Friday, August 19, 2011

Hard copy Kad Raya Vs Soft Copy Kad Raya.


Hari ni dah nak masuk 19 Ramadhan, korang dah dapat banyak ke kad raya? Aku tak dapat sekeping pun lagi weh. Eh ekceli aku taktahu la sama ada aku ada dapat kad raya or tak. Sebabnya, sekarang aku duduk umah kakak aku. Tak tanya pulak adik aku, ade tak posmen hantar kad raya. Malas nak tanya, sebab dah boleh agak jawapanya. =.='

Seingat aku, paling banyak aku dapat kad raya ialah masa form 3 and 4. Masa form 3, aku banyak pergi kem pmr sana, situ, sini. Pendek kata merata-rata lah. Bila dah pergi banyak kem, opkos la dapat jumpa kawan baru dari sekolah lain. Sebelum berpisah, bertukar biodata. Bertukar no phone. Bertukar alamat. Kemudian, time raya, hantar kad raya, bajet nak keep in touch la kan.Bila dah masuk U, makin kurang dapat kad raya. Bilangan kad raya makin berkurangan. Boleh buat hipotesis ni, Semakin meningkat usia, semakin berkurang kad raya. Tapi bagi mereka yang femes-memes, mesti akan tolak hipotesis ni kan? >.<

Tapi ikutkan, memang orang zaman loni malas nak main hantar-hantar kad raya kan. Biasanya diorang lagi suka hantar soft copy kad raya berbanding hard copy kad raya. Faham ke soft copy, hard copy neh?

Hardcopy kad raya - kad raya yang boleh dipegang, dicium dan ditayang di ruang tamu time raya. Ayat mudah, kad raya yang korang beli kat Mydin tuh.

SOftcopy kad raya - kad raya yang hanya boleh dilihat dan tak boleh ditayang di ruang tamu! Atu ayat mudah, kad raya dihantar melalui fb, blog or bla bla.

Meh aku terangkan proses-proses penghantaran kedua-dua kad raya tu.

- Hard copy Kad raya -

1. Sesi memilih kad raya

Pergi ke kedai cari kad raya. Tak berkenan kat kedai tu, pergi kedai lain..dan kedai lain. Sampailah berpuas hati.
2. Sesi Membuat list penerima dan alamatnya

Membuat list bakal penerima kad raya. Bilangan penerima pulak limited mengikut bilangan kad raya yang dibeli. Dah siap list tu, mula mencari alamat mereka. Selongkar bilik, cari buku biodata or buku catatan. Buat siasatan sana, siasatan sini. Takleh tanya terus pada penerima, kang dah tak surprise.

"Awak tanya alamat saya neh, mesti nak bagi kad raya kan kan?"
3. Sesi menulis kad raya.

Menulis kad raya guna tangan. Dah terserlah tulisan tangan yang macam cakar ayam. =.='
4. Sesi mengepos kad raya

Pergi ke pejabat pos. Beli setem. Oh! setem 20sen, 30 sen dah takde. Terpaksa keluar extra money lagi. grrrr..
5. Posmen lambat g hantar kad raya, sebab surat berguni-guni.

5 hari lepas hantar kad raya, still xdapat lagi.

"Awak, awak kata nak bagi kad raya. Takde pun. Hari ni dah raya pun"

"Err...saya dah hantar minggu lepas dah.."

Last-last, kad raya sampai ke rumah si penerima pada raya ke4. Yelah posmen pun nak cuti beraya jugak, ingat korang je ke nak cuti? Hilang sudah ke-spesel-an kad raya tuh. Si penerima pun kecewa takleh nak tayang kad raya tu kat kawan-kawan. Si pemberi pulak kecewa sebab si penerima tak balas pun kad raya kepada beliau.

- Softcopy kad raya -

1. Sesi membuat kad raya

Boleh edit guna photoshop, paint or photoscape. Kalo malas sangat pun, curik kat pakcik Google. Berlambak ada, berbagai kaler, corak dan jenis. FOC lagi.
2. Sesi menghantar kad raya

Boleh tagged kat fb nama-nama penerima, atau tujukan kat blog je.

"Kad raya ni adalah untuk semua follower dan pembaca saya. Amek lah. Tempek dekat blog masing-masing taw taw. ngeh3"
3. Sesi balasan.

Tak sampai 1 minit, pasti dah ada orang komen balik

"Selamat hari raya buat awak jugak :) "

Cepat benor kan dapat balasannya kan. Itu sebab orang lagi suka memilih kaedah neh. Tapi kan, bila macam ni sapa yang akan untung? dan sapa yang akan rugi??

Opkos yang ruginya peniaga kad raya dan yang untungnya posmen. Kurang kerja beliau di bulan pose ni...har3

Tapi kan, aku nak kad raya! nak kad raya! Nak hard copy, xnak soft copy! korang hantarlah kad raya kat aku weh. Kad raya bape sen je pun. keh3.





p/s: Ada orang janji nak bagikan kad raya untuk aku...ehem. Just wait and see.. hehe.

29 comments:

Umie Artoqiemie said...

aku pun xnak soft copy.. huhuhuhu =(

dill said...

skarang ni orang anta sms je, lea. sangat tak best.

dill.

Edy Zaidi said...

sofcopy ke hardcopy ke, yang penting ucapan dari pengirim tu ikhlas..;)

soooooour said...

nak anto kad raya soft copy leh???hehehe

Ezay Hadry said...

yang penting due2 ezay tak dapat..sedih kan :(

i am S!L4H.. said...

hehehe. hard copy lg seronok. yeahh
x dpt jgk jgk lg. kehkeh.

ORLANDO AHMAD said...

Gua last dapat kad raya tahun lepas ngeh3

Iffah Afeefah said...

nak kad jugak

sentimental value tu ade

Puteri said...

lebih baik ada dari tak dapat langsung.. hehehehhe

luqman zakaria said...

arep dah dapat kad raye..hehe..tapi soft copy je la..tapi tape asalkan ade jugak orang yg ingat arep..

My Name is Mar said...

Hahahaha:D
Nak bagi semua orang, BANKRAP lah jadinya..
Ho-ho-ho!

Fathiah Hamim said...

nak kad raya jugakkk. rindu kad raya original. hehe

bunbun said...

ahaha zaman skola dulu mmg best kan dpt byk2 kad..

syrupmasin said...

hantar kad raye mahal...setem lagi :P

JIJI YU said...

aku mmg berkira nak antor kad raya

aimi adilah said...

bg kt kite 1 kad rye ye... jgn lupe taw.. nk yg ade lagu2 ahahhahahah

tiefazatie said...

best lagi kad raya ori la..hihi

tiefazatie said...

tp skrg kos tinggi ah..hihi..lgpn..janji dorg ingat gak kte kan2..hihi

mr.syazwan said...

sampai waktu sekarang masih tak dpt lg kad raya

;(

SoLy SoLicious said...

skg ramai pakai soft copy aje...senang,mudah n jimat... teeheee... kite dh pat 1 kad skg..huhuhu

Miz Novexx said...

waaaa.... tak dapat kad raya lagi ni, huhu sedih sungguh :(

Ungu Violet said...

lama2 kad raye tinggal nostalgia jek...huhu

bighagenjo said...

hihi~ kite dah dapat satuuuuuuuuuuu

Tukang Karut said...

last aku dapat kad raya rasanya 12 tahun lepas kot... huhu...

zati embong said...

skrg ni softcopy je dik.hihi

ILA HonEyBuNNy said...

kesiankan..kad raya macam dilupakan...kan ada yang cakap kad raya kurang laku sekarang neh...ila dengar mana tah..

ptsss: cantiknya rumah baru dia....header pun lawa...i like...

teha said...

sy pon xdpt satu habuk lg kad rye.. hahaha !

Wanie said...

hehe..suke yg hard copy tu lagi..soft copy tu xleh cium2..:P

Atiqah Wadiah said...

sama lar kak..smakn matang nih,smakin skit dpt kad rayo :(

jawapan..http://atiqahwadiah.blogspot.com/2011/08/nak-main-dengan-saya-tak.html