Sunday, February 27, 2011

Ore Kelate owh Ore Kelate

cerita ni diceritakan oleh ustazah aku satu masa dulu...tak tahu lah kisah benar or tak.

Di sebuah kampung di sebuah daerah di negeri Kelantan, (gila banyak 'di'), tinggallah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak gadis yang bernama Maya. Maya memang sangat cun, gebu, putih melepak. Biasalah orang cakap, gadis Kelate ni comel-comel belaka, tapi aku rasa gadis Terengganu pun comel n cun jugak ape. Eh eh gadis negeri lain pun sama jugak. Ala pape pun, semua manusia sama je di sisi Allah :)

ok, berbalik pada kisah Maya. Satu hari, adalah rombongan meminang datang ke rumah mereka. Rombongan tu datangnya dari Penang. Uish...jauh dari utara tu haa nak datang meminang gadis pantai Timur. Taktahu macam mana diorang boleh tahu kewujudan Maya tu, mungkin dari facebook la kot. Ustazah aku tak citer le pulak.

Then, keluarga Maya pun kalutlah buat preparation untuk menyambut rombongan meminang dari utara tu. Mak si Maya siap berpesan kat Maya,

"Maya, nanti mu jage sikit tingkah laku, kecek nanti gak sope sikit deh. Malu kok ore nanti..."
(translate: Maya, nanti jaga tingkah laku, percakapan tu kena sopan sikit. Malu kat orang nanti)

"baik mek"
(sesetengah orang kelantan panggil mak dia- mek)

"Nah amek kuih ni wat gi depe"
(amek kuih bawak ke hadapan-ruang tamu

Maya angguk dan terus mengangkat dulang yang berisi air sirap dan kuih cek mek molek. Melangkah dengan penuh keayuan. Pinggangnya sengaja dilenggang-lenggokkan ke kiri dan ke kanan. Control ayu la kunun-kunun.

Keluarga si peminang tu terpegun tengok Maya. Cantek, ayu, sopan. Perfect! Mak si jejaka memang dah berangan nak jadikan menantu budak Maya tu. Si jejaka pulak tersenyum malu-malu memandang Maya.

Sampai je ruang tamu tu, Maya pun meletakkan dulang tu atas meja dan menegur mak si jejaka perlahan sambil senyuman setia je kat bibir. Mendengar je kata-kata dari Maya, mak si jejaka terus pengsan. Maka kalutlah keluarga si jejaka tu mengusung mak balik ke rumah. Terbantut lah sekejap urusan peminangan pada hari tu.

"Mak, awat mak pengsan tadi?"
tanya si jejaka kepada maknya setelah terjaga dari pengsan.

"Macam mana mak tak pengsan, ada ka patut dia cakap. Jemput lah kedarah. Uish gilo apa nak suruh kita pi minum darah. Dah kansel! p cari orang laen!"

Kedarah tu makan. Tapi mak si jejaka dari Utara tu dah tersilap tafsir. Kesian si Maya dan jejaka tu. Masing-masing melepas takleh kahwin. hahaha!

Jadi moral of the story, orang kelantan kena jaga percakapan, sebab terkadang ade yang tak faham loghat korang. orang kelantan jangan marah ye! :)

19 comments:

cik ciput said...

hahhaa..nice one lea..sian diorg xleh kawen.. =)

putra87­™ said...

haha.. jmputlah mentekedarah... wakakaka..

Sharinginfoz said...

memang perbezaan bahasa perlu difahami betul2

NAZRUL AZAT said...

serius betul n pernah berlaku, ore kelate n org kedah kene cakap baku, kalo memasing ckap ikut loghat sendiri ade je prob huhuu

DuniakuAbstrak said...

kesian Maya..hahaha

qasehraihan said...

hahaha...ksian kat dorg

JIJI YU said...

pehal aku yang asli kelantan ni takder pulak ajak orang makan cam tu ek..ehehe

Edy Zaidi said...

haha..kesian siot

mr.syazwan said...

hahaha itu lah

dulu ada mmg kata ko g bekwoh eh?

ingat kan g berak

rupanya g kenduri

haha

adehhh kelatey2 oi!

Raji berkata said...

hahaha
nk kena blajar bahasa klate plak la lepas ni ;D

HEROICzero said...

jemput2. =)

hehe dah la susah nak paam, diorg cakap laju plak tu! keh3x

lea said...

mr syazwan: bekwoh ngan berak lain kot..hahahaha

chanz said...

kedarah is loghat kelate?

mentekedarah is also common in utara as well. so....lebih kurang je? hoho

lea said...

owh ye?
hahaha..ekceli aku lupa lak org mana yang pi pinang maya tu...

lea said...

owh ye?
hahaha..ekceli aku lupa lak org mana yang pi pinang maya tu...

Hafzan Sarah said...

tak penah plop aku guna perkataan kedarah tu..hu hu.

bunga said...

haha..tapi setahu bunga kedarah 2 lebih kurang maksud dia melatak..cm mkn byk2 (perkataan tu mmg kurang elok)..jadi mmg bgs gak xjadi..hahaha..

Puan Capa said...

akak dgn KE...okeh je

liyana said...

mentekedarah tu mcm buruk lantak je kekdah nye ek.. hehe
nsb la sy dgn incik tng 1 nogoghi ja. hehe