Monday, August 22, 2011

Jangan disangka mercun pop tidak berbahaya.

Aku agak semua orang taw kenapa mercun diharamkan di Malaysia. Kalo tanya budak tadika pun ada yang taw kenapa mak bapak dia tak bagi main mercun. Dah taw tapi jugak nak main. grrrr. Memang nak kena cepuk budak tu.

Ok, hakikatnya tak elok bermain mercun ni sebab permainan ini tidak elok untuk kesihatan, membahayakan kesihatan jiwa dan mental. Bermain mende ni boleh menyebabkan kematian ataupun kerosakan anggota badan. Tak menguntungkan pun.

Tapi kan korang taw ade rahsia disebalik pengharaman mercun-mercun di malaysia. Siapa-siapa yang lahir tahun awal 80-an dan ke bawah mungkin taw, tapi orang yang lahir tahun 90-an ke atas mungkin taktahu. Aku yang lahir tahun 1988 pun baru je tahu tahun lepas. =.=' Tu pun lecturer aku yang gtaw.

Kalo korang nak taw pada 7 Mei 1991, satu letupan kuat telah berlaku di sebuah kilang mercun di sungai buluh selangor. Memang sangat teruk dan dahsyat weh. Letupan ni seolah2 macam peristiwa pengeboman di Hiroshima. Letupan ni menyebabkan 26 kematian dan 83 yang cedera.

Ini cerita benar taw, bukan main-main, tak caya tengok bukti kat bawah. Takpun Klik Sini untu dapatkan maklumat lebih lanjut.

Gambar2 ni pun aku curi kat page tu sebenarnya >.<

Punca letupan tu

Keadaan kejadian tu. Dah jadi macam padang jarak padang tekukur je kan

mangsa letupan. T.T

Orang lama-lama cakap, api masa keciknya kawan, tapi bila dah besar akan jadi musuh. Macam tulah jugak dengan mercun. Mercun pop tu, yang korang cakap mercun paling cikai tu, kalo korang simpan banyak-banyak dalam satu tempat. Boleh menyebabkan letupan besar taw.

Ekceli letupan yang dahsyat ni berlaku sebab penyimpanan mercun pada satu tempat lah. Kepada yang ade simpan stok mercun di umah tu, jangan simpan dalam satu longgok, agih-agihkan sikit kat tempat lain. Tapi seeloknya buang terus lah stok mercun tu, buat apa nak disimpan-simpan. Bukan boleh dibuat harta khazanah yang hebat pun. Meletup nanti kang naya. Tak sempat nak beraya.

ok, fikir-fikirkanlah. Selamat bermain mercun eh selamat membuang mercun :P






pss: entri kali ini mungkin agak serius. Tapi aku hanya mahu berkongsi apa yang aku tahu :)

37 comments:

DuniakuAbstrak said...

Nice info bebeh..dah lama tinggalkan kerja haram main mercun ni..dah tua bangka ni main bom lagi stylo..keh3

Iffah Afeefah said...

bhayeeeeeeeeee

aimi adilah said...

tp nk main gak :(

Princess Feyqa said...

ala fyqa main sekotak jeeeeeeeeee :P

fiq. said...

drpada main mercun, baikleh main puzzle,,kah2....

wah, lea serious lah.. baru aku taw ko lahi 1988,huh, ingatkan 1980,,hahaha

Lea IsNaw! said...

wowow....ai muda lagi taw


sweet 20 lagi.


ahaks! :P

Scya Lollita said...

ngerinyaa gambar tu ~ T.T

SoLy SoLicious said...

MasyaAllah..rentung dah r.... Innalillah... kena berwaspada selalu...

muhamad hanif said...

lecturer aku cakap, masa tu takda akta yang melindungi pekerja, so semua keluarga si mati tu takdapat claim pape pun kat company.


sadis .

AniS SyafiQah Man said...

xmau maen mercun dah taun ni..huhu..

Lea IsNaw! said...

hanif: owh yeke? sadis nya mcm tu

zati embong said...

yg anak dia mati tercampak kat atas pokok 2 kes buat rumah tnggal 2 stor mercun kan?bkn ke?jat pun ingt2 lupa.

Lea IsNaw! said...

a'ah ayah die simpan merrcun dlm utk jualan kot
tahun lepas kan berlaku

aShaBuLz said...

gambar last paling ngeri...lepas ni xmoh men mercun la...nak men blog jer...hehehehe

syrupmasin said...

jadi simpan la duet nk beli mercun tu untuk beli baju raye :D

Luqeem™ said...

peh rentung..seram sih..

jga diri bila main :D

Run Away♥ said...

waaa...budak2 tecik suka main mercun tu kan..bahaya juga rupa nya...

Syuxer said...

perghhh..kesan yang sungguh tragis..memang cari nahas la wat stok simpan mercun neh..jangan wat kerja gila nanti cam dalam gambar tuh..dahla ramai nyawa terkorban huhu..

budakijaupendek said...

rentung tu.
ishh2....
nasib baik fara tak main mercun. haha

ILA HonEyBuNNy said...

adehhh..tetiba takoot baca entry neh..

tu la..segala mak nenek mercun memang bahaya la kan...;-)selamat tak suka main mercun..ehehhe

Wadi AR said...

ko jgn men mercun lea. bom xpe.

Bidadari Syurga said...

akak pernah baca dulu letupan kilang mercun tu.. tragis sungguh... kebetulan rakan sekerja tinggal area situ... ada mercun yg masih berbunyi time tu... walaupun api dah padam... hurmmm itulah...

p/s: akak paling kuat berani main bunga api putar tu aja... haish... itupun sebab dalam sepupu... akak yg paling besar. kenalah temankan dorang main bunga api... haishhh

Wanie said...

simpan mercun?huhu..rumah wanie sebiji mercun pon xde..seriau nye tengok gambar ni..huhu

K O R I E said...

wah. xtahu plak psl ni!
nice info

EpoLįƒ¦Kekunangpelangi said...

Dulu pernah orang bagi selonggok bunga api tapi entah macam mana, lepas cucuh satu batang terjatuh terkena yang selonggok tu.

Habis setakat di situ saja lah malam tu.. huhu ;p

Khuzrin Kamarudin said...

Aku pernah baca info ni tapi kat fanpage fesbuk mana entah.. lupa... Sigh...

Asal-usul pengharaman mercun.. baik main meriam.. tradisi melayu... hahaha...

Edy Zaidi said...

gullppp...baru nak main mercun balik kampung nnt...hehe..:P

Anif Abdullah| AA said...

sape yang excited nak main mercun je keje tu,suh dia baca ni.. kan lea?huhu

bunga said...

fuf..memang bahaya..sedih tengok gambar tu..

Titisan Hujan said...

owh..harap ank buah aku xjd pengedar la thn ni

meaw said...

ehemmmm,jom men meriam nak,kehkehkeh :P

Sarah Mohd Saleh said...

nsb aku pembenci mercun yg tegar...

Sarah Mohd Saleh said...

nsb aku pembenci mercun yg tegar...

sergeant keroro said...

mercun pop-pop still the best. HAHA

p/s : pemercun tegar :P

jom join segmen

Abu Huzaifah said...

uishh!! seram kalau tgk blek... so.. pengajarannya... jgn bermain dengn api... :)

fndrocka said...

Aku baru tahu skrg!!

bighagenjo said...

eh, tak penah tau pon hal ni. nice info.