Monday, April 4, 2011

cinta monyet zaman jadi monyet eh eh zaman sekolah dulu..

Sejak akhir ni aku perasan, ramai pulak blogger duk citer sal cinta monyet diorang. Tetiba terasa nak join sekaki. Boleh ker? Ahaks! Kalian mahu dengar? Eh silap2..mahu baca? Sangat panjang neh, kalo rasa berminat, teruskan. Kalo rasa malas, takyah bace :P

Kisah ni berlaku tahun aku nak amek PMR, means time tuh, aku form 3. Masa tuh, aku dan 4 orang lagi member aku ditukarkan ke sebuah sekolah asrama penuh di Kuala Terengganu selama seminggu. Pengetua sekolah aku berpindah ke sekolah asrama penuh tu, tu yang berpeluang tumpang belajar kat sekolah tu selama seminggu. Objektif program neh, supaya bagi semangat kat kitrg belajar bersungguh-sungguh supaya masuk ke asrama penuh jugak.

Sangat best c0z dapat tukar angin dan merasa suasana belajar di sekolah asrama penuh. Ish. tulah, sapa suh aku tak belajar betul-betul time upsr dulu, kalo tak mesti aku pun boleh masuk sekolah asrama penuh.

Sepanjang ‘tumpang’ belajar kat sana selama seminggu semuanya berjalan lancar. Pelajar kat sana semua baik-baik, ramah-ramah, ensem-ensem, cute-mute..jadi takde masalah. Takde pun yang menyombong dengan kitrg atau pandang rendah kat kitrg. Yelah, kitrg kan dari sekolah kampung yang biasa-biasa aja.

Then adalah pada satu petang tu, hari kedua terakhir kitrg kat sana. Time tuh, aku dengan seorang member aku berjalan balik ke asrama lepas prep petang dan tetiba ada seorang pelajar lelaki tegur kitrg.

“Awak, nanti jumpa eh time riadah nanti” Lepas je cakap budak terus berlalu.

“hah?” Terkejut aku dengar kata-kata tu.

“Wow Lia, budak tu nak jumpa mu la..ehem” usik member aku tu.

Aku diam je. Cuba ingat balik kata-kata budak tu dan rasanya aku tak silap dengar kot.

Balik je hostel, member aku tadi bersemangat bercerita kat 3 orang lagi kawan aku yang lain.

“Wah..mu nak g jumpa dok dia petang ni?

“taknak aku! Kenal pun tak”

“Tak kenal la sebab tu kena berkenalan”

Kata-kata member aku disambut dengan hilai tawa member aku yang lain. Sengalan!

Petang tu, kitorang pergi beriadah macam biasa. Menyibukkan diri join budak-budak sekolah tu bermain bola jaring. Bermain bersama buat kali terakhir kerana tengah hari esok kami akan bertolak balik ke Kemaman. Bermakna berakhirnya program ‘tumpang belajar’ di sekolah berasrama penuh tu.

Tepat pukul 6.45, ktrg mula bergerak balik ke asrama untuk menyiapkan diri untuk ke prep pada malam tu. Dalam perjalanan pulang, ktrg melalui bangunan kelas dan tetiba aku terperasaan, ada seorang lelaki sedang tersengih-sengih kat hujung tangga tu. Kemudian, terus teringat kejadian 3 jam yang lepas.....erk...

“Lia, tu eh budak yang nak jumpa mu” tanya member aku.

“Entah, tak tahu...” ujar aku sambil jalan cepat-cepat dan memang tak pandang langsung ke arah budak lelaki tu. Meninggalkan member-member aku yang lain.

*******************************************

“Mu ni Lia, kesian kat dia tunggu mu tadi”

“a’ah. Kenapa mu tak nak jumpa die?”

“Taknak la. Segan aku. Lagipun nanti kang budak-budak ni kata apa pulak, dahlah kita menumpang sekolah diorang”

“Betul jugak tu”

“Tapi kan, hensem jugak budak tu Lia..hehe”

“Eh?”

Ekceli budak tu satu kelas dengan aku. Aku menumpang kelas die sepanjang program tu. Dan apa yang perasan, die neh jenis kuat study, datang je kelas terus buat study, tak hiraukan orang lain. Sebab tu, aku terkejut bila dia cakap nak jumpa aku petang tu. Ingatkan die tak sedar langsung kewujudan aku dan seorang lagi member aku kat dalam kelas die. Tapi sapa tahu rupanya budak tuh tertarik dgn aku..haha perasan3...

*******************************************

Malam tu, prep macam biasa. Dan aku perasan mamat tu tekun je belajar kat meja dia. Sempat je mengusha mamat tu kan, tadi jual mahal. Ekceli bukan jual mahal cuma segan je..hik3. Abes je prep, kitrg pulang macam biasa ke asrama. Tiada apa yang berlaku pada malam tu. Mungkin die marah dengan aku kot, sebab tu tak tegur aku pun malam tu. huhu.

Esoknya, kelas macam biasa dan hari tu merupakan hari terakhir kitrg kat sana. Memandangkan, kitrg dah nak balik ke sekolah lama, jadi hari tu kitrg balik lambat. Berborak dan bersalaman dengan pelajar-pelajar dan guru-gur kat situ. Yelah, mana tahu sepanjang seminggu kitrg kat sana, ada yang terasa hati dengan kitrg ker. Baik mitak maap cepat-cepat. Sebelum balik ke asrama, member aku nak pergi toilet pulak. Tak sempat nak balik hostel, dah tak tahan katanya...

Sedang tunggu member aku masuk toilet, tetiba ada suara menegur aku dari belakang..

“Awak..”

Terus aku berpaling dan...owh mamat semalam...

“Ni untuk awak..” sambil menghulurkan sekeping kertas yang digulung-gulung. Aku ambil kertas tanpa berkata apa-apa. Kejam kan..

“Err..nak email boleh?”

“Email? Err takde” masa tu, aku agak ketinggalan sikit bab-bab internet neh.

“Kalo macam tu...nak no telefon boleh?”

“emm..ok” terus tangan aku menulis digit-digit no phone kat kertas. Tapi nombor telefon rumah la. Tak cukup umur lagi nak guna henset...

“ok thanks!” Ujar die sambil tersenyum.

Owh hensem! Hihihihihi.

Sampai bilik baru aku bukak gulungan kertas tu. Yelah taknak nak bukak time dapat tu jugak. Nampak sangat gelojoh di situ. Kena control sopan sikit beb! Nak tahu apa yang ada pada kertas tuh?

Lukisan seorang gadis, berambut paras bahu. Cantek! Aku agak tu adalah lukisan wajah aku. Ahaks!

Di bahagian tepi pulak, ada tertulis nama penuh mamat tu beserta email, alamat dan no phone.

******************************************

Lepas je kejadian tu, kitrg selalu berhubung. Calling-calling. Hantar-hantar surat. Time tu, fb tak wujud lagi. Jadi terpaksa gunakan posmen sebagai orang tengah. Ala, kalo dah wujud pun, mesti aku tak reti nak guna. Sedangkan email pun takde, apatah lagi nak ada fb...

Topik yang selalu dibincangkan biasanya pasal study. Yelah budak sekolah kan. Takkan nak bincang pasal kawen, sangat tak kebudak-budakkan di situ. Masa form 5 pulak, kitrg sempat menukar soklan trial SPM. Time tuh, aku dah masuk mrsm, dah sama taraf dengan die..hehe. so, soklan trial aku 'mahal' la jugak untuk ditukar dengan soklan trial SBP.

Dan, aku dah lupa result spm die berapa. Tinggi dari aku or sama or rendah. Entah lah. Lupa sudah. Then, lepas je masing-masing sambung belajar, kitrg terus lost contact. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin masing-masing busy atau mungkin sebab masing-masing berjumpa cinta baru. Jawapan sedikit kabur di situ. Ahaks!

p/s: ekceli aku dh lupa langsung pasal neh, tapi tadi secara tak langsung aku ter-lalu sekolah asrama penuh tu, tu yang teringat balik memori lama...


32 comments:

gadis kacamata said...

ehemm2...akukah 2??..
x sangka plak dpt jd pelakon tmbhn dlm blog mu..hehehe

lea said...

hahaha. sori la x state nama ko
just 'member'..hik3

Raji berkata said...

woahhhh sama taraf lah budak SBP bercinta dgn budak MRSM ;P
who knows kan tbe2 terjumpa balik
hak2

lea said...

dh jumpa balik pun. tapi kat fb..
aku dh makin reti gune internet..wakaka

Hafzan Sarah said...

woww!! hehe..sweet.
dah jumpa balik tu tak rasa pape ke lea?

lea said...

tak pun..haha
dh xde perasaan kat die pun :)

teddygirl49 said...

haha..rugi r lea...encem plak tu....
sweet gler cara kenal....
dating guna cara dulu2..pos surat..nostalgic sungguh... ;P

lea said...

pos surat je, tapi nasib baik gune posmen
kalo guna burung. lagik nostalgic kot..haha

eidabelladonna said...

haa..sape k.lea??
nak taw2!!
nama fb ape? hik3

qasehraihan said...

wah wah wah...monkey love..hikhikhik

Puan Capa said...

wow!ada pacar!pacar!

lea said...

dayah: seb0k! mana leh gtaw..hahaha


qasehraihan: hahaha.

lea said...

cari pacar lagik!

Anonymous said...

biar ade cinta monyet, jgn plak jd monyet! har3
izzaticute

mykhalis said...

i like.. pipi naik tak henti2 snyum baca psot nie..hehehehee

hottest entry di blog khalis :
Ada apa dengan DARA

Qaseh dalia adelia said...

wah terbuai kenangan lama hehek.. qaseh pun pernah jadi monyet eh cinta monyet wawawa 4 kali kot

oranglidi said...

wohh.. skoloh mane tu? sesma ke sains k.t. haha. aku kt saindungun dulu.

[peh, boleh wat filem crita mu ni.. nanti tiba2 bila dah keja jumpa lagi. mana tau kan, jodoh.]

Razman said...

cerita cinta kau dengan pokcik taknak buat ke? dekat mrsm punya cover2 taknak bercakap. cakap dgn keyo je..igtkan dgn keyo, sekali abes spm, tu dia keluar gosip dgn pokcik. dah la muka hensem mcm harry potter. demand gak kau ni. haha

Wafiy Suzly said...

aku je sedih,uhuhu

lea said...

zati: dh2 comel2 jd manusia, watpe nak jadi monyet lagi :P

khalis:pipi je ke yg naek? organ lain haha

lea said...

qaseh: wah2...4x..haha

orglidi: hahahaha. kalo j0d0h la ye.

lea said...

man: hahaha! kaki g0sip gak ko eh :P
well, aku memang demand. baru taw ker? aku sdg tgu lelaki muka cm aamir khan neh. tak jupa lagi..haha

wafi: hehe...sabor deh

aLieF si Muncung ManiS said...

wahhh..lea..lea try call or send kat email dia msg..mana taw sekarang dia dah jadi artis..huhuhuuhu..dan mana tahu skrg dia tgh mencari2 lea.mana taw..

lea said...

hahaha. tinggi betul firasat aliff tuh

Nesa Wazir said...

nesa pon bru2 jep pandai gune emel2 ni.hehe

EIPUL said...

ecece, haha, pandai ang jual mahal yeh, haha


try ar carik dia kat fb, mana tau jumpa, bleh sambung becinta, ngehehe

DuniakuAbstrak said...

dia sengal macam ko kan? kan? kan?...keh3

lea said...

aku sengal eh?
tatau lak..hak3

Doctor on Duty- Siti Soleha said...

cece..teringat gak kenangan lama..
tp cinta monyet 1st dulu masa darjah 3..haha..kecik2 dah gatai..

dulu zaman buta IT, CC pun xbyk lagi.
surat cinta dulu2 simpan lagik tak??

ksol simpan lagik..buat kenangan untuk anak cucu dan cicit..haha

lea said...

rasanya ada simpan dlm k0tak.
tapi tatau la kalo dh kena gigit dgn tikus..hehe

CekbOlat-bOlat said...

wahh.. surat2 tuh xnk tnjuk ke? ekekeke

Paris Lipton said...

wakaka bru sempat baca smpe habes...mesti bdk tu blajaq luaq negeri kan..