Tuesday, May 10, 2011

Saya Lulus dengan jayanya!

Ekceli malas nak update blog sekarang ni, tapi bila ade yang bertanya pasal test jpj aku ari tu. Owh..terharunya.! jadi harus update blog neh...hehehe

utk pengetahuan korang...

saya lulus test jpj dengan jayanya. Lulus untuk kedua-duanya, motor & kereta. =)

Syukur sangat sangat dan aku rasa tuah menyebelahi aku pada hari tu. Bukan Hang Tuah ye kakak-kakak, abang-abang, adik-adik sekalian, tapi nasib baik..

kenapa?

Sebab aku dapat motor yang aku nak. Masa tu, hanya 5 buah motor yang digunakan untuk test dan ada dua kaler - merah & hitam. Sebelum test aku dah berdoa gile-giler, agar dapat motor merah...

"ida, harap-harap aku dapat motor merah"

"ada beza ker?"

"motor hitam selalu buat aku jatuh titi. taknak aku!"

padahal, motor yang digunakan untuk test adalah motor yang berbeza. Tapi aku still rasa kaler mempengaruhi kejayaan aku..haha.

Antara kereta dan motor, aku lagi takut nak test motor coz aku selalu jatuh titi time training. Jadi bile aku berjaya melepasi titi tu.....

owh..tersenyum lebar beb, aku bawak motor untuk ujian seterusnya..

Masa tu, dah yakin dah aku boleh lulus test motor.

then untuk test kereta pulak, aku pun rasa sangat bernasib baik sebab..

Aku dapat kereta yang sama aku guna tiap kali aku belajar kereta. Yeah! Kereta kancil bernombor 12. Aku memang cam la nombor bertuah tu. So, aku dah biasa bawak kereta tu dan alhamdulillah tiada masalah sepanjang melakukan ujian dalam litar.

Bukit - LULUS
Parking - LULUS
Tiga Penjuru - LULUS

Then, bila nak test untuk jalan raya pulak. Sekali lagi nasib aku baik coz ada dapat jpj lelaki. Baik dan ramah tapi garang. huhu. Bayangkan tengah aku betulkan cermin, cek gear, stereng bla bla, die dah tegur aku..

"belajar ke dah kerja?"

"belajar lagi"

"Owh kat mana?"

"Kat usm. Tapi dah nak abes dah, next week dah nak balik umah." - Saja aku tambah ayat yang last tu, supaya die tahu aku nak blah dr Kelantana dah next week. So, takdelah menggagalkan aku.

"owh..balik terengganu eh?"

"a'ah. ok, tuan. Saya dah cek segalanya dan semuanya dalam keadaan baik. Jadi kita nak pergi jalan mana?"

"Awak pilih nak jalan A or B?" - sambil senyum kat aku. Ahhha...

"Ok, kite pergi jalan B" - jawab aku dengan gembiranya. Aku emmang berharap dapat jalan B coz jalan B lagi senang compare jalan A.

Sebelum keluar ke jalan raya tu, aku kena melepasi satu traffic light. Mulanya aku tengok kaler merah, jadi aku hentikanlah kereta, tarik handbrek.

"EH awak tak nampak ke trafic light tu dah kaler hijo. Haa..tulah koya je. Ingat bofren la tu"

"EH saya tak perasaan. tadi merah" - alahai apsal la cepat benor die tukar kaler hijau.

"Haa..tak perasan, abes kalo betul-betul kat jalan raya camne..bla bla bla" Ahh..tension dowh dengar pakcik tu berleter. Tapi aku rasa, die saja nak psycho aku je tu.

Teruskan perjalanan di jalan raya...

"Dah start mintak kerja?"

"Ada la sikit-sikit. Haa...hm macam mane nak mitak kerja kat jpj eh?"

"Awk forensik, buat apa nak kerja kat jpj"

err...macam mana pulak die tahu aku amek forensik. Satu persoalan timbul dalam kepala hotak aku sampailah aku balik ke syarikat memandu tuh.

Sebelum keluar dari kereta, aku terpaksa tadah telinga dengar pakcik tu berleter. Tension dowh dengar die berleter, mengalahkan mak nenek!

"kenapa awak parking sini, awak tak nampak ke kereta kat depan tu takde orang. Nanti budak lain nak bawak kereta ni macam mana? Pergi parking kat depan tuh!"

uish...susah payah aku parking, die suruh alihkan. Tapi takpelah, nasib aku aku kan bergantung pada die. Jadi, takleh melawan....huhuhu

Dan, alhamdulillah walaupun sakit telinga aku dengar pakcik tu berleter, aku lulus ujian jalan raya! Tapi sebelum aku serahkan kertas penilaian aku kat cikgu memandu untuk ditanda, aku tilik-tilik dulu kertas tu. Kot-kot ada tulis aku ni pelajar forensik. Yelah..aku still pelik macam mane pakcik jpj tu bleh tahu aku pelajar forensik. Tapi tak jumpa pun....

Then, fikir pun punya fikir. baru aku teringat tadi, bila aku cakap je aku student usm..

"owh..meksi lah ni?" - meksi means nurse.

"eh, tak. forensik!"

alahai macam mana aku boleh terlupa aku ada cakap sebelum memandu. Nasib baik, aku still dapat fokus masa memandu tadi, walaupun dalam kepala hotak aku duk fikir, macam mana pakcik tu tahu aku pelajar forensik.

Apa-apa pun, syukur sangat sangat aku lulus test jpj. sekali test je tu, dan double test lak tu (motor+kereta)..hebat tak? hebta tak? ngeh3

Thanks kepada mereka yang tak henti bagi sokongan kat aku before pergi test jpj ari tu...hehe






p/s: jap lagi nak pergi wat lesen P. =)

17 comments:

Doctor on Duty- Siti Soleha said...

tahniah..pasni leh bawa kerta..hehe

ksol pun dl ambik lesen kat kelantan.yang part motor paling benci kalo jatuh kat titi..dah la masa praktis dia bg moto cikai..masa test bg moto laen. cam nak hempuk je moto tue..

paling besh kalo kerta of course naik bukit..hehe.
byk tul kenangan nak ambik lesen dl.hehe

Aimi dan Pakcik Hashim said...

sempat lg nak berkenalan pakcik tu ya

oh ya. masa kelas motor aku fail gila2... tp atas jalan aku merempit

keke

putra87­™ said...

waaaa... ade test ke 3 ea sblm jln raya?? tm org dlu, test bukit n parking je.. 3 penjuru?? cmne tu??

lea said...

ksol: hahah..betul2 byk betul kenangan masa nak amek lesen neh...
nasib baik berjaya lulus before nak balik umah..
kalo fail, terpaksa extend nak balik umah...huhu

lea said...

kapten: harus bermesra dgn pak cik tu. kena amek hati utk lulus...hahaha


abg k: 3 penjuru tu parking jugak...
boleh buat tiga movment je n enjin perlu tak mati

putra87­™ said...

ehh.. bukan parking side ke??? kalo xslh... test ade 2 je dlu... bukit n parking.. parking pn, parking side je... hahaha.. antra parkng yg plg xsmprna smpi skang... wlpn dh lesen kompeten

lea said...

skrg ni dh ade 3 ujian la abg..
bukit, parking n 3 penjuru...

dulu lain, skrg lain...hahaha

NAJI said...

CONGRAT!!

lea said...

thanks dr.!

Umie said...

tahniah lea.. lepas nie bole la akak tumpang merempit ye...kih3x

Doctor on Duty- Siti Soleha said...

sape xade 3penjuru tue, lesen terbang la tue..hehe
kidding

tawaran header masih terbuka tak?? hehe

HEROICzero said...

hehehe congratz.

untung dpt org yg nak bersembang. kalau yg jenis muka sternnnnn jek. aduh.


=)

AniS SyafiQah Man said...

tahniah lea..hehe..:)

kena ckp "Saya dah cek segalanya dan semuanya dalam keadaan baik.." ek?haha..aku xwat cm2 pon dlu,cikgu xsuh ckp,dia suh buat ja..las2 jpj tolak markah aku kat c2..plg lawak lp nk pkai seat belt..naseb lulus gak..hehe..

Gadis Rama-Rama said...

aku main ckp je
kena bersopan
tu petua nak lulus...hahaha

apik pehe said...

haha..len kali tanyer la pakcik tu ader ank laki tak..hehehe

PinQib said...

uhuhhh=p
pnglmn amek lesen loo plg scaryyyy

Zakaria's daughter said...

hehe. untungg leee lulus motor sis.

sy kete jeh lulus sekali.
motor hampehhh