Monday, February 13, 2012

Isteri lebih berpendidikan tinggi dari suami? Kisahkah?

Assalamualaikum wbt.


Tadi tertengok status satu group, Anti My-EX kat wall facebook, statusnya berbunyi begini:

Korang tak segan ke kalau dapat pasangan yang kelulusan dia dari tinggi dari korang??? kira yang lelaki lah... yang perempuan lak korang tak kesah ke bila dapat pasangan yang kelulusan nya lebih rendah dari korang??? sila komen dengan penuh berhemah.... [fire fire fire]

Ramai jugak yang meng-LIKE dan mengomennya. Ada yang kisah dan ada yang tak kisah. Aku pun turut mengomennya. Saja-saja nak kongsi pendapat. Sori, sebenarnya aku nak kopi-paste status ni dan tempek kat dalam entri, tetapi sekarang ni aku guna laptop kawan aku, laptop aku msuk wad, so aku tak reti nak guna PAINT versi lama. blur sekejap.

Antara pendapat yang aku suka tentang topik ni.


Pendapat 1: tak kesah la pendidikan sape lg tinggi, yg penting dia mst berpengetahuan luas sbb dia adalah pakar rujukan kita.. yg penting dia kena byk saba sbb org perempuan mmg suke tny byk kali benda yg same smpai lelaki fedap.

Pendapat 2: Dalam kubur xder soal pasal tinggi or rendah kelulusannye...yang ade hanya tinggi ker ta amalannye... kat dunia nie allah bg rezeki sama adil kat semua makhluk.. tggi ilmu lau pemalas pown tak gne jugak.... lebih baik cetek ilmu tp bekerja keras... dr tinggi ilmu jd seorang yang bongkak n pemalas... (yang ni, ramai yang LIKE)

Pendapat 3: Skrg bukn pandang segan xsegan...tp pk kos hdup yg smkin mningkt...tu sbb klulusan n jns pkrjaan tu jd aspek utma dlm pmlhn jdoh...kdg pepuan xnk bkwn dgn lelaki tak berkelulusan bkn sbb malu p sbb tkut xle sra hdup bkluarga klak...almklumlah skrg,,,sume plukn duit...tp ape pon jdh ajl maut sum ktntuan Tuhan...trima dgn ikhlas...^^


****************************

Dulu pendapat aku sama macam pendapat ke3 tu, tapi sekarang bila dah semakin matang, dah ada pengalaman. Pemikiran aku pun dah berubah.

Bagi aku, soal tahap pendidikan tak payah nak diambil kira sangat. Apa gunanya berpendidikan tinggi tapi akhirnya tak bekerja, nak kahwin pun bergantung dengan mak ayah. Tinggi mana seseorang itu belajar, UPSR, PMR, SPM dulu berapa A, kos apa yang diambil dulu, itu semua tak penting, yang penting bagaimana seseorang itu membina kerjaya masing-masing. Kadang-kadang orang yang berpendidikan rendah lagi berjaya dari orang yang berpendidikan tinggi. Betul tak?

Lagi satu, apa gunanya berpendidikan tinggi untuk dunia tetapi rendah dalam ilmu akhirat. Sebolehnya biarlah seimbang kan.

Well, ini hanyalah pendapat aku, lain orang lain pendapatnya kan.

Tapi pesanan bagi lelaki yang berpendidikan rendah dari pasangan atau gadis yang diminati, janganlah rasa down atau give up macam budak ni. At least, berterus terang dulu pada gadis tu, mana tau gadis tu juga mempunyai perasaan yang sama terhadap anda dan tidak ambil kisah pun pasal perbezaan pendidikan.

Ala, lagipun aku rasa bila dah CINTA, semua perbezaan, kekurangan ditolak tepi. Well, cinta itu kan buta.




kata hati LEA: Cepatlah sembuh wahai lappy... :(

40 comments:

Saddila said...

mana ada pendapat yang ke 4 akak tulis.

dila suka pendapat yang ke 2 :)

Lea Isnawi said...

Saddila




hehehe sori. tadi akak wat 4 pendapat. tapi last2 buang satu. tapi dh edit dh..hehe

mizzkechique said...

xperlu kot nk beza²kn taraf pendidikan..

Tea said...

aku kan lea lagi teruk.. dah serius dan nak kompom2 gitu baru aku tanya, "boifren, ko ade degree tak?" itupun bapak aku yg tanya... sah2 itu cinta punya pasal...

..ika itu aku.. said...

ada yang masih kisah dan ada yang tak kisah pasal taraf pendidikan ni..
tinggi rendah tak penting..
yang penting yakin dia boleh jaga kita..
kdg2 walau suami lebih rendah taraf pendidikan tp pengalamn diorang lagi banyak n lagi matang dari si isteri yang ada kelulusan tinggi..
restu mak ayah paling penting..^_^




*panjang lak komen..huhu

Eza Boom Boom said...

bagi Eza berpendidikan tinggi tak penting sangat. Pendidikan tinggi tak semestinya dapat keja bagus kan? Tengok rezeki jugak. So,dah nama pun jodoh. Hal pendidikan dan yang lain-lain, sila abaikan. ;) Dah takdir cinta bak lagu Rossa. :P

dhiera said...

baru balik dari kursus kahwin semalam.. ustaz cakap kalau boleh cari lah calon suami atau isteri yang sekufu~ dan saya setuju biarlah sekufu bukan kehidupan berkeluarga berpanjangan~

Arra Ahmad said...

kalau boleh bertolak ansur.topik ni tak pernah bawa masalah..:)

nanad said...

betul betul..yang penting beliau rajin dan bertanggungjawab :)

cik najihah said...

sy selalu jadi mangse..mostly x berani nk dekat sebab sy degree dorang diploma..kadang2 ase frust jugak

Lea Isnawi said...

cik najihah



lea penah jugak kena sekali..huhu
takpela..mungkin bukn j0doh kita la tu kn kn

Aqiim said...

saya tak kisah pun..
kalau dah memang itu jodoh saya, maka saya terima je..
hehe :P

ihaaz said...

paling penting dua2 kne sma2 ikhlas..
hehe

khaifaiz said...

sblm tu kena tau juga jenis berjaya macam mana yang dia nak sgt kan...

Syazwan Che Deraman said...

patut la lama hilang.

betul tu.
yang penting, bagaimana dia membina kerjaya tu.

semoga laptop cepat sembuh.
hehehe

have a good day.

hassy chan said...

hehe tu la..
y pntg kne ad kerjaya..
even blaja x tinggi, tp bkerja n mmpu sara keluarga, xslh pun nk plih dia hehehe

Lea Isnawi said...

syazwan che deraman





takdelah lama sgt, baru sehari kot x hapdate

hehehe

Cik TeN10 said...

xkisah pun.. tetttt.. pendek je kan jwpn sy.. haha =p

Ct Aja said...

setuju dgn lea...tp harap2 lepah kawin pun terus buta, sbb sstgh org pas kawin baru nampak kekurangan kan...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

zuan x rasa yg zuan akan segan.. walaupn dgn kwn or saudara mara, rezeki masing2 kan :)


tp tkt isteri tu naik kepala je la, tkt dia trlalu bangga ngan status tu smpai tak hormat suami..

Wadi AR said...

tak tahu la aku kak.

H.J said...

mecednya kak lea skang ni..haha

Princess Feyqa said...

fika nk pasangan yg fika ada skrg ni :P haha cermat, pandai utk sgla aspek n mestilah patuh pada arahan Allah swt :)

Zakaria's daughter said...

alaaaa. tapiii no tigeee tuu jugakk r jadii pilihann..

tak matured ag r neh.
okay2 , tunggu saat2 matured jehh nihh. haizzz.. sabarlah hatii.
kekek

semutsengal said...

selagi dia dpt jalankan tanggungjawad sebagai suami/bapa. kenapa harus dipertikaikan ?

lisa said...

tak kisah yg mana lebih yg mana kurang. bila dah kawin, sama2 usaha jadikan hidup tu selesa. mind me, cari yg bertanggungjawab :)

Iffah Afeefah said...

talak kisah punyaaaa

cik sakdi said...

sebenarnya stuju dgn pendapat kedua tu.. hahahah bab pelajaran tu,, kalu same2 habis sekolah pandai bace ok la tu..

Juliet_iRa~" said...

cinta tak buta tp mnusia y dibutakan oleh cinta..heee ;p

org kata kalo nak sekufu biar sm2 pnya tahap pend y sm..kalau lelaki tu xda pend tinggi pon tp pndai cari duit, btggjwb dah ok daa...kalau lelaki tu pend tinggi tp mls kerja tak guna gak..

so tepuk dada tanya akal..:)

margie gates said...

depends..some ppl x kisah...some ppl kisah..tapi bg aku..pun berbelah bagi..a part of me..tak kisah..a part of me mcm kisah..lagi2 bile family aku yang kisah..dan lg2 bile bf aku dibandingkan dgn abg2 ipar aku.STRESS.

Naji Mahat said...

saya tak kisah pun! maklumlah belajar takat SPM je kan! huhuhu

fathiahRAIHANA said...

suka pendapat kedua :)
kalau pendidikan biasa2 pun, tapi boleh bmbing bina baitulmuslim, ckuplah ^^

Lea Isnawi said...

Dr Naji Mahat




eleh..takat SPM konon
kalo SPM, takde la dpt pangkat DOKTOR

miss nimnim said...

kalau die belajar tak tinggi mana pun, asalkan berfikiran matang, boleh mendidik ilmu akhirat ok la.asalkan boleh terima seadanya kekurangan pasangan xjadi masalah aku rasa.cuma nnt bile dah berkahwin, kene tahan dengan mulut orang jela.sebb ade kes even pasangan boleh terima, disebabkan mulut orang suma hancur...

Hanie Dew said...

tak sepatut nya dikisahkan sebab bila dah kawin tanggungjawab sama sama kene pikul sama sama kene lead rumahtangga.

Lea Isnawi said...

miss nimnim



part kena tahan dengan mulut orang tu aku sokong! bila kita dah nekad nak terima die dalam hidup, kena tutup telinga umpatan orang tentang pasangan kita. Apa hak mereka untuk judge pasangan kita kan.

Anak Wak Mail said...

memang lah dalam Islam sekufu tu penting..tapi kalau dah jodoh,,kena terima,,kalau lelaki tu kurang pendidikan,,jangan pandang rendah pada dia..ingat dia tu suami kita..

eh aku mcm tak menjawab soalan pulak..hihi

.........cP~ said...

Bukan taraf pendidikan yang jadi ukuran, tapi ilmu yang dia ada. Ada orang tak mampu nak belajar tinggi2 tapi, ilmu dia banyak. Ilmu akhirat sah2 la paling penting.

Ca Cik Duyung said...

bagi ca,ca pon xkesah..janji ada keje tetap sbb skang segala2nya perlu duit..kerana duit pon ada yg cerai..

Ca Cik Duyung said...

bagi ca,ca pon xkesah..janji ada keje tetap sbb skang segala2nya perlu duit..kerana duit pon ada yg cerai..