Sunday, May 15, 2011

Kita bako je dia

Sekarang ni kecoh satu Malaysia dengan kewujudan lelaki psycho yang suka simbah2 asid ke muka wanita yang tak bersalah. Apa kes ntah dengan mamat tu, suka benor nak simbah-simbah asid kat muka orang, cuba kite simbah kat muka die. Haa...baru die tahu, tuang asid ke muka tak sama dengan tuang cuka ke muka walaupun cuka dalam kategori asid jugak.

Setakat ni dah 23 orang wanita menjadi mangsa. (atau mungkin dah lebih). Kesian doh kat wanita-wanita yang tak bersalah tu, hancur ranap masa depan depa.

tetiba terasa nak apply ilmu yang belajar selama 4 tahun utk kes ni, boleh kan? ngeh3

Daripada sumber-sumber yang aku bace, modus operandinya --> menghampiri perempuan yang berjalan seorang dari arah belakang dan menyimbah asid ke muka pompuan tu. Tindakannya adalah tanpa diduga.

Berdasarkan teori "Crime Triangle" yang aku belajar, ada tiga faktor yang boleh menjadi penyebab berlakunya satu jenayah.

1. Target - mangsa (kaum wanita)
2. Desire - Keinginan lelaki tu nak menyimbah asid kat muka wanita-wanita
3. Opportunity - peluang si penjenayah nak melakukan jenayah.
Daripada 3 faktor tu, hanya satu je yang boleh korang control iaitu Oppoturnity (peluang). Jika anda tak bagi peluang kepada penjenayah, maka penjenayah takkan berjaya untuk melakukan jenayah.

jadi, nasihat aku pada orang ramai terutamanya wanita dan termasuk diri aku sendiri..

1. Elakkan berjalan sorang2 di tempat yang sunyi. Jika tak bleh,

2. Bawak sebotol air bersama, dan cepat-cepat tuang air ke muka in case korang menjadi mangsa.

3. Jalan dalam arah yang bertentangan dengan laluan.

4. Berhati-hati di jalan raya. (eh?)

Ni die muka penjenayah tu, nampak mcm India, tapi mengikut sumber lelaki ni berbangsa Melayu.



Jadi, jika sesiapa rasa mengenali lelaki terbabit atau pernah terserempak dengan beliau, sila hubungi rakan cop di talian yang tertera tuh. Kerjasama orang awam amatlah diperlukan untuk membasmi jenayah ini. (eceeehh..tapi betul ni)

Dan drpd pendapat aku sendiri, motif jenayah ni

1. Berunsur dendam - mungkin lelaki ni berdendam dengan wanita, mungkin disebabkan cinta. satu kemungkinan.

2. Ingin mencari keseronokan di atas penderitaan orang. Untuk kes ni, aku rasa mamat ni memang betul psycho la...


Atau mungkin lelaki ni adalah salah sorg penghuni Hospital Bahgia yang berjaya melarikan diri. Cepat korang, kita bako je mamat neh.

Sapa setuju kita bako mamat neh, sila angkat tangan macam saya.




24 comments:

Din_diet said...

tambah cadangan lagi.
5) wanita mungkin perlu pakai topeng tutup muka/atau pakai helmet yang ada visor walaupun berjalan kaki.hehe

bako2.

p/s: eh.banner dan profile ko dah tukar..selamat menanam anggur.haha

Umie said...

seram aje negara m'sia skrg nie kan... mcm2x kes jenayah...huhu

Gadis Rama-Rama said...

din: a'ah..idea bernas gak tu...

ok, gugurl. plis take note..hehe

kak umie: xyah balik malaysia la cmtu..hee

margie gates said...

creepy kn? dh la yg bterbaru dkt wangsa maju n keramat..kawasan umah aku tuh...disebabkan dia aku digrounded oleh parent aku utk keluar malam.nk g uptown pn xleh dh..huhu

Gadis Rama-Rama said...

ko ikut langkah2 keselamatan yg aku bagi tu
insyaAllah selamat..hehe

Inspirationalefeks said...

seram dengan dak simbah acid ni hoh

tiefazatie said...

menakutkan je kan2..huhu

Aimi dan Pakcik Hashim said...

tak sama kan dengan muka aku

HEROICzero said...

dan yang jalan2 tu, memang harus nya jalan bertentangan dengan arah laluan kenderaan.

kita rasa tak mungkin kita akan kena, dan mangsa2 yang lain pun pernah rasa yang sama.

jangan ambil mudah.

=)

Nur Ayuni said...

kes macam ni pun timbul kat negara aman. psiko betul mamat tu.

AnNe said...

wahhh...~ banner n page ni comey... *nada kagum*

back to da topic... ko pn kna slalu hati2 ye... orang zaman skarang ni ramai sangat yang sakit mental... huhu~

bighagenjo said...

teruk lah mamat ni. bersyukur sgt tuhan masih melindungi kita2 ni. moga mangsa2 sekalian bertabah.

qasehraihan said...

menakutkan kan??huhuhu

eh akak letak awak kt bloglist akak skrg ye..xpe ye..huhu

DuniakuAbstrak said...

dah tak betul mamat ni agaknya

mr.syazwan said...

org2 perempuan sila berhati2 ye keluar tu lain kali kalau nak keluar mesti ngan bf baru selamat

hahaha

BLADE EDGE said...

salam...

ni info bagus..xpernah lg tgk teori crime triangle ni..

mykhalis said...

yeah..betul.. dia mesti di bako hidup2..

MulutPayau said...

Kena sntiasa berhati-hati...

Anonymous said...

eee..mamat nie..mcm nk pijak2 je kepala die...severe mental disorder die nie...

apik pehe said...

adehhh..
tu kalo apik jumpa jer laki gitu..memg awal2 dah kena dah

Naddia said...

laki nie memg kuajo giler!!! syiallan..memg masak la die kalo org dapat tngkap!

Eipul said...

memang sah psycho gila mamat ni. Kok ye pun jangan ar simbah org dengan acid, kan acid mahal, mana dia dapat supply bebanyak tu?

better simbah org dengan air mawar ke, at least wangi la jugak orang yang kena simbah tu. Sabo je la

Edy Zaidi said...

hati2 jer semua kaun wanita...nnt xcantik lak muka lepas kene simbah asid

Nem0 o0h Nem0 said...

skg nak g mane2 jek dah tak selamat.gilerr la lelaki ni. tk sedar ke dia pun lahir dari rahim ppuan gak!ngekkk..