Tuesday, February 8, 2011

Tulis Thesis dulu baru boleh tulis novel!

“Kak, nasi kerabu so”

“Nasi kerabu lauk ayam bakar so”

Begitulah suasana gerai nasi kerabu di pasar minggu berhadapan hospital universiti sains malaysia setiap hari Jumaat. Gerai nasi kerabu ini sering mendapat sambutan daipada masyarakat setempat dan juga pelajar usm. Sesetengah pelajar yang bukan berasal dari pantai timur juga semakin menyukai keenakan nasi kerabu itu. Nasi kerabu merupakan sajian terkenal di pantai timur. Terdapat juga pelbagai lauk yang dijual bersama dengan nasi kerabu. Namun kebanyakkan pembeli lebih gemar memilih lauk ayam bakar dan daging bakar sebagai lauk tambahan bersama nasi kerabu.

“berapa riyal eh?”tanya seorang gadis setelah menyambut bungkusan plastik berisi nasi kerabu berlaukkan ayam bakar.

“rm3.50”

Mendengar jawapan daripada penjual, duit berwarna biru sebanyak empat keping segera dikeluarkan dari dompet gadis itu. Setelah mendapat duit baki, gadis itu terus beredar dari gerai yang penuh sesak dengan orang ramai yang mahu membeli nasi kerabu sebagai hidangan makan malam. Ketika sedang mengatur langkah untuk bergerak keluar, pandangannya terhenti ke arah seorang lelaki yang betul-betul berada di belakangnya.

Lelaki itu tersenyum. Gadis itu turut membalas senyuman itu. Manis! Detik hati gadis itu.

Kemudian, mata gadis itu terus meliau mencari temannya.

“Eh, sorry, sorry, ramai orang tadi kat gerai nasi kerabu”, jelas gadis itu setelah menemui teman baiknya.

“Takpe, kau dah siap beli ker?” tanya teman baiknya.

“Dah, jom balik!” ujarnya dengan yakin.

“Eh kau tahu. Tadi kan aku jumpa sorang budak batch kita. Dia senyum kat aku. Comel!..hehe,” cerita gadis itu kepada teman baiknya ketika dalam perjalanan pulang ke asrama.

“owh yeker. Yang mana satu eh? ko ni yakin je die senyum kat ko”

"Haha entahlah tapi dia memang jenis suka senyum je aku tengok. Aku taktahu sangat nama die, cam muka jer." balas gadis tu sambil tergelak.



**********************************

aku taktahu nape aku taip mende neh. tetiba terasa nak menulis cerita novel. Cam best pulak.

Tapi kena siapkan writing thesis dulu.....

mahu bace citer ni selanjutnya, tunggu tunggu dan tunggulah ye..hehe


19 comments:

fatiehah asmui said...

baru nak amek mood..dah kene potong..hahaha

lea said...

hahaha! wat thesis tu dulu :P

Diana said...

nak tulis novel romantik ke?^^, hehe

lea said...

romantik campur seram.
ok gak kan?

Fatin Sakura said...

hehe..jom2 same2 buat novel section hehehe...

Umie said...

nasi kerabu tabetai!!!

sedapnye kalau dpt mkn nasi kerabu..nak buat sendiri adalah malas..hehe

echah mashuri said...

alaa...smbung cpt2 ea.hehehe

lea said...

fatin: jom3!

lea said...

kak umie: Jangan malas-malas :)

echah: haha..tiada sambungan dah pasni!

mr.syazwan said...

ish2 novel pulak ye

jangan tangguh2kan thesis nnt merana


huhuhu

lea said...

ok! siapkan thesis skrg!

hik3

hanisah said...

ehem.

FurBall said...

ceit...aku baru nak kumpul mood baca novel ko..thesis nnt boley siap.no hal lah..ahaks

lea said...

nisa: sakit tekak ker? :P

Furball: haha. ko memang cmtu

Imran nyambek said...

sambung buat kerja balik!

Puan Capa said...

thesis2!tulis novel plak.hehe

Robot | Sakti said...

siap thesis luu...

hahaha

E.d.Y said...

haha..siapkan thesis tu dulu...karang last minute baru nak buat, kalut kang

makdara TERdiva said...

wah! ade bakat menulis..go go chaiyok!

MDT ade sorang kawan yg suka tulis novel..tp skrg tak taula dia buat lg ke tak hobi tu..