Friday, May 6, 2011

sapa nak teman aku kat sini....

Semalam aku baru je selesai present thesis. Rasa sangat lega memandangkan berjaya jugak melepasi acara klimaks sebagai pelajar universiti. Penat kot menghabiskan masa sebulan di makmal penyiasatan bomba, terpaksa korban cuti sem untuk siapkan pengumpulan.

dan rasa sangat berpuas hati plus hepi bila presentation aku semalam dapat pujian dari co-examiner thesis aku, Dr. X.

"very good and well-prepared presentation."

Seronok beb bila mendengar pujian neh. Terasa macam die dah berpuas hati dengan thesis aku.


-
-
-
-


Tapi keseronokan tu, x lama pun!

Betapa luluh, pedih dan hancur berkecainya hati aku, hanya Tuhan je yang yang taw, bile tengok correction pada thesis yg ditanda oleh Dr. X.

Ya ampun, banyak gile dowh correction aku nak kena buat...

Bayangkanlah, setiap helaian pada kertas thesis aku tu, ada correction. Nampaknya aku kena belek journal balik, kena buat result & discussion balik, betulkan itu betulkan ini. Pendek kata kena buat balik lah thesis tuh! huh!

Entahlah, aku taktahu bila lah boleh aku siapkan correction tuh

Dah la esok busy dengan persiapan grad nite, ahad pulak dengan test jpj lagi. pastu nak kena jumpa Dr X lagi, tunjuk balik thesis aku yg dah siap dibaiki sampai lah dia berpuas hati...

"I have given lengthy comments and suggestion on abstract and other parts in the dissertation. As this involves a third party, kindly consider the questions and make necessary improvements, wherever deemed needed" - surat 'cinta' dari Dr. X.

third party - BOMBA

ahh..tension pulak aku. nampaknya aku harus buat yg terbaik utk thesis aku, memandangkan aku membawa imej USM. Tambahan pulak, projek aku ni adalah projek pertama melibatkan kerjasama antara USM-BOMBA selepas memorandum ditandatangani tahun lepas. Terasa berat la pulak...

Sekarang baru rasa, dulu main-main...huuuu...

Rasa nak nanges pun ada, bukan 'nak' dah sebenarnya. dah siap keluar dah dua tiga titik air mata aku.

Hmmm.....nampaknya macam ni, lambat lagi la aku boleh balik umah. Kena tunggu thesis aku siap ber-hard cover dulu, baru leh balik.



ala, nanti sapa nak teman aku duk sini.?


p/s: sori blogger sekalian, disebabkan aku perlu baiki thesis aku, jadi aku takde mood nak ber-blogwalking sekarang..nanti kalo dah ada mood aku singgah kat blog korang.

23 comments:

Anisa Hang Tuah said...

all the best utk buat tesis

:)

lea said...

bukan buat tesis dah tapi pembetulan tesis.

T___T

sharamli said...

lepas dah jilid baru lega k0t..
budak2 kat sini semua sv s0h carik 0rg yg pandai english..di0rg malas nak bet0lkan..ha3

Umie said...

lea..gambare..who knows after this corrections ur thesis become great & useful to others to be refer in future.. ;-)

lea said...

thanks kak umie!

u always cheers me up!

♥ you =)

Miss Silent said...

chill lea. itu baru namanya student. tamo nanges.. tamo..:)

naji said...

Good luck with ur thesis

lea said...

miss silent: thanks..dh x nanges dh..hehe

dr naji: finally, my silent reader comment my blog! hehehe...

thanks dr!

naji said...

Welcome. Enjoy yourself tomorrow

lea said...

ok! datang taw malam esok dr..

memeriahkan grad nite kami

=)

Aimi dan Pakcik Hashim said...

abang neka kan ada
menangislah di dada dia

lea said...

nak nanges di dada pakcik hashim bleh?









yucks!

naji said...

Saya tak dpt kad pun. Seganlah nak dtg. So k just enjoy your night

lea said...

kad tak cukup...
handmade kan, x mampu nak buat banyak
huhu

datang la dr...
memeriahkan majlis
dun wori..
malam tu xkan mitak kad pun...hehe

harus dtg utk malam terakhir kami =)

FurBall said...

lengthy comments??bomba???aku tau!!!

ko nih mcm men teka2 nama lecturer jew ngan aku lea..ahaks

lea said...

hahaha..aku xsuh ko teka pun

ko je yg sebuk nak tahu sapa :P

ini aku? said...

selamat berthesis aku taun depan... tkot le pulak..

Naddia said...

mase akk rewrite thesis pon serabot gak..bile da byk sgt correction ase cam wat thesis lain je rasenye kn?? haha

nelly said...

all the best !!

qasehraihan said...

tingat zaman wat thesis dolu2..hehe
kena gak buat correction skali..huhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/kasih-ibu.html

mykhalis said...

hahha..macam seksa je bunyinye,, mujurla budak2 diploma takde thesis

Anonymous said...

nak ckp "padan muke" ke tak...jap, tgh pikir ni..hahaha gud luck kak..akak kan genius..bleh punye!!
_izzaticute

naji said...

Salam. Camna test motor+kereta? Pass ke?