Tuesday, July 26, 2011

Ni bukan nak promote suh beli kain sutera

Assalamualaikum wbt.

Hari ni merupakan hari kedua aku masuk kerja. Macam mana dengan kerja? SO far oklah, but quite bored. Tadi pun sempat je aku curik-curik tidur 5-10 minit. Haa..mengular..ala dah nak buat macam mana, dah takde customer..rehatkan diri dan minda jela kan kan? takkan aku nak pergi berlakon jadi customer pulak. Aish. Harap-harap masih halal gaji aku tuh nanti. amin.

Actually aku baru je start kerja part time setelah hampir 3 bulan menganggur kat umah. Daripada aku makan tidur, sambung makan balik dan tidur, baik aku keluar bekerja. Ada jugak duit nak beli baju raya nanti. Tapi korang janganlah mintak duit raya kat aku nanti taw, gaji ai sikit je. >.<

Aku sekarang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik sutera batik di sebuah hotel terkemuka di negeri terengganu. (ceh..ayat nak canggih je. tapi macam salah grammar je. T.T). Tempatnya tak payah lah aku gitu secara detail kan, segan pulak aku nanti kan korang datang melawat aku kat butik tu pulak..hehe.

ni bukan yang aku jual. curik kat pakcik G je..

So, untuk dua hari neh, aku terpaksa belajar mengenali jenis-jenis kain sutera. Sungguh daku terseksa. Sampai sekarang aku masih confius dengan jenis kain sutera. Untuk membezakan jenis kain sutera tuh adalah melalui sentuhan. Tapi make sure time tu tangan korang dalam keadaan elok bukan tengah sakit kulit. Kalo tengah sakit kulit, semua kain sutera korang akan rasa sama je...zzzzzz..

yang ni pun aku curik, tempek sini..

Baru aku tahu, kain batik ade banyak jenis lapis. Ada batik 2 lapis, batik 3 lapis wawasan, 3 lapis discharge, 3 lapis skrin, 4 lapis dan 5 lapis. Macam mana taw lapis-lapis tu, aku taktahu tapi yang pasti setiap coraknya berbeza.

Majoriti customer aku adalah kalangan mak-mak datin dan foreigner. Wah! harap-harap nanti aku bertemu jodoh dengan anak datuk..$$$$$$$

Mata duitan! shoohhh shooh. hentikan angan-angan ko tuh. sila berpijak di alam yang nyata!






p/s: tapi kan tak salah nak berangan kan kan? hehe




16 comments:

wanie said...

kat hotel park inn ke? alaa yg tepi jalan besar tu. aku lupa lah nama hotel tu skrg..hehe

Lea IsNaw! said...

bukan bukan. cuba lagi. hahaha

tiefazatie said...

wah..katne tue?nak gak keje..hihi

Lea IsNaw! said...

no vacancy here..hehe XP

MiR said...

untung ar..nanti kalau dapat
amek hati datin2 tu,dapat la
ko direkemankan jadi bakal menantu
dorang..haha :P

Lea IsNaw! said...

Amin. hahahaha =)

dill said...

bleh la tempah kat awak! hehe

dill.

ïêmå å¢klê§ said...

layan2 la gedik2 sikit..
bese datin2 nak menantu yang class gitu..
haha...

Lea IsNaw! said...

dil: boleh2.nak wat hantaran kawen ker? hehe

iema: kalo sopan santun boleh tak?

Kapten Atok said...

mana tau ko blh belajar jd bisneswoman plak

soooooour said...

nak kek 3 lapis....eh,silap..sini jual batik lapis je ea...sry2..lalaalal..

Lea IsNaw! said...

kapten: tu ar...ade plan gak nak bukak bisnes

Sooour: ish macam mana boleh tersilap neh

Qaseh dalia adelia said...

sutera ? lawa~ mesti mahal kan

bunga said...

xsalah..sebab kadang2 dia mampu beri kita satu semangat tuk mencapainya..

Lea IsNaw! said...

qaseh: kain sutera..biasalah harganya..huhu

bunga: hehe. kan kan?

Azza Azman said...

kat awana kijal ke? selalu lepak situ..mandi kolam ngeh ngeh ngeh