Thursday, February 17, 2011

Aku yang tak berapa femes!

Mu nama je duduk Kijal, tapi tak pernah pun nampak batang hidung. Rumah dekat je padahal.

Nak tergelak aku bace komen kawan lama aku kat facebook. Ikutkan kami memang dah lama takjumpa, hampir 8 tahun jugak. Padahal rumah kitrg dekat ler jugak. Orang cakap kalo die kentut rumah dia, aku kat umah pun boleh dengar. Ok, tipu! Takdelah dekat cenggitu sekali..tapi kalo aku kat dalam umah die jugak, boleh ler kot dengar. ngeh3.

Apa boleh buat, aku memang jenis tak suka keluar rumah kalo balik bercuti kat umah. Aku lagi suka lepak kat umah. Dah nama pun balik rumah, duduk umah la kan. Tapi bila kawan aku ajak jejalan baru ler ikut. Ntah la, bila dah besar ni, memang takde mood nak keluar merayap. Kalo dulu, hampir setiap petang kot aku WAJIb meronda-ronda pantai dengan motor. Kadang dengan adik aku, kadang sorang-sorang. Sekarang ni, tiap kali balik umah, waktu petangku adalah di dapur. Kena siapkan makan malam!

Disebabkan aku jarang keluar rumah, ramai jugak orang kampong yang tak cam. Hari tu, masa kakak aku kawen. Ramai orang tak tahu aku ni adik kakak atau anak Pok Awi!

"Owh anak Awi ker? Hok nombor berapa ye?"

"Laa..bakpe dok pernah nampok pun sebelum ni"

Uish..ingat aku ni turun dari langit ker? Kerajaan langit? Oh tidak! Aku bukan pengikut Ayah Pin.

Aku anak ketiga dan ada sume. Kakak, abang, adik lelaki dan adik perempuan. Semua sorang. Perfect bukan. Tapi still rasa takcukup. Saya mahu lebih! Amboi demand ler pulak. Nak lebih beranak sendirik!

Kakak aku paling femes kot antara kami. Hampir semua orang akan tanya pasal kakak aku. Kakak aku ni jenis banyak cakap, mudah mesra dengan orang tua-tua. Jeles jugak aku. Aku kalo dengan orang tua-tua ni, lidah aku jadi kelu, tak tahu nak cakap apa. Taktahu nak bukak topic apa yang sesuai. Terfikir jugak, macam mana nak berdepan dengan keluarga mertua nanti....

Abang aku pulak hampir tiap-tiap petang pergi main bola. Jadi opkoslah orang boleh cam die.

Adik-adik aku pulak memang jenis kaki rayap. Tiap-tiap petang je asyik lesap jer. Pergi jalan-jalan umah kawan dia. Tak pun keluar main.

Aku? à tak dikenali..bukan Tok Kenali!

Ekceli aku memang jarang ada kat umah, adat orang belajar jauh camtu lah. Aku pun bukan jenis selalu balik umah. Kalo cuti panjang baru balik, kalo setakat cuti dua-tiga hari, aku malas nak balik. Penat! Jadi bila dapat balik umah, aku lagi suka lepak kat umah dan malas nak keluar. Keluar g kedai pun rasa macam malas giler. Tu yang diorang jarang nampak aku.

Yang paling kelakarnya, ada pulak yang fikir aku ni awek baru ayah aku! Gila! Time tu ayah aku antar aku pergi stesen bas. Alahai susah betul kan bila tak dikenali ni, macam-macam orang akan fikir....................

17 comments:

Din_diet said...

ak gelak baca perenggan last sekali.huhu

ak rasa klu ko nak femes ko lukis banner besar2 letak kat kijal mall.baru pasni satu kemaman kenal.haha

E.d.Y said...

haha...situasi yang sama pernah dilalui...

Eazy Izzuddin said...

uish2...
kasi lah femes sikit
;P

p/s:
Sesi Terjah SB

Robot | Sakti said...

keh keh keh

bila ada orang tak kenal nampak, macam-macam gosip keluar.

huhuhu

MiR said...

hehe aku bukan xpemes
kt kawasan umah aku..
tapi aku mmg duk dalam
umah je..
sampai jiran aku ckp
aku sombong sal tak kuar umah..
adeh..

HEROICzero said...

haha bagus ni, anak gadis, duduk diam2.. low profile. keh3x~

cik ciput said...

aiyoyo..awek baru ayah?haha...oh tidaaaakkk..

lea said...

din: kijal xde mall..giant ade..hehe

lea said...

hero: ye! sy setuju! anak dara kena duk diam2 kat umah

Puan Capa said...

lepas ni..orang dah tau..leh terus gi minang terus.hehe

mie said...

gue pun penah alami..
sbb jarang ada dirumah..
eheheee

lea said...

kak capa!: w0w....market tgi la cmtu ye...

Trafalgar D' Law said...

aku nak belajar ilmu hilang-hilang dari ko boleh? hohohohhooh..

-TRAFALGAR D LAW-

echah mashuri said...

HAHA..samelah ecah skrg kalau balik duk memerap dalam bilik je.bukan ape.tido la kejenya.ehheh..duk blaja xleh bermalas2an gituu...erkkk...ade lak dipikir awek abah iea.;p

EIPUL said...

aku pun tak kenal jiran aku
biasa la tu
haha
tambah2 plak ayah aku pindah n9, pastu aku balik pun time cuti je, tadek sape yang aku kenal pun kat area situ, huhu

liyana said...

hehe.. penah jgk berlaku kt diri ini. tp persepsi kena diubah, sikit2 mula join aktiviti kwsn kampung, baru org knal sikit. huuh
~jadi awek ayah tu x menahan tu.. hehehe

chanz said...

kalo sume org kenal pun susah gak....

aku lak sume org kenal aku anak cikgu jalil.....daa.....zzz