Monday, July 11, 2011

tak Pandai Nak Menilai Lelaki

Tadi petang, aku round2 sekitar pantai depan umah aku. Bawak motor vroom! vroom! sorang2, rasa macam lonely je. Masa tuh dah nak magrib, malas la nak ajak kawan. Lama gila dah tak gi ronda-ronda pantai. Seronok taw ronda tepi pantai petang-petang, boleh tengok gelagat orang.

Boleh tengok makcik pakcik adik abang kakak berdating. auww..

Boleh usha-usha mamat hensem..ehemmm..

Dan boleh skodeng orang mandi pantai. phewwit! Tadi kan ada orang berbikini tadi! Seyes! Tapi budak kecik la..ngeh3 :P

Tengah ronda-ronda, aku terserempak dengan sumeone.

Menyampah pun ada dengan mamat ni. Buat-buat macho depan aku.




Nak tahu sapa?





MY FIRST CRUSH! *zaman sekolah dulu*


Dia tahu aku suka die dulu, tu yang die buat bajet macho depan aku tadi.
Ni semua kawan aku punye pasal lah, pecah rahsia kerajaan..

Dulu aku ada lah simpan perasaan sikit-sikit kat die neh
tapi sekarang? xde maknanya....

Bila jumpa dia balik kan, buat aku terfikir
Macam mana lah aku boleh suka dia ni satu masa dulu

Nak kata hensem, rupa macam Sabri Yunus
Nak kata pandai, dulu kelas no.4
Nak kata pengawas atau pelajar contoh, rasanya dulu selalu kena kejar dengan cikgu. Selalu ponteng kelas.
Dah la selalu buli aku, mentang-mentang dia anak guru besar sekolah!


Entah apa yang menarik tentang dia pun, aku taktahu.

Mungkin zaman sekolah dulu, taste aku terhadap LELAKI agak rendah.

Sekarang ni, selagi muka tak se-hensem Aaron Aziz, bicara tak se-sweet Piere Andre, badan tak se-tough Salman Khan, jangan harap aku nak pandang

Hee..ok, tipu je.! takdelah high taste cenggitu. Main-main je.

Aku tak pandang rupa paras la untuk berkawan.
Yang penting hati mesti baik =)


14 comments:

Kapten Atok said...

susah nak nilai hati org. haha

Heidi Shafiq said...

hati aku baik.. :P

Naji said...

Lea, sebelum kita minta pasangan hidup yang terbaik kita kene gak nilai diri kita ni baik ke tak...

Lea Isnawi said...

thanks dr untuk nasehat tuh :)

mr.syazwan said...

wawawa tgk hati yee

sejuk mendengarnyaa

kehkeh

Qaseh dalia adelia said...

ecece ade lah tu yg menarik hati

belog|amiyo said...

hati msti baik. terasa aku. :P
hahaha

Miscellaneous Smiles said...

jap sabri yunus tu sapa.?

MiR said...

lex la..aku dulu ada gak crush

tapi kat budak minat hindustan

kan waktu sekolah rendah duk pemes
citer hindustan bagai..

har3x..

ini aku? said...

betol yang penting hati kan? kalo muka elok tapi perangai tak elok pun tak best kan.. emm..

ku-cit said...

kalo untuk berkahwin plak awk memilih apa ehh?? hehe

bighagenjo said...

eleh, yang last tu ayat cover lah tu.

mykhalis said...

wahaha..kecik ati dia kalau baca

Edy Zaidi said...

ok la...template macam mana pun, kalau entry best, org dah xhirau dah benda lain...