Wednesday, June 15, 2011

Sakit Badan Naik Bas lama-lama....

Sehari turun-naik bas, seluruh badan sakit
Pinggang, mata, bont*t
Takleh lucah-lucah di sini..har3

Penat tapi seronok!

nasib baik aku ditugaskan untuk menaiki bas Cas Ligas
iaitu bas bandar yang keliling area Terengganu
Bayar rm1 je, xkisah turun kat mana-mana
jadi, aku takdelah pening sangat nak kira pendapatan bas sehari
rm1 darab dengan jumlah penumpang, mudah sangat

kawan-kawan aku yang lain la yang kesian
yang kena menaiki bas ke destinasi yang jauh
macam KT-Dungun, KT-Batu Rakit
harga tiket dah la berbeza untuk setiap destinasi,
dah la taktahu penumpang tu naik kat mana, nak turun kat mane
so susah sikit la nak kira pendapatan bas sehari

Dugaan yang terpaksa aku tempoh adalah MENGANTOk
Tiap kali naik bas mesti rasa mengantok
Bila naik bas rasa macam naik buaian kanak-kanak tu haa
mata mesti akan jadi kuyu jerk
Seksa betul
terpaksa tahan mata dari tertutup...

Ni ha..bas yang naik semalam. comel kan?


Seronok naik bas ni, tapi penat duduk tengok la seat die macam mana
kerusi taman bunga, lenguh kot punggung aku nak duduk situ 1 jam..

*********************************

Bas Cas Ligas atau Bas Bandar merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat dan juga pelancong. Anda boleh menaiki bas ini untuk bersiar-siar mengelilingi bandaraya Kuala Terengganu.

Sistem pengangkutan bas awam ini akan diterajui oleh caS ligaS Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat anak yang diperbadankan sepenuhnya oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). caS ligaS Di tubuhkan pada 22 Ogos 2007. Rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.

Apa yang menariknya ialah bas ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin, sistem tiket automatik, global psitioning system (GPS), closes circuit television (CCTV) dan LED deestinasi penunjuk arah. Tambangnya ialah RM1 bagi satu hala perjalanan.

Laluan operasi adalah seperti berikut:-

Laluan Chendering (C1)
Laluan Taman Tamadun Islam (C2) - ni laluan aku.
Laluan Batu Enam/ Laluan Gong Badak (C3)

sumber dari: SINI

*********************************

Owh ye, bagi yang btak faham apa yang aku duk merapu meraban neh
boleh rujuk pada entri neh

DI akhir entri baru nak bagitahu eh
Sori-sori baru terperah santan...hihihi


13 comments:

Atiqah Wadiah said...

akk,t'ingin sgt nek bus ni~wuwuwu :'(

cik Lea said...

tiqah: meh3 datang ganu

Puan Capa said...

boleh jalan ke bas tu?

cik Lea said...

opkos la kak
bas ni round-round sekitar KT

mr.syazwan said...

insyALLAH akan mencuba naik bila bertandang ke Terengganu nanti

dan akan jumpa kamu jugak

haha

=_=

ini aku? said...

ko buat aku teringin nak naik bas itu.

jedi said...

xpenah aku naik cas ligas nie./..

Roza Ami Nanomiya said...

RM1 jer? tak rugi ker kerajaan terengganu

Din_diet said...

klu bas ni tukar jd bas ekspres best x agak2? haha

IxoR@ said...

unik sekali!

teringin la nak naik klu pi t'ganu...

;)

apik pehe said...

huhu..apik tak penah nampak pon..saket wwoo kalo duduk lame2 atas kusi camtu..huhu

Raden said...

bas nie kalo layan corner ase teruja tak?

Fyqa said...

gempak gila bas !