Monday, June 27, 2011

Reverse Park vs Reserved Park

Bila tengok status kawan-kawan aku kat Fb pasal interview sana sini, pasal kerja baru la, pasal kereta baru la... Aish betul-betul buat aku tak senang duduk neh. Rasanya dah sampai masanya untuk aku serius dalam mencari kerja. Sebulan melepak di rumah dah cukuplah kot, eh eh tak cukup lagi sebenarnya..hahaha. Lepak di rumah memang sangat sangat heaven. Boleh bangun lambat, boleh tengok tV, boleh itu boleh ini. Tapi kan, bila fikir nak shopping, nak tengok wayang..oh itu masalah. I've no money..Nak mitak kat family opkos la segan, dah besar panjang mitak duit lagi. So jalan penyelesaiannya, saya harus cari kerja!

Jadi semalam, aku terpaksalah keluar mencari kerja. Macam sedih je kan bunyinya. Haha. Dan nasib baiklah, kawan aku sudi temankan. Kalo tak segan jugak weyh. Yelah coz suka suki je nak pergi main terjah-menerjah company-company sekitar Kemaman untuk hantar resume tanpa buat appointment bagai. Alaaa...tapi hantar resume je pun...huuuu

So target aku semalam adalah Kemaman Supply Base (KSB) & Tioxide Hunstman Sdn. Bhd. Dua-dua company tu adalah company besar jugaklah di Terengganu neh. Untuk KSB saja, dalamnya ada more than 220 companies. Tapi itu yang berdaftar, yang tak berdaftar ada lagi. Kata security guard kat situ..hoho.

Mula-mula sampai kat KSB tu, kitorang agak blur jugak, taktahu nak pergi mana. Yelah masing-masing 1st time masuk situ. Lepas pusing-pusing, barulah jumpa bangunan admin kat mana, kemudian terus lah pergi cari parking. Parking. Kitrg pelik, semua parking kat situ ade tanda....

"REVERSE PARK"

apakah?

Kami agak typing error di situ, mungkin RESERVE PARK. Means parking untuk pekerja-pekerja KSB. Ok! Suka hati je buat telahan sendiri. Jadi kitrg pun tak beranilah nak park kat situ dan try cari park di kawasan lain. Masa nak keluar tu ternampaklah guard..

"Pakcik, kat mana kami boleh park eh?"

"Kat dalam kan banyak parking"

"Bukan untuk kakitangan ker? Reverse park. Macam mana tu, pakcik?"

"Owh..nak parking tu kena wat masuk bontot dulu. Kepala kereta kat luar."

"Owh macam tu ker?" - ujar kitorang serentak.

Ok, ni first time aku dengar perkataan tu...huhu. Takyah gelak-gelak, memang aku tak pernah tahu pun sebelum ni. Jadi maksudnya, papan tanda tu memang betul lah, bukan salah eja. Ish itulah, suka hati aku je kan cakap diorang salah eja. Hehe. Ampun!

Bila dah tahu macam tu, kitorg pun pergi la masuk balik ke kawasan park tu.


Then.........


Aku mana reti nak wat reverse park! Uwaaaaaaa!

Sebelum ni masuk kepala dulu, ni nak masukkan bontot dulu. Mana aku reti! Aku dah la baru dapat lesen sebulan lebih. Berpeluh-peluh aku duk pusing pusing stereng, keluar masuk parking tu. Tapi tak jadi-jadi jugak. Nasib baiklah ada kawan di sebelah, bagi sokongan moral. Kalo tak, panas jugak. Nak kasi die buat, dia pulak takde lesen lagi. Masalah masalah.

Kemudian, tiiba-tiba masuk satu van untuk parking di hadapan kitorg. Kitorg pun apa lagi, usha lah cara dia parking. Usha sambil mulut membentuk huruf 'O'. Owh macam tu. Lepas tu, aku pun try lagi sekali. Confidence level dah naik 40%. Try follow step-step pakcik van tadi. Hampir sama. Tapi...

Still tak jadi...waaa...

"Kenapa tak masuk ni?" tanya pakcik van tadi sambil gelak-gelak. Dia memang duk usha cara aku park tadi...

aku dan kawan aku pun turut gelak sama. Nak cover malu.

"Tak reti la nak buat..."

"Nak saya tolong ker?" offer pakcik itu bagai mengantuk disarungkan bantal. Teruslah aku bersetuju....

Ahaaa..nasib baik ada pakcik tu. Kalo tak, mesti sampai orang dh balik kerja aku masih terkial-kial nak masuk parking. Tapi tu pun kalo kesabaran aku masih ada. Hahaha.!

Resume telah dihantar. So, sekarang tunggu diorang panggil jela untuk interview. Itupun kalo diorang berkenan dengan aku. Kalo tak, menanges tak berlagu la saya. Harap-harap diorang berkenan la ek, aku dah letak gambar yang paling cun dah kat resume tu..HAHA! *muntah kuning*


Pray for me ye! =)


16 comments:

Roza Ami Nanomiya said...

satu lagi tempat nak reverse park ialah lobang tandas

naji said...

good luck, lea

Puan Capa said...

mmg dik..kalo kilang2 kan..dia akan wat reverse park..sebab diaorg nak susun kedudukan kereta tu sama.guna konsep 5S :)

Raden said...

dabel park la..br ranggi

cik Lea said...

kapten: kalo reverse yang tu, aku reti!!

dr naji: thanks dr!

cik Lea said...

kak Capa: owh cmtu ke? baru taw
1st time masuk kilang..hehehe

raden: parking biasa udah..huuu

Qaseh dalia adelia said...

seb bek de pakcik yg bek aty

Awan said...

kalo dpt xsia2 berpeluh nk reverse...hehe

teddygirl49 said...

lepas nie praktis la wat reverse park...mana taw kot ada rezeki kt situ...dah taw nk park keta cm mana..hehehe

teddygirl49 said...

jap2..kalo motor kena reverse jgak ke?? hehehe

putra87­™ said...

Hahaha.. reverse park.. lawak².. sian dia..

Eazy Izzuddin said...

haha...

lamanya tak mai sini..
rindunya hehe

xD

cik Lea said...

fatin: harap2 dapat la...
memang kena praktis lepas ni
untuk persediaan...
haha

motor park kat tempat laen
taktahu lak reverse park jugak ke tak..

cik Lea said...

putra: Haha...nasib baik ade hero.! ahaks!

Eazy: rindu pada blog atau tuan tanah..hik3

munGe سلواني said...

haha...cayalah! go lea go! best plak bce entri org..sdri punye mls nk update..kui3

kueh bakar said...

aku pun baru tahu ada 'undur paking'....kalo aku masuk je kepala dulu pun..hahaha