukan-bukan, bisness project ok..bukan projek tuut tuut. ahaks! Opss..lupa nak bagitaw, Hadi ni ex-student usm induk dan dulu aku pernah bekerjasama dengan die untuk jualan baju t-shirt I Love USM. Ingat tak dulu, dua tahun lepas rasanya, aku pernah jual baju t-shirt tu untuk kutipan duit for Installation Nite..ingat tak? ingat tak? kalo tak ingat, abaikan. Daripada die lah aku amek stok baju t-shirt tue. Macam mane aku boleh kenal die?? ahaaa...takperlu tahu. haha.

Tadi, die dah sent email kat aku tentang proposal tue. Nampak sangat menarik. Tapi rasanya perlu komitmen yang sungguh jitu. hoho. Kemudian, terfikir. Nak join taknak, nak join taknak. Kalo tak join rasa menyesal, projek yang menarik dan boleh la buat duit-duitan sikit. Tapi kalo join boleh bagi komitmen ke tak.

Tengok pada jadual kelas aku, taklah pack sangat. Setakat kelas pagi, petang dah free kecuali ahad coz ade lab tapi lab tue pun berselang minggu. Lab work untuk thesis aku pun dah setel, tinggal writing je. erm erm erm....still dalam dilema..

Then, aku pergi menyerbu bilik Zirah, tanya pendapat die. Die kata ok jerk dan die pun setuju untuk join sama dalam projek neh. Bila die dah cakap macam tu, aku pun hmmm...setujulah.....................

Projek apa? tunggulah bila dah konfem nanti aku gtaw. Kena perlu berbincang lebih dr hati ke hati dengan Hadi tue. Kena tahu la jugak berapa untung boleh dapat. Kalo untung tak setanding dengan peluh yang keluar, hmmm faham-fahamlah ye.. Well, zaman sekarang ni, kite perlu bersifat ke-duit-an sedikit.

Sebut pasal duit-duitan ni, teringat pulak pada JPA...JPA ni saja je taw nak mendera, mentang-mentanglah ni sem last aku nak dapat duit dia. saja nak dera mental aku. Psychological Violence betul.! hish!



10 comments:

Nafardz said...

wah..projek gapo lak ni syg????

Liquid said...

warghh nnt bley ar blanje incek liquid.!!! ehehehe

E.d.Y said...

JPA mmg suka bagi duit lambat

Puan Capa said...

ingat!!!!!!!!lea penah jual baju!hehe

lea said...

nana: i'll tell u later k dear!

liquid: x abes2 belanja..haha

lea said...

edy: biasanya cepat jer..

kak capa: kuatnya ingatan akak..hehe

CIK TOM said...

bisnes pe??cik tom pun nak join!heheh...

Din_diet said...

projek apa? klu projek menaik taraf wireless usm pada waktu puncak bgus gak.haha

Eazy Izzuddin said...

projek pe nih?
cepat2 bagi tahu hehe

mr.syazwan said...

da dpt duit nnt kata pulak sayang jpa pulak kan


hahah