Wednesday, February 23, 2011

Korang kena amek tahu neh!

Ikutkan mood untuk menghapdate blog memang dh makin kurang sejak balik dr picnic ari tu. Mana tak kurang kalo internet kat sini macam bongek jer (jangan tanya bongek tu apa coz aku pun taktahu..hua3) dan pernah satu hari tu takleh nak bukak semua website. Tension okey but nasib baek gak internet problem, siap la jugak assignment aku sebijik. Jadi, sori la c0z aku jarang dah menjengah blog korang, internet problem menyebabkan pergerakan aku agak terbatas...huhu.

Back to the topic today! Actually nak share ngan korang apa yang aku dapat time class law tadi. Mungkin mende ni tak semua orang tahu c0z aku sendiri pun tak tahu sampai la diberitahu tadi. Untuk menyenangkan aku bagi satu kes la....

Satu pagi yang indah, ramai orang berpusu-pusu ke pasar untuk membeli barangan kering dan basah untuk sajian pada hari tu. Walaubagaimanapun keadaan di pasar taklah seindah keadaan di luar pasar. Bau hanyir ikan, daging semerbak memenuhi ruang pasar tu, lantai yang licin, penuh dengan air dan kadang-kadang boleh ternampak tikus-tikus montel berlari-lari kejar-mengejar dan menyorok kat dalam longkang. Erkkk! Walaupun keadaan pasar tu taklah se’best’ dan sehebat pasar raya Mydin or pasar raya Tesco tapi ramai gak yang datang coz pasar raya mula operasi pukul 10 pagi, dan ini akan melambatkan proses masak-masak untuk makan tengah hari. Si isteri opkoslah tak mahu kena marah dengan sang suami kalo terlewat siapkan makan tengah hari. Suami memang camtu, tahu nak marah je kalo makanan lambat terhidang, bukan nak amek tahu masalah isteri..ok2 takleh cakap lebih2 c0z aku pun belum kawen lagi..ngeh3.

Dalam kesesakan orang membeli belah kat dalam pasar tu, ada lah seorang gadis tu. Punye cun, mekap tebal 1 inci, nak sembunyikan jerawat batu bata, lipstick merah menyala, baju pun memang cantek ah dan berkasut tumit tinggi 2 inci. Tapi rasanya minah ni silap la, masuk pasar dengan pakai cantek macam tu, pas keluar dr pasar tu opkos akan dapat perfume free, bau ikan yang sangat sangat best. Boleh buat orang terliur nak makan ikan baka kalo terhidur. Gadis tu pulak dapat rasakan ramai mata yang memandang ke arahnya, yelah paling cun kat dalam pasar tu.....kot. Jadi, die pun seronok la jalan dengan gaya ‘kucing-berjalan’ atau omputih panggil catwalk. Tiba-tiba............

Gedebuk!!!

Tu dia..macam nangka busuk jatuh! Mungkin terlalu over confident sangat sampai terlupa nak tengok bawah dan tak sedar lantai tu licin...

Akibatnya, kasut tinggi 2 inci tu patah dan kaki kanan gadis tu pun patah. Sejak ari tu, gadis tu tobat taknak masuk pasar ltu lagi. Dah la mendapat kemaluan yang sangat besar, kaki pulak dah patah sebelah, memang malang sungguh nasib die pagi tu.

Well, tahu kah korang. Dalam keadaan macam ni, gadis tu boleh saman tahu majlis perbandaran atau mana –mana pihak yang bertanggungjawab terhadap pasar tu kerana menyebabkan die kepatahan kasut dan kaki sebelah. Mungkin pada dasarnya, kesalahan nampak pada gadis tu. Sapa suh pakai heels dalam pasar. Tapi hakikatnya memang boleh saman tahu. Coz majlis perbandaran bertanggungjawab terhadap keadaan pasar tu atau bahasa law-nya...duty of care. Gadis tu boleh buat tuntutan saman malu dan saman ganti rugi terhadap kepatahan kaki die. Berapa banyak tuntutan yang boleh dimintak, depends kot, not very sure. But try la fight untuk harga yang tinggi. Kaki kita kan tak ternilai harganya, jadi mitak tinggi2....

Wah...camni seronok la kan, boleh la nak saman-saman kan. Tapi agak-agak ar kalo ada kepatahan mana-mana anggota badan kecuali hati atau kecedaraan yang sangat sangat teruk, baru boleh buat tuntutan. Kalo setakat kepatahan kasut tumit tinggi, jangan harap lerr....lawyer pun taknak layan korang. Dan lagi satu and this plis take note, sekiranya pihak yang bertanggungjawab tu dah tampal notis siap-siap, “segala kecedaraan atau kemalangan yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri”, haaa...time tu jangan gatal-gatal nak menyaman. Memang akan kalah. Tanggung jela sendiri sapa suh tak berhati-hati.............

So, moral of the story?? Lu fikiq la sendiri.....lalalala......................

21 comments:

DuniakuAbstrak said...

kadang-kadang haku tak faham dengan Law ni, yang saLah pun boLeh menang kes..haish

lea said...

betul2....aku pun tak faham
paling tak faham, kenapa aku harus belajar menda2 neh....T__T

Puan Capa said...

benda camtu je nak main saman2?ish2

lea said...

kalo dpt kepatahan kaki or cedera teruk..boleh kot nak saman
but process saman-menyaman ni sangat leceh kan...

Edy Zaidi said...

pening dgn law ni..nasib xamek dulu..huhu

chanz said...

saman menyaman amalan rakyat Malaysia...

Fatin Athirah said...

ahaaha...cmtu pun ada ek?
tp bagus jugak...
tp x suka law, kdg2 yg tak ptt jd ptt,
yg perlu jadi x perlu..

lea said...

tu dia...masing2 ada pendapat sendiri tentang law

echah mashuri said...

i saman u.ye ai saman u!u u!hehehe


yang benar,
gadis berteropah.;p

~dARlee zURiS~ said...

suka belajar law sebab boleh buat kita realize perkara2 yg kita slalu pandang remeh :)

Robot | Sakti said...

saman tak nak kalah.

mesti juta-juta.
baru cepat kaya.

hehehe

aLieF si Muncung ManiS said...

betul sgt...alief tak nak bagi komen pasal saman kat atas ni...hehehe..alief nak komen pasal internet USM yg sungguh slow..huhu..tak suke...

HEROICzero said...

yang penting, semua baik-baik saja. kan? =)

tikahmodjaika said...

kak lea...lawyer tue sape name???mane tau dy lawyer same ajar kotrunk last sem????

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Saya jatuh hati tgk pemilik blog nie.Boleh kena saman tak pemilik blog sebab menjatuhkan hati saya?Keh Keh

Umie said...

owh akak baru tau...thanks sbb bgtau..;-)

tapi kan nowadays kat mesia budaya saman menyaman nie keterlaluan kan..nyampah plak akak tengok..hehe

lea said...

alief: memang sgt bongek!!

hero: apa yg baiknyaa

lea said...

tikah: rasanya sama je. nik apa ntah. lupa dh...hehe

lea said...

fakhru: oh tidak!!! saya takde duit nak bayar saman....hahaha

kak umie: betul2...terutamanya artis

tikahmodjaika said...

ye ar kut....org pun dah x ingt...huuuuhuu..kecik2x je kan...part plng best bler dy ajar psl hak penjagaan...smpi hak kite lpas cerai dy ceritakn....so leh jdk mata duitn skit tyme tue

lea said...

owh yg tu belum sampai lagi
baru lepas belajar civil court..syariah court coming soon..hehe

memang die dh rasanya, coz die ade ckp die ngajar bdk 2nd year sem lepas