Friday, June 24, 2011

Abang konduktor bas bawak aku balik umah dia...

ok, ni kisah betul taw, bukan main-main. Ada ke patut abang konduktor bas yang aku kenal beberapa jam je terus bawak aku balik umah die. Kot ye pun, mengorat-ngorat la dulu aku ye tak, takpun kenali hati budi dulu. Ini tidak, terus angkut aku bawak balik umah. Naya beb!

Ahaa...ekceli gimik je lebih tu..hahaha...

Sebenarnya kejadian ni berlaku masa aku ditugaskan untuk membuat bancian penumpang bas Intan Unggul, KT-Batu Rakit. Hari tu aku ditugaskan untuk buat dua trip, tapi untuk trip kedua tu aku rasa macam data tak cukup coz bas tu bergerak dr KT ke Batu 6 bukan Batu Rakit. So, aku plan nak buat bancian yang ketiga.

Pukul 12.30 tengah hari, aku naik sekali lagi bas Intan Unggul untuk bancian ketiga. Bila dah masuk tengah hari faham-faham jela, perut dah berbunyi-bunyi dah, mata pula makin lama makin sepit.

Last-last bila dah nak sampai ke Batu rakit, aku terlelap, time tu penumpang dah tak ramai. So, tak kisah sangat la. Tengah duk mamai coz mengantok, aku perasan la driver bas tu turun kat somewhere, then konduktor bas pulak yang bawak bas tu. Tapi aku buat derk jela. Peduli apa kan, janji bas tu jalan...

Tapi bila bas tu mula masuk satu simpang kecil, terus hilang mengantok. Aku mula cuak coz aku yakin ni bukan laluan yang aku lalu tadi. Dan paling buat aku neves, aku berdua je dengan abang konduktor bas. Masa tu aku dah terbayang kes bunuh Noor Suzaily Mohktar. Rogol dan bunuh. Ngeri dowh...


dup dip dup.....


Aku pun terus la bergerak ke depan, menuju ke arah konduktor bas tu..

"ermm..kita nak pergi mana ni?"

"Balik umah saya jap, sakit perut"

Balik umah ko? Gila! Taknak aku ikut ko. Saya nak turun sekarang! Saya nak turun sekarang! ok, itu hanyalah monolog dalaman aku.

Untuk seketika aku follow je rentak si konduktor bas tu. Kalo dia bawak ke tempat yang sunyi, aku akan jerit! EH, kalo aku jerit pun, bukan orang boleh dengar coz bas ni ber-air cond. Owh..aku perlu cari sesuatu yang boleh pecahkan cermin bas tu kalo apa-apa terjadi nanti.

So far, perjalanan ke rumah konduktor bas tu penuh dengan rumah kiri kanan jalan. Ok, means masih di tahap yang selamat.

Kemudian, akhirnya konduktor bas tu hentikan bas....

"Awak tunggu kejap ye, saya balik umah. Nak solat dan makan jap. Biasanya ni memang time rehat saya. Awak tunggu jela dalam bas, takde orang kacau"

fuuuhhhh...lega!

Sungguh, mula-mula aku sangat sangat cuak dan takut. Bayangkan la aku sorang je dalam bas bersama konduktor bas, kalo die buat apa-apa kat aku. kang ke naya...aku dah la tak kawen lagi.....huuu..


Yelah, sekarang ni kan banyak kes rogol oleh driver bas...cuak la aku.........



Tapi apa-apa pun, nasib baiklah aku selamat.

16 comments:

Puan Capa said...

sorang2 je ke??beraninya

cik Lea said...

sorang pembanci satu bas....

huuuu

MiR said...

nape dia tak ajak ko mkn skali?

:P

cik Lea said...

Haha! Tak cukup nasi kot
die masak cukup-cukup je kot

munGe سلواني said...

haha..berani btol pmpuan nih..nway, hensom x konduktor 2 lea..ahhahaha

cik Lea said...

errrkkkkk


cik munge rasa die hensem tak?


hahaha....

naji said...

Seram juge ae!

Roza Ami Nanomiya said...

haha
pandai lak ko bermonolog dialog dable2

justin_lover^^ said...

haha...lawaklah pkck bas ni. ad ke patot dia bwa ko?? hehe^^

Fatin Sakura said...

encik bas ni mmg bertanggungjawab btul nie... siap nak g 'mana2' pun dia tarik penumpang skali hahahhaha..sangat cuak!

Edy Zaidi said...

pergghhh..bahaya tu..kalau kene dgn yang jahat2, habis la..

Nem0 o0h Nem0 said...

nsb baik la tkde pepe jd.pasni jgn cmtu lg tau dik.bhya!! dah la awak tu sorg je,klo pepe jd nti cmne? bkn nak prasgka buruk tp hati2 k. =)

cik Lea said...

dah tugas...
nak buat cmne..huuu

apik pehe said...

fuhhh..memang naseb bek..hehe

Liquid said...

lenkali ajak la sama incek liquid bole jd bodyguard hahaha

cik Lea said...

takde duit nak bayar gaji..haha