Wednesday, April 20, 2011

Saya tak mengecewakan Kamu =)

Aku dalam mood hepi neh, serius hepi..hehe

kenapa?

sebabnya.....

*******************************
kisah 2 minggu yang lepas, berlaku pada 5.15 petang, 6hb di makmal penyiasatan kebakaran (MPK), KT.

aku: en wan, mcm mane eh nak beza antara chromatogram standard kerosin dengan carpet yg terbakar dengan diesel. lebih kurang sama je.

(kerosin: minyak tanah. Kerosin dan diesel ni selalu penjenayah yang suka bako-bako barang atau bangunan guna)

en wan: haa..yang tu lah yang sebenarnya saya nak mintak tolong awak kaji. terlupa pulak. memang biasanya ahli kimia selalu tersilap nak tentukan sama ada kebakaran itu disebabkan diesel atau kerosin.

aku: owh yeke? abes macam mane eh..memang tak ada beza. macam mana nak explain nanti eh.

en wan: hmm...awak boleh datang sini lagi tak?

aku: tak dah kot, sebab 14hb dah nak hantar dah. tak sempat.
(padahal, lepas tu lecturer aku extend kepada 24hb ni untuk submit draf thesis)

en wan: takpelah, macam tu xde penyelesaian jugak lah. takpela mungkin kerosin dan diesel memang tak boleh beza sebab dua-dua dari kumpulan heavy fuels, so, chromatogram pattern mesti lebih kurang sama. assume mcm tu jela. (macam sedih).

aku: ermm..ok!

Seyes kecewa time tuh, coz aku rasa aku dah kecewakan pihak bomba dah. Yelah, tajuk final year project aku sebenarnya dicadangkan oleh pihak makmal penyiasatan kebakaran, bomba tuh. En Wan yang cadangkan, sebab dia tak sempat nak kaji mende tuh, so, die propose lecturer aku cari student untuk wat research pasal mende neh. dan aku lah antara orang-nya. Kiranya kami masing-masing dapat benefit, pihak die dapat database yang dibuat oleh aku, dan aku boleh siapkan fyp, dan boleh grad!!

but then, bila macam ni agak kecewa jugak lah.....

***********************
tu kisah 2 minggu lepas, kisah hari ni, 3.00 pm di dalam bilik aku

Ketika sedang betulkan balik result dan discussion fyp aku. Tu pun selepas berulang-alik seminggu jumpa lecturer aku yang expert dengan mesin yang aku guna, bincang-bincang, betulkan teori-teori ayah pin yang dicipta oleh aku.......

akhirnya

aku berjaya jumpa perbezaan antara kerosin dan diesel...

owh sangat hepi!

en wan, nampaknya saya tak mengecewakan kamu..

saya dah jumpa perbezaannya..

hepi! hepi! (100x)

dah ade keyakinan nak present thesis neh...hihi

=)


18 comments:

H. said...

whoa..boa vista..nt aja aku.

lea said...

mana boleh..rahsia kerajaan! haha

EIPUL said...

wah, syukur la ko da jumpa bezanya


boleh menang nobel prize ar ni? hehehe



good luck presentation ko nanti. Tapi asal macam lambat ko present thesis? huhu

oranglidi said...

gila la.. besar sumbangan ko nanti.

lea said...

eipul: coz aku kan special...har3...

ala, kitrg start fyp lambat..maka lambat ler presentnya

lea said...

orglidi: ala..tu pun dibantu oleh en wan jugak =)

Umie said...

woah..omedetou lea.. cayalah..insyaAllah mesti excellent punye la happyou (presentation) lea tu nnt...gambare ne!

lea said...

thanks kak umie =)

Rozami said...

wah. mcm kata org lidi

aLieF si Muncung ManiS said...

kalau dah grade,rajin2 la datang sini..belanja saya makan KFC..huhu..:D..btw,,present elok2 k..

lea said...

rozami: die kata apa? xnampak lak :P

alief: hahaha...dh grade nanti, terus lupa jalan ke usmkk..haha

Rozami said...

weh. ko salah masuk blog
tu blog lama ler

lea said...

loh...ko ker? hahaha..

oloh..baik la pulak tukar nama rozami..har3

aku mana tahu coz tgk kat trafic unfiltered yg dtg....hehehe...

*malu2*

Rozami said...

rozami mcm nama artis

lea said...

rozami = romzey??

artis ke tuh?

erkkkk!


:PP

MIZZ SUE (asam.garam.gula) said...

gud luck dik!

Raji berkata said...

err kalau nk terangkan kt sni perbezaan der agk2 panjang tak?
hahahah

congrts2!
and wish u best of luck

Wafiy Suzly said...

hebakkkk...